
Assalamualaikum wbth...
alhamdulillah dah selesai rotation pediatrics(peds)..sekarang saya meneruskan rotation dalam Obstetrics & Gynecology(O&G) Dept.Keluar dari peds masuk dalam O&G tak jauh bezanya sebab masih bersua muka dengan ibu-ibu tabah & bayi-bayi comel.
Di bawah ini adalah soalan OSCE peds baru-baru ni..moga bermanfaat untuk sahabat2 lain :
OSCE
1-Take history of a 10 year old girl with chief complain of intermittent headache for 4 months. What is your differential diagnosis & approach?
2-Take history of a 5 year old boy, complaining of abdominal pain since 3 months ago. What is your diagnosis and approach? he had constipation
3-PE station : 6 year old boy with chief complain of dyspnea,fever& ...... Perform chest examination & any related system.
4-PE station : A 3 year old boy present to ER, complaining of fever, headache & vomiting.
What investigation you would like to order?
(Dr read a CSF analysis) What type of meningitis-viral or bacterial?
The same patient present three days later with high fever, what is the probable cause?
5-Data & pictures :
i-picture of macular rashes on a boy's trunk. What is your diagnosis? What is your management plan?
ii-picture of an obese boy. What is your diagnosis?
iii-picture of baby with omphalocele. This baby is born with hypoglycemia, what is your diagnosis?
iv-x-ray of diagphragmatic hernia. What is your diagnosis? What do you expect to find during examination?
v-x-ray of wrist with fraying & cupping of metaphysis. What is your diagnosis? what is your management plan?
vi-ECG . How much is the heart rate? What medication would you give?
actually there are two more data interpretation station but I forgot. InsyaAllah i'll post them here soon. Enjoy peads.
Jelaskan matlamat...Tuluskan niat~
5 unique things. Telah lama kulupakan. Namun kutemui semula dalam musafir semalam. Alhamdulillah.
Dahulu ketika hari pertama adik mendaftar di bumi Waqafan, aku pesan padanya. Carilah 5 unique things di sana, sampai berjumpa. Sematkan dalam hati, genggam erat-erat supaya tidak hilang jati diri bila tamat SPM nanti. Bukan sekadar sijil SPM yang perlu dicari, tapi sijil kehidupan yang berlunaskan islam itu perlu digenggam erat hingga ke akhir hayat nanti.
Bila adik memberitahu dipilih menjadi ketua batch dan dilantik menjadi exco Badar aku pesan lagi kepadanya. Buat sesuatu atas dasar ilmu dan faham, jangan kerana ikutkan orang. Kita berubah menjadi lebih baik, biar kerana Allah. Bukan sekadar kerana orang di sekeliling kita baik, maka kita malu jika tergolong dalam kalangan yang kurang baik. Persekitaran untuk berubah itu penting, tapi berubah kerana persekitaran semata bukanlah sebab yang tepat aku kira.
Aku tahu, setiap pesanan aku kepada adik adalah pesanan ku kepada diri sendiri. Kerana aku sendiri masih mencari. Menilai dan menapis setiap apa yang kutemui bukan kerja yang mudah.
Aku tak malu untuk katakan seorang pencari. Dulu ibu beritahu, aku ada mewarisi genetik ‘kedegilan’ ayah. Kalau aku kata aku mahu cari A, aku akan cari sampai dapat. Kadang ibu beri B aku tidak akan berpuas hati sampailah aku temui A. Ini bukan soalnya tidak bersyukur, kerana aku akui kadang-kadang sikap begini perlu supaya kita tidak berputus asa; atau terlalu mudah mengubah keyakinan kita sebelum mencuba.
من لأ يذوق لأ يعرف
Sesiapa yang tidak merasa, tidak akan mengetahui
Analogi yang mudah, tapi terkesan di hati ku.
Musafir mencari kasih Ilahi. Ku tahu tiada yang mudah di dunia ini, segalanya menuntut juhud dan tadhiah.
Terima kasih aku buat si dia yang pertama, setia di sebelah bilikku sejak aku tahun satu. Dia yang ku anggap seperti ahli keluargaku sendiri. Kadang terguris kadang terluka, ku tahu semua ini pahit manis dalam berukhuwwah. Aku tiada kakak sendiri, kerana aku adalah anak perempuan pertama@kakak sulung dalam keluarga. Jadi kelebihan aku melayan adik, tapi tidak berbakat melayan seorang kakak.
