Warkah buat adik
Adik…
Tolonglah dengar
Kakak tak mampu bertahan lagi
Kakak tak mampu memendam lagi…
Kakak perlu beritahumu sesuatu
Adik….
Semalam kakak sedih
Semalam kakak menangis
Semalam kakak merintih
Adik nak tahu kenapa….
Tolonglah dengar sampai kakak habis bercerita
Adik….
Selama ini kakak hanya mendengar dari mulut mereka
Tapi kakak tidak mahu percaya sepenuhnya
Mungkin mereka tersalah anggap
Mungkin mereka yang tersilap lihat
Tapi, adik tahu tak…?
Semalam kakak sedih
Kakak menangis
Kakak nampak dengan mata kakak sendiri
Kenapa adik perempuan kakak jalan berdua dengan lelaki
Kenapa adik lelaki kakak jalan berdua dengan perempuan
Kenapa adik-adik kakak jalan sekawan dengan yang bukan mahram
Kakak sedih……
Adik bagi alasan adik hanya kawan….
Kakak faham
Tapi itu fitnah adik.. fitnah…
Itu mungkar adik… mungkar…
Fitnah dan kemungkaran…
Bukan syurga tempatnya, adik
Fitnah dan kemungkaran…
Bukan rahmat balasannya, adik
Fitnah dan kemungkaran…
Bukan berkat penemannya, adik
Bukan, adik…. bukan….
Adik…
Selama ini kakak hanya mendengar dari mereka
Pakaian adik tidak sempurna sepenuhnya
Kakak tidak percaya
Mungkin hanya seluar
Tapi biarlah yang longgar
Mungkin hanya T-shirt atau baju sejuk membaluti
Tapi biarlah yang tiada membentuk tubuhmu yang suci
Mungkin hanya tudung kecil yang menutupi
Tapi biarlah yang kau turunkan menutupi dada dan auratmu
Mereka juga beritahu, wajah mulus adik diwarna-warna dan ditambah serinya
Kakak tidak percaya….
Takkanlah adik sanggup melakukannya
Tapi, adik
Semalam kakak sedih,
Kakak menangis
Melihat sendiri adik, pakaian adik, dan wajah adik…
Adik sendiri tahu kenapa…
Adik….,
Tunggu adik…
Jangan dibuang warkah ini
Warkah kakak tiada nada tinggi marah berapi
Tapi nada sedih dan kesal yang bersarang dalam jiwa
Tolong baca sampai habis kakak bercerita…..
Adik…
Kakak bukanlah orang yang sempurna untuk menegur dan mengatur
Tapi kakak juga bukanlah orang yang rela hati melihat kemungkaran menjadi-jadi
Tolong, adik…
Tolong faham dari hati
Adik…
Kakak ingin berpesan…..
Agama itu bukan untuk dipermain-mainkan, adik….
Bukan untuk kaupersendakan
Walaupun bukan dengan tutur kata
Tapi cukup hanya dengan perbuatan dan gerak langkah,
Dengan penampilan dan gaya,
Selagi mana ia salah dan terpesong dari agama
Adik sudah dikira mempermainkan hukumNya, adik….
Adik…
Kakak menegur
Bukan menghina
Kakak menegur
Bukan dengan merasa hebat dan 'superior'
Kakak menegur
Bukan dengan takbur
Tapi kakak tegur tanda sayang
Sayangkan adik, sayangkan diri kakak sendiri,
Mari berubah adik
Mari….
Ramai yang menyokong dan membantumu
Adik…
Kakak tahu berubah itu susah
Kakak tahu berubah itu payah
Tapi, adik tahu kan…
Mujahadah itu indah
Mujahadah itu manis natijahnya
Mujahadahlah adik…
Mujahadah
Tinggalkan perbuatan itu
Tinggalkan kemungkaran itu
Allah bersamamu
Tidak mengapa, adik…
Tak mengapa..
Ambillah masa
Kakak tahu
Berubah mana mungkin berjaya dalam sehari dua
Tapi adik perlu berusaha memulakannya
Bukankah Allah melihat usaha
Lebih daripada natijahnya….?
Adik….
