10:16 PM

Pinjamkanlah Dia Sebagai Suamiku 1


"Boleh ke saya nak pinjam pen awak? saya nak tulis nota tapi tertinggal pen saya di rumah" tanya Aina kepada Ilya ketika mereka berada di perpustakaan.

"Boleh, cuma saya nak pesan supaya tutup semula lepas awak guna supaya dakwatnya tak kering," balas Ilya sambil menghulurkan pen birunya.


"Ok, insyaAllah," Aina setuju.



Kita juga seperti Aina ketika meminjam barang
(meminjam dengan bersebab). Kita tidak akan meminjam saja-saja kerana setiap pinjaman itu disertai dengan tanggungjawab untuk memelihara dan memulangkannya dalam keadaan yang terbaik. Setiap syarat yang dipesan harus kita titik beratkan kerana ia bukan milik kita. Itu perihal barang yang dipinjam, bagaimana pula dengan perihal kita dan pemilik barang tersebut? Tentu sekali, kita akan bersopan dan meminta barang miliknya dengan beradab kerana berhajat agar dia sudi meminjamkan barang kesayangannya. Kemudian, pastinya barang itu akan dipulangkan, tak boleh dibuat harta sendiri.

Saya yakin ramai yang faham situasi pinjam meminjam yang saya gambarkan di atas.Jika kita alihkan situasi pemilik itu ialah Allah Taala & peminjamnya adalah kita, maka di mana titik temu antara kedua-dua keadaan ini?

PINJAMAN DI DUNIA

Kita akui bahawa Allah Taala adalah pemilik segala yang ada di bumi, termasuk kita semua, hambaNya. Dalam erti kata yang lain, ibu bapa, adik beradik dan sahabat kita juga dimilikiNya.Sampai suatu masa semuanya akan kembali kepada Pemilik Hakiki kerana mereka adalah pinjaman bagi kita di dunia.

Begitu juga halnya dengan suami/isteri atau bakal suami/isteri masing-masing. Sebelum melamar lagi, kita perlu jelas apakah sebab untuk meminjam si dia sebagai pasangan hidup seperti Aina yang nampak tujuan meminjam pen daripada Ilya, kerana setiap pinjaman ada pertanggungjawabannya.


Dalam tempoh pertunangan pula, pasangan bertunang akan diuji rasa ingin selalu berhubung kerana katanya kalau jarang berhubung nanti takut-takut akan tawar rasa cinta dan rasa jauh di hati. Di sinilah pentingnya konsep pinjaman tadi, dengan kefahaman bahawa bakal suami/isteri kita adalah milik Allah Taala & hanya dengan izinNya, kita akan mampu menjadikan si dia pasangan kita di dunia atau sebenarnya, pinjaman kita di dunia, kita akan mula mencari cara berhubung dengan Pemilik si dia.


Kita akan menjadi seperti Aina, meminta pen daripada Ilya, pemiliknya, meminta dengan sopan, beradab dan meminjam pen itu beserta syarat sebelum memulangkannya. Itulah adab kita dengan Allah Taala sepanjang tempoh pertunangan, banyakkan berhubung dengan Allah Taala dengan penuh tatasusila seorang hamba untuk meminta hamba miliknya sebagai pinjaman kita di dunia.


قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (١٥٦)
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" - al-Baqarah, 156

Ini lebih baik daripada banyak berhubung dengan tunangan sehingga kita mungkin melanggari batas Allah dalam pertunangan yang sebenarnya adalah syarat Pemilik si dia. Tentu kita tak mahu meminjam sesuatu dalam keadaan Pemiliknya jelas marah dengan kita kerana tidak mematuhi syarat-syaratNya.

Oleh itu, kekerapan berhubung dengan tunang itu bukan penentu episod pertunangan akan berakhir dengan perkahwinan kerana keputusannya adalah pada Pemilik si dia (jadi usaha perlu tepat kepada Pemilik bukan pinjaman; si dia), malah Pemiliknya sahaja yang dapat menjaga rasa cinta di hati.


Bolehkah Aina meminjam pen Ilya dengan hanya memandang dan menyentuh pen itu tanpa meminta dari Ilya? Jadi dalam bertunang pun perlu ada matlamat dan strategi yang tepat supaya kita tak terleka dengan cinta dan kesalahan yang dihias menjadi indah oleh syaitan.
Benar cinta itu buta tapi kitalah yang mengawalnya.

Inilah antara
mind-setting saya untuk menguatkan diri sewaktu bertunang dahulu dan masih menjadi motivasi saya selepas berkahwin, insyaAllah saya akan kongsi(konsep pinjaman setelah berkahwin) dalam entry yang akan datang.

Semoga Allah mengampuni segala kesilapan kami dan semoga cinta ini terasa hingga ke syurga, ameen.


ادْخُلُوا الْجَنَّةَ أَنْتُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ تُحْبَرُونَ (٧٠)
"Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka,"Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu(yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kenikmatan dan kesenangan" Az-Zukhruf, 70




Jelaskan matlamat...Tuluskan niat~








8:29 PM


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

3:34 AM

Lebih 8 dekad setelah 3 Mac 1924

Bismillah


3 MAC 1924 -3 MAC 2010

Lebih 8 dekad berlalu

Katanya sudah 86 tahun berlalu setelah kejatuhan khilafah Islam yang terakhir- Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah

Sedarkah kita sebenarnya, kerajaan Islam telah mula mengalami kemerosoton berpuluh tahun malah mungkin seratus tahun sebelum ianya benar-benar tenggelam dan hilang ?

Tidak salah mengenang sejarah, malah ianya sangat dituntut.