*Kali pertama bertemu menemankan aku membeli rak buku setinggi 5 tingkat, aku akan rindu rak itu..(hehe..selamat dah orang lain yang jual rak tu)
Aku seorang pelajar dalam kuliah kehidupan, yang perlu bimbingan dan tunjuk ajar. Aku akan cuba untuk menghargai apa yang kucari dan kutemui, memaksimakan kapasiti diri agar dapat belajar memberi sebanyak-banyaknya kepada alam ini, kerana aku terlalu banyak menerima selama ini. Dijauhkan daripada hanya berteori semata tapi bertindak itu yang lebih penting.
Terima kasih juga buat si dia yang kedua, duduk di sebelahku dalam pulang perjalanan ke Irbed semalam. Terlalu banyak nasihat yang dia berikan sejak aku sanfurah lagi. Orang yang sudi dengar bila hati bercelaru dibebani masalah hal ehwal rakyat dan peribadi. * Tak sabar rasanya nak duduk berjiran (cepat-cepatlah pindah, boleh makan kek kurma selalu..hehe)*
Juga buat ahli keluargaku yang berada di selatan Jordan, sangat seronok jumpa kalian. Seperti balik kampung rasanya(kan kak fez?) Ini kali kedua aku ke sana dalam tahun ini. Meriah, mesra dan ramah. Suasana yang cukup menghibur hati dan menyubur ukhuwwah. Jemput datang ke Irbed nanti!
Buat akhirnya, ku tujukan lagu ‘ukhuwwah sejati’ buat semua sis blogger SOL yang mantap-mantap belaka juga kepada pengunjung setia SOL. Bait nasyid yang ku kira mendalam maknanya untuk dihayati bersama. Semoga Allah mengikat hati-hati kita hingga ke syurga kelak, amen.
Wasalam.
Kita ingin segalanya indah
Semurni pantai yang putih bersih
Indahnya bagai tersusun madah
Bersemi ukhuwwah dipupuk kasih
Kita rindukan kasih sayang
untuk hiasi taman hati
Dalam melalui perjalanan suci
Ingin menuju arah Tuhan
Perlu tetap tujuan kita
Baru kehidupan aman berpanjangan
Demi perjuangan perlu satu hati
Tetapkan iman di dalam diri
Perintah Allah wajib dipatuhi
Sunnah Rasul perlu dicontohi
Biar keikhlasan kita berbicara
Barulah terhindar sengketa sesama
Lecture On diary
Sudah 4 minggu rotation Obstetrik & Ginekologi berlalu. Fatrah 2 minggu di Hospital Badi3ah & 2 minggu di Hospital Ameer Rasyeed (Army) pergi macam angin lalu. Pantas! 4 minggu lagi, OSCE & mini OSCE pertama untuk tahun terakhir akan datang menguji sebelum bersedia menyarung ‘scrub’ & memegang ‘scalpel’ pula untuk rotation seterusnya.
Hari terakhir rotation luar KAUH berakhir di Ameer Rasyeed. Puas. Setakat ni, normal labor, caesarean section, posterior colporraphy, abdominal hysterectomy dan berkali-kali D&C dah tengok. Tinggal transvaginal hysterectomy, myomectomy & anterior colporraphy je yang belum berpeluang tengok untuk melengkapkan – that’s-enough-for-you-checklist bak kata Dr. Basil Obaidat.
Paling puas lagi, bila berpeluang melihat prosedur persenyawaan in-vitro (in-vitro fertilization atau singkatnya IVF)dilakukan. Di hospital ketenteraan ini, kos untuk menjalakan IVF sekitar JD1300; lebih kurang RM6500 satu jumlah yang saya kira ‘mampu’ untuk insan-insan yang memerlukan. Purata ‘pesakit’ yang datang untuk membuat proses – retrieval (proses pengambilan telur dari ovary wanita) kira-kira 10 orang sehari.
Patient akan diberikan local anesthesia dan diletakkan dalam posisi lithotomy. Kemudiannya, setelah prosedur antiseptic dilakukan pada external &internal genitalia, pakar akan mengukur terlebih dahulu ketebalan dinding rahim (endometrium) dengan menggunakan transvaginal ultrasound (TVUS) Ukuran <8>8.5 is excellent. Pengukuran ketebalan dinding rahim tidak berakhir disitu. Ia kemudiannya diklassifikasikan sama ada A atau B. Contoh 12A atau 12B. Kualiti 12A pastinya lebih baik dan insyaAllah akan memberikan keputusan yang mempunyai success rate yang paling tinggi. A atau B dimaknakan sebagai lapisan dinding rahim yang mempunyai 3 lapisan untuk A dan kurang dari itu untuk B.