Kakak menegur
Kerana kakak takut
Apa yang akan berlaku pada kita,
Pada adik,
Pada kakak,
Selepas kita mati
Semasa di hadapan Tuhan nanti
Ya, adik…. ya…
Di hadapan Allah, adik
Yang Maha Mengetahui segala-galanya
Segala yang tersembunyi dan yang nyata
Tolonglah adik
Kakak tak mahu terseksa
Kakak tak mahu melihat adik terseksa
Bukankah kita semua mahu bahagia
Dalam syurga idaman kita semua….
YA…
Syurga, adik…. syurga
Apa Allah kata…?
Fauzul Kabir
Kakak tahu…
Susah …
Tapi tak mustahil
Susah…
Kerana harganya tak murah
Susah…
Kerana itulah ianya fauzul 'Azim
Kejayaan yang agung, adik..
Adik ….
Kakak menegur
Bukan untuk melepas diri
Biarlah andai teguran kakak adik letak tepi
Tapi adik jangan lupakan teguran Allah
Adik jangan lupa amaran Allah
Adik jangan sombong
Adik jangan berpaling dari suruhanNya
Kakak tiada kuasa
Tapi Dia ada
Takutlah adik… takutlah..
Mati itu bila-bila sahaja
KehendakNya
Adik….
Kakak tahu adik bukan orang jahat
Adik bukan orang tak baik
Adik cuma tengah kalah dengan nafsu
Adik tengah kalah dengan syaitan iblis yang menipu
Adik cuma terpedaya dengan dunia yang fana
Kembalilah, adik..
Kembalilah…
Adik…
Kakak menegur
Bukan membenci
Kakak benci untuk membenci
Tapi menegur kerana Allah
Bukankah itu sayang namanya
Adik tersalah langkah seketika
Kakak tegur apa yang terdaya
Kakak kalah dalam mujahadah
Adik ada di sisi menasihati
Bukankah itu ukhuwah islamiyah …..
Saling menegur, membetulkan, dan menasihati
Saling menerima dan mendengar dengan hati terbuka
Bukankah itu tanda sayang namanya…..?
Adik…
Mengertilah..
Kakak hanya menyampaikan
Suruhan dan larangan
Allah dan RasulNya
Adik….
Kakak tahu
Ada iman dalam hati adik
Kakak yakin
Ada ruang dalam jiwa adik
Jangan tutup adik… jangan
Benarkan hidayah menyapamu
Sambutlah…
Berubahlah…
Selagi ada masa…
Mujahadah,adik… usaha….
Sentiasa ada ruang untuk bertaubat
Sebelum terlambat…
Adik…
Kakak mohon maaf
Andai warkah ini mengundang benci dalam hati
Adik kepada kakak
Kakak sedar
Siapalah kakak hendak bersuara
Apatah lagi menjaga hal adik semua
Tapi kakak tak kisah
Sebab kakak tak mampu bertahan lagi
Tak mampu pendam lagi
Kesedihan yang bertimpa-timpa
Harap adik faham dan mengerti
Benarlah, syurga itu dipagari dengan onak dan duri
Neraka pula dihiasi intan dan permata, kesenangan dan keindahan dunia yang dusta
Ingat pesan kakak, adik……
-Kakak yang berharap-
Wallahua'lam
Lecture On bicara hati
Bismillah
ROAD TO MAULD ARRASUL
".....And so the Prophet SAW, who was respected, who was trusted, who was loved, who was known by his people even his uncle.... that day he became A STRANGER......."
"Islam began as something strange, and it shall return to being something strange, so give GLAD TIDINGS to the strangers"
Strangers.....
Strangers DO NOT BOW the foreheads to anyone besides Allah
Stranges have chosen this to be the motto of life
If you ask us, we do not care about the tyrants
We are the regular soldiers of Allah
Our path is a reserved path
Strangers.....
We never care about the chains
Rather we'll continue forever
So let us make jihad and battle
And fight from the start
Strangers, this is how THEY ARE FREE
In the enslaved world
Strangers....
How many times we remembered
A time when we were happy
In the book of Allah
We recite in the morning and the evening
Strangers.....
Bukan Cinta Biasa
Dia,
Sodiqul Masduq kebanggaan
Dialah Al- Amin kesayangan
Yang benar dari yang benar
Yang terpuji, yang terkenal
Disenangi, dihormati, disanjungi
Namun,
Tatkala lisannya bersuara,
Marilah beriman semua….
