2:40 PM

Sains dan Islam

Bismillah
Artikel yang menarik, di 'copy-paste' dari isuhangat.blogspot




Di sebuah institut pendidikan: Dalam usaha untuk menunjukkan bahawa mereka itu berilmu, tetapi berakhir dengan mereka memperbodohkan diri sendiri ... "MARI SAYA JELASKAN masalah sains tentang Tuhan." Seorang professor filosofi yang atheis berkata dalam kelasnya dan kemudian meminta salah seorang pelajarnya agar berdiri. "Adakah kamu seorang muslim?"


Ya," "Jadi kamu percaya pada Tuhan? ...."
"Sudah tentu."
"Adakah Tuhan baik?"
"Ya! Tuhan baik."
"Adakah Tuhan Maha Berkuasa? Bolehkah Tuhan melakukan segala-galanya?"
"Ya."


Professor tersebut mengerutkan kening dan merenung untuk seketika.
"Satu soalan untuk kamu. Katakan terdapat seorang yang sedang sakit di sini dan kamu boleh menyembuhkannya. Adakah kamu akan menolongnya? Adakah kamu akan mencubanya?"
"Ya, saya akan menolongnya."
"Jadi kamu adalah baik...!"
"Saya tidak beranggapan begitu."
"Kenapa tidak beranggapan begitu? Kamu mahu menolong orang yang sakit dan berusaha untuk menyembuhkannya malah kita semua akan melakukannya jika kita mampu... Tuhan tidak."
[Tiada jawapan]




"Dia tidak akan menolongnya, betul tak? Abang saya seorang muslim yang mati akibat penyakit kanser walaupun beliau sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk menyembuhkannya. Bagaimana boleh dikatakan Tuhan itu baik? Hmmm? Boleh kamu menjawabnya?"
[Tiada jawapan]



Seorang lelaki yang lebih dewasa begitu simpathetik. "Tidak, kamu tidak dapat menjawabnya, betul tak?" Beliau menghirup seteguk air dari cawannya yang terletak di atas meja untuk memberi masa kepada pelajarnya untuk relaks. Dalam bidang filosofi, kita hendaklah memberi ketenangan kepada pelajar baru. "Mari kita mulakan sekali lagi."
"Adakah Tuhan baik?"
"Er... Ya."
"Adakah syaitan baik?"
"Tidak."
"Dari mana syaitan datang?" Pelajarnya kelihatan gelisah. "Dari... Tuhan..."
"Betul. Tuhan menciptakan syaitan."
Lelaki yang lebih dewasa itu menghuraikan rambutnya dengan jarinya yang halus dan kemudian berpaling ke arah pelajarnya.
"Saya rasa kita akan merasa lebih seronok pada semester ini, tuan-tuan dan puan-puan."
Kemudian beliau berpaling kepada penuntut muslim. "Beritahu saya, anakku. Adakah terdapat kejahatan di dalam dunia ini?"
"Ya."
"Kejahatan berada di mana-mana, betul tak? Adakah Tuhan menciptakan segala-galanya?"
"Ya."
"Siapa mencipta kejahatan?"
[Tiada jawapan]



"Adakah terdapat penyakit di dunia ini? Tidak bermoral? Kebencian? Kejelekan? Kesemua yang buruk - adakah ia wujud di dunia ini?"
Dalam keadaan mengeliat para pelajar menjawab. "Ya."
"Siapa yang menciptanya?"
[Tiada jawapan]



Tiba-tiba professor menjerit ke arah pelajarnya. "SIAPA YANG MENCIPTANYA? TOLONG, BERITAHU KEPADA SAYA!"
Professor merapatkan dirinya menghampiri pelajar muslim tersebut sambil berbisik kepadanya" "Tuhan mencipta kesemua kejahatan, betul tak, wahai anakku?"
[Tiada jawapan]



Pelajar tersebut cuba bertenang, mengalami kekeliruan dan kekecewaan. Tiba-tiba pensyarah tersebut bergegas ke hadapan kelas seperti seekor kumbang. Keadaan kelas tersebut seperti terpukau. "Katakan kepada saya," beliau meneruskan kata-katanya, "Bagaimanakah Tuhan boleh dikatakan baik, jika Dia mencipta kesemua kejahatan pada setiap masa?"



