11:37 AM

Coretan hati...

Lebih kurang sebulan saja lagi, 'Super-senior' (gelaran yang kami gelarkan pada senior tahun 6) akan pulang ke Malaysia. Kata orang..’back for good’. Terasa seperti baru semalam kami ditinggalkan oleh Kak Alia, Kak Dayah dan Kak Safiyah (senior MEP2). Kenangan bersama mereka masih terasa sehingga kini.

Apabila mereka telah pulang ke tanah air, maka siapakah yang akan mengisi kerusi super-senior itu pula? Tentulah batch kami pula, kini sedang berjuang menghabiskan sisa tahun 5 dan bakal melangkah ke tahun 6 pada akhir Jun nanti. Biiznillah...

Melihatkan junior-junior yang berbondong-bondong datang ke bumi Jordan ini, kadang-kadang rasa meriah, ”Wah, makin ramai pula masyarakat Melayu di sini.”.

Tidaklah terasa kesunyian jauh dari keluarga apabila tiba hari raya, apabila ramai pulang ke Malaysia dan sebagainya. Namun adakalanya, sesekali pernah terfikir, makin ramai yang datang, makin susah nak mengawal. Bukanlah kawalan sebagai ibu bapa secara mutlak. Namun mungkin lebih kepada kawalan seorang kakak atau abang terhadap adik-adiknya.

Dahulu semasa mula-mula kami (Batch MEP4) datang ke Jordan, bilangan kami hanyalah seramai 20 lebih saja. Mungkin tidak sukar senior mengawal kami. Yang paling kami ingat, liqa’ awal yang dibuat oleh beberapa senior syabab (Batch Kak Dayah) yang menerangkan tentang cara hidup di sini, pergaulan, pakaian dan sebagainya. Sebagai junior tahun 1 yang sangat mentah ketika itu, kami sangat menghormati nasihat mereka. Sehingga kami mempersoalkan, adakah ada antara kami yang telah melakukan perbuatan-perbuatan salah seperti yang telah disebutkan oleh senior??

Biah pelajar Melayu di bumi Irbid ketika itu tidak ubah seperti suasana di KISAS -Suasana suatu ketika dahulu yang pernah saya lalui, saya tensi dengannya, walaubagaimanapun yang saya rindui kini. Senior dan junior bertegur sapa mesra, bersalam dan bertanya khabar. Tiada pernah kelihatan lelaki dan perempuan berjalan bersama bersaja-saja, pakaian ke jamiah semuanya kemas dan menutup aurat (dalam erti kata lain – berbaju dan berseluar yang longgar, berjubah, berbaju kurung atau berblaus labuh ke peha.)

Kadang-kadang saya rasa, kami begitu terdidik dengan akhlak yang ditunjukkan oleh senior ketika itu untuk seterusnya kami sendiri kuat untuk mengaplikasikannya. (Bukan niat nak mengangkat batch sendiri. Namun this is the truth berdasarkan pengalaman.)

Realiti Irbid hari ini, kita lihat bermacam-macam kerenah manusia (pelajar melayu) kerana bilangan pelajar untuk satu batch bukan lagi 10-20 orang, malah mencecah 3 angka. Dengan bertambahnya bilangan, bukan setakat bajet untuk program juga bertambah, malahan kemeriahan, kehebatan di KARISMA dan ’masalah’ juga bertambah..

Kini sudah terdengar, masalah ’ikhtilat yang salah’ kini semakin berleluasa. Berjalan lelaki dan perempuan berbual bersama jadi biasa. Ala-ala macam di universiti di Malaysia kan? Pakaian pun sudah pelbagai. Saya memang tidak rigid apabila berbicara tentang pakaian. Malah saya hampir bertegang leher dengan rakan lelaki arab yang menyalahkan rakan-rakan kami yang memakai seluar! Kata mereka, wanita yang sememangnya berjubah atau berbaju kurung – aib jika tiba-tiba mereka memakai seluar. Dan jawab saya, it doesn’t matter kalau awak nak pakai seluar pun. The rule is - aurat tetap aurat, as long as you cover the aurat - Longgarkan bahagian yang sepatutnya longgar, tutup semua yang sepatutnya, jari kaki dan lengan. Settle. Susah?? Siapa kata susah??

