2:01 AM

Fenomena baru solat berjemaah di Malaysia?

"Jomlah solat dulu nak?"
"Orite"

Pacuan empat roda biru dipacu menuju ke masjid daerah berdekatan. Masjidnya besar, cantik. Kebiasaan masjid di Malaysia, rupanya tidak perlu dipertikai. Lama tidak menjejakkan kaki ke masjid tanah air. Sekilas terbang ingatan jauh ke Masjid Yarmouk dan Syeikh Makmun. Juga pada Masjid Tal dan Masjid Fayha. Rindu!

Dari jauh, sayup-sayup kedengaran merdu suara bilal melaungkan azan maghrib. Segera hayunan dicepatkan agar tidak ketinggalan jemaah. Imam mula mengangkat takbir dan mengalunkan ayat-ayat suci al-qur'an. Untung solat di sini, kemerduan suara iamammnya persis Masyari Rasyid!

Telekung dipakai, langkah dihayunkan. Dalam hati berkira-kira melihat saff yang agak 'bersepah-sepah'.

"Oh, musafir barangkali" detik hati.

Berat juga untuk ke saff pertama memandangkan laluan seolah sedikit diblok. Mujur tafaqquh jumaat Ustaz Mahdi ada menyentuh perihal hukum lalu di hadapan orang yang sedang bersolat. Karpet masjid yang telah direka mengikut saff dikira sebagai pembahagi laluan, sama tahapnya seperti meletakkan objek dihadapan orang yang solat sebelum lalu dihadapan.

Entah kenapa rasa kurang tenang. Pelik terlihat makmum di belakang yang tunduk rukuk dan sujud serupa dengan imam. Tambahan lagi kakak yang sepatutnya masuk sama dalam satu saf tidak juga kunjung tiba. Ish, kurang khusyu' betul! Astaghfirullah.

Usai sembahyang,

"Sembahyang mana tadi?"
"Ada je kat saf belakang. Diorang jemaah juga."
"Aik? Ingatkan musafir tadi. Awat tak masuk saf depan?"
"Tak boleh nak masuk tadi, orang blok."


Garu kepala juga memikirkan, fenomena baru solat jemaah di Malaysia. Jika sebelum ini hanya kedengaran longgar solat antara bahu dan kaki, namun kita putus terus seluruh jasad. Tidak patut mengumumkan isu depan mata (generalization) Mungkin apa yang berlaku di daerah kecil negeri ke utara Malaysia adalah kes-kes terpencil yang jarang berlaku di masjid-masjid lain tanah air. Namun, ada pengajaran yang mesti diambilkira dan difikirkan.

Hukum putus saf dan merenung hikmah.

Sah hukum solat bagi jemaah yang terputus safnya tetapi solat itu kurang sempurna. Walaupun isu sah atau tidak solat seseorang itu penting, tetapi ada isu lebih besar yang lebih perlu kita pegang dan perbaiki.

Untuk sah solat, dengan sembahyang bersendirian itu sudah mencukupi. Tetapi untuk mendapat kesempurnaan solat dan kekuatan ummah, solatlah berjemaah, dengan sempurna. atau jika tidak akan berpecah belahlah hati-hati kita. Wa na'zubillah :
Nu'man b. Basyir berkata, "Adalah rasulullah saw memperbaik saf-saf kami seakan-akan beliau memperbaik anak-anak panah. Demikian beliau lakukan sehingga baginda yakin telah mengetahuinya dengan baik. Pada suatu hari baginda keluar lalu berdiri, Di kala hampir bertakbir, beliau melihat seorang lelaki yang agak maju sedikit dari saf, maka baginda bersabda, "Wahai hamba Allah, hendaklah kamu merapatkan saf, meluruskann melempangkannya atau hendaklah Allah membedakan antara hati-hatimu. (Hadith riwayat Jamaah kecuali Bukhari
Teringat akan satu pengisian ketika di Jordan, Umar al-Khattab menggunakan pedangnya untuk meluruskan saf ketika hendak solat. Ada juga riwayat lain menyebut bahawa Saidina Usman Affan tidak akan bertakbir selagi belum datang pemeriksa saf.

Benarlah, perubahan untuk menyaksikan ummat Islam kembali bersatu hampir pasti tiada selagi perubahan inside-out tidak berlaku. Melakukan perubahan melalui solat berjemaah walaupun dengan sekecil-kecil jemaah mungkin boleh dikira lebih mudah lagi berkesan berbanding menukar fikrah dan minda masyarakat melalui conference, debat dan macam-macam aktiviti yang lain (tanpa menafikan aktiviti sebegini amat perlu untuk membantu menambah momentum perubahan). Sungguhpun hanya sekali berjemaah dalam sehari tetapi dilakukan dengan niat yang baik dan sesempurna mungkin dengan dasar ilmu, kekerapan tarbiyah bentuk ini pasti tidak mampu ditandingi oleh majlis-majlis ilmu lagi dari sudut kekerapan.