Saat itu juga,
Lenyap segalanya…
Tiada lagi dia yang mereka kenal
Tiada lagi dia yang mereka sayang
Tiada lagi dia yang mereka percaya
Hilanglah hormat dan sanjung
Kaum terhadapnya
Dia terasing…..
Terasing…
Sekelip mata
Demi cinta,
Dia tidak kisah
Dicaci difitnah
Dibuang saudara dan keluarga
Diasing didusta
Biarpun menderita
Bertarung nyawa, memendam pedih di jiwa
Dia yakin pada janji Tuhan
Dia percaya
Cintanya bukan cinta biasa
Darah dan air mata
Saksi pengorbanan
Demi cinta kepada Pencipta
Demi kasih kepada umat
Mahu melihat
Agama tauhid tersebar
Mahu mengangkat
Akhlak terpuji yang benar
Cintanya bukan cinta biasa
Dia pernah terasing
Tapi itu dulu
Sebelum dia dicintai umat sepenuhnya
Sebelum dia ditaati umat di sekelilingnya
Sebelum dia wafat
Meninggalkan umat
Yang berendam air mata
Merindu dalam jiwa
Bencana apa yang terjadi…?
Kini,
Cinta dan rindunya...
Asing, sukar dirasai
Mencintainya, merinduinya..
Dikata pelik dan aneh
Mematuhi suruhannya...
Menjauhi larangannya...
Kita diasingkan, dibezakan
Dia dan agama kembali asing,
Sekali lagi…..
Pelikkah…?
Bercinta dengan yang telah tiada
Anehkah… ?
Merindu pada yang tiada pernah kujumpa
Ingin bertemu
Walau tiada pernah kulihat paras rupa
Ya…
Dia telah pergi
Tapi cintanya masih berbaki
Ya…
Dia telah tinggalkan kita
Tapi rindunya masih bersisa
Dalam setiap nafas yang bernyawa
Mentauhidkan Yang Esa
Ada cerita cintanya
Dalam setiap degupan dan denyutan
Bersama Islam dan iman
Ada kisah pengorbanannya
Cinta dan rindunya ada pada kita
Khabarkan gembira pada mereka yang terasing
Khabarkan bahagia pada mereka yang diasingkan
Usah dikesali......
Apabila kita berbeza dari yang biasa...
Terasing dari kebiasaannya
Hanya kerana merindui, mencintai, mematuhi dan mentaati
Kerana seharusnya cinta kita
Bukan cinta biasa
Sepertinya
Menjadi asing untuk yang asing
Bertemu cinta dalam cintaNya
Merindu dengan rahmatNya
Moga bersua di syurga sana......
Ya Rasulallah
Ingin kujadi sepertimu
Terasing dalam kemuliaan...
Satu impian...
Cinta kita bukan cinta biasa
Irbid,
5 Mac 2009
3.35 pm
Wallahua'lam
Lecture On bicara hati
Entry ni saya edit sikit lepas dapat komen dari kher. Risau pula kalau ter'promote' kedai yang tidak sepatutnya..
Assalamualaikum.
Harini, saya teman kawan cari ink untuk laser printer dia yang makin semput. Habis je kelas, kami pun berjalan menuju Syari3 Jamiah. Memandangkan saya ada beberapa cadangan kedai, kami pun menuju ke situ.
Kedai pertama yang kami pergi dekat dengan Jami3 Yarmouk. Kami pun masuk kedai tu dan tanya pasal ink untuk laser printer macamana, sebab tak pernah guna printer jenis ni. Takut tak sama dengan ink ada. Pak cik tu pun tunjuk cartridge untuk laser printer. Lebih kurang macam ni bentuk dia >>
Kawan saya bagitahu model laser yang dia guna, HP Laser Jet 1005. Pakcik tu pun tunjuk, laser jet guna ink powder, tak sama macam ink deskjet yang berbentuk cecair tu. Dia bagi satu botol putih, tertulis made in Malaysia. Katanya boleh refill sampai 4-5 kali. Pakcik tu lagi, ink dari Malaysia tu lah produk paling bagus. (Barang Malaysia memang lah bagus kan, kan)

Saya : Emm, bleh tak ajar kitorang macamana nak refill? Aku tak pernah guna laser, tak tahu nak refill macamana.
