12:33 AM

Preoxygenate us with 100% O2 ...?


Oka, oka kita bukan nak buat Rapid Sequence Induction (RSI) di sini, walaupun entry yang lepas semacam ada kaitan dengan tajuk entry ini. Sebagai lambang setia kawan dan sokongan padu lambang anggukan tak berhenti dengan ini, saksikan bukti lambang synergi;


Final Exams Schedule 2009

17 Mei - Family Medicine

19 Mei - Neurology
21 Mei - Ophthalmology

24 Mei - Psychiatry
26 Mei - Dermatology
28 Mei - ENT
31 Mei - Obs & Gyne
01 Jun - Radiology

02 Jun - Anesthesiology
03 Jun - Forensic
04 Jun - Orthopedics

+
+
+

08 Jun - ke mana kita?


Buat seniorita-seniorita yang dah pun berada dalam blok terakhir, bittaufiq diucapkan. Usaha gigih kalian, tulus hati kalian, sungguh Tuhan tak pernah biarkan. Najjah yang dinanti, tunggu, sikit masa sahaja lagi.

Doakan kami!




6:55 AM

Kempiskan perutmu!

Selamat tinggal scrubs, selamat tinggal face mask, selamat tinggal semua..

Semalam, rasmi saya tinggalkan rotation anesthesiology yang hampir 2 minggu bertemankan bau cautery, orang baju biru, lampu OT/R (operation theatre/room) dan pakar-pakar hebat yang punya
ladies' finger, lion's heart dan eagles' eyes. Rotation paling ber'nafas' berbanding minors lain. Jadualnya sangat ringkas. Selalu sebelum 12 tengahari dah selesai. Pagi-pagi dalam 8.30 masuk OT. Tengok bagaimana pesakit disiapsiagakan bagi menjalani pembedahan. Lihat bagaimana pesakit diberi ubat pelali, penenang otot (erk betul ke ni untuk muscle relaxant?), ubat tahan sakit.. dari alam sedar ke alam mimpi, walau ditujah pisau seribu kali, pasti tidak akan jaga lagi!

Sampailah pembedahan tamat. Tapi doktor tak tujah pesakit ek, main hiris-hiris je. Bayangkan kulit tu dihiris pisau, dilalukan elektrik (
cautery) untuk pembedahan. Kalau pergi pembedahan tulang-tulang, siap boleh dengar 'tang-tung' doktor tebuk tulang.


Banyak-banyak pembedahan yang saya tengok, satu pembedahan oleh team Dr. Barbarawi antara yang saya kagumi dari segi
coolnya doktor, kemasnya tempat peralatan dan team yang punya chemistry sampai nampak pembedahan tu sangatlah smooth & steady. Pesakit yang dibedah - wanita pertengahan umur, ada hydrocephalus post-RTA (road traffic accident). pembedahan dibuat sebab VP shunt yang sepatutnya berfungsi untuk mengalirkan lebihan bendalir otak (CSF) yang terkumpul di ventricle ke peritoneum untuk diserap tidak menjalankan tugasnya dengan baik. Agak lama juga kami duk tercongok memerhati doktor menjalankan segala teknik untuk memeriksa bahagian shunt yang tidak berfungsi.

Mula-mula doktor explore bahagian upper abdomen atau lebih tepat right lumbar region. Tengah-tengah surgery, Dr. Barbarawi pandang kami,


"Usually, it only takes around 33 minutes for me to complete a case like this. It's one of the easiest kind of operation"


Serentak, terus pandang jam kat dinding. Time elapsed - 1 hour and 35 minutes


"But you see, it takes longer than usual, particularly on this patient. You know why?"


He paused and then continued.


"It's because you are here today, watching over me and having me to
explain everything about the procedures." He kept his tone low and steady. But even with that mask on, i knew he's smirking.

Gulp. Erk?

Lepas tu tiba-tiba doktor kenyit mata.
Aik? And i could tell he's even smiling to ear bila tengok kitorang muka macam bersalah. Kenyit mata lagi. Comel betullah doktor ni, main-main mata pulak dia. Rasa macam atuk yang cumel lagi happy dan pleasant.

"Come here and see this." Doktor panggil kitorang datang dekat op-table


"Can you see these very thick adipose tissue and also this, fibrous tissue? This woman is extremely obese and her fats annoy me, making an easy procedure, complicated."


Ow-ohh. Angguk-angguk. Faham-faham

Dengar tu?
Her fats annoy me, (so do the fibrous tissue) making an EASY -33 minutes procedure to be complicated and long.
Doktor exhausted, lebih banyak ubat digunakan, lebih complication, lebih lambat recovery, lebih lagi dan lagi..