Setelah ukuran endometrium diambil, langkah seterusnya ialah dengan menyedut telur dari ovary. Bi-valve speculum akan diletakkan pada vagina bagi memudahkan view, kemudian satu alat khas seperti tiub halus-panjang berukuran lebih kurang 40+ cm dimasukkan under TVUS-guidance. Hasil suction dimasukkan dalam lebih kurang 5 tube (vials) dan kemudiannya di hantar ke lab. Jumlah telur yang ada dalam setiap vial bergantung kepada respond pesakit ke atas ubat yang diberikan. Secara purata, jumlah telur adalah 5-7, sesetengah pesakit kurang/lebih dari itu. Selepas prosedur retrieval ini, patient akan melalui sprosedur seterusnya iaitu transfer (memindahkan telur yang telah disenyawakan dengan sperma di dalam lab ke dalam rahim)
Kata doctor, success rate untuk IVF bergantung kepada beberapa faktor seperti kualiti telur, ketebalan endometrium dan wanita itu sendiri. Walaupun serba sedikit detail tentang prosedur tentang IVF ini saya coretkan, perkara yang lebih ingin saya kongsikan adalah wajah ibu-ibu yang setia menanti di bilik menunggu, wajah ibu-ibu apabila dianggil ‘misi’ untuk masuk ke bilik doctor, wajah-wajah ibu di bilik pemulihan (recovery room). Setiap satu penuh dengan harapan. Sesetengahnya bermuka gusar, tidak kurang juga yang ceria tatkala dipanggil nama oleh doctor untuk menjalankan prosedur. Ada juga yang berselawat dan berzikir dengan kuat dari awal nama dipanggil, ketika prosedur sampailah di bilik pemulihan. Tidak berhenti. Ada juga yang seolah terkejut dan macam-macam reaksi lagi. Rata-rata wanita yang ada berumur dalam lingkungan akhir 30-an. Namun ada juga yang berumur semuda 25 tahun.
Apabila saya cuba meletakkan diri saya di kasut mereka, pastinya tekanan psikologi yang mereka rasa memuncak terutamanya apabila berada di hospital. Mana tidaknya, bilik untuk prosedur IVF ini bersebelahan sahaja dengan delivery room & wad ibu bersalin. Raungan dan jeritan kesakitan ibu yang melahirkan anak saban hari mampu didengar. Tangisan bayi yang keluar dari alam rahim ke alam dunia, pastinya menambahkan lagi sayu dan harap. Dari mata kasar, mereka insan tabah.
Tapi bila saya teringat pada seorang pesakit wanita yang saya jumpa di klinik dua hari sebelumnya, bakal-bakal ibu IVF insan yang lebih bertuah. Wanita yang berusia 25 tahun ini baru sahaja melangsungkan perkahwinannya kira-kira setahun yang lepas. Dia datang ke klinik untuk follow-up masalah haid & usaha untuk hamil. Beberapa ujian telah dilakukan termasuklah karyotyping dijalankan untuk mencari punca haid yang kurang teratur dan hampir tiada tanpa bantuan ubat. Keputusan ujian – positif. Dia perempuan sejati yang punya karyotype 46XX. Namun, hasil keputusan ujian hormon FSH mendukacitakan. Paras pada ujian awal sekita 20.8 menunjukkan peningkatan ke paras 38.1 di ujian kedua. Progressive increase! Paras FSH yang tinggi menunjukkan, ovary tidak berfungsi menghasilkan telur yang kebiasaannya akan respond terhadap FSH untuk proses kematangan. Kata doctor, wanita ini di-diagnose dengan premature ovarian failure (POF) yang secara akalnya tidak akan memungkinkan dia untuk hamil apatah lagi untuk menimang anak sendiri.
