1:54 PM

POST YANG DILARANG MEMBACANYA

TOLONG JANGAN BACA POST INI!!

jangan.!!.jangan baca!!..eh nape baca lagi...berhenti berhenti!!

adoii !!masih baca ke??..kan kat atas kata jangan baca..nape baca???

hmmm..aiseh masih lagi membaca nampaknya.hmmm.

nampaknya ni dah lebih!!..org kata toksah baca tp nak gak baca..iskh iskh!!

hehe..sbenarnya saya sengaja suruh jangan baca..nak tau gak ada tak yg akan terus baca..walaupun brapa kali saya kata jangan baca tapi anda masih teruskan baca.trime kasih;) kalau anda nak stop sampai cni takpe, kalau nak teruskan baca pon takpe.terpulang pada anda.

ok saya bagi satu soalan multiple choice sebagai pengakhiran mukaddimah.

Satu hari anda jalan2 nak balik umah dari sekolah..tiba2 nampak ada makcik ni tengah duduk kat tepi simpang nak masuk simpang umah anda(katakan jalan nak masuk umah anda ada simpang)..makcik ni anda tak kenal.kiranya bukan jiran2 situ n bukan saudara-mara anda.makcik ni dia nampak kemas dan sopan..dia pegang satu papan..papan tu tulis—JANGAN LALU JALAN NI!!!- hamboi2 siap ada tanda seru lagi...nampak serius..

ok soalan saya--APA yang anda akan buat???

  1. Terus amik jalan lain tanpa tanpa tanya makcik tu apa2
  2. Terus tunggu je kat tepi simpang tu sampai makcik tu pergi n bawak skali papan tanda –maksudnya tunggu sampai jalan tu kiranya dah bleh lalu sbb papan tu dah takde
  3. Terus lalu je tak pedulik makcik tu
  4. Pergi tanya makcik tu kenapa tak bleh lalu n pertimbangkan apa yang makcik tu cakap

hehe..soalan ni takdela mencabar sgt...cuma nak brainstorm sket sbelum masuk perbincangan..agak2 apa tindakan yang paling baik???...apa agaknya kaitan ngan arahan saya di atas td supaya jangan baca post ni??jom kita brainstorm..pendapat anda –apa yang boleh disampaikan melalui dua tindakan ni???(nak jawab semua soalan pon bleh,nak pilih2 pon bleh,tak nak jawab pon takpe)

