10:31 AM

Sweet memories...



Majlis Pernikahan Noorzayyani & Amir
Tarikh : 10 Disember 2008
Tempat : Bayt Yara

Majlis Kesyukuran Sempena Walimah dan Sambutan Aidiladha PERMAI
Tarikh : 11 Disember 2008
Tempat : Dewan al-Farabi Universiti Yarmouk.

9:49 PM

Our Best Friend's Wedding

Bismillah



Memetik bait-bait kata yang dinukilkan oleh sahabat kami, Zayyani dalam entrynya sebelum ini
(A Point To Ponder)


"Life is predestined, yet it's presented to us as unpredictable..hence signifying the Power of the Creator & the dependence of His creations~"


Ya, hidup kita, mula dan akhirnya, perjalanan dan liku di dalamnya, susah senangnya, semua telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi..
Tapi seringkali perkara dalam hidup kita datang dengan cara yang tak terduga
Yang pasti, tentulah hanya yang TERBAIK untuk hambaNya.....



Sungguh, jodoh itu rahsia Allah
Segala yang tersurat adalah dalam pengetahuanNya
Siapa menduga wajah tenang sahabat kami menyimpan seribu satu rahsia cerita hidupnya
Dan bermulalah satu fasa baru dalam kehidupan apabila dengan izin Yang Maha Kuasa terlafazlah satu perjanjian sepanjang hayat antara Zayyani dan pasangannya, Amir



Saya sendiri kurang pasti dengan perasaan yang menyelubungi diri
Awal-awal mendapat khabar, saya sepenuh hati berkongsi kegembiraan bersamanya
Wanita yang baik Allah sediakan untuk lelaki yang baik
Lelaki yang baik Allah tentukan dengan wanita yang baik
Memang itulah selayaknya, dan itulah yang saya nampak ada di antara mereka berdua, ciri-ciri persamaan yang memang ketara
Pasangan yang sama baik sama sopan, sama soleh solehah, sama-sama menjaga dan terpelihara....


Namun, makin lama saya makin keliru
Dalam diam rupanya ada sisa sebak dan pilu yang menyelubungi diri, tidak tahu kenapa, apa puncanya, saya kurang pasti.....
Mungkin kami se'batch' terlalu menyayangi sahabat kami, Zayyani yang kami gelar ibu batch kami...



Betapa susah ke pekan Chini
Nun jauhnya kereta tiada
Betapa susah melepaskan Zayyani
Berendam air mata dalam ceria



Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad "Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku."





SATU PERJANJIAN


Bulan mengambang di celah awan
Pungguk merindu dengan berangan
Rahsia Allah jodoh pertemuan
Akad nikah satu perjanjian


Pernikahan bukan sekadar lafaz, bukan sekadar akad, bukan sekadar penerimaan, malah lebih besar tuntutannya dalam sebuah rumahtangga yang menagih perjanjian sepanjang hayat

Walaupun saya bukanlah orang yang selayaknya, tapi sekadar menyampaikan buat peringatan diri sendiri serta sesiapa yang sudi mengambil pengajaran

Memetik satu tazkirah dari sebuah blog, serta diubahsuai sedikit bahasanya:


Pernikahan bolehlah difahami sebagai
Akad untuk beribadah kepada Allah,
Akad untuk menegakkan syariat Allah,
Akad untuk membangun rumah tangga sakinah mawaddah wa rahmah.



Pernikahan juga akad untuk meninggalkan kemaksiatan,
Akad untuk saling mencintai karena Allah,
Akad untuk saling menghargai dan menghormati,
Akad untuk saling menerima seadanya,
Akad untuk saling menguatkan keimanan,
Akad untuk saling membantu dan meringankan beban,
Akad untuk saling menasihati,
Akad untuk setia kepada pasangannya dalam suka dan duka, dalam kefakiran dan kekayaan, dalam sakit dan sihat.