Professor tersebut memusingkan tangannya untuk menunjukkan kejahatan di seluruh dunia. "Semua kebencian, keganasan, kesemua kesakitan, penyiksaan, kematian dan keburukan dan penderitaan yang diciptakan oleh Tuhan yang baik ini diseluruh dunia, tidakkah begitu, wahai anak muda?"
[Tiada jawapan]


"Tidakkah kamu melihatnya di seluruh dunia? Huh?"
Berhenti. "Tidakkah kamu melihatnya?"
Professor membongkok ke arah pelajar tersebut dan berbisik lagi, "Adakah Tuhan baik?"
[Tiada jawapan]


"Adakah kamu percaya kepada Tuhan, anakku?"
Dengan tegas pelajar tersebut menjawab: "Ya, professor. Saya percaya."
Lelaki yang berusia itu mengeleng kepalanya kesedihan. "Menurut sains kita memiliki lima pancaindera yang kita gunakan untuk mengenalpasti dan memerhati dunia di sekeliling kita. Pernahkah kamu melihat Tuhan?"

"Tidak. Saya tidak pernah melihat-Nya."
"Kalau begitu, beritahu kepada kami jika kamu pernah mendengar Tuhan?"
"Tidak. Saya tidak pernah mendengar-Nya."


"Pernahkah kamu menyentuh Tuhan kamu, merasa Tuhan kamu atau menghidu bau-Nya ... dalam kata lain, pernahkah mempunyai apa-apa persepsi dari segi deria tentang Tuhan kamu?"
[Tiada jawapan]

"Tolong jawab soalan saya."
"Tidak, Saya rasa saya tidak pernah."
"Awak RASA... awak tidak pernah?"
"Tidak."
"Tetapi awak masih mempercayai-Nya?"
"...ya..."


"Itu memerlukan KEIMANAN!" Professor tersebut tersenyum sinis. Menurut dasar protokol empirical, testable, demonstrable, sains berkata Tuhan kamu tidak wujud. Apakah pendapat kamu, anakku? Di manakah Tuhan kamu sekarang?"


[Pelajar tersebut tidak menjawab]
"Sila duduk."


Budak muslim tersebut duduk...Terasa kalah. Tiba-tiba seorang lagi pelajar muslim mengangkat tangannya. "Professor, bolehkah saya bercakap kepada kelas ini?"



Professor menoleh kepadanya dan tersenyum. "Ah, seorang lagi pelajar muslim! Silakan, silakan. Bercakaplah dengan penuh bijaksana kepada kelas ini."


Pelajar muslim tersebut melihat sekeliling kelas. "Tuan telah mengatakan beberapa fakta yang menarik. Sekarang saya mempunyai beberapa soalan untuk tuan. Wujudkah sesuatu yang dinamakan panas?"


"Ya," jawab professor. "Panas memang wujud."
"Wujudkah sesuatu yang dinamakan sejuk?"
"Ya, anakku, sejukpun ada."
"Tidak, sejuk tidak wujud."



Professor mengerut kehairanan. "Bilik ini tiba-tiba menjadi sejuk," sambung muslim kedua itu. "Kamu boleh mendapat seberapa tinggi kepanasan, malah kepanasan yang lebih tinggi lagi, kepanasan yang super, kepanasan yang mega, kepanasan putih, sedikit kepanasan atau tiada kepanasan langsung tetapi kita tidak memiliki sesuatu yang dinamakan sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah di bawah kosong, yang mana ia tidak ada kepanasan, tetapi kita tidak boleh pergi lebih rendah daripada itu. Maka tidak wujud sesuatu yang dinamakan sejuk, kalau tidak kita boleh pergi lebih sejuk dari 458 - - Tuan lihat, sejuk hanyalah satu perkataan yang kita gunakan untuk menjelaskan ketiadaan kepanasan. Kita tidak boleh mengukur sejuk. Kita boleh mengukur kepanasan menurut unit thermal kerana kepanasan adalah tenaga. Sejuk bukanlah lawan kepada panas, tetapi ketiadaannya."



