12:10 PM

Anak Bertanya Pada Bapaknya - BIMBO

5:27 AM

Ramadhan Kareem... Allahu Akram...




Alhamdulillah... setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk hidup di dalam Ramadhan buat yang kesekian 24 kalinya sejak 1405 H... Hadirnya Ramadhan 1428 H ini juga bermakna sudah masuk 6 kali saya menyambutnya di bumi orang, 6 tahun berbuka tanpa keluarga di sisi, 6 tahun berterawih 8 rakaat (walaupun tak penuh 30 hari), 6 tahun menyediakan juadah berbuka without visiting my hometown bazaar Ramadhan...


Di dalam Al-Quran, perihal Ramadhan, bulan yang mulia ini disebutkan secara indahnya di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183-187, bermula dari dalil kewajipan puasa, rukhsah puasa bagi musafir dan orang sakit, pembayaran fidyah bagi yang tidak mampu berpuasa, bulan turunnya Al-Quran yang menjadi pegangan umat Islam, penentuan anak bulan, galakan berdoa, dan halal haram puasa bagi sepasang suami isteri...


"..... Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekelian manusia supaya mereka bertaqwa" (187)



Apa yang menariknya, di celah-celah cerita tentang Ramadhan ini, Allah telah menyelitkan sesuatu di antaranya, iaitu galakan berdoa.


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahku), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk" (186)



So, mari kita sama-sama fikir, apa significantnya ayat ini diletakkan di antara ayat 183-187 ini? (Of course kita sepatutnya merujuk kepada tafsir para mufassirin bagi menafsirkan setiap ayat Al-Quran). Ayat 186 yang terselit di celah-celah ayat berkaitan Ramadan ini, seolah-olah menjadi petanda supaya kita memperbanyakkan doa di waktu bulan yang tersangat-sangat mulia, satu bulan yang mana di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, satu bulan yang mana para syaitan diikat dan dijauhkan kita daripadanya.



Doa ada bermacam-macam doa. Galakan berbasmalah dalam setiap kerja buat kita juga merupakan satu doa. Doa yang paling mudah tetapi jarang-jarang diamalkan. Saya percaya bahawa telah banyak doa yang telah kita pelajari sedari kecil, tetapi adakah ianya menjadi amalan kita setiap hari. Sebagai contohnya, setiap hari banyak kali saya keluar masuk tandas, tetapi jarang saya membaca doa masuk dan keluar dari tandas. Apatah lagi doa ketika memakai pakaian, doa ketika melihat cermin, doa ketika masuk ke pasar, doa ketika melintas jalan. Nabi ajar kita pelbagai jenis doa, tapi boleh dikira dengan jari berapa kali saya amalkan doa tersebut, padahal saya tahu ilmu itu.



Maka dengan ini, saya ingin menyeru kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat semua, marilah kita memperbanyakkan doa di bulan mulia ini. Bukan hanya doa di atas sejadah sahaja, doa pada setiap masa, di mana saja, dalam setiap perlakuan kita, bila-bila pun. Moga dengan ketiadaan syaitan sepanjang sebulan ini, menjadi perangsang yang kuat untuk kita semua mempertingkatkan kualiti kehidupan kita sebagai seorang yang memegang tittle 'im a muslim'.






Penuhi dan hiasi detik-detik Ramadhan kita dengan sayyidul istighfar...
Kullu 'am wa antum bikhair...


Catatan 3 Ramadhan 1428 H

2:32 PM

Ramadhan - Hadiah dari Allah




Bismillah..

Being soo busy that i cudnt find enough time to update this blog more often. Sedar-sedar Ramadhan datang lagi.. Perasaan? Jawab sendiri. Ada ke yang tak rasa apa-apa?
"Ala.. biasa la setahun sekali dalam bulan Islam mesti la ade bulan puasa.." (Ape la..)
Gembira..? Bersyukur?
"Alhamdulillah, hidup lagi kita untuk rasa Ramadhan tahun ni" (sure ke boleh habiskan sampai syawal tiba?)


Apa pun perasaan yang bermain di hati saya dan anda semua, ingatlah kehadiran Ramadhan adalah salah satu hadiah terbesar dari Allah untuk hambaNya. Siapa tak seronok nak rebut hadiah,kan? Sedangkan peraduan "Saya Anak Malaysia" anjuran Petronas yang hanya menawarkan 50 hadiah sahaja telah disertai oleh seramai 4.4 juta rakyat Malaysia.. (melepas Perdana V6 impianku..), apa salahnya kita masing-masing berlumba merebut tempat menjadi salah seorang dalam name list yang disenaraikan Allah mendapat hadiah keampunanNya dan rahmat syurgaNya.. (hmm.. takde had ye.. -macam nak masuk IPT pulak- takde kuota2 had nombor nak masuk syurga Allah, siapa lepas syarat, dapatlah)


Berlumba?
Bukan mudah seperti yang disangka
Perlu ada persediaan yang cukup dan mantap (terasanya tak cukup berusaha lagi)
Selamat menyertai perlumbaan ini..
Fastabiqul khairaat


"Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar" (Al-Hadiid : 21)

3:00 PM

Tetamu Dataran Syam




Kepada penghuni dataran Syam

2:28 PM

Tetamu Dataran Syam


Salam buat semua adik-adik yang baru memulakan permukiman di bumi syam, bumi sirah tinggalan para nabi dan para sahabat yang gagah mempertahankan kesucian agama Islam yang mulia ini...
ahlan wasahlan wa marhaban bikum...
moga kalian semua dapat mencari mutiara-mutiara silam dan tersembunyi sepanjang permukiman ini...