" Waaa.. hebatnya kita dulu ! "

" Hmm.. saya rasa lebih bersemangat ingin kembalikan khilafah "

" Saya yakin Islam pasti tertegak lagi "

Kita cuba menaikkan semula semangat mereka untuk bersama ingin mengembalikan khilafah, kita sebarkan kejayaan dan kegemilangan yang pernah ditempah, dari bermulanya sirah Rasulullah , Islam bertakhta, sehinggalah kejatuhan khilafah yang terakhirnya.

Tertegak dan jatuhnya sesebuah empayar dan khilafah mana mungkin terjadi sendiri tanpa ada asbab di belakangnya. KITA PERLU AMBIL PENGAJARAN !

Persoalannya generasi manakah yang patut kita jadikan tauladan demi mengembalikan dan menegakkan semula kerajaan Islam, dan faktor apakah mendorong kepada kemerosotan dan kejatuhannya? Semuanya sebagai peringatan dan pengajaran.

Sejarah mungkin berulang. Bahagian bangun dan gemilang itu yang kita impikan untuk ianya berulang, namun bukan pada bahagian ia merosot dan tenggelam. Untuk itu kita perlu tahu dan faham.


Perhatikan satu artikel di bawah.

Khilafah di Atas Manhaj Nubuwwah

sumber : www.asysyariah.com

penulis Al-Ustadz Abu Abdillah Luqman Ba’abduh
Syariah Kajian Utama 19 - Ogos - 2005 21:33:38

Judul di atas merupakan petikan dari sebuah hadits nabawi yg diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad dari shahabat Hudzaifah:


تَكُوْنُ النُّبُوَّةُ فِيْكُمْ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا اللهُ إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثَمَّ تَكُوْنُ خِلاَفَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكاً عَاضًّا فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكاً جَبْرِيًّا فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلاَفَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ. ثُمَّ سَكَتَ


“ "Akan ada MASA KENABIAN pada kalian selama yang Allah kehendaki, Allah mengangkat atau menghilangkan kalau Allah menghendaki.

Lalu akan ada MASA KHILAFAH di atas MANHAJ NUBUWWAH selama Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat jika Allah menghendaki.

Lalu ada masa KERAJAAN YANG SANGAT KUAT selama yg Allah kehendaki kemudian Allah mengangkat bila Allah menghendaki.

Lalu akan ada masa kerajaan selama yg Allah kehendaki kemudian Allah mengangkat bila Allah menghendaki.

Lalu akan ADA LAGI MASA KEKHILAFAHAN di atas MANHAJ NUBUWWAH."

Kemudian Baginda diam.”


Dalam hadis di atas sangat jelas bahwa khilafah di atas manhaj nubuwwah merupakan suatu kurnia Allah semata. Tidak ada seorang muslim pun yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kecuali pasti dia akan mengharapkan terwujud khilafah tersebut. Rasulullah SAW dengan tegas mengatakan bahwa hal itu pasti terjadi pada umat ini. Janji ini telah terealisasi pada masa generasi terbaik umat ini dan Allah tetap menjanjikan kepada umat ini akan terwujud kembali khilafah tersebut di tengah-tengah mereka jika memang syarat-syarat telah dipenuhi sebagaimana firman-Nya:


وَعَدَ اللهُ الَّذِيْنَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي اْلأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِيْنَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُوْنَنِي لاَ يُشْرِكُوْنَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُوْنَ


“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kalian dan mengerjakan amal-amal shalih bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yg sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhai-Nya utk mereka dan Dia dia benar-benar akan menggantikan kondisi mereka setelah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap beribadah kepada-Ku dgn tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan-Ku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah itu maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.”


Barangsiapa yg ingin mengetahui bagaimana gambaran Khilafah ‘ala Manhajin Nubuwwah maka hendak dia melihat pada daulah yg dipimpin oleh Rasulullah SAW dan para Khulafa`ur Rasyidin sepeninggal beliau.


Secara ringkas gambaran adalah:

Sebuah khilafah yang didirikan di atas tauhid dan dakwah menuju kepada tauhid ditegakkan Sunnah Rasulullah SAW serta dakwah menuju kepada As Sunnah.

Diperangi kesyirikan dengan berbagai macam bentuk sehingga tidak ada lagi peribadatan yang diberikan kepada selain Allah.

Diperangi segala bentuk bid’ah baik dlm akidah ibadah mahupun muamalah.

Ditegakkan syariat Islam oleh tiap muslim sebelum ditegakkan oleh pemerintahnya.

Kondisi masyarakat sentiasa mengutamakan dan mementingkan ilmu syar’i jauh dari kongkongan filsafat dan pengagungan rasio.

Masyarakat taat dan patuh kepada pemerintah serta menegakkan jihad syar’i bersama pemerintah.

Merekalah generasi terbaik yg dipuji oleh Rasulullah di dalam haditsnya:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ

“Sebaik-baik manusia adalah generasiku kemudian yang setelahnya, kemudian yang setelahnya.”


Itulah gambaran singkat Khilafah ‘ala Minhajin Nubuwwah. Bukan seperti yg dikhayalkan oleh sebagian aktivis pergerakan Islam dan para pengikutnya. Tidak mungkin khilafah tersebut akan terwujud melalui tangan orang-orang yang berakidah Tashawwuf Mu’tazilah Qadariyah dan sebagai sebagaimana hal ini didapati pada sebagian aktivis kelompok Al-Ikhwanul Muslimun dan Hizbut Tahrir.

Dan tidak mungkin pula khilafah tersebut akan tegak di tengah-tengah umat yang masih meremehkan Sunnah Rasulullah dan bergelumang dalam berbagai macam bid’ah baik dlm akidah ibadah dakwah dan muamalah. Semoga Allah melindungi dan membimbing umat ini pada jalan yang lurus.


Dengan Apa Khilafah Islamiyyah bisa Terwujud?