Susah ke adik-adikku, nak pakai stokin? Susah ke nak cari baju yang longgar dan labuh sedikit sehingga tidak kelihatan bentuk badan? (T_T)

Hati saya merintih lagi.. Mungkin inilah silap kami kerana menjadi senior yang terlalu sibuk dengan pelajaran kami,terlalu sibuk dengan aktiviti lain kami, sehingga kami rasa lemah dan tidak berdaya mempertahankan biah solehah yang pernah kami kecapi semasa menjadi junior dahulu.

Saya berfikir lagi, adakah mahu terus dibiarkan biah di Irbid yang dahulunya saya kira sangat solehah, bakal menjadi biah yang tidak ada bezanya dengan biah sosial universiti di Malaysia, atau di UK?

Jangan nak tunggu jadi senior baru nak berubah, kerana apabila dah jadi senior, adik-adik sendiri akan rasa seolah ada ’ego’ sendiri yang sukar untuk menerima pandangan orang. Saya sendiri akui, kalau diikutkan nafsu jahat, memang boleh saja kita mengenepikan pandangan orang lain, dan terus 'perasan' yang diri sendiri lebih bagus. Tetapi, apabila berfikir menggunakan otak yang rasional dan dipimpin dengan hidayah dari Allah, barulah kita boleh menenangkan diri, menerima teguran dan nasihat walaupun dari junior. Manusia – tiada yang sempurna. Ingat!

Ambillah yang difikirkan baik dari coretan hati saya ini. Saya harapkan idea dan coretan ini, bukanlah datang dari nafsu amarah dan sedih saya semata, bukan juga coretan untuk menampakkan salah junior saja. Sebaliknya semoga ia ilham dari Allah beserta cita-cita kami yang ingin melihat biah solehah kembali subur di bumi Irbid ini sebelum kami pula pulang tahun hadapan dan teraplikasi untuk semua - senior dan junior. (Irbid bukan bumi waqafan :p)
Kawan-kawan sebatch,
Mungkin kita kena kerja lebih kuat tahun hadapan. Bukan setakat belajar kerana berada di tahun akhir, namun kerja dakwah fardiah kita. Dakwah untuk mengembalikan keizzahan hidup dengan peraturan Allah.

Umat Islam yang kuat adalah mereka yang berpegang erat pada ajaran Allah. Jika perkara yang mudah terasa sukar untuk kita laksanakan, lama manakah masa yang diperlukan untuk kita bersedia untuk memegang khilafah???

5:47 AM

Air mata = kuat atau kememe?

photo source

Alhamdulillah, selesai satu lagi paper untuk final ni. (11 tolak 3) subjek yang perlu diselesaikan. Masa baca baca material anatomy untuk exam semalam-semalam, tetiba terpk satu analogi tentang air mata.

Sila baca dalam nada macam cerita mesin suara kat Petrosains ,

“Tahukah anda bahawa air mata manusia mempunyai 3 lapisan kesemuanya?

Mesti lepas kurang 10 saat mesin tu jawab balik,

“Benar, air mata mempunyai 3 lapisan kesemuanya iaitu, satu : lapisan mucin yang dirembeskan oleh sel-sel goblet, dua, lapisan aqueous yang dirembeskan oleh pundi lacrimal dan yang terakhir lapisan minyak yang dirembeskan oleh pundi melbomian. Selamat belajar, jumpa lagi!”

Hebat kan? Rupa-rupanya yang kita nanges-nanges tu banyak benda kita habiskan, air, minyak. Ngehe. Nak tahu lagi, hebatnya Allah air mata kita ni bukan sahaja gunanya untuk bersihkan habuk-habuk yang masuk mata, bukan sahaja teman di kala tisu dan bantal jadi mangsa, tapi paling mengagumkan, lapisan air mata kita sebenarnya ada banyak sel-sel immunity badan seperti lysozyme, lactoferrin, IgA. Subhanallah. Agaknya sebab banyak sangat sebenarnya kandungan air mata ni, tu la orang selalu kata,

“Tak payah menangis lama-lama, membazir air mata!”

Ataupun ingat tak kita dengan Hikayat Puteri Gunung Ledang yang meminta 7 tempayan air mata anak dara? Kenapa air mata yang dikisahkan? Tingginya nilai air mata.

