12:32 PM

....And Your Aim Is Always To Be A Good Doctor




Bismillah..


Minggu ketiga berada di alam klinikal..

Terasa bagai menjalani minggu orientasi yang panjang mengenali alam klinikal dan dunia hospital yang begitu.... (tak pasti nak describe macam mana)


Mungkin terlalu lambat untuk saya catatkan serba sedikit pengalaman berada di tahun 'satu' alam klinikal.. terasa seperti masuk semula tahun satu sekolah rendah, atau tingkatan satu sekolah menengah, di mana semua benda perlu dipelajari dari awal.. Mana taknya .. pandang je senior-senior tahun 5 dan 6 , terasa gerun dan kagum sebab alhamdulillah mereka telah tiba ke tahap mereka sekarang.. tinggal kami yang masih mencari tapak menyesuaikan diri di alam yang serba mencabar ini.


Mungkin juga tidak layak untuk saya bercerita pengalaman pertama ini, memandangkan keadaan sebagai pelajar baru alam klinikal yang masih mentah dan baru serta kurang pengalaman.. tapi sekadar untuk berkongsi..




Minggu pertama hanya lectures yang diperdengarkan. Namun ia cukup untuk menyuntik sedikit sebanyak semangat dalam hati mendengarkan kata-kata dan nasihat pakar-pakar perubatan di dalam dewan. ...and your aim is ALWAYS to be a good doctor.... - kata-kata dR tersebut masih terngiang-ngiang sehingga sekarang dan akan saya semat dalam hati sentiasa..




Menjadi Dr yang baik , saya tahu bukan mudah, maklumlah untuk menjadi pelajar perubatan yang baik juga kita perlu bermujahadah, inikan pula menjadi dR yang baik merawat makhluk Allah yang bergelar manusia.



A GOOD DOCTOR?




Ramai doktor-doktor yang menginterpretasikan perkataan MEDICINE dengan cara mereka sendiri..




MEDICINE IS ALL ABOUT DISCIPLINE

MEDICINE IS ALL ABOUT ATTITUDE

MEDICINE IS ALL ABOUT TAKING HISTORY

MEDICINE IS ALL ABOUT ART




habis tu, mana satu maksud sebenar MEDICINE itu sendiri?

sekadar pendapat daripada pelajar yang masih merangkak, belum pun belajar bertatih dalam bidang yang serba mencabar ini..

Discipline. Attitude, Art dan Taking History adalah antara gabungan yang mantap untuk diadun menjadi inti acuan doktor yang baik. Namun jangan kita lupa doktor bukanlah yang berkuasa menyembuhkan. Yang Maha Penyembuh - Hanya di atas sana.. ALLAHU YASYFI..


A good doctor bukan hanya mengamalkan attitude yang baik dan berdisiplin dalam menjalankan tugas, namun nilai-nilai holistik perlu disertakan supaya tiada timbul rasa hebat dan bermegah dengan kejayaan merawat atau menyembuhkan kerana yang layak berbuat demikian hanya ALLAHU AKBAR. Benarlah kata orang, makin kita mendalami ilmu Tuhan makin kita mengenali kebesaran Yang Maha Agung.
Perlu diingat medicine bukanlah hanya merawat dan menyembuhkan semata, tetapi lebih kepada mengimprove kualiti hidup seseorang. Maka medicine berhubung dengan kehidupan pesakit seluruhnya. Saya dipesan supaya tidak menjadi doktor yang hati batu, anggap peakit seperti barang yang dibaiki apabila rosak. Habis cek, bagi ubat, balik...
Doktor yang baik bukan hanya bersimpati dengan pesakitnya , malah lebih dari itu, ia mengamalkan sikap empati , seolah-olah turut merasai penderitaan yang dialami pesakitnya.
A doctor-patient relationship is an ongoing process... Hubungan doktor dan pesakit bukan berhenti apabila pesakit melangkah keluar dari bilik doktor setelah melaporkan masalah yang dihadapi, tetapi dari situ bermulanya tugas doktor menjalin hubungan yang baik dengan pesakit agar segala maklumat berkaitan dengan penyakitnya dan punca-punca penyakit yang dihadapi dapat diperolehi dengan lengkap dan sempurna, sehinggalah tiba kepada diagnosis yang sebenarnya (ni cerita bab penyakit-penyakit kronik la.. yang demam-demam biasa tu lain cerita..) Rahsia pesakit perlu dijaga, apatah lagi perkara yang mengaibkannya. Bukan sekadar etika dalam perubatan, malah dalam Islam sendiri menyuruh kita agar tidak membuka aib dan rahsia seseorang.
Paling penting a good doctor juga bukan sekadar menjalin hubungan baik dengan pesakit, malah hubungan dengan Tuhan sekalian manusia juga perlu diambil kira. Dari situ lahirnya jawapan mengapa saya ingin menjadi doktor...? berhimpit dengan kesibukan dan bermacam ragam manusia. Kenapa Mahu Menjadi Doktor- saifulislam.com
Your aim is always to be a good doctor.... Perlu bermula dari sekarang! Malah sepatutnya dari awal lagi, ketika hati terdetik untuk memilih kos perubatan sejak di alam persekolahan. BEGIN WITH THE END IN MIND membantu kita menggerakkan dan menumpukan seluruh usaha untuk mencapai matlamat akhir- menjadi doktor terbaik. Kerana jika sejak awal lagi telah kita sematkan matlamat sebegitu, kita tidak akan ambil ringan segala pelajaran yang dipelajari, kita tidak akan belajar sambil lewa dan kurang menumpukan perhatian, malah kita akan lebih bermotivasi dan bersemangat dalam pembelajaran.
Proses menjadi a good doctor juga adalah satu proses berterusan, saya yakin! Islam sendiri telah mengajar kita supaya memperbaiki diri dari sehari ke sehari supaya menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Maka keinginan dan matlamat ingin menjadi doktor yang baik yang menepati ciri-ciri sebenarnya hendaklah sentiasa hidup dalam jiwa seorang doktor yang sebenar, sentiasa ingin memperbaiki kualiti tugas dari sehari ke sehari, bukan hanya sekadar memberi kepuasan hati pesakit, malahan lebih dari itu-mendapat keredhaan Al-Khaliq.
Yang menulis bukanlah yang terbaik untuk memberi pandangan, malah lebih kepada rasa untuk berkongsi perasaan dan pengalaman, dan luahan harapan agar suatu hari nanti saya juga dapat dinilai sebagai doktor yang baik, bukan dari manusia tetapi di sisi Allah yang menilai setiap hambaNya. Wut i write doesn't reflect who i am.. instead the person i wish to be...
Wallahua'lam