Pernikahan bererti akad untuk meniti hari-hari dalam kebersamaan,
Akad untuk saling melindungi,
Akad untuk saling memberikan rasa aman,
Akad untuk saling mempercayai,
Akad untuk saling menutupi aib,
Akad untuk saling mencurahkan perasaan,
Akad untuk berlumba menunaikan kewajipan,
Akad untuk saling memaafkan kesalahan,
Akad untuk tidak menyimpan dendam dan kemarahan,
Akad untuk tidak mengungkit-ungkit kelemahan, kekurangan dan kesalahan.



Pernikahan adalah akad untuk tidak melakukan pergaduhan,
Akad untuk tidak saling menyakiti badan,
Akad untuk lembut dalam perkataan,
Akad untuk santun dalam pergaulam,
Akad untuk indah dalam penampilan,
Akad untuk mesra dalam mengungkapkan keinginan,
Akad untuk saling mengembangkan potensi diri,
Akad untuk adanya saling keterbukaan yang melegakan,
Akad untuk saling menumpahkan kasih sayang,
Akad untuk saling merindukan,
Akad untuk tidak adanya pemaksaan kehendak,
Akad untuk tidak saling membiarkan,
Akad untuk tidak saling meninggalkan.



Pernikahan juga bermakna akad untuk menebarkan kebajikan,
Akad untuk melahirkan generasi berkualiti,
Akad untuk bersedia menjadi bapa dan ibu bagi anak-anak,
Akad untuk membangun peradaban
dan akad untuk untuk segala yang bernama kebaikan.

Dipetik dari Buku “Pernak-pernik Rumah Tangga Islami” Cahyadi Takariawan.



TERIMA SEADANYA

Malam hari memasang damar
Menangkap ikan di tepi titi
Suami isteri mesti bersabar
Kekal rukun damai di hati


[An-Nisaa 19] bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).




PASANGAN DUNIA AKHIRAT

Anak keli di tapak tangan
Pucuk pauh tepi telaga
Rahmat Ilahi moga berpanjangan
Kekal jodoh hingga ke Syurga

Ameen, Ya Rabbal'Alamin



Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”
Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.


Riwayat Ibnu Abbas dan Bukhari:
Sesiapa yang mempunyai empat perkara ini bererti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat iaitu
Hati yang selalu bersyukur,
Lidah yang sentiasa berzikir,
Jiwa raga yang sabar dengan ujian,
Isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya..



Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”



Berbahagialah pasangan suami dan isteri yang lengkap sempurna menurut Quran dan hadis Nabi.
InsyaAllah, semoga pasangan Amir-Zayyani yang dijodohkan oleh Allah akan sentiasa saling membantu membawa bahagia di dunia hingga ke akhirat sana






TAHNIAH


Tahniah dari kami krew SOL dan mewakili mereka yang gembira dengan terjalinnya satu lagi ikatan suci di bumi Irbid ini


2 thumbs up buat krew 'adik beradik, anak beranak' pengantin perempuan di sini



Walaupun tidaklah se'gah' atau setanding majlis perkahwinan yang sempurna seperti di Malaysia, kami cuba buat sedaya upaya untuk sahabat kesayangan kami, Zayyani








Amateur punye keje, tak sehebat mana

Krew Akhawat

Wedding Planner- 'Aqilah Suhaimi

Pembantu-pembantu setia akhawat- Nur Faezza, Hetty Ayuni, Farah Najihah, Juiliana Hamzah, Sarah Dardiri, Kamilah, dan adik-adik tahun 4 yang sangat membantu (ramai sangat).


Bagi pihak si Wedding Planner, kami mohon maaf kepada pasangan pengantin andai ada cacat cela sepanjang kami membantu menguruskan sedaya mampu majlis akad dan resepsi kalian berdua..