Macam-macam boleh jadi akan datang. Something unexpected, unthinkable. Tak perlu dan bukan nak predict masa depan. Itu kerja Allah.Tapi jagalah perut-perut agar kurang boroi. At least, kita dah berusaha untuk kurangkan risk bukan setakat untuk pembedahan tapi untuk kesihatan sepanjang kehidupan. Pernah baca dalam Reader's Digest satu, dua tahun lalu - increase intraabdominal fat sebabkan manusia jadi lembap akibat kekurangan oksigen.

Saya sendiri rasa bila gemuk, macam-macam malas datang. Malas nak bergerak, nak belajar malas, nak solat lama-lama pun malas, bila sujud cepat bangkitnya. Rugi banyak benda.

Sedangkan belajar itu ibadah, solat itu dah sah-sah ibadah. Bila semua benda rasa buat sambil lewa, tak dapat nak bayangkan apa
masih ada nilaiannya di sisi Dia sedangkan orang lain lebih-lebih lagi berebut nak persembahkan yang terbaik untuk Dia. Biar amalan seindah pancaran matahari bukan setakat lampu kalimantang. Biar bersinar, bercahaya dengan terang. Nampak sangat cantik untuk Allah pandang. Kita memang kena bersaing. Sebab hamba Allah sangat ramai.

Ramai sangat..


Yang perutnya 'berat' dan 'tebal', jangan risau rasa susah. Jangan risau rasa payah. Allah tahu kesusahan itu. Allah tahu kepayahan itu. Setiap usaha, setiap keluhan, setiap rintihan semua Dia ambil kira selagi mana niat kita tetap hanya satu - untuk Dia. Yang perut 'kempis' dan 'ringan', kalian juga rasa payah untuk maintain bukan? Bak kata pepatah, nak jadi cemerlang memang susah, tapi lagi susah untuk mengekalkan kecemerlangan. Itu juga kita tak perlu risau, susah kita nak maintain, Allah juga kira sebagai amal soleh selagi mana niat kita lurus dan tulus.


Spring has begin, summer is approaching. Apalagi? Let's go physical!

6:06 AM

Minta ijin semua

Kami dari SOL nak minta maaf dari kawan-kawan/pakcik makcik/dato'datin yang blognya di link kan ke blog kami tanpa meminta keizinan secara direct. Kami memohon keizinan secara terbuka di sini untuk membuat link dengan blog anda semua.

Andai ada yang keberatan minta khabarkan pada kami.

Terima kasih.

10:28 AM

"Sundus"

Wajah suci setulus niat,
Pertemuan ilmu cinta tersirat,
Satu pertemuan janji diikat,
Sentiasa bersama mentajdid niat.

Tatkala sang iblis cuba menjerat,
Hati yang mekar sesekali berbirat,
Kemalasan bersarat,
Langkah kaki terasa berat,

Namun,sebesar-besar kuasa jahat,
Allah jua yang maha hebat,
Kerana ukhwah janji terpahat,
Kerana Allah niat tersemat.

Senyuman dikuntum penawar penat,
Ilmu dan ganjaran janji di akhirat,
Pertemuan di dunia biarpun singkat,
Semoga di jannah kita ditempat.

“Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.

Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.

Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat”. (Hadis riwayat Tirmizi).Baginda juga bersabda:“Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”. (Hadis riwayat Muslim).

12:14 PM

Jangan 'lari' jauh-jauh, letih!

"Abah, you sweat a lot lah lately. Pergi buat medical check-up kat spital?"



Dalam cuak-cuak kuku, (maksudnya macam suam-suam kuku) aku memulakan perbualan dengan abah
petang tu dalam kereta depan kedai-kedai runcit sementara tunggu mak amik barang kat Cosway (tang mak amik barang kat Cosway ni fiction, tak ingat kat depan kedai mana sebenarnya) Cuak sikit nak cakap dengan abah bab-bab serius ni, macam bendahara nak menghadap sultan. Kena tertib gitu. Lagi-lagi mak dah warning cakap siang-siang, abah tu takut hospital! Tapi sebab tengok peluh abah lebih dari biasa, sampai anak menantu sume perasan. Makan sikit pun peluh, taram je lah cakap. Dah ada peluang ni.

"Eh, mana ada (ma tu ditekan-tekan sket bunyinya). Sape cakap abah peluh. Biasa lah orang kuat, cergas. Memanglah peluh."


Haha kerek sungguh bunyinya. Boleh tahan.