Daulah Islamiyyah atau yg terkadang diistilahkan dgn Khilafah Islamiyyah yang ditegakkan pada tauhid dan peribadahan kepada Allah SWTaala semata dihidupkan pada Sunnah-sunnah Rasulullah SAW serta diaplikasikan seluruh syi’ar dan hukum Islam adalah dambaan bagi tiap muslim yang beriman kepada Allah dan hari akhir.

Namun sebuah pertanyaan besar yang harus diajukan dlm kondisi ini adalah:

Bagaimana dan dgn apa Daulah Islamiyyah tersebut bisa ada dan bersemi di bumi Allah Taala
ini?

Untuk menjawab pertanyaan tersebut maka sebelum kita semua harus tahu dan ingat bahawa generasi awal umat ini yang diperankan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat telah berhasil -dengan izin Allah- menggapai Daulah Islamiyyah tersebut.

Maka tentu tiap muslim yang berharap terwujud Khilafah Islamiyyah di bumi Allah SWT
ini akan menjadikan jejak langkah generasi yang telah berhasil itu sebagai contoh dan suri teladan bagi dlm usaha mewujudkan Daulah Islamiyyah. Suatu perkara yang mustahil hal itu akan terwujud tanpa meneladani jejak langkah generasi yg telah berhasil.

Sebagaimana ditegaskan oleh Al-Imam Malik Rahimahullah:

لَنْ يَصْلُحَ آخِرُ هَذِهِ اْلأُمَّةِ إِلاَّ بِمَا صَلُحَ بِهِ أَوَّلُهَا

“Tidak akan menjadi baik generasi akhir umat ini kecuali dgn perkara-perkara yg dengan telah menjadi baik generasi awal umat ini.”


Atas dasar itulah kami mengajak semua pihak yang mengklaim diri berharap terwujud Daulah Islamiyyah untnk dgn jujur menyokong dan sungguh-sungguh melihat kembali merujuk kepada jejak langkah generasi terbaik umat ini.

Dengan meninggalkan segala bentuk ra`yu fikiran dan cara yang sama sekali tidak dilandasi oleh jejak langkah generasi awal umat ini kerana hal itu tidak lain hanya akan mendatangkan kehancuran.

كُلُّ خَيْرٍ فِي اتِّبَاعِ مَنْ سَلَفَ وَكُلُّ شَرٍّ فِي ابْتِدَاعِ مَنْ خَلَفَ

Segala bentuk kebaikan didapati pada sikap ittiba’ jejak Salaf. Dan segala bentuk kejahatan didapati pada tindakan ibtida’ oleh generasi belakangan.


CARANYA ?

Untuk itu ada beberapa hal penting yang menjadi sebab utama bagi terwujud Khilafah Islamiyyah yang didamba-dambakan itu. Apabila sebab-sebab utama ini diabaikan oleh kaum muslimin maka pupuslah harapan tersebut dan mustahil dambaan tersebut akan bisa terwujud.

Sebab-sebab itu antara lain:

1. Kembali umat Islam secara menyeluruh kepada bimbingan Al Qur`an dan Sunnah Rasulullah SAW sesuai dgn apa yg telah difahami dan diamalkan oleh Salaful Ummah.

Sehingga dgn itu mereka selamat dari berbagai macam bentuk bid’ah dan kesesatan sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتاَبَ اللهِ وَسُنَّتِي، وَلَنْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَى الْحَوْضِ

“Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang teguh dgn kedua iaitu Kitabullah dan Sunnahku. Kedua tidak akan berselisih sampai kedua mendatangiku di Al-Haudh.”


Sikap kembali dan ruju’ kepada Al-Kitab dan As Sunnah sesuai dengan yang difahami oleh Salaful Ummah ini sangat menentukan keberhasilan dan keselamatan umat ini dari kehancuran dan merupakan salah satu syarat keberhasilan umat Islam.


Hal ini sebagaimana telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya:

إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِيْنَةِ وَأَخَذْتُمْ أَذْناَبَ الْبَقَرِ وَرَضِيْتُمْ بِالزَّرْعِ وَتَرَكْتُمُ الْجِهَادَ، سَلَّطَ اللهُ عَلَيْكُمْ ذُلاًّ، لاَ يَنْزِعُهُ حَتَّى تَرْجِعُوا إِلَى دِيْنِكُمْ

“Apabila kalian telah berjual beli dgn cara ‘inah-'inah dan kalian telah disibukkan dgn memegang ekor-ekor sapi dan telah senang dgn bercocok tanam serta kalian telah meninggalkan jihad niscaya Allah akan timpakan kepada kalian kehinaan. Tidak akan dicabut kehinaan tersebut sampai kalian kembali kepada agama kalian.”


2. Syarat yang kedua untuk terwujud Khilafah Islamiyyah bagi kaum muslimin adalah: Terealisasi keimanan yang murni dan benar dalam semua perkara yang telah Allah wajibkan untuk kita imani secara kaffah .


Beriman kepada Allah bahawasanya Dialah Dzat satu-satu yg berhak untuk diibadahi tanpa yang lain-Nya, Yang memiliki nama-nama dan sifat-sifat yg mulia sesuai dengan apa yg diberitakan oleh-Nya di dlm Al Qur`an atau diberitakan oleh Rasul-Nya SAW

Dan tidak didapati di muka bumi ini kaum muslimin melakukan kesyirikan dengan berbagai macam bentuknya. Tidak didapati di muka bumi ini orang-orang yang berdoa dan beristighatsah kepada kubur-kubur atau menyerahkan sesajen kepada jin atau kepada orang-orang yang dianggap wali. Tidak pula didapati orang-orang yang mengingkari sifat-sifat Allah baik dengan cara menolak secara mutlak sebagaimana yang dilakukan oleh Al-Jahmiyah dan Al-Mu’tazilah atau dengan cara penyelewengan makna dan sifat-sifat Allah tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh kelompok Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyah.