- SIRI 1 : Tolong Jangan Baca Post Ini -

6:15 PM

SKIPPING ^^

Membelek-belek kembali majalah lama yang bersarang di almari antik pagi ini membuatkan saya tergelak sendirian. Mana taknya, membaca semula isi kandungan majalah Anis keluaran Disember 2006 mengingatkan saya kepada entry saya yang pertama. Tidak menyangka banyak komen yang diterima. Hmm, nampaknya kisah yang dipaparkan bukan sekadar cerita dongengan seperti kisah puteri buluh betung yang berkahwin dengan anak raja. Inilah realiti sebenar kehidupan.
'Kahwin Biar Berkat', itulah yang difokuskan dalam Anis Disember 2006. Bukan niat untuk menjadi inducer or anything, tapi apa yang digariskan didalam fokus tersebut sangat berguna. Saya sekadar me'rephrase'kan kembali apa yang tercatat. Mintak izin ye sidang editor Anis, ilmu perlu dikongsi bersama ^^.
SUNNAH IKUTAN
"Dan tidaklah Kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan" (Al-Hajj:78)
Sewaktu sahabat baginda, Abdul Rahman bin Auf melangsungkan perkahwinan, Nabi SAW menyuruhnya mengadakan walimah walau sekadar menyembelih seekor kambing. Nabi suruh yang paling mudah padahal kita maklum Abdul Rahman bin Auf terkenal sebagai seorang ahli perniagaan yang kaya-raya. Nabi SAW sendiri pernah mengadakan walimah sekadarnya selepas menikahi Safiyah dalam perjalanan pulang dari peperangan Khaibar tanpa menunggu sampai di Madinah. Jelas, walimah yang disunnahkan Nabi SAW ini tidak perlu menunggu segalanya cukup lengkap dan serba rapi. Memadai ringkas asaltercapai tujuan asal iaitu;
1) Mewar-warkan perkahwinan
2) Melahirkan rasa syukur
MENCARI BERKAT
Sekali seumur hidup. Inilah alasan yang selalu digunakan oleh masyarakat kita dalam merancang sebuah walimah yang indah, meriah, malah kalau boleh mewah. Tapi, alasan 'sekali seumur hidup' juga wajib digunapakai dalam merancang sebuah walimah yang berkat. Kerana, kesan kepada penganjuran walimah ini bukanlah tertumpu pada hari langsungnya perkahwinan, namun ianya mempengaruhi kehidupan pasangan selepas berkahwin hingga ke anak cucu. Maka, merancang kenduri yang berkat adalah lebih utama, kerana jika yang dicari adalah keberkatan, ia akan memberi natijah yang baik pada perkahwinan serta akan memelihara kelangsungan rumah tangga yang baru dibina.
Bagaimana mencari keberkatan?
  1. Majlis dibuat mengikut sunnah iaitu sekadar tercapai maksud untuk menghebahkan perkahwinan dan melahirkan rasa syukur
  2. Adat yang diikuti hanya yang selari dengan agama, bukan yang bertentangan dan menyusahkan
  3. Hidangan dan segala persiapan dibuat sekadarnya, tidak membazir dan berlebih-lebihan
  4. Kaya dan miskin sama dijemput
  5. Tetamu diraikan sama rata, tidak membeza-bezakan hidangan
  6. Hiburan yang diadakan sesuai dengan akhlak dan syariat Islam
Sabda Nabi SAW; maksudnya:
"Makanan yang paling buruk adalah makanan dalam walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya sahaja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang" (riwayat Muslim dan Baihaqi)
*End of Anis Disember 2006*
So, tajuk ni kira dah 'melompat lebih tinggi' dari perbincangan para komentator. Dah kira skip ni. But still ade connection sebab bila dah dapat jalan keluar dalam perbincangan tu, bolehla masuk stage ni...^^

3:56 AM

Saya Suka Exam !!......??

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Saya suka
exam?


Rasanya tidak tepat ayat itu andai saya tujukan buat diri saya.
Pernah satu ketika, saya berchatting dengan seorang bekas pelajar syariah. Ketika itu musim peperiksaan universiti makin hampir, lalu saya nyatakan perasaan takut untuk menghadapi peperiksaan. Kakak tersebut dengan selambanya memberitahu dia sangat sukakan peperiksaan. Alangkah terkejutnya saya, ada juga orang jenis macam itu di dunia ini (banyak je orang macam tu, kita je tak perasan sebenarnya)



Kenapa suka
exam??!! Pelik tapi benar


Saya pelik, kenapa kakak ni suka peperiksaan? Dia menjelaskan, sewaktu peperiksaan, dia akan rasa lebih berharap kepada Allah sekaligus lebih banyak berdoa kepadaNya. hmm.. betul jugak! cuba kita kalau senang, betapa ramai yang senang leka dan lupa kepada Allah, bila susah baru hendak mencari-cari simpati. Padanlah kakak ni sukakan peperiksaan, agaknnya kalau boleh setiap hari pun nak ada exam, biar hari-hari rasa berharap pada Allah, takut-takut kalau masa senang yang dia ada, dia leka dari mengingati Tuhannya. Point to ponder!


Tapi bagi saya, sudah menjadi lumrah, siapa yang tak gementar menghadapi peperiksaan? Sekolah rendah?? Yang itu jangan cerita, lah, masih kanak2 lagi, tak banyak perasaan pun. Tapi saya masih ingat, ketika ingin menduduki peperiksaan UPSR, memang rasa nervous. Sampaikan bila keluar dewan periksa lepas satu paper, kalau cek jawapan ada salah, menangis kat ayah yang setia menanti di kantin sekolah.. Kalau boleh tak nak ada salah langsung. Sekarang?? Dah salah 10 pun, boleh rilex lagi, takpe ada baki lagi 70 soalan.. Apelah!! Mana lah hilangnya semangat hendakkan kesempurnaan tu.

