4:44 AM

Belajar Membosankan ?!






( Entry ini pernah di published in my previous blog. Kepada sesiapa yang pernah terbaca atau terdengar tentang isi kandungannya, anggaplah ia satu ulangkaji )


Bismillahirrahmanirrahim


Belajar membosankan?
"Bosannya belajar biology nih!"

"Aku tak suka la subjek ni, dah la doktor yang mengajar pun tak best!"

"Aku paling tak suka study subjek Tarikh Islam ni, banyak benda kene hafal, dah la tu, kalau exam markah ciput2 je,tapi nak buat camne, dah course ni wajib amik subjek tu, amikla..."

"Subjek ni? hmmm..BORING, aku study pun sbb dah ni subjek wajib universiti, takkan sesuka hati tanak amik subjek ni kut"

"Kenapala kita kene amik subjek ni, takde kaitan langsung dengan medical syllabus"



Keluhan-keluhan di atas dan pelbagai lagi keluhan lain biasa didengari keluar dari mulut insan yang bergelar pelajar. Tidak kira pelajar peringkat menengah, mahupun universiti. Tidak kira jurusan Syariah, Bahasa, Kejuruteraan, mahupun Perubatan. Rata-rata mereka meluahkan ketidakpuasan ataupun kebosanan terhadap sesetengah subjek atau 'ilmu' yang perlu atau wajib dipelajari. Mengapa? Bukan hak saya menjawab bagi pihak mereka, yang meluahkan pasti ada jawapan.Antara alasan yang selalu kedengaran:-

- Guru, pensyarah atau doktor yang mengajar tidak menarik minat pelajar untuk belajar, jadi "BOSAN lah!"

- Subjek terlalu sukar, lalu dikatakan BORING kerana pelajar sukar memahami subjek yang dipelajari

- Pada awalnya, mungkin tidak timbul rasa tidak suka terhadap subjek tersebut, tetapi setelah mendapat keputusan pertama peperiksaan yang kurang memuaskan, walaupun setelah berusaha sedaya upaya, pelajar kemungkinan hilang minat terhadap subjek tersebut.




Jangan cuba tipu diri sendiri, kita semua mungkin pernah merasai kebosanan mempelajari sesuatu pelajaran, disebabkan salah satu daripada reasons di atas, atau kesemuanya, atau ada alasan lain yang tidak saya utarakan.


Walau apa pun alasan yang diberi, apa yang ingin saya tekankan di sini, wajarkah kita sebagai penuntut ilmu yang telah diizinkanNya menuntut ilmu yang kita ingini selama ini (perubatan, kejuruteraan, usuluddin, syariah dsb), mencemuh atau tidak menyukai sesuatu subjek atau 'ilmu' dengan mengatakan ia MEMBOSANKAN?! Sedarkah kita kepunyaan siapakah segala ilmu yang wujud di alam raya ini? Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Agung, Pentadbir seluruh alam semesta, Pemilik segala ilmu di dunia. Lantas sekali lagi wajarkah kita berasa tidak puas hati atau tidak menyukai ilmu yang diturunkannya kepada kita? Tepuk dada, biarkan iman bersuara.




ALLAH PEMILIK SEGALA ILMU

Mentaliti masyarakat hari ini sesetengahnya hanya memandang ilmu-ilmu agama sebagai ilmu Allah, jadi wajib bagi setiap Muslim mempelajarinya, tetapi jarang sekali yang sedar ilmu sains atau lain-lain yang dikatakan sebagai non-religious knowledge juga merupakan ilmuNya, dan kadang-kadang memandang ringan kepentingan mempelajarinya.

Ya, dalam ilmu agama kita mempelajari pelbagai hukum hakam Tuhan, tetapi adakah dalam ilmu sains kita tidak mempelajari hukum Tuhan? Siapakah yang menetapkan andai 2 atom hydrogen bergabung dengan 1 atom oksigen maka terhasillah molekul bernama air? Bukankah itu dinamakan hukum Tuhan, kerana tidak mungkin 2 atom hydrogen bergabung dengan 1 atom oksigen membentuk molekul bernama alkohol. (uh..contoh y sgt nonsence).