"Eleh, Ramai orang cakap. Bla..bla..bla..mak lagi lah dah perasan lama. Mak kata abah selalu terbangun malam buang air. Siang-siang lagilah kan. Bukan buat ape pun, pergi check je kejap. Mudah-mudahan nothing serious lah. Bla..bla.. lagi"


"Mana ada abah bangun buang air malam-malam. Malam tido je lah."


"Mak yang kata ada. Takkan tak pernah langsung?"



Abah diam. Lama jugak. Aik, silap cakap atau tersalah intonasi ke. Tak sedap hati pulak aku dibuatnya. Bila dapat lecture dari anak sendiri memang tak semudah yang disangka untuk kes aku lah. Atau lebih tepat lagi, bukan senang nak lecture ibu bapa sendiri berbanding patient kat hospital.



Tik..tok..tik..tok..



Masa terus-terus berlalu
.


"Selalu kalau orang peluh banyak ni kenapa?"



Tiba-tiba abah memecah suasana. Yeah! jarumku sudah masyuk. Serba salah juga nak cakap as dalam case macam abah, umur 50+, ada darah tinggi, agak overweight, cepat dahaga tapi suka minum air gas pulak tu lagi, excessive sweating lately, cepat penat. Em, diabetes? Dah la abah ni takut
hospital. Nak cakap ke, dah lama pendam ni. Kali ni nak buat parental counseling bleh? Lantas dengan agak kejam, aku pun cakap,


"Macam-macam boleh. Selalunya diabetes, heart problem..."


Sengaja aku tekankan macam-macam tu.



Abah diam lagi. Aih.. niat di hati bukan nak menakutkan abah. Tapi sebab memang ikutkan nak 'paksa' abah pergi juga medical check-up. Dah komplot plan dengan mak, kalau abah tak mahu juga, nanti senyap-senyap beli over-the-counter glucocheck, then cucuk tangan abah. Sampai ke situ kami plan. Punyalah nak buat self-analysis.

Perbualan terhenti di situ. Instict kata macam agak hampeh jugaklah sesi counseling kali ni. Tak jaga psychology patient sungguh. Lagi rasa nak menakut-nakutkan ditambah unsur-unsur paksaan.



KESEDARAN


Memang kita sedia maklum, tahap kesedaran masyarakat di negara-negara membangun terhadap
kesihatan memang jauh kedepan. Search sahaja di internet, banyak patient information centre/page yang kedapatan. Sampaikan kita boleh tengok perbezaan dalam medical-based series sendiri seperti House, ER, Grey's Anatomy yang lagak mereka terkadang mengalahkan ahli perubatan! Lakonan mereka nampak hidup dan bernyawa. Macam real doctors, real patients. Mereka lebih berminat untuk ambil tahu dan bertindak jika ada yang tidak kena baik pada diri mereka mahupun ahli keluarga. Untuk bersikap denial, itu mungkin cerita lama.

Namun, tidaklah dinafikan, ramai juga masyarakat Malaysia yang sebegitu. Tetapi, masih
terlalu ramai juga yang memilih untuk bersikap 'mengelak' untuk tahu hal yang sebenar. Ayat-ayat skema yang acapkali kita dengar apabila meminta mereka untuk buat pemeriksaan mahupun jaga kesihatan termasuklah,

"Ish, tak nak lah. Bukan ada ape pun"

"Alaa, kalau nak mati, bila-bila pun boleh mati."

"Lebih baik tak tahu dari tahu. Takut!"


DENIAL

Kenapa kita takut? Mungkin sebab kita rasa lebih tenang hidup tanpa tahu yang sebenarnya kita
punya penyakit dalam badan. Tak perlu risau sebab kalau sah-sah tahu memang ada penyakit ni macam nak cakap dah nak mati pula. Betul tak? Isu mentaliti lah tu.

Tapi, bagi saya sendiri, sebenarnya kita tahu bila kita rasa kurang selesa kalau ada tanda-tanda yang luar dari biasa. Lagi-lagi kalau dah meningkat usianya. Kalau dulu, kita tak selalu buang air sangat, tapi lately kalau asyik keluar masuk tandas selang setengah jam, sapa yang larat? Kalau dulu, kita mampu jalan jauh berbatu-batu, tapi tiba-tiba nak naik tangga yang setingkat pun dah rasa semput, nak tak nak mesti terdetik jugak kat hati. Tapi selalunya kita cakap apa?

"Ah, biasalah dah tua-tua sikit. Memanglah. Takde apa-apa lah."

Bunyinya lebih kepada ayat penyedap hati dan telinga. Senang, habis cerita. Tak nak tipu pun,
aging process is one big thing. That's nature. Tapi yang kita nak cakap kat sini mainly hal yang agak tiba-tiba. Yang kalau kita tengok rakan sebaya kita takde lah seseksa macam tu.