Diam. Satu pin telah terjatuh dalam kelas tersebut. "Wujudkah sesuatu yang dinamakan kegelapan, professor?"
"Itu satu soalan yang bodoh. Apakah malam jika tiada kegelapan? Apakah maksud kamu...?"
"Jadi tuan kata kegelapan itu wujud?"
"Ya..."



"Tuan tersalah lagi, Kegelapan tidak wujud. Adakalanya, ia adalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh mendapat cahaya rendah, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilauan tetapi jika kita tidak mendapat cahaya maka kita tidak mendapat sesuatupun dan ia dinamakan kegelapan, betul tak? Itulah maksud yang kita gunakan untuk menjelaskan perkataan. Dalam realitinya, kegelapan tidak wujud. Jika ia wujud maka tuan pasti boleh membuatkan kegelapan itu lebih gelap dan memberikan kepada saya satu jug kegelapan. Bolehkah tuan memberi saya satu jug kegelapan, professor?"



Disamping dirinya, professor tersebut tersenyum ke arah pemuda di hadapannya. Ini pasti membuatkan semester ini lebih baik. "Bolehkah kamu nyatakan apakah maksud kamu, wahai anak muda?"



"Ya professor. Apa yang saya maksudkan ialah, pandangan filosofi tuan amat meleset dan kesimpulan tuan adalah silap..."
"Professor agak meradang. "Meleset...? Tergamak kamu...!"
"Tuan, boleh saya menjelaskan apa yang saya maksudkan?"
Seluruh kelas memasang telinga. "Jelas... oh, jelaskan..."
Professor berusaha bersungguh-sungguh untuk mengawal keadaan. Tiba-tiba dia berlagak sopan. Beliau melambaikan tangannya untuk meminta seluruh kelas agar diam bagi membolehkan pelajar tersebut meneruskan penjelasannya.



"Tuan bekerja di atas premis dualiti," jelas pelajar muslim tersebut. "Untuk itu sebagai contoh terdapat kehidupan dan terdapat kematian; Tuhan yang baik dan Tuhan yang jahat. Tuan melihat konsep Tuhan sebagai sesuatu yang terbatas. Adakalanya kita boleh mengukur. Tuan, sains tidak boleh menjelaskan pemikiran. Ia menggunakan tenaga eletrik dan magnetisme tetapi tidak pernah melihatnya, apalagi untuk memahaminya. Untuk melihat kematian sebagai lawan kepada kehidupan ialah untuk menafikan bahawa kematian tidak boleh wujud sebagai sesuatu yang substantif."



"Kematian bukanlah lawan kepada kehidupan, tetapi hanya ketiadaannya." Anak muda tersebut mengangkat akhbar yang beliau keluarkan dari meja temannya yang sedang membacanya.
"Di sini adalah akhbar tabloid yang paling teruk yang dikeluarkan oleh negara ini, professor. Adakah wujud sesuatu yang tidak bermoral?"
"Sudah tentu ada, sekarang lihat..."



"Salah lagi, tuan. Tuan lihat, tidak bermoral berlaku hasil dari kehilangan moraliti. Adakah sesuatu yang dinamakan ketidakadilan? Tidak. Ketidakadilan berlaku kerana tidak wujud keadilan. Wujudkah kejahatan? Pemuda muslim itu berhenti sementara. "Tidakkah kejahatan itu akibat dari hilangnya kebaikan?"



Muka professor tersebut bertukar kemerahan. Beliau begitu marah sehinga tidak terkata.



Pemuda muslim meneruskan kata-katanya. "Jika sekiranya terdapat kejahatan di dunia ini, professor, dan kita semua mengakuinya, maka Tuhan, jika Dia wujud, pasti menyempurnakan kerja melalui agensi kejahatan. Apakah pekerjaan tersebut, yang disempurnakan oleh Tuhan? Islam memberitahu kita untuk memilih samada kebaikan atau kejahatan."



Professor tersebut bertegas. "Sebagai seorang saintis filosofi, saya tidak melihat soal tersebut mempunyai kaitan dengan membuat pilihan; sebagai seorang yang realistik, saya langsung tidak menerima konsep ketuhanan atau mana-mana faktor theologikal sebagai sebahagian dari masalah dunia kerana Tuhan tidak dapat dilihat."