Pada usia 25 tahun, baru setahun mendirikan rumahtangga dan dengan permintaan suami dan dirinya sendiri untuk hamil, di-diagnose dengan POF boleh diibarat seperti mendapat hukuman gantung sampai mati. Apabila diterangkan doctor tentang keputusan ujian dan diagnosis, wajahnya berubah. Apabila ditanya tentang suami, dia jadi lebih gusar, kecewa dan macam-macam lagi mimik muka yang saya sendiri pun tak mampu untuk mentafsir. Kaedah kaunseling yang saya kira agak, ‘simple’ dan mudah buat hati rasa, “Ish..apekah..”
Ujian itu tarbiyah. Bukan mudah. Sukar yang sangat. Namun meyakini dan menghadapinya dengan tabah menjadikan manusia itu hamba yang sedar. Sedar bahawa setiap hamba itu layak diuji dan hasil kesabaran, ketabahan dan redha, balasannya hanya Allah.
'Pemeriah' di kala kemuncak melanda,
Syukur ada setia, bersedia,
Mengingat di kala 'taufan' reda.
JOM!
Bismillah
AIR MATA IBU
Semalam, seingat saya, jika tidak silap, pertama kali saya melihat dia menangis di depan mata. Jelas menggambarkan betapa sayu hatinya terpaksa meninggalkan Jordan, kembali ke tanah
airnya, Mesir. Kami, “anak-anaknya” yang dikenali 5 tahun lalu, terpaksa ditinggalkan.
“Saya mahu awak berada di sini melihat kami mengakhiri pengajian kami nanti….”
Kata-kata itu membuatkannya terhenti seketika dari kata-kata. Matanya dipejam rapat. Pasti, kenangan 5 tahun lalu bersama kami menerjah fikirannya. Dia yang melihat kami membesar dan dewasa di sini. Dia yang mengikuti perkembangan kami, Maliziyat yang dulu bagai ayam dan itik berbicara dengannya, kini boleh berkongsi suka duka.
“Aku sangat berharap, sangat sangat berharap, korang kan anak-anak aku……, tapi macam mana…” Tersekat-sekat, sebak suaranya, merah dan bergenang kelopak airmatanya…. memecahkan apa yang terbuku di dada.
Saya tertunduk ke lantai. Sayu…. Tiada apa yang boleh saya bantu.
Keadaan memaksanya untuk meninggalkan bumi Jordan. Allah Maha Penentu segalanya.
Selepas kematian suami tercinta sebelum AidilAdha 2008, kehidupannya susah di sini, tiada sumber kewangan. Malah tiada rumah sendiri untuk didiami. Saya tidak tahu memujuk, hanya memandangnya pilu, menggosok-gosok tangannya, cuba mententeramkan perasaan di lubuk hati seorang ibu yang hanya Allah saja tahu… Sebak di dada menyelubungi….
NOSTALGIA 2004
2004, tahun pertama kami di bumi Jordan ini. Budak-budak hingusan lagi. Kami ketika itu terlalu bergantung pada senior batch pertama yang ketika itu hanya beberapa ketul sahaja. Kak Shood dan rumahnya- Blessing, tempat kami ber’cuti’, lepak hujung minggu atau cuti umum. Rumah mereka rumah ‘mafrusyah’, lengkap semua perabotnya, cantik….
Ramadhan itu, Allah mempertemukan kami dengan seorang yang berpangkat ibu di sini. Setiap malam, kebiasaannya, kami bersama-sama Kak Shood, akan ke masjid berdekatan dengan rumah untuk menunaikan solat Isya dan terawih di sana. Pastinya, kami menjadi tumpuan. Maliziyat..maliziyat… Mungkin sebelum ini tiada pelajar Melayu yang bersolat di situ sebelum ini. Kalau adapun sudah tentu lama dahulu, ketika pelajar Melayu beratus-ratus membanjiri Irbid. Kak Shood juga katanya baru berpindah ke kawasan itu, juga belum pernah ke masjid itu.