THE POWER OF KNOWLEDGE AND EDUCATION

Teknologi memang membuka mata dan minda. Syukur! Tanpa teknologi langkah kita pasti agak terbatas. Mana nak tengok sendiri kepakaran orang dan kemajuan orang lain kalau tak ada ribu riban dalam poket. Nak-nak, dengar ajelah kalau ada antara saudara atau kawan-kawan yang melancong balik bercerita. Tapi, alhamdulillah dengan kemajuan internet masa kini, macam negara kita boleh 'pergi' dan 'tengok' sendiri. Hanya dengan hujug jari. Untung kan?

Point paling penting - mendidik masyarakat dengan ilmu kesihatan secara lebih agresif. Mendidik di luar hospital dan klinik. Mendidik masyarakat agar tidak takut dengan doktor dan perawat. Mendidik masyarakat dengan ilmu pencegahan. Mendidik masyarakat dengan kesedaran kerana kebanyakan penyakit yang biasa tetapi kronik sepanjang hayat seperti hypertension dan diabetes mellitus adalah penyakit yang mampu dielak dengan kesungguhan dan tabiat. Dan mendidik masyarakat dengan kesedaran merawat sebelum parah. Seek for help. Kebanyakan penyakit yang biasa bersifat reversible pada peringkat awal. Macam terlajak perahu boleh diundur. Tetapi, jika kita lengah dan berdolak-dalik, ia jadi macam terlajak kata yang buruk padahnya!


Itulah dia. Nak cerita. Susah tak susah, besar tak besar tanggungjawab. Bak kata junia,

"Lepas ni kita kena buat macam rancangan The Doctors kat Malaysia pula"

"sengih*

Betul tu!

“Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.”
(Hadis Riwayat Ahmad)




8:15 AM

Warkah Buat Adik

Warkah buat adik


Adik…
Tolonglah dengar
Kakak tak mampu bertahan lagi
Kakak tak mampu memendam lagi…
Kakak perlu beritahumu sesuatu


Adik….
Semalam kakak sedih
Semalam kakak menangis
Semalam kakak merintih
Adik nak tahu kenapa….
Tolonglah dengar sampai kakak habis bercerita


Adik….
Selama ini kakak hanya mendengar dari mulut mereka
Tapi kakak tidak mahu percaya sepenuhnya
Mungkin mereka tersalah anggap
Mungkin mereka yang tersilap lihat


Tapi, adik tahu tak…?
Semalam kakak sedih
Kakak menangis
Kakak nampak dengan mata kakak sendiri
Kenapa adik perempuan kakak jalan berdua dengan lelaki
Kenapa adik lelaki kakak jalan berdua dengan perempuan
Kenapa adik-adik kakak jalan sekawan dengan yang bukan mahram
Kakak sedih……
Adik bagi alasan adik hanya kawan….
Kakak faham
Tapi itu fitnah adik.. fitnah…
Itu mungkar adik… mungkar…
Fitnah dan kemungkaran…
Bukan syurga tempatnya, adik
Fitnah dan kemungkaran…
Bukan rahmat balasannya, adik
Fitnah dan kemungkaran…
Bukan berkat penemannya, adik
Bukan, adik…. bukan….


Adik…
Selama ini kakak hanya mendengar dari mereka
Pakaian adik tidak sempurna sepenuhnya
Kakak tidak percaya
Mungkin hanya seluar
Tapi biarlah yang longgar
Mungkin hanya T-shirt atau baju sejuk membaluti
Tapi biarlah yang tiada membentuk tubuhmu yang suci
Mungkin hanya tudung kecil yang menutupi
Tapi biarlah yang kau turunkan menutupi dada dan auratmu
Mereka juga beritahu, wajah mulus adik diwarna-warna dan ditambah serinya
Kakak tidak percaya….
Takkanlah adik sanggup melakukannya


Tapi, adik
Semalam kakak sedih,
Kakak menangis
Melihat sendiri adik, pakaian adik, dan wajah adik…
Adik sendiri tahu kenapa…


Adik….,
Tunggu adik…
Jangan dibuang warkah ini
Warkah kakak tiada nada tinggi marah berapi
Tapi nada sedih dan kesal yang bersarang dalam jiwa
Tolong baca sampai habis kakak bercerita…..