Tapi itu baru periksa dunia, belum akhirat lagi, kan? Kalau dunia kita pulun study habis-habisan sampai kalau boleh nak full marks, kenapa tak boleh kita pulun habis-habisan untuk dapat full marks kat akhirat nanti..
SUSAH! Memang susah! Kita rasa dah buat banyak kebaikan, tapi kita lupa untuk menghitung amalan-amalan kejahatan yang boleh menolak satu persatu markah amalan kebaikan yang dilakukan. Tanya diri sendiri (banyaknya markah kena tolak..isk3) Jangan nanti bila dah kena tolak markah-markah tu, jadi di bawah garisan selamat pulak untuk lulus. Na3uzubillah!



Exam dan tension


Ini lagi satu isu yang timbul bila tiba peperiksaan. Tertekan, tense, stress, serabut dan macam-macam lagi lah. Normal lah orang yang berperasaan macam tu. Tapi setakat mana tekanan, stress, atau tension yang kita perlu ada supaya ia tidak memakan diri sendiri. Teringat waktu sekolah dulu, waktu peperiksaan lah waktu kritikal 'makhluk-makhluk Allah' yang tuuuut tu nak kacau. Ada yang beritahu, mungkin sebab tense sangat, sampai boleh lupa pada Allah, tu yang 'makhluk' tu senang nak ganggu.



Saya teringat pesanan emak, "Orang Islam tidak boleh cakap tension-tension", lebih kurang macam itulah bunyinya. Akhirnya baru saya sedar, semakin lama saya cuba mengamalkan apa yang dipesan oleh ibu tersayang, ia sedikit sebanyak mempengaruhi psikologi dan minda saya. Jika kita selalu berkata, "tension la (ke tense?) exam", "Tension la nak buat benda ni", " I feel sooo tense today!!",
ia hanya memburukkan keadaan! Benar, nak tau cubalah! Apa yang kita tuturkan mempengaruhi psikologi dan cara minda kita berfikir, kalau dah cakap tension, tension, tension, bila berpuluh-puluh kali cakap memanglah jadi tension, kan? Lagipun apa yang kita cakap tu, kan satu doa, kalau dah doa tension, tension lah yang kita dapat, kan?

Kenapa orang Islam?
Iyalah, kalau setiap kali pun kita cakap "tension-tension", seolah-olah kita seperti tidak redha dengan ujian yang Allah beri..kalau orang bukan Islam tu, biaq pi la, kan?


So THINK POSITIVE!! cuba tenang-tenangkan diri tatkala stress, tension, keserabutan mula ingin menguasai diri! Pesanan untuk diri sendiri yang selalu lupa juga..




Akhir kata selamat berpeperiksaan semua!

Ingat, sudah habis satu ujian dan berjaya, bukan bererti diri sudah berhenti dari diuji..
IT'S A LIFE OF TEST!


"ada yang berjaya berenang ke tepian, sekali lagi ia melayar sampan..."



Wallahua3lam

5:02 AM

Pinjam.. Hilang.. Pulang.. Hikmah Yang Tersimpan


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Disember 2006
Setelah selesai introduction berkenaan sistem baru yang akan kami pelajari akhir semester pertama ketika itu- Sistem Endokrin, saya ke perpustakaan universiti untuk melihat-lihat bahan bacaan tambahan untuk sistem baru ini. Belek punya belek, 2 buku berkenan di hati.. 1) Neuroendocrinology, 2) tak ingat tajuk ape.. tapi berkenaan sistem endokrin juga.


Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya membelek2 buku-buku tersebut. Buku Neuroencrinology seakan melebihi tahap pembelajaran yang perlu saya pelajari mengikut syllbus universiti (ada termasuk surgery skali tak silap, mungkin rujukan pelajar2 yang dah masuk tahun klinikal ). Dan , saya membuat keputusan untuk memulangkan semula sebuah buku tersebut walaupun tarikh pemulangan diberi 3 minggu dari tarikh peminjaman buku. 2, 3 hari selepas itu, saya ke perpustakaan semula untuk memulangkan buku tersebut, buku diletakkan di atas kaunter dan saya berlalu pergi...........tanpa melihat apa yang berlaku atas buku tersebut....



Mei 2007

Lebih
kurang lima bulan selepas itu, (kalau tak silap), saya seolah-olah dapat menghidu sesuatu yang tak kena. mana taknya, setiap kali saya ingin meminjam buku, penjaga kaunter yang tolong meng'scan' kad pelajar memandang lama ke screen komputer seolah-olah ada yang tak kena. Sudah beberapa kali kejadian seumpama itu saya saksikan. Seingat saya (sebelum bulan mei lagi) sudah saya tanyakan kepada salah seorang pertugas kaunter perpustakaan, minta cek kalau2 ada book fine yang belum saya lunaskan. Dia memberitahu hanya nus dinar. (JD 0.500 )..fuuhh.. lega. nus dinar je. Tetapi perkara tersebut tidak terhenti di situ. Beberapa kali juga selepas itu saya mengalami perkara yang sama ketika ingin meminjam buku. Hati terus rasa tak sedap. Kali itu ,saya beranikan diri, bertanya sekali lagi.......

"Fi gharamah?" (Ada denda ke?)
"aaa.. fi" (ya, ada)
"Geddish?" (berapa?)

Alangkah terkejutnya saya apabila petugas tersebut memberitahu bahawa denda buku yang dikenakan kepada saya adalah sebanyak JD 18.++.Nak tau berapa nilai duit msia, darabla dengan 4.8. BANYAKNYA!! Saya pun terus bertanya lagi, buku apa yang saya kena denda ni?
Beliau menjawab- buku neuroendocrinology....


buku neuroendocrinology???!!!


Memang terkejut tak terkata, seingat saya, saya telah pulangkan buku tersebut sebelum tarikhnya lagi. Saya mengadu kepada petugas di kaunter, memberitahu bahawa saya telah pulangkan buku tersebut awal lagi. Seorang pakcik yang baik dan
cool ni pun menyuruh saya cek melalui komputer dalaman perpustakaan untuk melihat status buku tersebut.. (out or in?)


OUT???!!!


Sekali lagi saya terkejut, macam mana boleh jadik macam ni? Cemas. Tachycardic. Saya ke kaunter semula. Saya memberitahu buku tersebut tiada dalam rak, TAPI IA JUGA TIADA DALAM TANGAN SAYA KETIKA ITU...
nak tak nak, saya telah di cop sebagai orang yang bertanggungjawab atas kehilangan buku tersebut..


Saya segera mendapatkan sahabat-sahabat yang kebetulan turut berada dalam perpustakaan, mengadu..tak tau kenapa rasa sedih sangat, rasa teraniaya oleh orang yang tak diketahui, mungkin buku tersebut diambil sebelum di scan semula ketika saya memulangkan di atas kaunter sebelum ini.... saya menangis.... (tak baikla orang buat kite macam ni.. (T_T) )
Sahabat2 yang berada di situ (Hetty n Zayyani) cuba menenangkan...


Di kaunter sekali lagi saya menangis, tak tahan... sebab berapa banyak kali beritahu pakcik tu keadaan sebenar yang mungkin berlaku ketika saya meletakkan buku di kaunter, dia tetap mengatakan saya hilangkan buku tu. (memangla, dalam komputer tu pun tercatat, saya orang terakhir yang pinjam). Kemudian , pakcik tu beritahu semula, "ok, awak cek kat rumah, tanya kawan-kawan, mungkin diorang ada ternampak buku tu, esok datang semula.."
hmm.. memang tiada harapan lah jawabnya, sebab saya amat yakin buku tersebut tiada di rumah, apatah lagi pada tangan kawan-kawan saya.