Semoga Zayyani berbahagia di samping suami tercinta. Doa kami sentiasa mengiringi semoga rahmat Allah kekal menemanimu sehingga ke syurga. Ameeen


Wallahua'lam.

p/s:(menanti 'mama batch' a.k.a 'ibu tiri batch' punye turn pula, bila ye?)

5:33 AM

To put yourself in one shoes

Kata orang jadi doktor ni, kurang sensitivitinya. Betul?

Bila difikir-fikir kembali, saya rasa ada benarnya. Maksud saya, ramai doktor mempunyai rasa kurang sensitiviti dengan pesakit dan penyakit.

Sedikit sebanyak saya turut merasakan dan mengalaminya. Bagaimana anda nak tahu benarkah anda makin kurang sensitiviti?

1. Apabila rakan anda bertanya, "What case did you take today?" Maka dengan muka yang bosan anda menjawab, "Common..., pre-eclampsia..." "..or breast mass", "..or "..MI (myocardial infarction)".

('Common' ~~ baca: "Case cam biasa. Hari-hari dah discuss case ni.")

2. Apabila salah seorang saudara anda mengadu, "Makcik ada pendarahan banyak, sampai anemic (Hb: 6), kena blood transfusion lagi. Kenapa ya? Dan anda jawab,"Ooo, tak pe makcik. Makcik pergi hospital, nanti doktor cek, buat ultrasound and bagi ubat tranexamic acid bla..bla..Nanti doctor bagi tau makcik sakit apa. Kalau fibroid, operation je utk buang. takpun, boleh buat hysterectomy.(buang rahim).

(Buang rahim?? Waa senangnya cakap, macam nak potong kuku plak dengar bunyi senangnya..)

3. Apabila memilih case dari wad ke wad..," Taknak lah amik chest pain, taknak lah amik MI, taknaklah amik hernia. Bosan.."

(Bosan?? Tak kena lagi attack cam aku ni boleh la cakap..)

4. Anda boleh menguap di operation theatre, di kala melihat doktor melakukan Cesarian untuk complicated delivery.

Dan banyak lagi situasi yang boleh menunjukkan betapa kita dah lali dengan penyakit-penyakit tersebut, kita rasa penyakit itu sendiri 'simple' dan adakalanya pemikiran dan rasa kita tersebut tanpa kita sedari, diterjemah ke perlakuan sehingga menyebabkan ada pesakit yang 'berasa hati' dengan doktor ataupun pelajar perubatan.

Doktor bukan sahaja perlu mempunyai rasa simpati, bahkan perlu memiliki empati. ~~To put urself in one shoes~~

Pesakit memang datang dalam keadaan 'yang mahu agar mereka dibantu'. Mereka mahu didengari dan diberi perhatian. Ramai orang mengadu 'mereka tidak disentuh langsung oleh doktor' jika mereka mendapatkan rawatan di unit rawatan luar hospital kerajaan.

Mentang-mentang 70% diagnosis datang dari history taking, maka ramailah para doktor yang mengabaikan 'physical exam'. Itu sebabnya kadang-kadang doktor langsung tak angkat muka. Sibuk mencatat di fail ketika pesakit bercakap. Semua aduan yang pesakit ajukan, telah kita hafal dan 'predict'. Contohnya pesakit (ibu mengandung) datang dengan sakit kepala. Belum lagi pesakit membuka mulut, kita dah bercakap di dalam hati, "lepas ni mesti dia nak cakap dia ada 'high BP' sebelum ni, ada 'blurry vision, ada edema, ada tremor.. Kalau buat urine test karang, mesti ada proteinurea..."

Memang kita lebih banyak tahu tentang penyakit berbanding pesakit itu sendiri. Kita tahu tentang simptom, investigation, management and even prognosis. Namun pesakit yang datang hanya ingin mengadukan sakitnya dalam keadaan mereka tak tahu kenapa mereka sakit dan mereka hanya merasakan bahawa sakit mereka tidak tertanggung lagi dan ingin segera sembuh.