"Saya berpendapat bahawa ketiadaan kod moral Tuhan di dunia ini mungkin salah satu daripada fenomena pemerhatian yang berlaku," jawab pemuda muslim itu. "Akhbar mendapat keuntungan berbillion dollar melaporkannya setiap hari! Beritahu saya, professor. Adakah tuan mengajar penuntut tuan bahawa mereka berasal dari monyet?"



"Kalau kamu merujuk kepada proses evolusionari semula jadi, anak muda, Ya! saya mengajarnya."
"Pernahkah tuan melihat evolusi dengan mata tuan sendiri?"



Professor mengeluarkan bunyi dengan mengacip gigi dan merenung ke arah pelajar tersebut. "Professor, Oleh kerana tiada siapa yang pernah melihat proses evolusi dan ianya tidak dapat dibuktikan bahawa proses tersebut pernah berlaku, maka professor bukan mengajar tetapi memberi pendapat? Kalau begitu, bermakna professor bukan seorang saintis tetapi seorang padri?"



"Saya tidak akan mengambil kira kebiadapan awak dalam cahaya perbincangan filosofi kita. Sudahkah awak selesai?" kata professor tersebut. "Jadi kamu tidak menerima kod moral Tuhan berhubung kait dengan kebenaran?" "Saya percaya kepada apa yang ada dalam ilmu sains."



"Ahh! SAINS!" pemuda muslim itu mengerutkan wajahnya. "Tuan, tuan telah berkata bahawa sains adalah satu kajian dalam memerhati fenomena. Sains juga adalah satu premis yang meleset..."


"SAINS MELESET...?" Tanya professor. Keadaan kelas tersebut menjadi riuh rendah. Pemuda muslim tersebut masih berdiri.



"Untuk meneruskan fakta yang yang tuan berikan kepada kami sebelum ini, izinkan saya membawa satu contoh tentang apa yang saya maksudkan." Professor tersebut terdiam dan pemuda muslim itu melihat di sekeliling kelas. "Pernahkah sesiapa di dalam kelas ini melihat angin, Oksigen, molekul, atom, otak professor?"



Seluruh pelajar tergelak. Pemuda muslim menunjuk ke arah professornya. "Pernahkah sesiapa di sini yang pernah mendengar otak professor... merasa otak professor, menyentuh otak professor atau menghidunya?"



Ternyata tiada seorangpun yang pernah melakukannya. Pemuda muslim tersebut mengoyangkan kepalanya dalam keadaan sedih. Ternyata tiada seorangpun di sini mempunyai persepsi dari segi deria tentang otak professor. Jadi, menurut undang-undang protokol empirikal, testable, demonstrable, sains, SAYA MENGISYTIHARKAN bahawa professor TIDAK BEROTAK." hahahahahhaaaaa




SEKARANG ADALAH PELUANG SETIAP ORANG UNTUK MEMPELAJARI TENTANG ISLAM, TENTANG TUHAN, TENTANG TUJUAN kewujudan, penciptaan dan kehidupan, TENTANG PARA NABI DAN TENTANG KITAB SUCI, TERUTAMANYA AL-QURAN. KEMUDIAN MENJADI PILIHAN KAMU UNTUK MENJADI SEORANG ISLAM ATAU TIDAK. ALLAH BERFIRMAN DI DALAM AL-QURAN: TIADA PAKSAAN DI DALAM AGAMA"


Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [AL-BAQARAH: 256]


Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. [AL-BAQARAH: 257]


Pemuda muslim tersebut duduk ... kerana itulah tujuan kerusi dicipta!!!




Tetapkan kami atas jalanMu...

Wallahua'lam

10:48 AM

Belajarlah untuk memberi harga

Apa itu harga??
Harga itu nilai. ‘Menghargai’ pula bermaksud kita seolah-olah kita memberi ‘nilai’ kepada seseorang. Sesuatu barang yang berharga mempunyai nilai.

Apa pentingnya 'menghargai' seseorang?
Apabila kita menghargai mereka yang berada di sekeliling kita atau dalam erti kata lain kita ‘meletakkan nilai’ yang wajar ke atas mereka, hal ini akan membuatkan mereka rasa dihargai dan rasa diri mereka penting dalam hidup kita. Perkara ini dilihat dapat mewarnai sesebuah perhubungan.