Pak cik tu sengih. Dia cakap,
Tuan kedai #1 : Ko bawak je cartridge tu datang sini, nanti aku buat. Bayar JD3.
(Murahnya, macam refill deskjet pulak)
Kami : Tu sekali dengan ink ke apa?
Tuan kedai#1 : Tak, aku tolong refill kan je. Nanti ko bawak sekali ink tu.
(Mahalnya pakcik ni charge. Baik try belajar buat sendiri)
Kami : Ajar x boleh ke?
Tuan kedai #1 : Susahlah, nak buka tu buka ni. Ko bawak je lah cartridge tu. Aku isi.
Haih, pak cik ni, susah sangat ke. Bagilah tunjuk dulu. Sengih-sengih macam nak gelakkan orang pula.
Kawan saya tanya buat kali yang terakhir. Boleh tak ajarkan.
Tuan kedai#1 : Dahlah, ko beli je ink tu aku isikan, x payah bayar!
Fed up agaknya kitorang asyik minta tolong ajar. Takpelah, balik karang try cari kat internet. Bukan kemut sangat nak bayar JD3 tu, tapi rasa tak salah pun kalau cuba belajar dulu camne nak refill laser printer. Kalau betul-betul leceh dan menyusahkan lepas diajar, nanti hantar lah kedai.
Lepas saya tanya harga ink yang pernah saya beli kat kedai ni dulu untuk compare harga dengan kedai lagi satu, nampaknya kedai ni jual dengan harga yang jauh lebih murah. Kurang JD3. So, saya buat kesimpulan tak payahlah naik kedai atas, kedai ni punya harga lebih murah. Memandangkan untuk laser printer memang guna ink serbuk dan kedai tu jual satu jenis tu je. Kami pun belilah lah. JD12.
Dalam perjalanan pulang, kawan saya tunjuk kedai tempat dia beli printer dulu. Kami pun masuk lah kedai tu nak tanya tuan kedai tu pula, boleh tak tolong ajar.
Tuan kedai #2 : Yes, welcome!
Kawan : Dulu aku beli printer kat sini, boleh tak tolong ajar macamana nak refill ink? Aku baru beli ink baru.
Pakcik ni pun sengih-sengih gak.
Tuan kedai #2 : Ko balik amik catridge tu je lah, nanti aku buat.
Kawan : Kire ko nak refill sekali ke ni? Berapa ko charge?
Tuan kedai #2 : JD10!
Aduh, mahalnya. Dah lah dah beli ink tu tadi harga JD12 boleh refill 4-5 kali. Ni sekali isi je JD10. Tak ke rugi namanya?
Kawan : Tak boleh ke ko ajar camne nak refill? Aku nak cuba buat sendiri kat rumah.
Tuan kedai #2 : Susah. Em..mula-mula ko kena bukak skru.
(Lepas tu dia diam.)
Tuan kedai #2 : Susah aku cakap. Ko bawak je cartridge ko tu nanti aku buat.
Lorr..Dalam hati terdetik, pakcik ni memanjang aje cakap susah. Tak nak ajar, xpelah.
Dekat-dekat kedai kedua tadi, ada lagi satu kedai yang memang saya selalu juga pergi dulu. Dah besar kedai tu sekarang. Saya terdetik, singgah jap lah kedai ni. Ni last. Lepas kedai ni, kalau cakap susah juga, nanti hantar je kedai.
Saya : Pakcik, kawan aku ada beli ink ni untuk laser printer punya. Boleh tak ko ajar macamana nak refill?
Tuan kedai #3 : Ko nak belajar ke? Bak sini ink tu (merujuk kepada ink yang kawan aku pegang)
Dia teliti tulisan yang ada kat botol tu
Tuan kedai #3 : Berapa ko beli ink ni?
Kami : JD12
Tuan kedai #3 : Ko nak refill sendiri, model ko yang macamana?
Kawan : Laser 1005. Yang macam ni (sambil menunjuk printer yang sama model)
Tuan kedai #3 : Em, ink ni bukan untuk model ko tu. Laser 1005 pakai ink lain. Sambil tunjuk satu botol lain. Harganya JD8 tapi boleh isi 2 kali saje.