Menurut teorinya, baguslah kalau kita telah pun bersedia dan tahu simptom-simptom yang bakal diajukan. Namun jika sebaliknya, dengan adanya pengetahuan tersebut berkurangnya 'manner' kita di depan pesakit, muka pesakit langsung tak dipandang, untuk senyum jauh sekali, alangkah sedihnya...

So, jangan terus dibiarkan sensiviti kita berkurang dalam urusan harian kita belajar dan bekerja.



::Man la yarham, la yurham (au kama qal)~~Sesiapa yang tidak mengasihani, dia tidak akan dikasihani ::

4:35 AM

Wanita mesti keras hati

Bismillah

Dipetik dari ummahonline.wordpress

Wanita mesti 'keras hati'

Oleh: Latifah Abdul Wahab


“Saya memang tidak gemar melihat wanita yang terlampau mengada-ngada atau istilah kasarnya ‘gedik’,’getik’, ‘geletis’ dan ‘gelenyar’. Bukan kerana jiwa saya keras tetapi saya sukakan wanita yang kuat pendirian dan cekal berpedoman. Maksudnya wanita yang ingin mendampingi saya mestilah seorang yang tidak marah-marah jika hubungan yang terjalin ‘dingin’ dan tidak dihujani panggilan telefon setiap hari yang sekadar untuk bertanya ‘sudah makan atau belum?” dan “sihat atau tidak” - begitulah pandangan seorang penulis lelaki dalam sebuah majalah wanita.



Saya tertarik dengan pandangan ini kerana fenomena berkomunikasi secara lunak manja ini semakin menjadi trend wanita hari ini terutama yang berkerjaya khususnya dalam bidang perniagaan. Bukan sahaja sebagai pelaris perniagaan bahkan sebagai pelaris diri. Kebiasaannya, hati lelaki lebih terpikat kepada wanita lemah lembut, mudah ketawa manja dan yang pandai mengoda dengan jelingan penuh bermakna. Jarang kita temui lelaki yang tak sukakan wanita jenis ini seperti yang ditulis oleh penulis di atas.



Tentu sebahagian besar dari kita pernah dan biasa melihat iklan Hotlink terbaharu yang menampilkan dialoq lucu seorang jurujual wanita mempromosi hotlink plan berganda dengan nada suara lunak menggoda. Tapi yang mengada ngada bukan di jurujual wanita tu tetapi si pembeli lelaki itu. Lucu dialoqnya “tadi kanda sekarang sayang…”, satu dialoq ala pekak badak.



Walaupun ianya hanya sebuah iklan untuk menarik perhatian penonton dan melariskan produk, tetapi trend mengoda semakin menjadi jadi dalam iklan produk tempatan. Lihatlah iklan syampu ‘sunsilk’. Model wanitanya walaupun bertudung tapi tetap digambarkan meliuk lintuk , menjeling manja dan berbalas senyum dengan si jejaka. Salah satu slot iklan syampu ini memaparkan adegan seorang wanita terserempak dan terjatuh buku kuliah, lalu bertentang mata. Tak tahu apa kaitan dengan rambut yang telah disyampu dan terselindung disebalik tudung.



Sekali imbas paparan lemah lembut ini sangat serasi dengan budaya melayu atau budaya Malaysia. Kerana umat melayu terkenal dengan lemah lembutnya. Cinta mudah bertaut dengan gaya lemah lembut. Saling bertanya khabar dianggap satu pernyataan bukti saling mengingati dan saling mengambil berat. Bila talian hotlink tidak lagi sibuk dengan SMS dan panggilan sayang, aduhai terasa dunia gelap, sunyi dan sepi. Kemana kah akan di bawa hati nan lara? SMS
ON CINTA hantar ke 32728 (Dapat)! Syarikat telekomunikasi juga yang untung.