Berbalik kepada tajuk entry ni, air mata salah satu fungsinya untuk ketahanan badan. Bila kita sedih, selalunya kita akan menangis dan selalunya kita akan rasa relief lepas tu. Fikiran kita kembali waras, tenang dan lebih mampu utuk berfikir dengan lebih sempurna. Mungkin kita boleh andaikan sel-sel immunity dari air mata itu bantu lawan kesedihan? Huhu boleh terima ke ni? Alam nyata lawan alam rohani. Layan je lah.

Ok, tapi kalau kita asyik sangat nangis, macam sikit-sikit nangis, orang kata kememe. Kalau orang negeri ada yang kata cebik. Ala-ala budak kecik, asyik nangis aje. Tak kuat, lembik. Analoginya mungkin sebab kita telah membazirkan banyak sel immuniti dalam air mata tu secara berlebihan dan unnecessary. Tu la agaknya kita tak kuat emotionally, physically dan mentally. Hmm.. amacam?

Ok, macamana pula dengan orang yang banyak menangis dalam sujud dan doanya. Adakah mereka itu kememe?

Dal hal ini, (cara cakap ala-ala ustaz dalam Forum Perdana Ehwal Islam) saya mengandaikan bahawa, apabila seseorang itu menangis depan Tuhan, tangisannya tangisan insaf dan kehambaan. Rasa kerdil depan Tuhan yang menciptakan. Tangisannya tidak sia-sia sebab nangis depan Pencipta. Lagi banyak nangis, lagi banyak Allah ganti. Tu sebab agaknya orang yang selalu mengadu masalah depan Allah kuat kan. Air mata dapat direct dari si pembuat sumber.

Kalau ada orang kata, “Menangis-menangis ni tak macho lah.” Terutamanya kaum adam, saya kira jawapannya?

Antara ia dan tidak.


9:00 AM

Exam fever? i think chill suits us best @_@


Salam.

Jenguk-jenguk dalam draft ada 2 entry yang 'on the way' untuk sampai ke pembaca (eh? ngaku pula ada 'pembaca') - Satu BBB, satu lagi Exam Fever. Oleh sebab saya tak tahu BBB tu stands for what, saya amik lah tajuk entry ni. Xpe ek cik tut.


As the title implies, saya sendiri rasa sangat cuak. Kalau fever tu lebih kepada rasa panas-panas badan, chills pula dah buat rasa macam nak kejang. Seram sejuk. Aduh, janganlah terkena panic attack pula. Dengan 11 subjek yang bakal dipertaruhkan sepanjang 3 minggu mendatang ini, semoga usaha kami terus gigih ibarat ibadah hamba kepada Tuhan, mempersembahkan yang terbaik atas dasar konsep ihsan.


3 hari yang lepas, saya telefon kakak di Malaysia. Cerita-cerita tentang mid-exam yang baru berlalu, ada baur-baur kekecewaan dalam nada. Akak saya bukak cerita tentang bakal junior yang akan datang ke Jordan. Siapa lagi kalau bukan Nik Nur Madhihah. Ahlan wasahlan.

"Tahu tak, akak baca buku Nik Nur Madhihah tu. Sedih sangat. Kuat betul dia. Nak kata susahnya hidup dia, tak cukup duit nak beli buku apatah lagi baju baru yang dah lama tak berganti tu, dia sanggup salin kamus bahasa Arab! Selalu pergi library untuk buat revision, bukan senang-senang macam kita. Nak beli buku, scholar ada, tak pun minta bantuan mak abah. Dah lah ambil 20 subject, cuba bayangkan macamana dia belajar sampai cemerlang macam tu."

"Yeke.. kagumnya"



"Tahu tak lagi, akak tak pernah jumpa orang susah sangat macam tu. Ada tu, diorang tak cukup duit. Sampai kongsi manggi sebungkus untuk dimakan 4 orang! Ya Allah tak tahu nak cakap apa. Sayu sangat. Kita ni, alhamdulillah Allah bagi banyak nikmat, kurang bersyukur. kadang makan tu pun rasa tak cukup-cukup itu ini."


Terpukul saya dengar 'tazkirah online' petang tu. MasyaAllah..