Dia, yang kami anggap ibu kami di sini, ialah Ummu Muhammad, isteri Sheikh Ibrahim (Allahyarhamuh), bilal di masjid tersebut. Kami selalu diajak ke rumahnya yang terletak di dalam kawasan perkarangan masjid, tetapi Ramadhan tahun itu hanya sekali sahaja kami memenuhi undangan mereka. Saya kurang pasti, adakah itu kali pertama saya merasa kopi Arab di sini. Pekat, dicampur pelaga lagi… Ermm.. takpe, telan je…
UMMU MUHAMMAD
Ummu Muhammad memang sangat baik. Kami berempat di Raudhatus-Saadah (RS) sentiasa diziarahi. Saya, Aqilah, Farah, dan Juiliana, ahli bayt RS yang dia anggap sebagai anaknya sendiri. Ummu Muhammad bukanlah orang senang macam orang lain. Tapi, hampir setiap kali bertandang ke rumah kami, pasti tangannya tidak kosong untuk menghulur apa yang ada. Selalunya roti Arab besar bersama-sama jeruk zaitun yang sentiasa menjadi buah tangannya kepada kami. Kami terima dengan gembira, walaupun ketika itu, tahun 1, lidah kami masih belum biasa dengan makanan Arab di sini. Kasihan Ummu Muhammad, termengah-mengah dia mendaki tangga memanjat rumah kami RS di tingkat 2 Imarah Al-Jawwad ini.
Ummu Muhammad sangat sukakan keropok ikan. Pernah sekali kami hidangkan keropok ikan, seronok tengok Ummu Muhammad makan . Chips Samak, gelarnya. Selepas itu, andai ada stok keropok ikan di rumah, kami goreng dan hidangkan padanya. Malah pernah kami berikan sebungkus keropok ikan kepadanya, boleh digoreng sendiri di rumahnya nanti.
Setiap kali datang, dia tidak lupa bertanyakan khabar keluarga di Malaysia, kuliah dan pelajaran kami. Tahun satu, Alhamdulillah ok… tapi kami selalu mengadu.. 6 tahun kena belajar… lama….
Ummu Muhammad pula selalu berkata, takpe habis tahun 1 naik tahun 2, lepas tu tahun 3, InsyaAllah cepat je… bisur3ah..bisur3ah..
InsyaAllah 6 tahun tak lama…..
Allah tahu bagaimana perjalanan kami, seperti baru semalam kami bercerita padanya, kini kami mahu berkongsi kegembiraan meraikan tahun 6 dan majlis graduasi kami bersamanya nanti. Tapi Allah Maha Penentu segalanya….
2008
Kuasa Allah. Ahli bayt RS perlu keluar dari rumah, tuan rumah ingin menyewakan rumah itu untuk anaknya yang baru berkahwin. Saya yang ketika itu berada di Malaysia cuti semester terpaksa menukar tarikh tiket pulang ke Jordan untuk menguruskan urusan pindah rumah yang dilakukan dengan tergesa-gesa. Tiada lagi RS, rumah Ummu Muhammad berjumpa anak-anak angkatnya. Kami terpaksa berpecah…
Zulhijjah 1429, sedang dalam perjalanan ke kelas tafaquh, saya menerima SMS, Sheikh Ibrahim telah meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirajiun. Liver disease, portal hypertension dan esophageal varices, saya kurang pasti benarkah itu puncanya. Saya hanya terdengar sahaja. Allah menguji hambaNya denagn pelbagai cara. AidilAdha tahun itu, kami menziarahi dia dan keluarganya. Semua berwajah sugul, sayu, berhari raya tanpa orang penting dalam hidup.
Masih terbayang, di rumah itulah, bagai baru semalam kami mengambil gambar mereka sekeluarga bersama-sama ketika AidilFitri tahun sebelumnya. Semuanya ceria. Kini, hanya kenangan dan nostalgia peneman hidup. Tiada lagi Sheikh Ibrahim bersama senyuman ceria dalam ramah dan imannya. Semoga Allah merahmatinya di alam sana.
SEMALAM
Semalam, pertemuan kami setelah lebih 7 bulan tidak bersua muka. Ummu Muhammad teringin sangat berjumpa kami sebelum bertolak ke Mesir. Betapa dia sangat merindui kami, dan mencari kami dari satu Imarah ke satu Imarah di kawasan kami bertanyakan jika ada pelajar Maliziyat yang tinggal di situ. Tapi tiada hasil. Tersalah Imarah yang pastinya. Allah mendengar doanya. Juiliana yang berada dalam rotation ONG di Hospital Badiah terserempak dengan Ummu Muhammad yang sedang menemani menantunya yang baru bersalin anak perempuan. MasyaAllah…
Selepas itu, pertemuan diatur. Tetapi Rabu malam Khamis itu, saya dan Farah tidak mampu menghadirkan diri. On-Call di KAUH yang asalnya sepatutnya tamat dalam pukul 6 atau 8, terlewat hingga pukul 9 malam.