Mengimani bahwa Allah beristiwa` di atas ‘Arsy-Nya tidak ada lagi yang meyakini keyakinan-keyakinan batil dan sesat.


3. Merealisasikan dakwah tauhid dan pembenahan akhlak umat. Sebagaimana telah dicontohkan oleh para nabi yg mana itu merupakan misi utama dakwah mereka.

Sebagaimana firman Allah:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِيْ كُلِّ أُمَّةٍ رَسُوْلاً أَنِ اعْبُدُوا اللهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوْتَ

“Sesungguh telah Kami utus pada tiap-tiap umat seorang rasul beribadahlah kalian kepada Allah dan jauhilah oleh kalian thagut.”

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُوْلٍ إِلاَّ نُوْحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنَا فَاعْبُدُوْنِ

“Tidaklah Kami utus sebelummu seorang rasul-pun kecuali pasti kami wahyukan kepadanya: Sesungguhnya tidak ada yang berhak untuk diibadahi kecuali Aku maka beribadahlah kalian semua kepada Ku.”

Rasulullah SAW juga bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ اْلأَخْلاَقِ

“Sesungguh tidaklah aku diutus kecuali utk menyempurnakan akhlak yg mulia.”


4. Kesungguhan di dalam menuntut ilmu Dinul Islam dari sumber yang asli dan referensi yang terjamin iaitu para ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Dengan ilmu itulah seorang muslim dapat memahami dan mengenal agama sesuai dengan yang diinginkan oleh Allah. Sesungguh Allah WTaala telah menjamin terwujud kebaikan dan kemuliaan bagi umat ini jika mereka mahu bersungguh-sungguh menuntut ilmu agama.

Rasulullah SAW juga telah bersabda:

مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ

“Barangsiapa yg Allah kehendaki kebaikan bagi niscaya Allah jadikan ia faqih tentang Ad-Dien.”

Di antara bentuk kebaikan dan kemuliaan tersebut adalah terwujud kewibawaan Islam dan kaum muslimin serta terjamin keamanan dan kesejahteraan umat dengan berdiri Daulah Islamiyyah.

Tidak mungkin Daulah Islamiyyah akan terwujud jika umat Islam ini tidak mahu belajar dan memahami agama dengan benar. Jika umat ini sudah sibuk dengan berbagai macam aktiviti dan kegiatan politik yang penuh ambisi untuk meraih DUNIA atau berbagai macam kepentingan atau orasi-orasi dusta yang penuh provokasi maka dengan itu umat ini akan lalai dan berpaling dari aktivitas menuntut ilmu dien. Jika umat ini telah lalai dari menuntut ilmu dien maka mereka akan menjadi umat yang jahil.

Kemudian kejahilan itu mengantarkan mereka utk hubbud dunia dan berambisi untuk mendapatkannya. Dampak berikut mereka takut untuk mati sehingga menyebabkan mereka enggan berjuang dan berjihad membela agama Allah SWTaala.

Ini semua merupakan sumber kegagalan dan kehancuran umat ini. Hal ini sebagaimana yg telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadits Ibnu ‘Umar RA. Dan juga sabdanya:

يُوْشِكُ اْلأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى اْلأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا. فَقَالَ قَائِلٌ: وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟ قَالَ: بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيْرٌ، لَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزِعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُوْرِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ، وَلَيَقْذِفَنَّ اللهُ فِيْ قُلُوْبِكُمْ الْوَهْنَ. فَقَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ! مَا الْوَهْنُ؟ قَالَ: حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهَيَةُ الْمَوْتِ

“Hampir-hampir umat-umat mengerumuni kalian sebagaimana orang2 makan mengerumuni piring hidangannya.” Ada yg berta kepada beliau: “Apakah disebabkan krn jumlah kita sedikit pada saat itu?” Rasulullah menjawab: “Bahkan kalian pada hari itu jumlah banyak akan tetapi kalian hanyalah seperti buih yg dibawa air bah dan sungguh Allah akan mencabut dari dada musuh-musuh kalian rasa segan terhadap kalian. Dan Allah akan melemparkan pada hati kalian Al-Wahn.” Seseorang berta lagi: “Wahai Rasulullah apakah Al-Wahn itu?” Beliau menjawab: “Cinta dunia dan takut mati.”

Wallahu a’lam bish-shawab.

Nota kaki :

Jual beli dgn cara ‘inah adalah jual beli dengan cara riba. Contoh si A menjual barang kepada si B dengan harga tertentu dan pembayaran dilakukan di belakang hari. Kemudian sebelum lunas pembayaran, si A membeli kembali barang yang telah dia jual tersebut dari si B, dengan harga yang lebih murah daripada harga yang ditetapkan ketika dia menjualnya. Nanti si B harus tetap membayar barang tersebut dengan harga semula walaupun barang tersebut sudah tidak lagi dimilikinya.


Ya, kita ingin menang. Tapi kita belum cuba buat sepenuhnya syarat-syarat mencapai kemenangan.

Kita belum belajar sepenuhnya apa yang sentiasa menjatuhkan.

Kita lupa kesatuan dan perpaduan umat Islam kunci utama ketakutan orang-orang kuffar yang sentiasa inginkan kehancuran kita.

Kita selesa mengatakan dirikan kita yang terbaik, memburukkan yang lain yang sama cuba menegakkan agama Islam, tanpa kita sedar apa yang kita lakukan hanya mendatangkan bibit-bibit perpecahan dan menghalang kejayaan Islam seluruhnya.

Muhasabah diri..... JANGAN KALAH AKHLAQ!

Berlapang dadalah wahai sahabat...


Boleh juga rujuk karya Abu A'la Al-Maududi ini

Wallahua'lam


12:02 PM

Ceritakan padaku keindahan dunia ini !