Mulakan dengan yang simple. Ia buat kita lebih yakin ke arah perubahan atas kejayaan-kejayaan kecil yang berjaya dilakukan hari demi hari.

Wallahu'alam

Update :

"Ha, padanlah.."
"Apa yang padan?"
"Tadi tak dengar pun imam cakap, 'Rapatkan saf, luruskan saf'
"Oh, padanlah..terlupa agaknya. Sunnah berimam yang semakin dilupakan."
"Untungnya imam, cakap rapatkan saf, luruskan saf dengan niat mengikut sunnah pun dah dapat pahala."


Hadith pertama :

Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (2/176 dengan syarah fathul Bari), Imam Ahmad (3/182), Imam Mukhlis (al-Fawaid juz 1/10/2), dari beberapa jalur yang berasal dari Humaid ath-Thawil, dari Anas bin Malik r.a. yang menuturkan :

Solat telah diiqamati, lalu Rasulullah SAW menghadap kepada kami lalu bersabda :


" Tegakkanlah barisan, dan tetaplah, sesungguhnya aku dapat melihat kalian daripada balik punggungku"

Sementara itu, Imam Bukhari dalam riwayat lain menyatakan ucapan dengan tambahan redaksi berikut :
"Seseorang di antara kami menempelkan bahunya dengan bahu kawannya(makmum di sebelah) dan menempelkan kakinya dengan kaki kawannya(makmum di sebelah)

Hadith kedua :

Hadith yang ditakhrij oleh Abu dawud (hadith no 662) , imam Ahmad (396), Imam Ahmad (4/276) dan Ad-Daulabi dalam al-Jadali, Husain bin Harith menceritakan :

"saya mendengar Nu'man bin Thabit berkata :

Rasulullah SAW menghadap ke arah jemaah dan bersabda :


"Rapatkanlah barisanmu (tiga kali), Demi Allah, kalian akan menegakkan barisan, atau Allah akan membuat hati kalian saling berselisish" Lalu Nu'man berkata :

"Lalu saya melihat masing-masing jemaah menempelkan
bahunya ke bahu kawannya, dan kakinya ke kaki kawannya"

hadith di atas disohihkan oleh al-Albani dalam Silsilah hadith Sohihah (1/69), hadith ke-32



Rujukan hadith diambil dari ibnuzulkiflee.blogspot.com



8 silent voices:

Anonymous said...

saff solat..
lambang perpaduan
lambang kesatuan
umat

umpama blok2
kika berterabur, berterabur jugalah umat..

sy rase org kat Msia tak taw yg boleh melintasssss kat depan garisan soff tuuu..

ainshams said...

kdg2 nk btaw/tegur pun serba salah.. yerla, org2 Msia (tambahan yg dah berumur) tu kan 'lebih banyak akan garam'..
suka cara hasan hussin tegur org lelaki yg lebih tua masa berwudu'.. erm, mungkin bley dipraktikkan cara seumpama itu??

Miss X said...

Kembang idong Ust Mahadi mendengar dukturah didikannya hengat apa lagi yang diajarnye di pagi Jumaat yang sungguh memalaskan.

-Ayat tak jumpa noktah-

sempliciotto said...

Rai >> aah, akk pun rasa macam tu. biasanya ramai yang tahu kena letak objek. itupun klu ingat atau ada benda dalam tangan baru buat

Ain >> huhu, betul2. tu la aritu try buat macam tu dgn kakak. buat-buat tanya & kunun bagila jawapan. sayangnya masa lakonan, yang tinggal makcik-makcik yang elok safnya dalam jemaah. y kluar saf dah kluar

Syi >> besaq pahala ustaz kan syi huhu

Anonymous said...

salam k.zay,
saya copy untuk diedarkan kepada masyarakat tawau sabah..jemaah solat dekat sini walaupun dibagitahu dengan microfon tetap tak endahkan tapi insyaALLAH kalau baca sedikit tentang ni harap dapat bantu untuk mengubahnya..syukran for the post..

sempliciotto said...

ain zai ta >> ahlen2, sebarkanlah untuk kebaikan :)

muslimat said...

saya mohon share :) isu ni xbleh dipandang ringan lebih2 lagi sekarang musim solat berjemaah di masjid kerana bulan Ramadhan.. byk kesilapan berlaku

taiquade said...

Stainless Steel vs Titanium Apple Watch 2 - iTanium-arts
Stainless implant grade titanium earrings Steel is not only the finest titanium jewelry piercing stainless steel we can buy. This stainless steel watch was 바카라 사이트 유니벳 designed for titanium dental our ceramic vs titanium fans and their guests. The stainless steel was manufactured