Adik…
Kakak bukanlah orang yang sempurna untuk menegur dan mengatur
Tapi kakak juga bukanlah orang yang rela hati melihat kemungkaran menjadi-jadi
Tolong, adik…
Tolong faham dari hati


Adik…
Kakak ingin berpesan…..
Agama itu bukan untuk dipermain-mainkan, adik….
Bukan untuk kaupersendakan
Walaupun bukan dengan tutur kata
Tapi cukup hanya dengan perbuatan dan gerak langkah,
Dengan penampilan dan gaya,
Selagi mana ia salah dan terpesong dari agama
Adik sudah dikira mempermainkan hukumNya, adik….


Adik…
Kakak menegur
Bukan menghina
Kakak menegur
Bukan dengan merasa hebat dan 'superior'
Kakak menegur
Bukan dengan takbur
Tapi kakak tegur tanda sayang
Sayangkan adik, sayangkan diri kakak sendiri,
Mari berubah adik
Mari….
Ramai yang menyokong dan membantumu


Adik…
Kakak tahu berubah itu susah
Kakak tahu berubah itu payah
Tapi, adik tahu kan…
Mujahadah itu indah
Mujahadah itu manis natijahnya
Mujahadahlah adik…
Mujahadah
Tinggalkan perbuatan itu
Tinggalkan kemungkaran itu
Allah bersamamu


Tidak mengapa, adik…
Tak mengapa..
Ambillah masa
Kakak tahu
Berubah mana mungkin berjaya dalam sehari dua
Tapi adik perlu berusaha memulakannya
Bukankah Allah melihat usaha
Lebih daripada natijahnya….?


Adik….
Kakak menegur
Kerana kakak takut
Apa yang akan berlaku pada kita,
Pada adik,
Pada kakak,
Selepas kita mati
Semasa di hadapan Tuhan nanti
Ya, adik…. ya…
Di hadapan Allah, adik
Yang Maha Mengetahui segala-galanya
Segala yang tersembunyi dan yang nyata


Tolonglah adik
Kakak tak mahu terseksa
Kakak tak mahu melihat adik terseksa
Bukankah kita semua mahu bahagia
Dalam syurga idaman kita semua….
YA…
Syurga, adik…. syurga
Apa Allah kata…?
Fauzul Kabir
Kakak tahu…
Susah …
Tapi tak mustahil
Susah…
Kerana harganya tak murah
Susah…
Kerana itulah ianya fauzul 'Azim
Kejayaan yang agung, adik..


Adik ….
Kakak menegur
Bukan untuk melepas diri
Biarlah andai teguran kakak adik letak tepi
Tapi adik jangan lupakan teguran Allah
Adik jangan lupa amaran Allah
Adik jangan sombong
Adik jangan berpaling dari suruhanNya
Kakak tiada kuasa
Tapi Dia ada
Takutlah adik… takutlah..
Mati itu bila-bila sahaja
KehendakNya


Adik….
Kakak tahu adik bukan orang jahat
Adik bukan orang tak baik
Adik cuma tengah kalah dengan nafsu
Adik tengah kalah dengan syaitan iblis yang menipu
Adik cuma terpedaya dengan dunia yang fana
Kembalilah, adik..
Kembalilah…


Adik…
Kakak menegur
Bukan membenci
Kakak benci untuk membenci
Tapi menegur kerana Allah
Bukankah itu sayang namanya


Adik tersalah langkah seketika
Kakak tegur apa yang terdaya
Kakak kalah dalam mujahadah
Adik ada di sisi menasihati
Bukankah itu ukhuwah islamiyah …..
Saling menegur, membetulkan, dan menasihati
Saling menerima dan mendengar dengan hati terbuka
Bukankah itu tanda sayang namanya…..?


Adik…
Mengertilah..
Kakak hanya menyampaikan
Suruhan dan larangan
Allah dan RasulNya


Adik….
Kakak tahu
Ada iman dalam hati adik
Kakak yakin
Ada ruang dalam jiwa adik
Jangan tutup adik… jangan
Benarkan hidayah menyapamu
Sambutlah…
Berubahlah…
Selagi ada masa…
Mujahadah,adik… usaha….
Sentiasa ada ruang untuk bertaubat
Sebelum terlambat…


Adik…
Kakak mohon maaf
Andai warkah ini mengundang benci dalam hati
Adik kepada kakak
Kakak sedar
Siapalah kakak hendak bersuara
Apatah lagi menjaga hal adik semua
Tapi kakak tak kisah
Sebab kakak tak mampu bertahan lagi
Tak mampu pendam lagi
Kesedihan yang bertimpa-timpa
Harap adik faham dan mengerti


Benarlah, syurga itu dipagari dengan onak dan duri
Neraka pula dihiasi intan dan permata, kesenangan dan keindahan dunia yang dusta
Ingat pesan kakak, adik……


-Kakak yang berharap-


Wallahua'lam