“Ummu Muhammad dah balik, dia kirim salam kat korang,dia balik hujung minggu ni”, Juiliana memberitahu dalam telefon.
Sedih. “Nak jumpa dia….”
“Takpe, insyaAllah sempat jumpa sebelum dia balik nanti” pujuk Juiliana.
Semalam, saya lega. Wajahnya sempat kami tatap sebelum pemergiannya ke Mesir hari ini. Pemergian yang entah akan ada pertemuan sekali lagi atau tidak di dunia ini.
“Tak mengapa, kalaupun bukan di dunia ni pertemuan kita nanti, aku harap Allah pertemukan kita di syurga nanti….” Penuh harapan kata-katanya.
Penuh harapan juga, saya mengaminkan doanya.. amin ya rabbal ‘alamin….
Di sudut hati, saya mengharapkan kemudahan urusannya selepas ini.
Wallahua’lam
Lecture On diary
Saat ini pelajar Malaysia di Jordan sedang sibuk dengan persiapan masing-masing untuk memeriahkan MEKAR yang bakal bermula esok. Beramai-ramai akan berkumpul esok di Mafraq. Pelbagai pertandingan disediakan sebelum kita sama-sama menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan MPPM kali ke-9.
Di sini saya ingin berkongsi tips-tips untuk 'menang' dengan mekar dalam MEKAR esok sebelum sempat keputusan diumumkan
"MENANG" SEBELUM MENANG ATAU KALAH
Tipsnya sangat mudah iaitu PERTAMA : mengubah aim bertanding esok bukan untuk bertanding tapi untuk menyampaikan mesej-mesej kebaikan demi Allah swt. Kita tak perlu ubah last minute apa-apa persiapan pun kerana sudah pasti setiap kumpulan yang bertanding esok, baik dalam nasyid, pentomen atau apa-apa sahaja akan menitik beratkan bahagian isi persembahan. Isi yang dipilih sudah tentu mengandungi mesej-mesej yang baik dan berguna(diambil kira dalam pemarkahan). Tambahan pula, ramai yang akan menjadi pendengar dan penonton, samada hadir untuk berhibur atau untuk mengutip pengajaran. Jadi, jika target utama kita diniatkan untuk menyampaikan mesej kebaikan maka kita dikira telah berjaya sebaik sahaja selesai persembahan. Itu kan menang namanya. Kita menang sebab kita dah berjaya mencapai matlamat kita dalam persembahan tadi.
Ada pun jika matlamat kita sekadar untuk meraih tempat pertama atau kedua maka rugilah usaha kita. Kita telah mengecilkan skop kemenangan yang sebenar. Sebaiknya, segala kepenatan dan masa yang dikorbankan untuk berlatih disalurkan ke arah dakwah kepadaNya, meski dalam keadaan kita mengalunkan nasyid nan merdu atau melakonkan gaya bisu dalam pentomen.
Tips yang KEDUA : Meringankan salam & memaniskan senyuman. Ambillah peluang keemasan untuk mengeratkan silaturahim esok bersama-sama sahabat serantau Jordan. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan. Inilah sebab kedua untuk kita menang dalam MEKAR esok kerana salah satu objektif MEKAR ialah mengumpulkan ahli MPPM untuk mengeratkan silaturahim.
KITA SEMUA JUARA
Jadinya, yang tidak menjadi peserta secara langsung pun boleh jadi pemenang esok. Semoga tips-tips ini bermanfaat untuk dipraktikkan esok. Jom, sama-sama jadi juara.
Buat yang berjaya dalam pertandingan pula, semoga anugerah kelebihan yang Allah berikan itu disyukuri dan dimanfaatkan ke arah perkara yang mendatangkan keredhaan Pemberi Kelebihan iaitu, Allah Taala. Bak kata Abu Faris, kelebihan itu adalah pinjaman daripada Allah swt. Boleh jadi yang dah cekap menyanyi pun boleh hilang suara atau terlupa lirik masa bertanding nanti.
Buat Abu Faris yang tersayang & sekalian sahabat-sahabat yang bakal memeriahkan MEKAR..moga penat lelah antum berlatih akan membuahkan sebuah persembahan yang berisi kemanisan kebaikan & taqwa kepadaNya.
Ya Allah, mekar suburkanlah MEKAR esok dengan redha & rahmatMu..Ameen
Jelaskan matlamat...Tuluskan niat~
Lecture On Motivation