Bismillah

Artikel ini saya terima daripada seorang sahabat. Baca, fahami dan hayati dengan mata hati.


Mengenang Akhlak Nabi Muhammad SAW

Setelah Nabi wafat, seketika itu pula kota Madinah bising dengan tangisan ummat Islam; antara percaya - tidak percaya, Rasul Yang Mulia telah meninggalkan para sahabat. Beberapa waktu kemudian, seorang arab badwi menemui Umar dan dia meminta, "Ceritakan padaku akhlak Muhammad!". Umar menangis mendengar permintaan itu. Ia tak sanggup berkata apa-apa. Ia menyuruh Arab badwi tersebut menemui Bilal. Setelah ditemui dan diajukan permintaan yang sama, Bilal pun menangis, ia tak sanggup menceritakan apapun. Bilal hanya dapat menyuruh orang tersebut menjumpai Ali bin Abi Thalib.


Orang Badwi ini mulai hairan. Bukankah Umar merupakan seorang sahabat rapat Nabi, begitu pula Bilal, bukankah ia merupakan sahabat setia Nabi. Mengapa mereka tak sanggup menceritakan akhlak Muhammad. Dengan berharap-harap cemas, badwi ini menemui Ali.

Ali dengan linangan air mata berkata, "Ceritakan padaku keindahan dunia ini!."

Badwi ini menjawab, "Bagaimana mungkin aku dapat menceritakan segala keindahan dunia ini...."

Ali menjawab, "Engkau tak sanggup menceritakan keindahan dunia padahal Allah telah berfirman bahwa sungguh dunia ini kecil dan hanyalah senda gurau belaka, lalu bagaimana aku dapat melukiskan akhlak Muhammad, sedangkan Allah telah berfirman bahwa sungguh Muhammad memiliki budi pekerti yang agung! (QS. Al-Qalam[68]: 4)"


Badwi ini lalu menemui Siti Aisyah r.a. Isteri Nabi yang sering disapa "humaira' " oleh Nabi ini hanya menjawab, khuluquhu al-Qur'an (Akhlaknya Muhammad itu Al-Qur'an). Seakan-akan Aisyah ingin mengatakan bahwa Nabi itu bagaikan Al-Qur'an berjalan. Badwi ini tidak puas, bagaimana bisa ia segera menangkap akhlak Nabi kalau ia harus melihat ke seluruh kandungan Qur'an. Aisyah akhirnya menyarankan Badwi ini untuk membaca dan menyemak QS Al-Mu'minun[23]: 1-11.


Bagi para sahabat, masing-masing memiliki kesan tersendiri dari pergaulannya dengan Nabi. Kalau mereka diminta menjelaskan seluruh akhlak Nabi, linangan air matalah jawabannya, karena mereka terkenang akan junjungan mereka. Paling-paling mereka hanya mampu menceritakan satu fragmen yang paling indah dan berkesan dalam interaksi mereka dengan Nabi terakhir ini.


SEBAGAI SUAMI

Mari kita kembali ke Aisyah. Ketika ditanya, bagaimana perilaku Nabi, Aisyah hanya menjawab, "ah semua perilakunya indah." Ketika didesak lagi, Aisyah baru bercerita saat terindah baginya, sebagai seorang isteri. "Ketika aku sudah berada di tempat tidur dan kami sudah masuk dalam selimut, dan kulit kami sudah bersentuhan, suamiku berkata, 'Ya Aisyah, izinkan aku untuk menghadap Tuhanku terlebih dahulu.'" Apalagi yang dapat lebih membahagiakan seorang isteri, karena dalam sejumput episode tersebut terkumpul kasih sayang, kebersamaan, perhatian dan rasa hormat dari seorang suami, yang juga seorang utusan Allah.


Nabi Muhammad jugalah yang membikin khawatir hati Aisyah ketika menjelang subuh Aisyah tidak mendapati suaminya disampingnya. Aisyah keluar membuka pintu rumah. terkejut ia bukan kepalang, melihat suaminya tidur di depan pintu.

Aisyah berkata, "Mengapa engkau tidur di sini?" Nabi Muhammmad menjawab, "Aku pulang sudah larut malam, aku khawatir mengganggu tidurmu sehingga aku tidak mengetuk pintu. itulah sebabnya aku tidur di depan pintu."

Mari berkaca di diri kita masing-masing. Bagaimana perilaku kita terhadap isteri kita? Nabi mengingatkan, "berhati-hatilah kamu terhadap isterimu, karena sungguh kamu akan ditanya di hari akhir tentangnya." Para sahabat pada masa Nabi memperlakukan isteri mereka dengan hormat, mereka takut kalau wahyu turun dan mengecam mereka.


SEBAGAI PEMIMPIN

Buat sahabat yang lain, fragmen yang paling indah ketika sahabat tersebut terlambat datang ke Majlis Nabi. Tempat sudah penuh sesak. Ia minta izin untuk mendapat tempat, namun sahabat yang lain tak ada yang mau memberinya tempat. Di tengah kebingungannya, Rasul memanggilnya. Rasul memintanya duduk di dekatnya. Tidak cukup dengan itu, Rasul pun melipat sorbannya lalu diberikan pada sahabat tersebut untuk dijadikan alas tempat duduk. Sahabat tersebut dengan berlinangan air mata, menerima sorban tersebut namun tidak menjadikannya alas duduk akan tetapi mencium sorban Nabi. Senangkah kita kalau orang yang kita hormati, pemimpin yang kita junjung tiba-tiba melayani kita bahkan memberikan sorbannya untuk tempat alas duduk kita. Bukankah kalau mendapat kartu lebaran dari seorang pejabat saja kita sangat bersuka cita.