Paparan di akhbar akhbar perdana cukup membimbangkan saya. Saban hari ada ada sahaja cerita derita wanita akibat korban cinta tak bermaruah. Setiap hari ada kisah gadis di rogol teman lelaki yang baru dikenali. Ada kisah wanita meratap meminta simpati akibat diceraikan oleh suami yang lari mengikut wanita lain yang lebih menggoda. Dalam majalah wanita, akhbar tabloid mahupun akhbar terkemuka, ruangan soal jawab masalah remaja sering menjadi kolum yang diminati. Masalahnya hampir sama , seperti membaca novel, temanya tetap sama. Tema cinta terlara, kisah hati yang tak bahagia. Kerbanyakkan pengadu dalam kisah cinta terlara ialah wanita. Bukan maknanya lelaki tak pernah jadi korban cinta terlara tetapi mereka kurang menuliskanya. Mungkin untuk untuk menjaga status .Sebagai manusia yang punya agama, saya lebih memikirkan kenapa manusia begitu mendambakan bahagia cinta terlarang? Kenapa saya kata ianya cinta terlarang? Apakah agama menghalang manusia bercinta ? Tidak, bukan itu maksud saya.



Malah Islam adalah agama kasih sayang. Islam itu sendiri datang dari perkataan salam. Iaitu kesejateraan Kasih sayang tidak terbatas antara manusia berlainan jantina sahaja malah merangkumi kasih saya sejagat, sayang kepada sesama manusia,haiwan dan alam sekeliling. Allah s.w.t menjamin kasih sayang sesama manusia jika manusia mengikuti peraturan yang telah ditetapkannya. Kasih sayang antara lelaki dan wanita yang masih belum terikat dengan akad, wajib dibatasi dengan beberapa hukum yang telah ditetapkan.



Firrman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, “Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan.”



Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya secara berlebih-lebihan dan bertujuan goda. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya bersikap sederhana bila berbicara dengan lelaki yang bukan suaminya. Sikap sederhana ini bukanlah satu larangan yang bertujuan menyekat naluri cinta tapi sebaliknya adalah larangan untuk menjaga kehormatan wanita dari diperkotak-katikkan oleh lelaki durjana yang sentiasa mencari peluang berfoya-foya dengan wanita wanita penggoda.



Sebenarnya bukan lelaki durjana sahaja yang mencari-cari peluang, malah hakikatnya syaitan lah yang sentiasa mencari peluang menyesatkan anak adam. Wanita adalah mahluk yang lemah fizikalnya, jika tidak dikuatkan iman wanita dengan mentaati suruhan dan menjauhi larangan Allah s.wt maka tewaslah wanita itu menjadi umpan syaitan. Wanita terpedaya lelaki pula tergoda. Kedua duanya saling terfana dan akhirnya merana.



Wanita mesti ‘keras hati ‘ untuk mentaati perintah Allah. Hanya dengan cara itu sahaja bahagia yang hakiki akan dapat dirasa. Permainan cinta dengan tanda sayang dan belai kasih yang diucapkan saban hari , saban waktu terluang hanyalah satu ‘interface’ yang melekakan. Bila sudah kecundang dan jadi hamba cinta, masa itulah peranan syaitan menjana nafsu syahwat tak dapat lagi disekat. Masa itu kehormatan diri mudah jadi galang ganti. Siapakah yang akan menghormati wanita yang sudah hilang harga diri? Pepatah melayu kata “kesal dahulu pendapatan kesal kemudian tiada berguna” Fikirkan.



Wallahua'lam

4:18 AM

a point to ponder

Each good, simple thought which comes across our minds are meant to be pondered & look upon for Allah swt never created something without a reason. That one simple thought might be the light of truth & inspiration we had been waiting for all this while...