Keesokan hari, saya kembali semula, bersama seorang teman, Zayyani. Saya beranikan diri mengatakan buku itu tiada pada saya, dan bersedia sekiranya ada kemungkinan saya perlu membayar buku tersebut dengan nilai sebenarnya. Akhirnya petugas tersebut mengarahkan saya ke satu Department yang menguruskan hal-hal kemasukan buku ni. (Banyak pulak prosedurnye.. )


Di department tu , saya dikenalkan dengan seorang pakcik yang sangat sangat sangat baik.. Mr. Asyraff. Setelah memberitahu masalah yang dihadapi, beliau sudi membantu. Dipendekkan cerita, setelah meneliti availability dan harga sebenar buku tersebut di pasaran, beliau akan menjadi orang tengah yang akan memesan buku tersebut dari syarikat penerbitan (Amazon kalau tak silap). Yang terharunya dia sanggup bersusah payah mencari harga yang termurah untuk saya.. (ye lah kita ni student lagi, orang asing pulak tu..). Ada jugak orang Arab yang baik macam pakcik ni kat sini. Rasa cool sikit selepas tidak puas hati dengan insiden yang berlaku sahari sebelum tu.


Dan hari-hari selepas itu, berlalu dengan perasaan tidak senang dalam diri, iyalah.. takut juga benda ni dikira hutang, kalau mati tengah jalan, buku pun tak pulang lagi, tak nak lah dituntut di akhirat nanti.. dah la waktu tu lagi beberapa minggu/hari lagi nak balik msia, risau pun ada, jangan la kapal terbang terhempas ke.. apa ke.. (dasatnye fikir) .at least tunggu saya selesaikan dulu hutang piutang ni...



Julai 2007

Dipendekkan cerita lagi, setelah beberapa kali naik turun department tersebut, akhirnya minnggu lepas, pakcik Asyraff memberitahu buku tersebut telah selamat tiba (JD 35.00). Beliau pun menunjukkan naskhah buku kepada saya "Exactly!!"Gembiranya tak terkata, Allah saja yang tahu.. memang sebijik sebijan dengan buku yang hilang sebelum ni.. Alhamdulillah, hampir tamat penantian..

Sekali lagi saya disuruh turun naik perpustakaan dari department tersebut ke kaunter peminjaman buku untuk urusan percetakan kod bar buku, dan .... NILAI AKHIR DENDA YANG PERLU DIBAYAR. Banyaknya!! Saya kembali semula ke bilik pakcik Asyraff, beliau memberitahu, saya boleh menerima 50% diskaun (book fine pun ada diskaun.. seronoknya!), jika saya menulis surat pada pengarah perpustakaan...ok, pakcik! Terima kasih banyak2.


Hari Ahad saya kembali berjumpa Mr. Asyraff untuk menyerahkan bayaran buku dan surat untuk pengurangan nilai denda buku yang perlu dibayar. Saya tidak berkesempatan bertemu dengan pengarah ketika itu, kerana beliau ada tetamu, tambahan saya juga ada kuliah yang perlu dihadiri. "I'll come back tomorrow, InsyaAllah."


Hari Isnin, saya kembali bertemu dengan pegawai tersebut. Beliau menyatakan urusan tersebut hampir selesai, dan meminta saya kembali semula pada hari Rabu. Ok, insyaAllah. Dalam pada itu, saya berasa ragu-ragu, betul ke nilai yang denda yang saya tulis dalam surat tersebut, takut tersilap dengar pulak hari tu.. Maka saya pun bercadang ke kaunter peminjaman buku sekali lagi untuk memeriksa nilai sebenar gharamah yang perlu dibayar.

Satu lagi insiden mengharukan berlaku. Seorang pakcik (40-an rasanya), rambut kerinting2, berkaca mata, melayan permintaan saya memintanya memeriksa nilai denda yang perlu dibayar.

Kad di scan...

Di skrin komputer tercatat.....