Siapa pula yang menetapkan hukum putaran Bumi pada paksinya yang membawa kepada kejadian siang dan malam? Bukankah hukum Tuhan yanng menetapkan sebegitu kejadian? Dalam bahasa biasanya kita memanggil fenomena-fenomena tersebut sebagai Law Of Nature, tapi hakikatnya tidakkah kita sedar itulah hukum alam yang ditetapkan Tuhan-SUNNATULLAH.

Mungkin ada yang mengatakan mempelajari dan mentaati hukum hakam yang dipelajari dalam ilmu agama membawa manusia lebih dekat kepada Pencipta, tapi bukankah hukum-hukum alam yang ditetapkan Allah dalam ilmu sains juga mampu membawa seseorang lebih dekat kepada Penciptanya?

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi Ulil Albab (orang yang berakal)” AlImran :190
Imam AlGhazali menyatakan Sungguh, jalan untuk mengenal Allah (ma’rifatullah) dan mengagungkanNya itu adalah dengan cara memikirkan setiap mahlukNya, merenungkan keajaiban-keajaiban dan memahamkan hikmah-hikmah yang terkandung dalam segenap ciptaanNya.




Kesimpulannya, segala ilmu yang dipelajari adalah milik Allah Taala dan bukan hak hambaNya menilai BORING atau tidak sesuatu ilmu itu.

Contoh terdekat, sebagai seorang pelajar perubatan telah menjadi kewajipan mempelajari setiap disiplin asas dalam perubatan- anatomy, physiology, pathology, microbiology, pharmacology dan biochemistry. Tidak dinafikan ada antara disiplin-disiplin ini yang mudah dan disukai, namun tidak kurang juga ada yang sukar dan mencabar. Apa pun bukanlah hak kita disebabkan kesukaran subjek tadi, kita seolah-olah tiada semangat untuk mempelajarinya, seolah-olah ikhlas tak ikhlas memahaminya kerana terpaksa, dan dengan mudahnya melontarkan ungkapan "aaah...malasnya nak baca subjek ni..bosan!", kerana ingat, setiap ilmu adalah ilmu Allah.Siapalah kita menilai bosan tak bosannya ia.





KENAPA KITA BELAJAR?

Jika disoal mengapa kita belajar? Mungkin ada yang menjawab belajar perlu kerana tanpa belajar tidak mungkin kita akan dapat markah yang bagus, yang mantap,berbelas-belas A1, 4.00, mumtaz dan mutamayyiz, deanlist atau president list, kemudian untuk mendapat pekerjaan yang bagus, dan hidup selesa. Itukah tujuan sebenar kita belajar? Jika ditanya kepada yang bukan Islam mengapa mereka belajar, jawapannya pasti sama dengan apa yang saya nyatakan di atas.

Lantas di manakah bezanya kita umat Islam dan mereka yang bukan Islam dalam menetapkan tujuan belajar andai jawapannya dua kali lima dengan mereka yang tidak memegang aqidah yang sama? Tidak salah jika menginginkan keputusan yanng hebat, tapi perlu diingat, di situ perlu ada tujuan lebih besar yanng perlu diutamakan.


Belajarlah kerana Allah kerana di situ ada nilai ibadah. Tapi bagaimana belajar kerana Allah? Bagaimana kita boleh tahu sama ada belajar kita kerana Allah atau dunia, atau suka-suka, ataupun terpaksa? Di sini boleh disimpulkan antara tanda-tanda seseorang itu ikhlas belajar kerana Allah ialah :-


-Tidak belajar hanya untuk peperiksaan atau untuk lulus peperiksaan

-Tidak jemu mencari atau mendalami ilmu itu kerana ingin mencari redha Allah

-Mencintai dan menyukai ilmu itu sendiri sebab Allah yang bagi. Tidak sukakah kita pada
kurniaan Pencipta Yang Maha Bijaksana kepada kita?

-Meyakini ganjaran pahala yang diberi Allah (pahala ibadah, pahala menuntut ilmu)


Pernahkah kita merasa perasaan seperti di atas? Ikhlaskah kita menuntut ilmu Tuhan Maha Agung di muka bumi ini? Paksalah iman bersuara.