Tuan kedai #3 : Ko tengok no ni, printer ko guna ink yang ni. Yang ko beli tu lain, tu untuk jenis laser jet yang saiz lagi besar.
Loh, pulak dah. Tadi tanya pakcik kedai #1 tu, memang pakai ni.
Kami : Tadi kitorang tanya pakcik kedai tu, dia kata memang pakai ni..
Tuan kedai tu diam sekejap. Berfikir kot. Then dia cakap,
Tuan kedai #3 : Emm, mungkin boleh kot. Tapi aku rasa kalau guna yang ni, resolution dia kurang baik sebab asalnya bukan ink dia. Tapi ko boleh try kot. Ko balik, amik cartridge ko datang sini. Nanti aku tunjukkan macamana nak refill.
Kawan : Kalau aku nak suh ko isikan je, berapa ko charge?
Tuan kedai #3 : JD8
Em, lagi murah dari kedai tadi tu. Haih.. Bagusnya pakcik ni nak ajarkan. Muka pun jujur je masa terangkan. Takde teragak-agak macam pakcik berdua sebelum ni.
Kitorang ni geram betul rasa. Macam diperkotakkatikkan je dengan pakcik-pakcik tadi. Kenapa lah pak cik kedai #1 tak cakap printer tu ink dia jenis lain. Yang lagi satu lagi charge mahal. Geram!
Kami pun patah balik nak pulangkan ink tadi. Kawan aku cakap, buat apa nak guna ink yang sah-sah bukan untuk dia. Kalau rosak nanti macamana? Rugi je.
Sampai kat kedai tu, kawan aku cakap dia tak nak ink ni. Ink ni bukan untuk printer model aku. Ada ink lain. Pak cik tu buat muka dah.
Tuan kedai #1 : Mana ada ink lain. Ko tengok, aku refill guna ink lah. Mana ada ink lain.
Mati-mati dia kata xde ink lain. Satu jenis ni je. Siap ulang lagi tu barang ni made in Malaysia, paling bagus.
Haih..
Kami : Pak cik, kitorang tak kisah pun benda ni dari Malaysia. Masalahnya ink ni bukan untuk model printer 1005. Nanti resolution dia tak elok sebab tu kitorang tak nak.
Alih-alih pak cik tu cakap,
Tuan kedai #1: Kalau tak nak barang tu, kena amik barang lain lah. Aku dah key in barang tadi tu dalam komputer. Mana boleh buat apa dah.
Ish! Walapun kami tahu selalunya memang susah orang kedai nak pulang balik duit, tapi dalam kes ni rasa teraniaya pun ada. Sapa yang jual barang, patut cakap betul-betullah produk yang dijual.
Kawan: Ko tak boleh nak cancel ke? Aku tak nak barang ni.
Tuan kedai #1 : Tak boleh. Tak boleh cancel, masalah karang system problem..bla..bla.. bla..
Kalau boleh cekik, nak aje saya cekik pak cik ni. Takkan lah dia tak pernah buat silap langsung masa jual barang? Takkanlah takde backup?
Last-last kawan aku kluar je trus dari kedai tu. Dia kata, duit tu bukan perkara utama, tapi kalau dah rosak nanti printer tu sebab guna ink yang salah macamana. Pak cik tu pun macam tak nak mengalah. Dah la..
Ujian kesabaran betul hari ni..
Allah..
Lain kali tak nak dah pergi kedai tu. Rasa tawar hati sangat.
Moral : Semua orang pun tahu, tak jujur memang menyakitkan hati, jiwa raga semua. Sakitnya rasa, macam kena perkotak-katikkan. Minta-minta dijauhkan dari sikap sebegini dari seluruh keturunan! Nothing happens without reason kan. Walaupun geram dengan pakcik dua orang tu, Allah jumpakan juga dengan pakcik yang baik, yang sudi nak tolong. Alhamdulillah~
Tahun 1996
Satu tengahari di surau sekolah agama tingkat dua. Kedapatan di situ, dua orang sahabat baik, Si Kecik dan Si Kurang Kecik, sedang berehat-rehat sementara menunggu waktu sekolah petang bermula.
Semuanya bermula apabila kami terpaksa berpindah ke kampung. Dari anak bandar yang hidupnya hanya tahu makan, main, pergi tadika kemudiannya bertukar status menjadi orang kampung.