"Tapi Madhihah tu bagus, family dia pun. Tak pernah merungut. mak dia cerita, tiap-tiap pagi kalau bangun mesti dah nampak dia buat solat tahajjud. Puasa Isnin Khamis, sebab tak cukup duit nak belanja kat sekolah. Cuba bayangkan orang yang susah macam tu, kalau diorang tak pandai nak salurkan 'rasa' mahu jadi orang tiga suku. Kalau tak pandai, mesti selalu merungut atau rasa keluh kesah - rasa Tuhan tu tak adil, kenapa diorang susah sangat. Cuba bayangkan kesan psikologi yang dia rasa kalau dia tak kuat, iman tak mantap."

Akak saya sambung lagi,


"Kita kadang rasa kita berusaha kuat, gigih. Tapi keputusan tak bagus mana. Kita rasa kecewa sangat, terkadang sampai mempersoalkan kenapa aku tak dapat keputusan yang bagus padahal aku dah berusaha itu ini. Rasa pulak tu macam Tuhan tak adil pada kita. Tapi kita lupa, ada orang berusaha lebih kuat lagi dari kita. Macam dalam hadith Muadz tu, yang amalan kita nak sampai kepada Allah kena melalui 7 lapisan langit kan. kadang kita rasa amalan kita dah cukup bersinar, solat tepat waktu, isnin khamis puasa. Sekali ada lagi hamba Allah yang lain, amalan dia lagi hebat, bukan setakat solat, hati dia jaga, selalu bersyukur, akhlak, sedekah lah macam-macam. Amalan dia bila malaikat bawa ke atas, lagi bersinar terang."

"Betul, betul."


"Dah tu, usaha lagi. Jangan rasa mengalah. Kita ni selalu sangat pandang sesuatu tu baik ikut mata kita, tapi pandangan dan hikmah Allah tu kita selalu lupa."

Panjang yang kami borakkan petang tu, hampir satu jam. Tu pun rasa cam x cukup. Walaupun hajat hati nak lagi, tapi saya cukup puas petang tu. Syukur alhamdulillah. Kadang-kadang memberi tak sama dengan menerima.


Ada sorang junior recommend cerita 'Kun fayakun versi Indon'. Terzipzas katanya. Sama macam kes diorang dengan perihal exam CVS yang lalu tu. Cari yang Indon punya yek, bukan wan maimunah punya hee. Dekat YouTube.


Lepas exam kita layan wokey.


Buat semua selamat berimtihan. Semoga dikuatkan hati kita untuk buat yang terbaik dan terus berusaha. Semoga rasa lesu dan mumil kita tak lama. Terus dan terus lagi. Macam trafik light kat jalan raya, yang banyaknya hijau. lampu merah paling lama saya pernah jumpa seminit - seminit setengah. Sesekali kuning untuk kita slow down. Mujur trafik light tak selamanya hijau, mahu berlanggar kereta-kereta. Dan mujur juga tak selamanya merah atau kuning - alamatnya tak sampai ke tempat tujuan kita.


Yallah, semua. Allah ma3ana!


Recommended related reading : saifulislam > Zikir yang berhajatkan fikir

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 5
Ahad (17/5) - family medicine : 10-12 pagi

Selasa (19/5) - neurology : 10.45 - 12.45 ptg

Khamis (21/5) - ophthalmology : 10.45 - 12.45 ptg

Ahad (24/5) - Obstetrics & Gynecology : 2.30 - 4.30 ptg

Selasa (26/5) - Dermatology : 1 - 3 ptg

Khamis (28/5) - Orthopedics : 10 - 12 ptg

Ahad (31/5) - Psychiatry : 12.30 - 1.30 ptg

Isnin (1/6) - Radiology : 10.45 - 12.45 ptg

Selasa (2/6) - Forensic : 12.15 - 2.15 ptg

Rabu (3/6) - Anesthesia : 2.15 - 3.15 ptg

Khamis (4/6) - ENT : 10 - 12 tghri

3:46 PM

Infantile syabab

Bismillah


Pejam celik pejam celik, rupanya dah nak habis dah rotation terakhir untuk tahun 5 ni (apa dah bulan mei? makin tua la saya...isk2). Minggu depan kami akan menduduki peperiksaan 'SPM' sekali lagi.. 11 subjek berderetan.. Apa yang pasti ia bukanlah semudah SPM yang pernah dilalui (SPM dulu tak habis baca buku, alhamdulillah dapat semua A, medic kalau dah habis baca buku pun, belum tentu boleh score A..huuu). Tolong doakaaaaaan..... mohon dengan sangat..