6:04 AM

Sabar dan Redha...

Bila manusia kehilangan sesuatu yang paling disayanginya, tentulah perasaan sedih dan sesal datang bertamu di hati. Hanya doa kepadaNya menjadi penghubung demi mencari sebuah kekuatan agar semua yang telah terjadi menjadi pengajaran yang paling berguna dalam hidup. Benarlah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri…


Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin atas pemergiannya yang telah membuatkan seluruh rakyat Malaysia berdukacita atas apa yang telah berlaku. Sedih sudah pasti, namun marah pun ada. Namun, semuanya telah tertulis di atas kehendakNya. Terlalu berharga pengajaran yang boleh diambil oleh seluruh rakyat Malaysia di atas apa yang terjadi kepada adik Nurin. Al-Fatihah…


Saya pun turut mengalami peristiwa kehilangan. Ramai sebenarnya rakan-rakan yang pernah sama mengalami apa yang telah saya alami semalam. Lagi-lagi duduk di negara Arab. Kehilangan SAMSUNG SGH-E250 kesayangan. Itulah yang paling menyedihkan hidupku semalam. Sudahlah ada cerita sedih di sebalik pembelian handphone tersebut… Tidak sampai 5 bulan, surat warranty pun masih elok tersimpan, tup tup hilang. Tak tahulah tercicir kat mana, tapi rasanya mesti dalam bas ketika pulang dari Mustashfa Rahmah. Puas sudah saya berusaha mencarinya di hospital semalam, tetapi hampa. Terima kasihlah buat semua pak guard yang telah sama-sama turun padang mencari semalam…




Teringat sebuah bait nasyid…


Jika hartamu dimusnah, ingat Allah yang memberi
Jika engkau dizalimi, tenang dan tabah hadapi
Allah Maha Mengasihi
Mendengar rintihan hambanya…


Usah dikejar dunia yang sementara
Bertaubat sentiasa bersihkanlah jiwa
Kau jagalah solatmu, bersyukurlah selalu
Itu tanda redha segalaNya…



Sabar dan redha… itulah ubat yang paling mujarab untuk mengubati hati di kala hilang atau perginya sesuatu yang paling disayangi… Yang penting, usah pisang berbuah dua kali. Sedih dikawal, marah dijauhi, hikmah dicari, pengajaran diambil…

12:10 PM

Anak Bertanya Pada Bapaknya - BIMBO

5:27 AM

Ramadhan Kareem... Allahu Akram...




Alhamdulillah... setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk hidup di dalam Ramadhan buat yang kesekian 24 kalinya sejak 1405 H... Hadirnya Ramadhan 1428 H ini juga bermakna sudah masuk 6 kali saya menyambutnya di bumi orang, 6 tahun berbuka tanpa keluarga di sisi, 6 tahun berterawih 8 rakaat (walaupun tak penuh 30 hari), 6 tahun menyediakan juadah berbuka without visiting my hometown bazaar Ramadhan...