JD 0.200 - Organic Chemistry
JD 0.300 - Organic Chemistry
(dua-dua ni dah berzaman dah , masa first year lagi, adoooii)
tapi yang paling atas dalam senarai tu ialah
JD 30.750 - Neuroendocrinology
(dalam hati , lega, betullah nilai yang saya nyatakan dalam surat kepada pengarah tersebut, tak la dikatakan menipu nanti)

Tapi ... betapa baik nya pakcik ni, beliau pula menyuruh saya menulis surat kepada pengarah perpustakaan. Melihat jumlah yang banyak yang perlu saya bayar, saya memberitahu buku yang saya pinjam tersebut telah hilang. Dengan muka cemas dan simpati
(macam anak dia pula yang ditimpa kesusahan), beliau bertanya kepada saya ,
"Awak cakap bahasa Arab?"
"Sikit-sikit"- ni lah skema jawapan budak Melayu..hehe
Lantas beliau terus mencapai sehelai kertas A4 (kertas apa ntah), lalu mula menulis dalam bahasa Arab, sambil menulis, beliau memberitahu saya.....

"Awak tulis surat kepada pengarah, (sape ntah nama pengarah tu, pakcik tu cakap laju sangat), tulis macam ni..............." beliau menerangkan satu-satu perkataan bahasa arab yang ditulis kepada saya. Tujuan surat itu, saya sudah dapat meneka dari awal lagi, (mestilah untuk dapatkan pengurangan nilai denda!) Tapi saya sungguh tidak sampai hati menahan dan memberhentikan tindakan pakcik tadi mengajar saya menulis surat dalam Bahasa Arab untuk diberi kepada pengarah, beliau nampak begitu bersungguh untuk membantu saya..TERHARUNYA!!


"Awak salin balik dalam kertas lain, lepas tu bagi pada saya, hari ini juga !"
"Ok"

Saya ke bahagian belakang perpustakaan....
"Waaaa.. terharunya, kenapa baik sangat pakcik-pakcik niii?"
Menangis lagi...
"Hmm.. macam mana nak beritahu pakcik ni, sebenarnya saya dah tulis surat sebelum ni..? Adooii, jadik complicated la pulak"

Akhirnya, saya beranikan diri berjumpa sekali lagi dengan pakcik tadi.. tidak mahu dia bersusah hati lagi dengan saya.


"Encik, sebenarnya saya dah tulis surat dah kepada pengarah, saya tulis dalam Bahas Inggeris, saya serahkan kepada Mr. Asyraff, di
Qism Tazwid, kemudian Mr. Asyraff minta saya kembali semula hari Rabu ni, untuk tahu nlai sebenar yang saya perlu bayar selepas pengurangan."

Selepas itu , saya lihat pakcik tadi terus menelefon seseorang..
Alamak!! Janganla pakcik ni telefon Mr. Asyraff tu, saya baaaru je jumpa dia tadi..

"Ok, awak pergi lah jumpa Encik Asyraff tu, naik tingkat dua."

Ya, saya tau pakcik, saya baru je jumpa dia. Tapi tak pe lah, tidak mahu merumitkan keadaan, saya mengangguk dan naik ke tingkat atas perpustakaan, Tapi saya bukan bertemu dengan encik asyraff sekali lagi, naik sekadar nak redakann rasa cemas hati pakcik tu je...

Beberapa minit kemudian, saya turun, muka tersenyum, dan memberitahu pakcik tersebut, insyaAllah hari Rabu ni saya datang semula, mengikut kata encik Asyraff tadi.. Harap2 pakcik tadi lega lah hendaknya...



Kejadian ini benar-benar mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Janngan buat kerja sambil lewa, jangan biar buku diletak atas kaunter pemulangan tanpa kita sendiri lihat buku tersebut telah di scan semula sebelum orang lain mengambilnya. Pengajaran untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang lain. JANGAN CUAI MACAM SAYA.