Family Medicine..

Rotation terakhir saya bersama puan Niksifu serta seorang lagi teman untuk tahun 5 ini. Cik Semplit, Cik Fez, Cik Maut, dan cik2 yang lain sudah pun merasai pengalaman rotation ini sebelum kami.



Apa yang anda terfikir bila disebut Family Medicine?


Frankly, my first impression bila disebut Family Doctor... ialah doktor-doktor yang kerja di pusat-pusat kesihatan, yang pesakitnya, alahaaaaiii... orang2 yang demam, batuk, selsema, sakit perut dan sebagainya... small matter... (Isk2..)



Tapi bila dah terjun sendiri dalam rotation ni, tabik spring sangat2 dengan Family Medicine Specialists. They are doctors among doctors... cecece. Nak tau kenapa? Nantilah cerita panjang lagi kalau ada masa..




(Infantile syabab.. bukan tu ke tajuk entry ni.. ?)


Macam mana pulak dah dipanggil syabab (remaja lelaki), tapi masih infantile? Pelik2. Tapi itulah pandangan dan komentar tentang syabab masa kini oleh seorang doktor perempuan, Pakar Perubatan Keluarga di Pusat Kesihatan JUST beberapa hari lalu.



Dr. Karina, cantik namanya, secantik dan selembut peribadi dan pesonanya. Bukan keturunan Jordan mahupun tanah Arab. Dilahirkan di Ukraine dan membesar di sana. Dianugerahkan akal yang pintar dan cerdik, kerana berjaya memasuki universiti , kuliah perubatan ketika masih berumur 16 tahun. YA, 16 TAHUN! Teman-teman satu group melopong terkejut..


"Kenapa kau doktor?"

"Ya3ni..."

"Mesti doktor sangat pandai, kan?"

"Alhamdulillah.."


Lebih kurang begitulah perbualannya.

Lebih menakjubkan beliau berkahwin ketika tahun 2 pengajian perubatan, sewaktu umurnya masih 17. Muda, kan..? Dan saat itu jugalah dia memeluk agama Islam dengan bimbingan suaminya, orang Jordan yang juga masih muda danmasih menuntut dalam kuliah perubatan yang sama.


Dipendekkan cerita, apabila ditanya... macam mana doktor boleh tergerak hati nak pilih suami doktor dan nak kahwin awal.., beliau memberi pandangan.

"Lelaki dulu tak sama macam lelaki sekarang.. tengoklah syabab-syabab kat jamiah.. INFANTILE, kan?

Saya pilih suami saya, sebab saya yakin dia mampu bagi komitmen, betul-betul dan bersungguh-sungguh dalam relationship dan paling penting sebab AGAMA dia...Ini yang paling penting..


Tapi syabab-syabab sekarang bila ada relationship dengan partner (couple la tuh), diorang sebenarnya just nak suka-suka je.. tak fikir masa depan, tak fikir mak ayah dan keluarga, tak fikir jauh... tak matang..... haaaiii ghalat, sah? (ini salah, kan?). Dalam Islam pun tak ajar relationship main kawan-kawan, couple2 laki perempuan, betul tak...? Atau awak nak berkahwin dengan lelaki-lelaki infantile macam tu...? " Panjang lebar doktor menerangkan.


Saya menggeleng. Tak mahulah! Saya juga menggangguk mengiyakan pendiriannya bahawa hubungan yang tidak halal antara lelaki dan perempuan adalah tidak dibenarkan dalam Islam. Di sudut hati, saya mengagumi doktor muslimah ini, yang baru 11 tahun memeluk Islam, tapi kuat agamanya berbanding mereka yang sejak lahir lagi bergelar Muslim. Tentu suaminya seorang yang kuat agama dan pandai mendidik dan mengasuh isterinya untuk menjadi muslimah solehah. Tahniah doktor.....


Doktor juga memberi pendapatnya tentang hijab dalam Islam untuk wanita, pendapatnya tentang kahwin awal bagi perempuan dan macam-macam lagi pendapat peribadi. Doktor memang best! Treat kitorang macam kawan-kawan je... Semoga doktor laaaaaagi best time exam oral Family Medicine kami nanti ... ameeen


Saya tak rasa ramai syabab-syabab yang sedar diri mereka masih membawa ciri-ciri infantile. Oooh.. akhawat juga. Tapi kenapa doktor menekankan syabab di sini?