Di dalam Al-Quran, perihal Ramadhan, bulan yang mulia ini disebutkan secara indahnya di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183-187, bermula dari dalil kewajipan puasa, rukhsah puasa bagi musafir dan orang sakit, pembayaran fidyah bagi yang tidak mampu berpuasa, bulan turunnya Al-Quran yang menjadi pegangan umat Islam, penentuan anak bulan, galakan berdoa, dan halal haram puasa bagi sepasang suami isteri...


"..... Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekelian manusia supaya mereka bertaqwa" (187)



Apa yang menariknya, di celah-celah cerita tentang Ramadhan ini, Allah telah menyelitkan sesuatu di antaranya, iaitu galakan berdoa.


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahku), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk" (186)



So, mari kita sama-sama fikir, apa significantnya ayat ini diletakkan di antara ayat 183-187 ini? (Of course kita sepatutnya merujuk kepada tafsir para mufassirin bagi menafsirkan setiap ayat Al-Quran). Ayat 186 yang terselit di celah-celah ayat berkaitan Ramadan ini, seolah-olah menjadi petanda supaya kita memperbanyakkan doa di waktu bulan yang tersangat-sangat mulia, satu bulan yang mana di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, satu bulan yang mana para syaitan diikat dan dijauhkan kita daripadanya.



Doa ada bermacam-macam doa. Galakan berbasmalah dalam setiap kerja buat kita juga merupakan satu doa. Doa yang paling mudah tetapi jarang-jarang diamalkan. Saya percaya bahawa telah banyak doa yang telah kita pelajari sedari kecil, tetapi adakah ianya menjadi amalan kita setiap hari. Sebagai contohnya, setiap hari banyak kali saya keluar masuk tandas, tetapi jarang saya membaca doa masuk dan keluar dari tandas. Apatah lagi doa ketika memakai pakaian, doa ketika melihat cermin, doa ketika masuk ke pasar, doa ketika melintas jalan. Nabi ajar kita pelbagai jenis doa, tapi boleh dikira dengan jari berapa kali saya amalkan doa tersebut, padahal saya tahu ilmu itu.



Maka dengan ini, saya ingin menyeru kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat semua, marilah kita memperbanyakkan doa di bulan mulia ini. Bukan hanya doa di atas sejadah sahaja, doa pada setiap masa, di mana saja, dalam setiap perlakuan kita, bila-bila pun. Moga dengan ketiadaan syaitan sepanjang sebulan ini, menjadi perangsang yang kuat untuk kita semua mempertingkatkan kualiti kehidupan kita sebagai seorang yang memegang tittle 'im a muslim'.






Penuhi dan hiasi detik-detik Ramadhan kita dengan sayyidul istighfar...
Kullu 'am wa antum bikhair...


Catatan 3 Ramadhan 1428 H

2:32 PM

Ramadhan - Hadiah dari Allah




Bismillah..

Being soo busy that i cudnt find enough time to update this blog more often. Sedar-sedar Ramadhan datang lagi.. Perasaan? Jawab sendiri. Ada ke yang tak rasa apa-apa?
"Ala.. biasa la setahun sekali dalam bulan Islam mesti la ade bulan puasa.." (Ape la..)
Gembira..? Bersyukur?
"Alhamdulillah, hidup lagi kita untuk rasa Ramadhan tahun ni" (sure ke boleh habiskan sampai syawal tiba?)


Apa pun perasaan yang bermain di hati saya dan anda semua, ingatlah kehadiran Ramadhan adalah salah satu hadiah terbesar dari Allah untuk hambaNya. Siapa tak seronok nak rebut hadiah,kan? Sedangkan peraduan "Saya Anak Malaysia" anjuran Petronas yang hanya menawarkan 50 hadiah sahaja telah disertai oleh seramai 4.4 juta rakyat Malaysia.. (melepas Perdana V6 impianku..), apa salahnya kita masing-masing berlumba merebut tempat menjadi salah seorang dalam name list yang disenaraikan Allah mendapat hadiah keampunanNya dan rahmat syurgaNya.. (hmm.. takde had ye.. -macam nak masuk IPT pulak- takde kuota2 had nombor nak masuk syurga Allah, siapa lepas syarat, dapatlah)


Berlumba?
Bukan mudah seperti yang disangka
Perlu ada persediaan yang cukup dan mantap (terasanya tak cukup berusaha lagi)
Selamat menyertai perlumbaan ini..
Fastabiqul khairaat


"Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar" (Al-Hadiid : 21)

3:00 PM

Tetamu Dataran Syam




Kepada penghuni dataran Syam