Apa yang perlu kita hargai?
Pertama sekali, kita perlu menghargai nikmat yang kita ada. Segala-gala yang ada di sekeliling kita merupakan nikmat. Semuanya bukan?? Ya, semuanya.. You name it, it will be everything…
Nyawa, udara, ilmu, duit, makanan, rumah, laptop, handphone..
Banyaknya nikmat… Tidak terkira rasanya.

Siapa pula yang kita perlu hargai?
Pertama-tamanya tentulah ibu bapa bukan?

Di mana kan ku cari ganti,
Serupa denganmu.

Harga yang diletakkan ke atas ibu bapa tidak lah dapat terkira nilaiannya. Malah jika diganti dengan apa jenis harta sekalipun, sudah tentu tidak sama nilainya dengan kedua ibu bapa kita. 9 bulan ibu membawa kita ke hulu dan ke hilir Ke pasar, ke tempat kerja, ke mana saja kita membebani perut ibu selama 9 bulan itulah. Tidak cukup dengan itu, bila tiba 9 bulan, kita sudah tidak mahu untuk duduk terus dalam rahim ibu. Mula meronta untuk keluar. Kita terpaksa menyakiti ibu. Dinding vagina ibu kita tolak kerana tidak sabar lagi untuk melihat wajah ibu yang mengandungkan kita, wajah abah, wajah dunia.. Oh dunia.. lihatlah aku bakal keluar!!

Oh itu dia abah!!
Abah! I’m here, your new daughter! Cepat iqamah kat telinga saya abah…

Seorang lagi yang perlu kita hargai… Seorang insan yang bernama ayah…

“Abah, boleh tak bagi duit belanja lebih sikit hari ni??”
“Abah, boleh laa.. Hantarkan **** pegi rumah kawan tu…”
“Abah, datangla sini weekend ni, **** homesick ni..”
“Abah, ikan bilis dah habis, send la parcel.”

Banyak benar permintaan kita untuk seorang insan yang bernama ayah. Namun untuk setiap permintaan cuba kita hitung, permintaan mana yang ayah tidak dapat laksanakan. Kebanyakannya keinginan kita dituruti bukan?? Dari sekecil-kecil permintaan, sehinggalah sebesar-besar permintaan, semua ayah cuba untuk laksanakan. Cuma jika tidak dapat dipenuhi, tentu ada sebab tertentu yang kita tidak nampak mengapa ayah tidak dapat memenuhinya.

::Hargailah ibu bapa::

Siapa lagi yang perlu dihargai??

“Abang, tolong amik **** kat sekolah hari ni…”
“Ko tolong ibu masak hari ni ya. Akak ada hal”
“Adik, tolong amikkan beg akak kat dalam bilik”

Untuk setiap tutur di atas, kita lafazkan pada insan lain di rumah yang perlu dihargai. Tidak dinafikan, boleh kata hari-hari kita bergaduh dengan adik-beradik kita. Tapi sungguh, air dicincang tidakkan putus. (In fact, air hanya putus kalau kita tak bayar bil). Semasa pergaduhan, kita akan rasakan, alangkah baiknya kalau dia tiada di depan mata! Jika di zaman kanak-kanak, gigi menjadi senjata utama. (Lawak pula bila teringat budak-budak kecil). Pantang geram, cari saja betis atau lengan lawan, lantas digigit. Kejam betul macam piranha. :p

Tapi kini, segalanya berubah. Kita semakin belajar bagaimana nak menghargai adik beradik. Hidup kita diwarnai oleh mereka. Tanpa mereka, kita mungkin sunyi bertemankan hanya teddy bear saja di rumah. Teringat satu ketika dahulu, ketika saya bergaduh dengan abang. Saya mengadu pada ibu dan berkata, “Menyampah la abang tu, kalau tak balik asrama lagi baik!”