BELAJAR TANDA SYUKUR

Surah 7 (Ibrahim) ;ayat 14
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”


Saya ingin membawa contoh situasi pelajar-pelajar perubatan, namun tidak saya katakan semua pelajar perubatan bersifat sedemikian. Ya, ketika hadirnya surat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang yang amat kita idam-idamkan, hati siapa yang tidak gembira dan tidak bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Memberi? Pasti semuanya menyatakan penghargaan dan TERIMA KASIH TUHAN atas kurniaan, alhamdulillah!


Namun agak menyedihkan, tatkala Allah Maha Pengasih menurunkan kurniaan dan rezeki berupa ilmu kepada kita, disebabkan kesukaran dan kurangnya minat terhadap ilmu tersebut, kita seolah-olah menolak kurniaan Allah apabila mengatakan "bosanlah subjek ni!", "hissh.. kenapala kita kene belajar benda ni?", "this is the first and the last, aku tanak belajar lagi benda ni lepas ni!","belajar pun sebab terpaksa, dah masuk jam kredit, nak buat camne?"


Andai anda seorang hartawan yang menawarkan berguni-guni emas kepada orang-orang miskin di kampung, tetapi dijawab oleh mereka"alaa...berat la guni emas ni, bagi yang ringan-ringan dah la""ish..warna emas ni cam tak menyerlah, tak berminatlah, cam emas tipu je""tak menarik la bentuk emas ni, kalau bagi bentuk macam ni/macam tu kan lebih menarik? tapi nak buat camne orang dah bagi, amik je la"


Haiii..berguni-guni komen pula yang dibalas mereka. Terima sahaja, tak bolehkah?Mungkin anda akan tarik balik niat menyedekahkan guni-guni emas tadi kepada mereka, dan mencari orang lain yang lebih bijak menghargai dan menilai betapa tinggi harganya.


Hati-hati, sedangkan Nabi sendiri tidak mengutuk rezeki makanan yang Allah beri, apatah lagi kita insan biasa, mempertikaikan rezeki ilmu yang Allah turunkan pada kita. Adakah kita dikatakan bersyukur pada Allah dengan kurniaan dan nikmat yang diberi andai bersikap sedemikian rupa? Jika bukan bersyukur sikapnya, tiada jawapan yang tinggal melainkan TIDAK BERSYUKUR. Tidak bersyukurkah kita?


"......dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
Tidak takutkah kita andai perkara ini berlanjutan, satu persatu ilmu yang Allah beri akan ditarik semula oleh Tuhan? Tidak takutkah kita kerana sikap kurang bersyukurnya kita atas kurniaanNya menyebabkan makin bertambah sukar pembelajaran kita pada masa-masa akan datang? wal'3iyazubillah.


Tetapi, jika kita bersikap sebaliknya, bersikap positif dengan apa yang dikurniakan Allah, bersyukur walau sukar dan payah ilmu yang perlu dipelajari, tanpa mempertikaikan mengapa, bosan atau boringnya ia, pasti Allah akan lipat gandakan kurniaanNya. Pasti Allah akan mudahkan kita belajar keranaNya. Yakinlah pada janji Allah, janji siapakah yang lebih benar daripada janji Allah?

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu"
Apa yang penting di sini ialah keberkatan ilmu yang diperolehi, untuk kita bawa sehingga akhir hayat nanti, supaya dapat kita berbakti kepada semua makhluk di bumi, dan menjawab pertanyaan Allah di akhirat nanti tentang apa yang telah dibuat dengan ilmu yang diberi? Bagaimana mendapatkan keberkatan ilmu yang dipelajari? Belajarlah kerana Allah.


Ingat, menuntut ilmu bukan untuk bermegah-megah, amaran Allah dalam surah at-Takathur
"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh)""Sehingga kamu masuk kubur""Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!""Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!""Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat)."


TAJDID NIAT

Tidak dinafikan, niat belajar perlu ditajdidkan agar setiap hari kita mengingatkann diri sendiri AKU BELAJAR KERANA ALLAH, kerana kadang kala kita terlupa tujuan sebenar kita menghadiri kuliah di universiti, menyalin nota belajar, menghadap dan membaca buku yang dilakukan saban hari.

Belajarlah, kerana Allah
Belajarlah, tanda kita syukur padaNya!
Semoga setiap ilmu yang dikurniakan Allah kepada kita diberkatinya
Selamat menghadapi peperiksaan semua

Wallahua'lam