In this short entry, I am glad to share one of my simple thoughts:

"Life is predestined, yet it's presented to us as unpredictable..hence signifying the Power of the Creator & the dependence of His creations~"

p/s:looking forward to write a longer entry =)

Jelaskan matlamat...tuluskan niat~sabishi

11:11 AM

Takbir Raya, Yang Syahdu dan Yang Lucu

Bismillah

29 Ramadhan

Selesai menghadiri jamuan berbuka puasa di Solah Petra, kami mengambil keputusan bersolat di Masjid Universiti Yarmuk, sambil menunggu waktu Isya'. Sudah terdengar ura-ura aidilfitri akan disambut tanpa lengkap 30 Ramadhan berpuasa..

Esok raya?

Taknak raya lagi….

Itulah yang terdetik di hati

"Rumah tak kemas lagi…"

"Nak masak ape?"

"Eh, kita mesyuarat la malam ni, meeting MPPM"

Alasan-alasan yang kedengaran dari mulut sendiri dan kawan-kawan

Selesai solat Isya', imam masjid melaungkan takbir raya.. Ya Allah… terkejutnya! Esok raya..?! Haa.. dah raya ke?!

Syahdunya..

Teringat ayah, ibu, keluarga..

Teringat juga Ramadhan yang ditinggalkan

Atau sebenarnya yang meningalkan aku tahun ini

Dapatkah aku keampunan Tuhan di bulan penuh rahmah dan barakah yang baru berlalu pergi…

Syahdunya….

Rindunya pada Ramadhan yang sudah pergi,

Nak jumpa lagi….

MasyaAllah!

Teringat pada janji ingin meminta tolong pihak ikhwah melaungkan gema takbir di rumah baru kami..

Rumah baru..

Baru 2 minggu..

Banyak lagi yang perlu dikemas dan disusun atur

Alhamdulillah sempat membeli langsir baru petangnya sebelum berbuka

Kelam kabut dibuatnya..

Sedang pihak ikhwah mengalunkan takbir raya ala Malaysia di masjid, kami cabut pulang ke rumah

Sempat ke ni??

Kesian Adik Tiqah yang kepenatan keluar tergesa-gesa ke kedai-kedai berhampiran membeli sedikit sebanyak barang keperluan. Sudah tentulah tidak banyak kedai yang dibuka ketika ini.. ke mana sajalah budak ni mencari-cari kedai yang masih mahu menerima pelanggan.

Dengan bekalan yang ada, kami cuba siapkan apa yang terdaya…

Alhamdulillah, akhirnya tercapai cita-cita mendengar gema takbir dilaungkan di rumah baru kami yang dahulunya bukan dihuni oleh orang Islam

ALLAHU AKBAR

ALLAHU AKBAR

ALLAHU AKBAR

Hanya Dia yang layak dipuja, diagungkan, dan dibesarkan

Hanya Dia Yang Satu

LAILAHAILLALLAHU

WALLAHU AKBAR

Hanya Dia yang layak disembah, tiada selainNya

Hanya Dia Yang Satu

ALLAHU AKBAR

WALILLAHILHAMD

Segala pujian hanya layak bagiNya

Hanya Dia Yang Satu

Saya yakin, sebenar-benar yakin

Biarlah laungan kalimah tauhid bergema di rumah yang dahulunya bukan memuja Tuhan yang Hak, Allah Yang Satu!

Saya dan Adik Tiqah rasa bersyukur kerana hasrat kami dimakbulkan Allah..

Terima kasih tidak terhingga kepada pihak ikhwah yang telah mejadi wasilah untuk menyempurakan hasrat dan harapan kami

Namun….

Dalam kesyahduan dan kesyukuran

Ada memori yang melucukan

Kenangan dan pengajaran

Saya tidak pernah menduga kanak-kanak 'lincah' dan 'riang' di kawasan kejiranan kami sanggup bertindak sedemikian rupa..

Nakal mereka banyak kali kami maafkan, kami biarkan

Biarlah… budak-budak

Kalau dimarah pun, diri sendiri yang penat, baik buat tak tahu sahaja

Tapi malam tadi memang melampau

Mengapa sehingga tetamu kami mereka kacau?