Mengimbas kembali kenangan 5 tahun yang lalu,
terasa bagaikan terlalu pantas masa berputar,
walaupun kedatangan kami pelajar baru ketika itu hanyalah satu persepuluh daripada bilangan adik-adik sekarang, namun sambutan hangat kakak-kakak ustazah masih segar di ingatan.. terima kasih buat Kak Ani, Kak Chik, Kak Han, Kak Huda, dan kakak-kakak lain..
Nasyid Tetamu Dataran Syam yang diperdengarkan kepada kami benar-benar terkesan di dalam jiwa..

Dan untuk adik-adik semua, kakak dengarkan semula lagu ini, agar kita bersama menghayati hikmah tersembunyi Ilahi di sebalik perjalanan ddan permukiman kita di Dataran Syam bertuah ini

dengarkanlah khas buat adik-adik semua...


TETAMU DATARAN SYAM

Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang disuburkan dengan
Darah jihad dan jiwa pahlawan

Di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi syuhada' pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan

Medan ini, medan yang susah dan payah
Sesusah medan Mu'tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak merakam sejarah

Di sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
ISLAM PASTI AKAN KAU MERDEKAKAN

Ketibaanmu adik-adikku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu

Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubur Dataran Syam bertuah

Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cinta kehidupan
Maka di bumi Isra' ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuanga


Tetamu Dataran Syam
Engkaulah harapan
Untuk umat melihat masa depan
Sebagai ulama' sebagai pejuang
ISLAM PASTI AKAN KAU MERDEKAKAN
Selamat datang tetamu Dataran Syam...



9:55 PM


DUTA kecil ISLAM (part 1)

Pernahkah terfikir nak jadi duta? Hari-hari seorang duta dipenuhi dengan tugas-tugas berkhidmat kepada negara. Segala gerak gerinya diperhatikan kerana dia menjadi lambang identiti negara. Setiap kali negara ditohmah atau diancam, dia akan berusaha mempertahankan kedaulatan negara sehabis upaya. Inilah senario hidup seorang duta. Memang mencabar & menuntut kepada kekuatan fizikal & mental.

Sebenarnya, secara sedar atau tidak, kita semua adalah seorang duta, iaitu duta kecil Islam. Kita berperanan melaksanakan amanah dari Allah di muka bumi ini sebagai khalifah. Begitu juga setiap tindak tanduk kita memberi kesan bagaimana orang bukan Islam melihat Islam & rasa sensitiviti kepada ancaman & tohmahan yang dilemparkan kepada Islam harus ada dalam diri kita. Walaupun memenuhi taklifan ini tidak mudah bagai dikata tetapi ia TIDAK MUSTAHIL.

Watikah perlantikan taklifan ini terkandung dalam ayat 35, surah Faathir;

"Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Barangsiapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. .."

Antara syarat kelayakannya ialah :
  • nikmat Islam & Iman kurniaan Allah swt
  • kerelaan mendidik diri menuruti suruhan Allah & menjauhi laranganNya
  • keinginan yang kuat untuk mengecapi kebahagiaan di dunia & akhirat
Manakala portfolio jawatan ini, secara umumnya, memerlukan kita menjadikan Islam sebagai gaya hidup (Islam as the way of life). Mungkin bunyinya agak sukar tetapi insyaAllah akan menjadi lebih mudah jika kena dengan caranya. Sebagai permulaan, hidupkan nilai-nilai Islam dalam perkara-perkara asas yang kita lakukan setiap hari. Misalnya ketika study & bergaul dengan sahabat & masyarakat sekeliling, kita praktikkan pendekatan Islam. Jika soalnya bagaimana? maka jawabnya, terdapat banyak bahan rujukan yang sahih serta orang berilmu yang boleh kita tanya.

Keistimewaan tugas ini adalah tiada had masa dalam tempoh perkhidmatannya. Selagi kita masih menjadi seorang muslim yang cinta & kasihkan Islam dengan mentaati Allah & rasulNya, maka selama itu kita adalah duta kecil Islam. Keistimewaan ini ditambah lagi dengan ganjaran kenikmatan melimpah ruah yang dijanjikan ar-Rahman kepada hambaNya yang sedia melaksanakan perintahNya, mengakui diri sebagai hamba kepadaNya, sebagaimana yang dinukilkan dalam surah Ali Imran, ayat 14-15;

“Dijadikan indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik(14) Katakanlah,”mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?”bagi orang-orang yang bertakwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya (15) ”

Begitulah hakikatnya, selain dari meniti hari sebagai seorang penuntut ilmu, sebenarnya kita juga memikul tanggungjawab sebagai duta kecil Islam, yang bertugas membawa nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

Jelaskan matlamat...Tuluskan niat