Doktor melahirkan rasa terkilannya dengan peribadi remaja lelaki zaman kini, sebab merekalah golongan yang Allah jadikan secara fitrahnya untuk menjadi ketua. Takkanlah golongan yang infantile ini yang mahu mengetuai rumahtangga, mendidik isteri dan anak-anak dengan sempurna? Umur semakin meningkat, tapi kematangatangan fikiran masih ditakuk lama. Apatah lagi kalau nilai-nilai agama dipinggir, diketepikan. Hidup hanya ingin bersuka-suka.. bercouple, hang out, dan bergembira...macam baby dan kanak-kanak lah.. mana ada fikir benda serius, semua buat untuk suka-suka, ikut kepala sendiri.. janji happy. Bezanya infantile syabab ni, kalau sakit, tak bolehlah masuk wad paediatric.


Malu, kan...? Mereka yang baru setahun jagung dalam Islam mempunyai sensitiviti yang tinggi dalam agama. Kita yang dah lama ni, dah tak nampak dah halal haram hukum Islam, benar atau salah sesuatu perbuatan itu mengikut landasan syariat.


"Elee.. ikut trend la.. budaya sekarang, bukan ke semua orang ade couple.. kawan-kawan laki perempuan, hang out sama-sama.. mana ada rasa janggal... semua orang pun nampak biasa.. "


Sape cakap tu?


Kalaulah Rasulullah masih hidup ... kalaulah para sahabat masih ada ... kalaulah khilafah masih berkuasa lagi... mungkin kita akan nampak budaya bercouple tanpa tujuan dan berjalan laki perempuan sebagai satu yang amat menjelikkan.


Bila agaknya......




Wallahua'lam

11:33 AM

mak.ibu.mama.mami

Rotation nisaaiyah (Obs & Gyne) hanya tinggal seminggu. Memang bersyukur dapat rotation O&G yang last. Mini osce & osce dijadualkan 10 & 11hb. Then b4 17hb (final) ada fatrah untuk study week. Sian banget buat kawan-kawan yang lain tak kira yang amik minor atau submajor. Takde masa senggang langsung kan. Lagi-lagi kalau yang amik neurology/orthopedics untuk 2 minggu terakhir. Aduh, boleh pengsan dibuatnya. Allah yusahhil 3alaina jamian insyaAllah.
3 hari lepas, jumpa sorang patient ni. Admitted for elective caesarian section (CS). Classified as high risk pregnancy sebab ada gestational diabetes. Dia juga ada past two CS. So untuk kelahiran kali ni elective CS is scheduled. Kita tak go for NVD (normal vaginal delivery) sebab paling utama risk of rupture uterus. Umur dia dalam pertengahan 30-an. Ibu kepada 4 orang anak. Sedang hamil anak yang ke-5. Tengah-tengah ambil history, attending specialist pun datang untuk check patient. Lepas tanya itu ini, tengok latest reading of her blood glucose, specialist pun mula beredar.
Tiba-tiba makcik tu panggil doktor,


"Duktur, mumkin bas su2al?" (Doc, nak tanya boleh?)

"Eyh, na'am" (Yep?)

"Duktur, sorohatan, ana bas biddi behki ma3ak inni bikhaf katheer 3an 3amaliyati.."

(Doc, sebenarnya aku nak cakap, aku takut sangat untuk pembedahan lusa ni..)

Mak cik tu mukanya sangat risau. Dia sambung lagi, (sambung BM lah eh, malas lak nk translate)


"Ok ke aku ni doktor?"

Doktor terus jawab,
"Wallah, aku lagi takut nak buat operation ni."

Muka patient tu tambah sayu. Air mata dah mula bergenang. Mungkin butir-butir yang diharapkan akan keluar dari mulut doktor macam, "Don't worry, we'll try our best" atau "InsyaAllah kher" Tapi mungkin doktor tu try to be sincere?

Doktor sambung lagi,
"Tawakkal 3allah."

"Kita tengok nanti operation tu macamana. Tapi nanti aku nak bincang dengan kau, kalau jadi apa-apa dalam pembedahan tu dan kemungkinan besar terpaksa kena buang rahim, terpaksa buat."