Selesai sahaja bertakbir dan menikmati juadah kami yang tidak seberapa, pihak ikhwah memohon izin untuk pulang

Alangkah terkejutnya mereka, apabila pintu dibuka, tiada sepasang kasut pun yang tinggal di muka pintu…

Hah? Kasut takde?

Betul ke?

Licin betul lantai kat luar tu…

Mana pulak hilangnya kasut-kasut ni…?

Adooooiii!!! Astaghfirullahal'azim

Tiada siapa yang bermain dalam minda saya kecuali budak-budak di kawasan kejiranan kami yang pelik-pelik perangainya..

Ya Allah.. mana nak cari ni?

Saya yakin ia tidak hilang

InsyaAllah tak hilang!

Mesti disembunyikan

Mesti!

Tapi di mana?

Kat bawah tangga tu gelap, tiada pula lampu suluh untuk mencari 6 pasang kasut yang ghaib tiba-tiba..

Tiba-tiba , kami ternampak seorang anak jiran yang agak baik dan mugkin boleh membantu..

"Adik, adik tau tak sape yang amik kasut-kasut diorang ni?"

Tapi dia bukanlah culprit yang sebenarnya..

Tak tahu…

Buntu..

Dalam hati, mana nak cari ni, takkan nak biar tetamu ni balik berkaki ayam..? Malam-malam raya? Selepas takbir raya?

Kesiannya mereka, sudahlah datang berjalan kaki dari jauh ke rumah kami 'hujung dunia' ini

Datang-datang pula, dilanda musibah yang tidak tersangka-sangka

"Janganlah diorang ni menyesal pulak datang umah aku malam ni," boleh pula hati saya terdetik begitu.

Tiba-tiba terdengar suara diselangi hilaian tawa mereka dari atas rumah..

Dah jumpa!!

Alhamdulillah

Budak-budak bijak anak-anak jiran tu dengan selambanya mencampakkan kasut-kasut mereka ke bawah rumah, bahagian paling gelap berhampiran pokok yang tumbuh di sebelah rumah..

Siapalah yang boleh perasan pada mulanya..?

Ya Allah… kesian

Terasa tebal muka, perasaan malu menyelubungi diri..

Malunyaaa!

Malu tak terkata!

Budak-budak ni pun, kalau nak kacau, kacau kami berdua sudah la…

Jangan la kacau orang lain..

Dengan perasaan penuh malu, saya dan Adik Tiqah memohon maaf…

Rasa bersalah pula

Tapi, Alhamdulillah, at least tidaklah mereka pulang berkaki ayam, di malam raya setelah takbir raya.. di rumah saya!

Masuk rekod PERMAI pula nanti – "Skuad takbir raya paling tabah"

Patutnya tadi pintu di ruang tamu tak perlu ditutup, bolehlah nampak siapa budak kecik yang buat 'kerja bijak' tu..

Dah la mereka datang ke rumah paling jauh,

Juadah pula tak seberapa,

Dimainkan budak kecil lagi..

Uhh.. dugaan betul bagi mereka yang memang nak buat baik ni

Mohon maaf sekali lagi

(Aiman Majdi, Muhtadiin, Firdaus, Farhan, Engku dan Tarmizi- Salah nama minta maaf)

Jazakumullahu khairul jazak

Taqabbalallahu minna wa minkum

Takbir raya Syawal 1429H

Yang syahdu dan yang lucu

Dalam kenangan Aidilfitri terakhirku di Jordan…..

(Tak sabar menanti Aidilfitri di Malaysia tahun depan.. moga dipanjangkan usia)

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua…

Moga diterima ibadah sebulan berpuasa

Mendapat rahmah, maghfirah dan barakah

Lailatul Qadar? Biarlah dalam rahsiaNya

Tahun depan bersama-sama kita buru kembali di mana Lailatul Qadar impian kita

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM

Wallahua'lam