Ibu lantas bijak memadamkan api kemarahan saya dengan nasihatnya. Kata ibu, “**** ada sorang je abang. Esok kalau abah takde, abang juga yang kena jadi wali masa kahwin nanti.” Saya lalu tersedar. Kata-kata tadi tak sepatutnya saya ucapkan terutamanya bila mengenangkan betapa besarnya tanggungjawab abang terhadap adik-adiknya nanti terutamanya bila ibu bapa sudah tiada.Saya menyesal dan terus menarik kembali apa yang saya katakan sebentar tadi.

Adakah kita menghargai adik beradik kita??


::Hargailah adik beradik::

Siapa lagi??
Cuba lihat sekeliling kita. Siapa yang ada bersama kita sekarang? Siapa yang sedang study di bilik sebelah? Siapa yang sedang menyapu tu? Siapa yang memasak di dapur tu?
Pendek katanya.. Siapa yang menemani kita sekarang? Siapakah dia yang hadir lalu membuatkan diri kita tidak keseorangan?

K.A.W.A.N

Kita selalu kata bahawa kita menghargai ‘mereka’. Pada hal kadang kala secara tidak sedar, kita selalu ‘demand’.

“Kalau lah aku ada kawan yang sangat bijak…”
“Kalaulah dia tak macam tu…”
.. dan bermacam-macam kalau lagi kita biasa ungkapkan.

Ungkapan seperti di atas jelas menunjukkan kita sebenanya ‘demand’. Kita tidak menghargai apa yang ada pada sahabat kita sekarang. Kita ‘deserve’ lebih dari apa yang kita ada. Tidak bolehkah kita cukup bersyukur dan menerima rakan yang kita ada sekarang? Terima kelemahan yang dia ada. Beri tunjuk ajar atau nasihat atau lakukan apa saja sebagai melaksanakan tanggungjawab kita sebagai rakan. Bukankah kita dicipta untuk saling mengenali, tolong-menolong dan melengkapi?

:: Hargailah kawan ::

Lagi , lagi dan lagi??

Hargailah SEMUA yang berada di sekeliling kita. Baik manusia mahupun binatang mahupun segala benda sama ada kita nampak atau tidak. Secara tidak langsung, apabila kita menghargai, ia turut mengajar kita untuk BERSYUKUR.

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya akan aku tambah (nikmat) kepadamu. Tetapi jika kamu mengingkari, maka sesungguhnya azab ku sangat pedih” (Ibrahim:7)


Lightofvictory

8.04pm,14 Mac 08




7:32 AM

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Bismillah


Sesungguhnya Allah memberi kuasa memerintah kepada sesiapa yang diinginkanNya..

Tahniah buat semua calon yang berjaya

Andalah pilihan Allah, yang akan menghadapNya untuk disoal segala tanggungjawab ke atas setiap rakyat yang anda wakili

Tunaikan amanah sebaik mungkin, bersihkan niat di hati, pastikan ISLAM tertegak semula di muka bumi. ameen..

(tak sempat nak ulas panjang-panjang, tengah sibuk nak exam. )

ooo .. ye.. saya SOKONG KERAJAAN Selangor!! negeri ayah ? ooo..saya SOKONG KERAJAAN Perak!! negeri mak..? erm.. kalau bandar Maharani saya SOKONG!

7:04 AM

Tuhan, kurniakanlah...... (countdown)

Bismillah
Lagi 2 hari rakyat Malaysia akan mengundi
Mengundi pemimpin yang akan mewakili mereka, mendengar masalah dan membantu mereka, menjaga kepentingan mereka,
namun.... berapa ramai yang memilih pemimpin untuk membimbing mereka supaya jauh dari NERAKA ALLAH?
Sebenarnya berapa ramai PEMIMPIN yang BOLEH MEMBIMBING rakyatnya mentaati Allah dan menjauhi azabNya......?



PEMIMPIN YANG ADIL

Pemimpin yang adil

Sangat dikehendaki

Memakmurkan ummat

Dunia dan akhirat

Tiada keadilan

Negara huru rara

Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil

Sifatnya amanah

Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya

Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa

Kepentingan rakyat lebih utama

Mendengari rintihan dari rakyat-rakyatnya

Kasih sayang terserlah di wajahnya

Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya

Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil

Mengutamakan amanah

Wang rakyat dan negara tidak disalahguna

Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya

RAKYAT DISELUBUNG TAATI ALLAH

Betapa pemimpin di dunia kini

Seringkali mencetus huru rara

Demi memenuhi kepentingan dirinya

Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil

Mengutamakan rakyatnya

Melepaskan mereka dari sengsara

Akhlak yang mulia

Pakaian dirinya

Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang berbudi

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati

TUHAN, KURNIAKANLAH……..