Begitulah akhlak Nabi, sebagai pemimpin ia ingin menyenangkan dan melayani bawahannya. Dan tengoklah diri kita. Kita adalah pemimpin, bahkan untuk lingkup paling kecil sekalipun, sudahkah kita meniru akhlak Rasul Yang Mulia.


SEBAGAI SAHABAT

Nabi Muhammad juga terkenal suka memuji sahabatnya. Kalau kita baca kitab-kitab hadis, kita akan kebingungan menentukan siapa sahabat yang paling utama. Terhadap Abu Bakar, Rasul selalu memujinya. Abu Bakarlah yang menemani Rasul ketika hijrah. Abu Bakarlah yang diminta menjadi Imam ketika Rasul sakit.

Tentang Umar, Rasul pernah berkata, "Syaitan saja takut dengan Umar, bila Umar lewat jalan yang satu, maka Syaitan lewat jalan yang lain."

Dalam riwayat lain disebutkan, "Nabi bermimpi meminum susu. Belum habis satu gelas, Nabi memberikannya pada Umar yang meminumnya sampai habis. Para sahabat bertanya, Ya Rasul apa maksud (ta'wil) mimpimu itu? Rasul menjawab ilmu pengetahuan."

Tentang Utsman, Rasul sangat menghargai Ustman karena itu Utsman menikahi dua putri nabi, hingga Utsman dijuluki dzu an-Nurain (pemilik dua cahaya).

Mengenai Ali, Rasul bukan saja menjadikannya ia menantu, tetapi banyak sekali riwayat yang menyebutkan keutamaan Ali. "Aku ini kota ilmu, dan Ali adalah pintunya." "Barang siapa membenci Ali, maka ia merupakan orang munafik."

Lihatlah diri kita sekarang. Bukankah jika ada seorang rakan yang punya sembilan kelebihan dan satu kekurangan, maka kita jauh lebih tertarik berjam-jam untuk membicarakan yang satu itu dan melupakan yang sembilan. Ah...ternyata kita belum suka memuji; kita masih suka mencela. Ternyata kita belum mengikuti sunnah Nabi.


Para sahabatpun ditegur oleh Allah ketika mereka berlaku tak sopan pada Nabi. Alkisah, rombongan Bani Tamim menghadap rasul. Mereka ingin Rasul menunjuk pemimpin buat mereka.

Sebelum Nabi memutuskan siapa, Abu Bakar berkata: "Angkat Al-Qa'qa bin Ma'bad sebagai pemimpin."

Kata Umar, "Tidak, angkatlah Al-Aqra' bin Habis." A

bu Bakar berkata ke Umar, "Kamu hanya ingin membantah aku saja,"

Umar menjawab, "Aku tidak bermaksud membantahmu."

Keduanya berbantahan sehingga suara mereka terdengar makin keras.

Waktu itu turunlah ayat: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menaikkan suaramu di atas suara Nabi. janganlah kamu mengeraskan suara kamu dalam percakapan dengan dia seperti mengeraskan suara kamu ketika bercakap sesama kamu. Nanti hapus amal-amal kamu dan kamu tidak menyadarinya (al-hujurat 1-2)

Setelah mendengar teguran itu Abu Bakar berkata, "Ya Rasul Allah, demi Allah, sejak sekarang aku tidak akan berbicara denganmu kecuali seperti seorang saudara yang membisikkan rahasia."

Umar juga berbicara kepada Nabi dengan suara yang lembut. Bahkan konon kabarnya setelah peristiwa itu Umar banyak sekali bersedekah, karena takut amal yang lalu telah terhapus. Para sahabat Nabi takut akan terhapus amal mereka karena melanggar etika berhadapan dengan Nabi.

Dalam satu kesempatan lain, ketika di Mekkah, Nabi didatangi utusan pembesar Quraisy, Utbah bin Rabi'ah. Ia berkata pada Nabi, "Wahai kemenakanku, kau datang membawa agama baru, apa yang sebetulnya kau kehendaki. Jika kau kehendaki harta, akan kami kumpulkan kekayaan kami, Jika Kau inginkan kemuliaan akan kami muliakan engkau. Jika ada sesuatu penyakit yang dideritamu, akan kami carikan obat. Jika kau inginkan kekuasaan, biar kami jadikan engkau penguasa kami"

Nabi mendengar dengan sabar uraian tokoh musyrik ini. Tidak sekalipun beliau membantah atau memotong pembicaraannya. Ketika Utbah berhenti, Nabi bertanya, "Sudah selesaikah, Ya Abal Walid?" "Sudah." kata Utbah. Nabi membalas ucapan utbah dengan membaca surat Fushilat. Ketika sampai pada ayat sajdah, Nabi bersujud. Sementara itu Utbah duduk mendengarkan Nabi sampai menyelesaikan bacaannya.

Peristiwa ini sudah lewat ratusan tahun lalu. Kita tidak hairan bagaimana Nabi dengan sabar mendegarkan pendapat dan usul Utbah, tokoh musyrik. Kita mengenal akhlak nabi dalam menghormati pendapat orang lain. Inilah akhlak Nabi dalam majlis ilmu.

Yang menakjubkan adalah perilaku kita sekarang. Bahkan oleh si Utbbah, si musyrik, kita kalah. Utbah mau mendengarkan Nabi dan menyuruh kaumnya membiarkan Nabi berbicara. Jangankan mendengarkan pendapat orang kafir, kita bahkan tidak mau mendengarkan pendapat saudara kita sesama muslim. Dalam pengajian, suara pembicara kadang-kadang tertutup oleh suara kita. Masya Allah!