Air mata yang ditahan-tahan tadi, terus mengalir laju.
Aduh, sayunya.. Perkara terakhir yang ingin didengar oleh seorang wanita, isteri dan ibu adalah ketidaksempurnaan & kecacatan pada organ peranakan - buang rahim, buang ovary. pada usia yang boleh kira masih mampu, insan mana yang mahu rahimmnya dibuang dikala usia yang belum pun mencecah 40 tahun? Walaupun kalau ikut perkiraan aku, 4-5 anak itu sudah cukup alhamdulillah, namun bila memikirkan kebiasaan orang Arab yang punya anak lebih dari itu, aku jadi juga terkedu.

"Takde cara lain ke doktor?" tanya makcik tadi (mungkin istilah kakak lah kan lebih sesuai)
"Tawakkal 3alallah."

Lepas cakap serba sedikit, doktor pun beredar, tinggalkan makcik tadi dengan aku dan kawan aku. Masing-masing diam. Makcik tadi dengan tisu, mengesat-ngesat baki air mata yang mengalir seolah tidak mahu berhenti. Aku dan kawan aku berpandangan sesama sendiri.

Kawan aku pun cakap,
"Jangan risau, kita doa banyak-banyak. Anak kan rezeki dari Dia. InsyaAllah, mudah-mudahan kher semua nanti."

Bagus-bagus.
Makcik tu angguk, mengiyakan kata-kata kawan aku.
Tetiba aku teringat ada seorang patient di Hospital Mafraq yang dah 5 kali buat CS. Aku cerita kat makcik tu pasal patient tu. Alhamdulillah, keadaan dia ok, sihat. Semuanya kena banyak-banyak doa, tawakal. Muka dia pada perkiraan aku nampak lega sedikit. Alhamdulillah. Mungkin berkira-kira yang ada orang lebih banyak kali CS dari dia dan alhamdulillah ok dan dengan harapan diri dia sebaik itu nanti.

Oleh kerana doktor dah sampai, kami minta izin untuk minta diri dulu dengan harapan dan doa moga makcik tu tabah hadapai ujian ini dan moga pembedahannya selamat semua. Kelmarin, aku sempat jumpa makcik tu, tanya kabar serba sedikit. Alhamdulillah dia nampak tenang. Semalam aku cuma sempat senyum dari jauh je. Tak jumpa betul-betul. CS dia dijadualkan semalam. Harini, kawan aku ajak jumpa makcik tu, kitorg cari tak jumpa pula. Mungkin kat tingkat atas.
Moga-moga keadaan makcik tu selamat. Amin.

Itulah kisah serba sedikit. Kalau nak ikut memang banyak cerita nisa2iyah yang nak kongsi. InsyaAllah lain kali kalau aku tak lupa dan punya tangan yang ringan untuk menaip :P

Bak kata doktor, dalam banyak-banyak keadaan manusia, wanita yang sedang hamillah paling berisiko untuk dapat 1001 macam penyakit. Kalau kebiasaan takde hypertension/DM, masa pregnancy boleh dapat. Walau hanya dengan demam, gatal-gatal (rashes), UTI semuanya boleh beri kesan yang besar terhadap kehamilan - baik kesan kepada ibu mahupun bayi yang dikandungnya. Besarnya pengorbanan seorang ibu hanya untuk melahirkan seorang anak. Berpadananlah dengan kata-kata Allah, ganjarannya umpama berjihad di jalan Allah. Jika mati diangkat sebagai syahid.


Soalan bonus : Kehamilan bayi kembar merupakan satu berita gembira atau tidak?

10:26 AM

Gantikan dengan yang lain

Bismillah

Rasa kusut, tak tenang, apa yang mengganggu fikiran...?

"Pada suatu hari, seorang lelaki berjumpa dengan seorang sahabat Rasulullah sallahu alayhi wassalam yang bernama Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anh dan berkata:

Wahai Ibn Mas'ud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut-masai, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.

Abdullah bin Mas'ud kemudian menjawab:
Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama, ke tempat orang yang sedang membaca Al Quran; tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

Kedua, kamu menghadiri majlis ilmu yang boleh mengingatkanmu kepada Allah.

Ketiga, kamu cari suatu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

Jika selepas melakukan kesemua ini, jiwamu masih juga tidak tenteram, bermohonlah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan lagi milikmu "


Hati
Perlukah kau kuganti dengan yang lain.......