Semoga rakyat Malaysia bijak mengundi
Tuhan, kurniakanlah.....

Wallahua'lam

10:00 AM

Mengundi di bando atok (Muo)

Bismillah..
Tiba-tiba terasa nak coret-coret sikit situasi PRU di bando kelahiran saya Muo Bando Maharani (Muar Bandar Maharani). Tetapi yang pastinya, atok perempuan dan atok lelaki tahun ini mungkin tak dapat keluar membuang undi di kawasannya, kerana kedua-duanya berada di Kajang, di atas kondisi kesihatan mereka yang kurang memuaskan, ibu dan ayah membawa atok tinggal bersama kami. (SyafahumaaLlah)


Berita Asal Di Sini

Kemunculan pusat perdagangan baru tidak memerlukan lagi penduduk ke bandar lain untuk dapatkan keperluan harian

MUAR: Kepesatan pembangunan di kawasan Parlimen Bakri memberi kelebihan kepada penduduknya untuk menikmati pelbagai kemudahan infrastruktur, selain kemunculan pusat perdagangan baru yang menjadi pelengkap kepada pembangunan di pusat bandar Muar.

Pekan Bakri dan pusat perdagangan di Pesta, Jalan Bakri juga mencatatkan pertumbuhan yang membanggakan sehinggakan penduduk tidak perlu lagi ke pusat bandar untuk mendapatkan keperluan harian apabila wujud pelbagai kedai dan pusat jualan di situ.


Kawasan Parlimen Bakri memiliki kemudahan infrastruktur setanding dengan kawasan lain, selain kawasan itu turut menjadi lokasi Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) [My mom pernah kerja jadik cikgu BI kat cni, tapi kejap je, lepas tu cabut lari sambung belajar accountancy- penat kut jadik cikgu..errr..], selain kemudahan pasar raya besar.


Bekas Ahli Parlimen Bakri, Datuk Seri Chua Jui Meng, berkata kawasan itu mencatatkan pelbagai pembangunan hasil daripada bantuan kerajaan pusat dan negeri yang memberikan perhatian bagi memastikan kawasan itu tidak terpinggir, terutama kemudahan infrastruktur.


Katanya, sistem perparitan dan jalan raya di semua kawasan itu juga turut dinaik taraf supaya masyarakat dapat menikmati kemudahan infrastruktur yang terbaik dan setanding kawasan lain.


"Banyak perubahan positif berlaku di Bakri sejak empat tahun lalu, banyak jalan dan sistem perparitan dibaiki dan dinaik taraf hasil bantuan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri untuk kebajikan orang di kawasan Bakri, " katanya.


Selain itu, Chua berkata, kawasan Bakri juga mempunyai kemudahan hospital kerajaan yang terbaik apabila Hospital Muar [pernah terfikir nak kerja kat cni lepas belajar, sebab dekat dengan atok, senang nak jaga diorang.. (perasan cucu yang prihatin)] dinaik taraf sebagai Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) yang juga menjadi hospital daerah pertama diisytiharkan hospital pakar. [nampaknya takde harapan sangat la nak kerja kat cni kalau setakat houseman lagi.. tunggu jadik MO atau pakar ler..]


Beliau berkata, HPSF adalah hospital kedua terbesar di Johor dan menjadi rujukan kepada penduduk di kawasan utara Johor dan sebahagian Melaka.


Katanya, masyarakat kawasan itu beruntung kerana berpeluang mendapat perkhidmatan di hospital pakar dengan kos yang amat rendah iaitu kira-kira 98 peratus kos adalah ditanggung kerajaan.


"Jika HPSF itu adalah hospital swasta, sudah pasti orang daerah Muar perlu menanggung bayaran kira-kira RM350 juta setahun untuk mendapat perkhidmatan bertaraf hospital pakar, namun kerajaan menyediakan perkhidmatan terbaik dengan hanya mengenakan bayaran terlalu kecil kepada masyarakat," katanya.


Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bentayan, Lau Yew Wee @ Richard Lau, berkata kawasan itu tidak terkecuali daripada menerima limpahan pembangunan apabila projek pembangunan negeri dijalankan, termasuk sistem perparitan dan jalan.


Beliau berkata, projek infrastruktur awam turut dilaksanakan di DUN Bentayan, termasuk membina jeti nelayan di Kampung Bakar Batu, Kampung Bukit Treh dan Parit Beting.


Selain itu katanya, Pusat Pengaduan MCA Bakri yang dipengerusikannya juga memainkan peranan bagi membantu orang ramai menyelesaikan pelbagai masalah.


"Penubuhan pusat pengaduan itu mendapat perhatian orang ramai sehingga mereka yang tinggal di luar daerah juga sanggup datang berjumpa saya bagi membuat aduan mengenai masalah yang mereka hadapi," katanya.


Bekas Adun Sungai Abong, Datuk Dr Haris Salleh, berkata Sungai Abong yang terletak di pinggir pusat bandar Muar berkembang pesat selaras kedudukannya yang berfungsi sebagai bandar satelit.


Katanya, Sungai Abong yang mempunyai banyak taman perumahan termasuk yang dalam pembinaan menyebabkan pelbagai kemudahan infrastruktur disediakan bagi memastikan masyarakat lebih selesa.


"Banyak projek dan kerja menaik taraf jalan raya dan sistem perparitan di kawasan itu dijalankan bagi menampung keperluan penduduk, sekali gus memastikan masyarakat di kawasan berkenaan memiliki kemudahan infrastruktur yang lebih selesa," katanya.


Selain itu katanya, masalah banjir yang sering berlaku di Sungai Abong juga berjaya diatasi apabila Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) menjalankan kerja menaik taraf sistem perparitan di kawasan berkenaan.


Calon Adun Bukit Naning, Datuk Abdullah Md Ali, berkata dalam tempoh tiga tahun lalu, pihaknya berjaya menyelesaikan masalah jalan dan lampu jalan, selain menyediakan kemudahan perpustakaan e-desa, gelanggang badminton, masjid serta surau di DUN berkenaan.


Katanya, walaupun DUN Bukit Naning terletak di kawasan kampung, penduduknya tetap menikmati kemudahan infrastruktur yang terbaik.


"Isu tempatan di DUN Bukit Naning banyak yang sudah diselesaikan menjadikan kawasan itu tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan," katanya.


Katanya, pihaknya juga membangunkan Dataran Naning yang turut dijadikan kompleks sukan dan padang di Batu 18, Jalan Muar-Parit Sulong.


Calon Pilihan Raya Umum Ke-12


P145 Bakri (55,483)
Melayu: 43.35% Cina: 54.37% India: 2.138% Lain: 0.15%
1. Tay Puay Chuan
2. Er Teck Hwa
2004: Datuk Seri Chua Jui Meng Majoriti 19,059

N12 Bentayan (21,624)
Melayu: 23.45% Cina: 74.448% India: 1.998% Lain: 0.11%
1. Lee Ching Yong
2. Gwee Tong Hiang
2004: Lau Yew Wee Majoriti 428

N13 Sungai Abong (20,104)
Melayu: 52.86% Cina: 43.98% India: 2.99% Lain: 0.17%
1. Kamaruddin Suratman
2. Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh <-- haaa? ni ayah kawan satu kelas kat sekolah dulu.. bertanding pakcik, jangan tak bertanding.. hehe
2004: Datuk Dr Haris Salleh Majoriti 6,057

N14 Bukit Naning (13,710)
Melayu: 59.59% Cina: 39.25% India: 0.998% Lain: 0.18%
2. Alias@Elies Shamsir
2004: Datuk Abdullah Ali Majoriti 6,334


Kaum kerabat saya di Muar, boleh dikatakan berdarah biru pekat jugak kot. Ape pun semoga bijak mengundi nanti...


Wallahua'alam

12:24 PM

Indeed, the soul carries the body

Bismillah..

Are you seeking for happiness?
Try to find the answer






"..So WOE to those whose heart are hardened against remembrance of Allah! They are in plain error! "


Wallahua'lam