Ketika Nabi tiba di Madinah dalam episod hijrah, ada utusan kafir Mekkah yang meminta janji Nabi bahwa Nabi akan mengembalikan siapapun yang pergi ke Madinah setelah perginya Nabi. Selang beberapa waktu kemudian. Seorang sahabat rupanya tertinggal di belakang Nabi. Sahabat ini meninggalkan isterinya, anaknya dan hartanya. Dengan terengah-engah menembus padang pasir, akhirnya ia sampai di Madinah. Dengan perasaan haru ia segera menemui Nabi dan melaporkan kedatangannya. Apa jawab Nabi?

"Kembalilah engkau ke Mekkah. Sungguh aku telah terikat perjanjian. Semoga Allah melindungimu." Sahabat ini menangis keras. Bagi Nabi janji adalah suatu yang sangat agung. Meskipun Nabi merasakan bagaimana besarnya pengorbanan sahabat ini untuk berhijrah, bagi Nabi janji adalah janji; bahkan meskipun janji itu diucapkan kepada orang kafir. Bagaimana kita memandang harga suatu janji, merupakan salah satu bentuk jawaban bagaimana perilaku Nabi telah menyerap di sanubari kita atau tidak.


Dalam suatu kesempatan menjelang akhir hayatnya, Nabi berkata pada para sahabat, "Mungkin sebentar lagi Allah akan memanggilku, aku tak ingin di padang mahsyar nanti ada diantara kalian yang ingin menuntut balas karena perbuatanku pada kalian. Bila ada yang keberatan dengan perbuatanku pada kalian, ucapkanlah!"

Sahabat yang lain terdiam, namun ada seorang sahabat yang tiba-tiba bangkit dan berkata, "Dahulu ketika engkau memeriksa barisa di saat ingin pergi perang, kau meluruskan posisi aku dengan tongkatmu. Aku tak tahu apakah engkau sengaja atau tidak, tapi aku ingin menuntut qishash hari ini." Para sahabat lain terpana, tidak menyangka ada yang berani berkata seperti itu. Kabarnya Umar langsung berdiri dan siap "membereskan" orang itu. Nabi melarangnya. Nabi pun menyuruh Bilal mengambil tongkat ke rumah Nabi. Siti Aisyah yang berada di rumah Nabi kehairanan ketika Nabi meminta tongkat. Setelah Bilal menjelaskan peristiwa yang terjadi, Aisyah pun semakin hairan, mengapa ada sahabat yang berani berbuat senekad itu setelah semua yang Rasul berikan pada mereka.

Rasul memberikan tongkat tersebut pada sahabat itu seraya menyingkapkan bajunya, sehingga terlihatlah perut Nabi. Nabi berkata, "lakukanlah!" Detik-detik berikutnya menjadi sangat menegangkan. Tetapi terjadi suatu keanehan. Sahabat tersebut malah menciumi perut Nabi dan memeluk Nabi seraya menangis, "Sungguh maksud tujuanku hanyalah untuk memelukmu dan merasakan kulitku bersentuhan dengan tubuhmu!. Aku ikhlas atas semua perilakumu wahai Rasulullah." Seketika itu juga terdengar ucapan, "Allahu Akbar" berkali-kali. sahabat tersebut tahu, bahwa permintaan Nabi itu tidak mungkin diucapkan kalau Nabi tidak merasa bahwa ajalnya semakin dekat. Sahabat itu tahu bahwa saat perpisahan semakin dekat, ia ingin memeluk Nabi sebelum Allah memanggil Nabi.


Suatu pelajaran lagi buat kita. Menyakiti orang lain baik hati maupun badannya merupakan perbuatan yang amat tercela. Allah tidak akan memaafkan sebelum yang kita sakiti memaafkan kita. Rasul pun sangat hati-hati karena khawatir ada orang yang beliau sakiti. Khawatirkah kita bila ada orang yang kita sakiti menuntut balas nanti di padang Mahsyar di depan Hakim Yang Maha Agung ditengah miliaran umat manusia. Jangan-jangan kita menjadi orang yang muflis. Na'udzu billah.....


Nabi Muhammad ketika saat haji Wada', di padang Arafah yang terik, dalam keadaan sakit, masih menyempatkan diri berpidato.

Di akhir pidatonya itu Nabi dengan dibalut sorban dan tubuh yang menggigil berkata, "Nanti di hari pembalasan, kalian akan ditanya oleh Allah apa yang telah aku, sebagai Nabi, perbuat pada kalian. Jika kalian ditanya nanti, apa jawaban kalian?"

Para sahabat terdiam dan mulai banyak yang meneteskan air mata. Nabi melanjutkan, "Bukankah telah kujalani hari-hari bersama kalian dengan lapar, bukankah telah kutaruh beberapa batu diperutku karena menahan lapar bersama kalian, bukankah aku telah bersabar menghadapi kejahilan kalian, bukankah telah ku sampaikan pada kalian wahyu dari Allah.....?" Untuk semua pertanyaan itu, para sahabat menjawab, "benar ya Rasul!"

Rasul pun mendongakkan kepalanya ke atas, dan berkata, "Ya Allah saksikanlah...Ya Allah saksikanlah...Ya Allah saksikanlah!". Nabi meminta kesaksian Allah bahwa Nabi telah menjalankan tugasnya.


Di pengajian ini saya pun meminta Allah menyaksikan bahwa kita mencintai Rasulullah."Ya Allah saksikanlah betapa kami mencintai Rasul-Mu, betapa kami sangat ingin bertemu dengan kekasih-Mu, betapa kami sangat ingin meniru semua perilakunya yang indah; semua budi pekertinya yang agung, betapa kami sangat ingin dibangkitkan nanti di padang Mahsyar bersama Nabiyullah Muhammad, betapa kami sangat ingin ditempatkan di dalam surga yang sama dengan surganya Nabi kami. Ya Allah saksikanlah...Ya Allah saksikanlah Ya Allah saksikanlah!

Sollu 3alan nabi...


