8:32 AM

Tag series #1 by (watashi) :: Buruh kasar ::

Tahun 1996


Satu tengahari di surau sekolah agama tingkat dua. Kedapatan di situ, dua orang sahabat baik, Si Kecik dan Si Kurang Kecik, sedang berehat-rehat sementara menunggu waktu sekolah petang bermula.


Dalam rancak berborak, Si Kecik berkata,


"Awak nak tahu tak, semalam kita tanya mak kita kenapa kuku awak kurang bersih? (ada hitam-hitam sikit). Mak kita cakap sebab awak rajin, balik umah basuh 'punggung' kuali. Kan hitam, sebab tu kena kuku awak sekali."


Serentak, kedua-duanya terkekeh-kekeh ketawa.


Tahun 2009

Setelah 13 tahun berlalu (eh, lamanya. tak sangka pula), saya teringat kembali borak-borak lama bila entry ni nak ditulis. Saya lah si Kurang Kecik tu yang kukunya menjadi punca persoalan Si Kecik sampaikan dia bertanya kat mak dia. Lawak ada, malu pun ada. Nampak benar kurang menjaga kebersihan. Tapi tiba-tiba saya rasa, betul jugak cakap mak dia tu (nak bagi alasan ni). Nak tahu kenapa? Jom teruskan membaca.


Semuanya bermula apabila kami terpaksa berpindah ke kampung. Dari anak bandar yang hidupnya hanya tahu makan, main, pergi tadika kemudiannya bertukar status menjadi orang kampung.


Masa kecik-kecik dulu, ketika di sekolah rendah, saya selalu rasa saya dan adik-beradik yang lain macam buruh kasar. Bukan maksud kena dera, tapi kerana cara didikan yang sangat tegas dari ayah terutamanya, tentang hal-hal rumah. Dulu, semua kakak bibik yang buat. Memasak, kemas rumah, sapu halaman, ikut pergi kebun hampir setiap bulan, cat rumah, basuh kereta - majoritinya boleh kata kamilah pekerja tidak rasmi. Dulu memang selalu rasa tertekan (hehe kecik-kecik dah depression) sebab tengok kawan-kawan macam xde pun kena buat benda-benda ni sangat. Mungkin sebab rakan-rakan baik saya dulu rata-ratanya beribukan suri rumah sepenuh masa, Jadi, nak tak nak kenalah buat. Lagi-lagi dengan asbab tinggal di kampung moyang, perkataan 'pembantu rumah' terlalu asing bagi masyarakat setempat.




Saya kira, menguruskan hal-hal rumah sejak kecil lagi bukanlah suatu perkara yang pelik. Malah ramai orang yang mendidik anak dengan cara sebegitu. Alah bisa tegal biasa.


Cuma, ada satu perkara yang sering membuatkan saya menggerutu tak sudah apabila sesi gotong-royong selesai dijalankan - Abah.


Abah tak pernah puas hati dengan hasil kerja kami. Rasa dah bersih betul dah kemas, sapu, susun sana sini. Tapi bila abah balik, mesti dia cakap kenapa rumah bersepah. Memang garu kepala saya dan abang dibuatnya. Haha, bila ingat balik lucu. Rindunya.


Abah memang seorang yang sangat pembersih. Sapulah lantai tu bersih-bersih, yang ditengoknya nanti bawah karpet, tepi tingkap, bawah almari, siling dan tempat-tempat yang 'pekerja tanpa gaji' tak sempat nak selesaikan. Mana taknya, bila abah telefon cakap 1/2 jam lagi sampai rumah, time tulah baru nak kelam kabut kemas. Tempat kerja abah memang agak jauh dari kampung tempat kami tinggal. So, mana yang sempat je kami buat. Sudahnya lepas tu, tadah telinga dengar bebelan abah. Sama ada, disuruhnya kami amik balik penyapu dan sapu semua balik ataupun dalam penat-penat balik kerja tu, abah sendiri yang akan sapu balik. (Sedih pula bila ingat, nakalnya kami waktu tu)


Kadang-kadang kalau ingat, kami akan cepat-cepat bersihkan tempat lazim yang bakal di'spot check' abah. Lepas tu, kira memang tinggilah kami angat muka bila abah sampai rumah. Bajet mesti dia puas hati kali ni hehe. Nak tahu dia cakap apa bila lepas cek?


"Ni tak mop lantai ke? Dah berapa tahun tak bermop lantai rumah ni?"


Haih..


Itulah abah.


Lagi satu, abah memang sangat sistematik orangnya. Kalau ambil barang, tak letak balik tempatnya, siaplah kena tegur,


"Ni lepas amik barang, kenapa tak letak balik kat 'rumah' dia? Cuba kalau kita takde rumah, macamana? Susah tak susah?" Ni kes bila dia jumpa barang yang tak diletak balik. Marah memang lah. Tapi dia lagi marah kalau time dia atu kita nak guna barang tu, cari takde, adui, siaplah kena sergah.


"Hah! kan abah dah cakap, amik barang letak balik tempat dia, sekarang camne nak guna? Nak cari kat mana??"


Itulah abah sangat particular. Teringat lagi, bila nak masuk sekolah baru mahupun masa nak interview dulu, satu-satu academic & curricular vitae kami ditaip, diprint kemas dan disusun dalam file. Kalau membalut buku, memang tajam bucu. Mungkin contoh yang saya sebutkan kat atas, tak cukup nak menggambarkan betapa particularnya abah yang saya kenal.


Cara abah mengajar anak tak guna tangan. Tapi mulut memang jalan. Lagi-lagi pula mak jenis cool orangnya. Dulu memang selalu rasa abah macam mak nenek pula bila tegur orang. Tapi bak kata nyai, abah walaupun bising, smua tangan kaki dia gerak buat kerja. Abah tak membebel kosong. Abah bukan cakap tak serupa bikin.



Makin besar ni, makin kami hargai didikan abah dulu. Walaupun dulu selalu masam muka, selalu rasa cara bebelan abah kurang hikmah. Tapi itulah abah, orang kampung yang susah. Tiada istilah psychology yang diperturunkan kepadanya. Susah nak dengar leteran abah sekarang. Sesekali balik rumah, abah dah tak suruh sana sini kemas rumah. Abah tahu anak-anak dia tahu nak buat apa. Tapi sesekali rasa rindu menerjah teringin nak rasa kembali suasana lama.


Terima kasih abah!