Kejadian ini juga mengajar saya, betapa walaupun kadang-kadang rasa tidak puas hati sangat dengan sesetengah perangai masyarakat di sini, namun alhamdulillah, masih ada lagi yang memiliki hati-hati yang baik, mambantu orang lain yang dalam kesusahan walau diri sendiri yang terbeban..
terima kasih pakcik2 perpustakaan...!! pakcik rambut kerinting berkaca mata, dan Mr Asyraff yang cool, dan pakcik-pakcik lain juga...=)


Lagi satu, nilai-nilai di atas tu, tolonglah lunaskan kalau ajal datang dulu sebelum saya sempat bayar....
Terima kasih..

Catatan Kedua@School Of Life




3:35 PM

Semua orang pun boleh buat?


Pujian dan skema jawapan
Kalau dulu, bila orang cakap masakan saya boleh tahan (biasa-biasa saja sebenarnya), saya mesti jawab, "Alah, korang pun boleh buat." Tapi sekarang, kalau ada lagi yang puji-puji macam tu, saya tidak perlu lagi jawab sebab nanti ramai-ramai kawan-kawan saya yang baik hati itu tolong jawabkan, "Alah, semua orang pun boleh buat!" :D Semua orang pun macam dah hafal skema jawapan tu dan tolong jawab soalan yang kadang-kadang mereka sendiri yang tanya *wink* Kadang-kadang tergelak sendiri - geli hati dibuatnya dengan keletah mereka. Bahagia pun ada sebab ada kawan yang faham kita ni macam mana. Mana tidaknya, macam ada pengurus peribadilah. Tak perlu susah-susah nak buka mulut. Dah ada orang yang akan siap-siap tolong jawabkan bagi pihak kita. Tapi, kadang-kadang saya pun rasa malas nak layan kerenah mereka ni, rasa dimain-mainkan pulak kata-kata kita tu (but i knew, you didn't mean it (^_^)

Kenapa semua orang pun boleh buat?
Dulu-dulu (hatta sampai sekarang) saya sangat kagum dengan orang yang handal bab-bab masak ni. Kenapa memasak? - sebab saya suka makan *wink* Bidang-bidang lain yang saya macam kagum jugak- kartunis (terutamanya stok-stok jepun), ahli pemikir, pelakon.. Tapi bab masak ni lebeh sket sebab dulu-dulu selalu fikir, macam manalah tukang masak ni masak sampai orang suka betul makan kat luar berbanding kat rumah (selalunya tapi tak mesti) Kalau dalam famili sendiri, mak long dan pak long dikira 'orang-wajib' dalam bidang ni. Nak-nak lagi kalau time raya, dua insan ni kalau tak sampai cepat kat kampung, alamatnya macam siput semua orang buat keje :D (hiperbolanya saya) Ni zaman dulu-dulu lah, la ni semua orang pun dah jadi laju semacam, sampaikan kalau nak kenduri, jiran-jiran sekampung tak datang rewang sama pun tak apa, sebelum asar iAllah mesti dah siap sume :)) Ok, berbalik pada mak long n asbennya, satu hari kat rumah mak long saya pun cakaplah kat dia,
"Ish, terer lah mak long ni masak. Camne ek mak long masak, sedap!"
Mak long yang dah lali sangat dengan pujian dan ampuan anak-anak sedare dia ni pun jawab,
"Allah, masak ni bukannya susah sangat. Semua orang pun boleh buat. Sape yang kata tak pandai masak tu lagi-lagi anak dara, memang alasan je lebih. Kat kedai tu, banyak buku resepi ada jual, ikut ajelah, bukan susah benor." Haa, kena kau sekali. Siap dapat lecture lagi. Sejak dari saat tu, kata-kata mak long yang tang "Semua orang pun boleh buat" tu kira jadi azimat lah. Lepas-lepas tu memang dok rase "yeah, aku pun boleh buat!" tengah-tengah masak kalau rasa macam kurang je rasa masakan tu, dok fikir apa lagi bahan yang tak cukup ni. Kalau boleh nak masak macam yang kedai tu. (uish, tingginya angan-angan. Moga-moga jadi kenyataan, amin)