Wallahua'lam

11:06 PM

Action speaks louder than words

Bismillah

ONG- Rotation week
ONG Outpatient Clinic, King Abdullah University Hospital
Ultrasound Room

A mid- or late-thirties housewife, G4 P3 (read: this is her 4th pregnancy, with 3 children) , on her 18-19 weeks of gestational age (more or less, couldn't remember), attending her regular monthly antenatal care. She complained of decrease fetal movement 2-3 weeks prior, but few days ago (or 1 week ago), she couldn't feel any of the fetal movement.


Doktor pakar memulakan pemeriksaan ultrasound. Sudah dapat dilihat pada skrin bentuk tubuh janin yang diperiksa. Doktor mengambil ukuran-ukuran yang sepatutnya (biparietal diameter, femur length, abdominal circumference). Ada tanda tidak menyedapkan hati.


Gambar hiasan


Ukuran yang sepatutnya menunjukkan umur kandungan dalam jangkaan 19 minggu ke 20 minggu, menunjukkan angka 17 minggu dengan ralat 'plus minus' beberapa hari. Eh, janin tidak membesar berbanding scan yang dibuat pada appointment antenatal care sebelum ini. Sepatutnya janin membesar berkadar terus dengan umur kandungan.

Doktor memeriksa lagi, kali ini mahu mencari denyutan jantungnya. Hmm.. betulkah ini? Cari lagi... hmm.. teliti lagi scan tu...

Lama juga ketika itu, saya tahu bukan doktor tidak terjumpa di mana jantung bayi, tapi ada perkara yang lebih besar yang doktor lihat- tiada denyutan jantung pada janin. Ketiga-tiga kami (the specialist, the resident, and the student) senyap. Dengan tiba-tiba doktor bersuara,

"We need someone to lie...."

Saya terkesima.. Adakah beliau tujukan ayat itu kepada saya..?

"Regarding the absence of fetal heart beat?"

"Definitely, that is our matter right now"

Saya tahu dia sedang bergurau ketika dia nyatakan yang kami harus menipu.

Selepas dialog itu, suasana kembali bisu. Kami bertiga memandang skrin ultrasound macam nak masuk ke dalam skrin (kami bertiga..? mungkin hanya saya yang kelihatan seperti mahu masuk ke dalam skrin, excited dan curious sangat). Senyap lagi beberapa ketika, mungkin masing-masing sedang merangka ayat untuk diberitahu pada si ibu.




Namun tiba-tiba si ibu bersuara....

"Anything wrong, doctor?"

Pertanyaan dalam wajah yang tidak tahu untuk saya gambarkan. Risau, dan ingin tahu bercampur dalam riak tenang wajah seorang ibu. Akhirnya, itu memudahkan kerja kami apabila si ibu sendiri yang dapat menghidu suatu yang tidak diingini. Kami hanya perlu menjelaskann sepenuhnya keadaan sebenar selepas ibu bertanya. Dia mungkin sudah bersedia mendengarnya.


ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS

Kami tidak perlu memulakan bicara pada awalnya. Sikap kami yang menimbulkan tanda tanya
merupakan satu petanda. Doktor pakar yang selalunya tidak sampai 5 minit memeriksa perkembangan janin yang membesar dengan baik, mengapa kali ini mengambil masa labih lama? Mengapa pula si pelajar perubatan ini berkerut dahinya serta wajah doktor MO yang seolah sedang fokus melihat dan mancari sesuatu dalal skrin ultrasound itu.

Perbuatan kami seolah-olah satu pemberitahuan tanpa suara untuk si ibu cuba faham ada sesuatu yang tidak kena, dan cuba untuk bersedia.

Dia redha....


BREAKING BAD NEWS AND A WARNING SHOT


Seorang pakar Family Medicine, pernah sekali menerangkan kepada kumpulan kecil kami apabila ditanya oleh rakan sekumpulan tentang kaunseling dan "breaking bad news".

Give a warning shot....




Apa itu?

Tembakan amaran?

Tembakan amaran tanpa bunyi tanpa suara....


Dalam sesi kaunseling doktor dan pesakit yang diatur, satu cara memberi petanda kepada pesakit tentang berita buruk yang akan diterima tentang masalah kesihatannya dengan REMAIN SILENT....





Wujudkan satu suasana hening dan sunyi dalam bilik itu, duduk di atas kerusi anda dan pandang dengan penuh empati (bukan dengan muka melepek nak nangis, ye) sehingga pesakit sendiri dapat menghidu sendiri ada sesuatu yang tidak kena, dan dia harus bersedia. Kalu boleh tunggu sehingga pesakit yang memulakan bicara... tapi kalau dah lama sangat senyapnya, pandai-pandailah anda sebagai doktor yang bersuara...
Jika pesakit menangis, biarkan, biarkan selama mana dia mahu menenangkan diri. Anda perlu menjadi doktor yang penuh dengan empati...


Saya tidak pernah menghadapi situasi "breaking bad news" ini. Tapi cara doktor menjelaskan, membuatkan saya rasa, ia satu perkara yang berat untuk setiap doktor (dan pesakit sudah tentu) untuk menghadapinya. Susah juga....
Cara kita menjelaskan, cuba memahami perasaan pesakit, sedikit sebanyak membantu pesakit membina emosi yang positif dan bertindak dengan rasional serta tidak melulu (seperti bunuh diri atau sebagainya- memang ada kes macam ni...)

Saya mahu menjadi doktor yang penuh dengan empati (empati tidak bermaksud saya akan turut sama mengangis di hadapan pesakit).


BUKAN BIDANG PERUBATAN SAHAJA

Action speaks louder than words. Paling penting dalam hidup seharian, anda diperhatikan. Sama ada anda menjadi da'ie yang mengajak kepada kebaikan, atau menjadi contoh kepada keburukan. You choose....

Wallahua'lam