11:51 AM

~?~

PhotobucketDi dalam kelas...
"Malulah nak tanya, orang lain tak tanya pun. Nampak sangat aku seorang saja yang tak tahu."
Inilah antara dialog yang biasa kita dengar daripada pelajar dalam mana-mana bidang pengajian. Peluang mencari ilmu terhalang disebabkan tembok yang dibina sendiri. Boleh jadi separuh dari jumlah pelajar dalam kelas itu juga tidak faham tetapi masing-masing memilih untuk diam melihatkan semuanya seakan diam dalam 'faham'.

BERTANYA = LEMAH ??
Betulkah orang yang bertanya adalah mereka yang lemah? Photobucket
Sekali pandang macam "ya" jawapannya kerana sudah pasti orang yang menjawab lebih hebat dari yang bertanya. Namun tidakkah kita terfikir bahawa sebenarnya bertanya adalah proses menjadi hebat! Hebat dalam erti kata menimba ilmu.
Persoalan ini dijawab dengan jelas dalam kitab Al-Quran yang diturunkan sebagai 'manual' kita hidup cemerlang di dunia & di akhirat. Telah dinukilkan dalam surah an-Nahl, ayat 43 :
"...maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui."

Inilah antara petua kecemerlangan yang telah diajarkan kepada kita - iaitu bertanya. Bertanya dalam mencari ilmu sama sekali tidak meletakkan seseorang itu sebagai lemah bahkan membuktikan minat & kesungguhan kita mencari ilmu.
Para sahabat Rasulullah saw mencapai ketinggian martabat ilmu dengan bertanya sebagai salah satu caranya. Saidina Umar r.a pernah berpesan kepada Ibnu 'Abbas dalam sebuah hadis dari sahih Bukhari :
Diriwayatkan dari Ibnu 'Abbas,"...kemudian aku (Ibnu 'Abbas) berkata kepadanya (Umar) : Demi Allah aku ada sesuatu yang ingin ditanyakan kepada kamu tetapi aku tidak mampu bertanya kerana terlalu hormat(segan) denganmu. Umar berkata, "Jangan rasa terhalang untuk bertanya kepadaku. Jika kamu merasakan aku mempunyai ilmu (tentang sesuatu perkara), maka tanyalah aku; dan jika aku tahu (tentang perkara itu), aku akan memberitahumu..."
Inilah ciri insan yang telah terbukti kecemerlangannya dalam sejarah Islam - bertanya demi menuntut ilmu.

BERTANYA KERANA FAHAMcool
Ada masanya yang bijak juga perlu bertanya untuk memahamkan orang lain dan menjelaskan apa yang kabur. Orang yang sudah jelas tentang suatu ilmu akan tahu apa yang tidak difahami oleh orang lain kerana dulu dia juga tidak faham seperti mereka. Maka peranannya adalah mengajukan soalan-soalan yang akan membuka ruang kepada ruang penjelasan.

Di dalam kelas contohnya, seorang pelajar yang sudah faham boleh bertanya kepada gurunya supaya guru itu dapat menerangkan lagi bahagian-bahagian tertentu. Kaedah ini tercatat dalam lipatan sirah Nabi Muhammad s.a.w, menurut hadis sahih riwayat Muslim, yang mengisahkan malaikat Jibril menyerupai seorang lelaki menemui Rasulullah saw di hadapan para sahabat dan bertanya kepada baginda tentang Islam, iman dan ihsan untuk mengajar para sahabat.

Selain itu, orang berilmu juga bertanya untuk mengajak manusia berfikir seperti firman Allah dalam surah al-Mukminun, ayat 84-85;
84-Katakanlah (wahai Muhammad):"Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?"
85-Mereka menjawab:"Kepunyaan Allah." Katakanlah (wahai Muhammad):"Maka apakah kamu tidak ingat ?"

Banyak yang kita dapat tafsirkan dari sepotong ayat tanya. Ia boleh jadi benar-benar suatu pertanyaan atau pesanan peringatan. Manfaatkanlah seni bahasa ini kerana ianya salah satu kunci belajar & mengajar.

So, questions anyone?

sabishiJelaskan matlamat...Tuluskan niat~