Jadi, tu la dia kira asal-usul ""Semua orang pun boleh buat". It was so simple, yet ordinary kind of words. Tapi kadang-kadang benda simple-sempoi camnilah dalam diam tak diam, ada jugak orang yang terkesan. Jadi, secara tidak rasmi, saya mewarisi kata-kata itu dengan harapan sapa-sapa yang asyik dengar saya cakap macam tu, sikit sebanyak boleh tahu dan yakin bahawa mereka juga boleh. Memang tidak dinafikan, lidah orang lain-lain. Bab rasa-merasa ni, ikut orang dan ada juga orang yang kira memang talented dalam satu-satu bidang. Tapi at least, we should try and must have some kind of percaya lah yang kita pun boley buat what. Iye, kawan-kawan? ;)

++Sampai ketemu lagi++


p/s : Tengah try nak apply kata-kata ni dalam bab stadi, memang bukan mudah..emm..

9:12 PM

Tautan Hati


Buat hati-hati yang saling bertaut keranaNya…

Bertemu cinta dalam halaqoh,
Hidup lebih terarah,
Menyulam tautan hati kerana Allah,
Terpaterilah ikatan akidah’


Gugusan kata-kata ini dipetik daripada sebuah novel terbaru Fatimah Syarha Mohd Noordin, ‘TAUTAN HATI’. Walaupun nama watak-watak seperti cerpen-cerpennya sebelum ini dikekalkan, namun misinya tetap satu, ‘Dakwah ilallah’. Pasti kita masih ingat lagi kepada Asiah Yusra, seorang gadis yang mendambakan dirinya kepada jalan dakwah yang penuh liku. Kali ini menghadapi cabaran yang lebih hebat daripada mad’u-mad’unya dan berhadapan dengan sahabat-sahabat yang tersungkur daripada jalan dakwah. Mujur kaedah-kaedah liciknya dalam berdakwah menjadi benteng dan kekuatan buatnya. Mungkin ramai yang menanam cita-cita untuk menjadi sepertinya, tetapi bisakah? Terlalu ideal dirasakan peribadinya. Namun masih boleh dicapai oleh akal yang satu jika benar-benar mahukannya.

Terima kasih buat adik-adik junior especially Atiqah, Azleen, dan Radin yang mencadangkan novel ini. Tak sia-sia akak melepak kat bilik awak haritu. Mula-mula ingat nak baca kat Jordan je bila awak kata nak bawak novel tu nanti, tapi tengah syok berjalan kat satu kedai buku ni, terus ternampak dan beli. Agak gelihati jugalah bila dapat tahu pihak muslimin yang mencadangkan novel ni. Nak suruh menjadi wanita seideal Asiah Yusra agaknya. Mengharapkan kasih insan secekal Khadijah, sepintar Aisyah, biarlah peribadi sekental Abu Bakar, sekuat Umar dahulu dibina (sekadar selingan). Buat Fez, mesti tak sabar kan nak baca novel ni? Nantikan kepulanganku… ^_^

Actually, tahniah buat semua krew School of Life especially cik bos kita, t_ara sebab sudi menerima famto menjadi salah seorang pekerja sebagai penulis tak tetap (sebab ikut mood). Tapi gaji cukup bulan jangan lupa ye, (ChicKing ^_^). Moga dengan adanya ramai contributors a.k.a. penulis bersama, blog ini akan sentiasa ceria hidup dan bermanfaat buat semua, insyaAllah. Dan semoga warna-warni pengalaman yang berbeza, pemikiran yang berbeza, kisah suka duka yang berbeza, teguran yang berbeza daripada orang-orang yang berbeza boleh mematangkan diri masing-masing.

‘Semua yang Allah bagi adalah kebaikan belaka sama ada reward ataupun punishment. Reward untuk disyukuri, punishment untuk kita memperbaiki diri. Semua itu merupakan peluang pahala bagi kita jika kita menghadapinya dengan tabah…’