Kadang-kadang kalau ingat, kami akan cepat-cepat bersihkan tempat lazim yang bakal di'spot check' abah. Lepas tu, kira memang tinggilah kami angat muka bila abah sampai rumah. Bajet mesti dia puas hati kali ni hehe. Nak tahu dia cakap apa bila lepas cek?
Cara abah mengajar anak tak guna tangan. Tapi mulut memang jalan. Lagi-lagi pula mak jenis cool orangnya. Dulu memang selalu rasa abah macam mak nenek pula bila tegur orang. Tapi bak kata nyai, abah walaupun bising, smua tangan kaki dia gerak buat kerja. Abah tak membebel kosong. Abah bukan cakap tak serupa bikin.
Lecture On tag series
Semangat betul simpliciotto (betul ke eja ni??) mewarnai SOL yang kian suram dek kerana ke'busy'an penulis-penulisnya. (Tahun 5 memang sibuk. Siapa berani kata tak sibuk??)
Simpliciotto paksa saya jawab tag ni. Maka dengan rasa paksa dan rela, saya ingin bercerita di sini.
Satu perkara daripada banyak-banyak perkara yang saya pelajari dari ibu bapa saya ialah.. 'no secret between us'.
Dari kecil, serasa saya, saya tidak pernah menyembunyikan masalah, mahupun markah, konflik atau apa saja dari ibu bapa saya. Ibu saya especially. Apa yang berlaku dan apa yang saya hadapi, pasti ibu tahu.
Seingat saya ketika kecil dahulu, memang saya banyak cakap. Dan ibu bapa saya tak jemu melayan. Jika saya berdiam, mereka akan menyedari kelainan saya, dan mereka akan membuatkan saya bercerita juga akhirnya. Oleh itu apabila pulang dari sekolah, pasti saya 'kekeringan tekak' kerana bercerita dengan ibu apa yang berlaku seharian di sekolah. (Meskipun ibu mengajar di sekolah saya). Semua saya ceritakan, bila kena puji dengan cikgu, bila kena marah, bila kena kacau, bila dapat 'surat cinta' dari budak lelaki (haha), bila gaduh dengan kawan-kawan juga. Tapi ibu tak pernah masuk campur. Saya dibiar untuk menyelesaikan sendiri masalah itu tetapi beliau tetap memberi nasihat. Hal ini menyebabkan saya merasakan 'rahsia' saya selamat bersama ibu. Saya teringat salah seorang rakan saya, ibunya datang ke sekolah kerana anaknya mengadu padanya bahawa dia bergaduh dengan rakan sekelas. Oleh itu, saya bersyukur kerana ibu saya tidak mudah melenting begitu. Apabila masuk ke sekolah menengah pula, sekembali dari sekolah, saya pasti menuju ke dapur, di mana ibu ketika pasti sedang menyiapkan makan tengahari. Seperti kebiasaannya, saya akan bercerita dengan ibu apa yang berlaku seharian di sekolah. Ibu merespon dengan baik. Itu yang menyebabkan saya rasa seronok bercerita. Ibu juga rajin bercerita dan jarang menyembunyikan apa-apa perkara daripada saya, melainkan perkara tersebut 'maha secret yang hanya disimpan oleh penyimpan mohor besar raja-raja' (hiperbola sungguh).
Namun apabila masuk ke KISAS, saya rasa sedikit kehilangan. Tiada lagi tempat untuk saya bercerita sepulangnya dari kelas melainkan jika saya menelefonnya. Tetapi jika diikutkan manakan sempat jika setiap hari saya ingin menelefonnya. Namun seingat saya, boleh kata setiap hari juga saya telefon ke rumah. Nasib baik telefon memang bersebelahan dengan dorm saya. Apabila abah dan ibu datang, mereka pasti akan membekalkan duit syiling yang banyak untuk memudahkan saya menelefon.
Apabila tiba di Jordan, walaupun tidak dapat kerap bertelefon, SMS menjadi rangkaian penghubung. Walaupun jauh, ibu pasti dapat mengagak sekiranya ada perkara yang saya sembunyikan dari pengetahuannya. Begitulah tajamnya naluri seorang ibu. Saya cukup terasa jika ibu berkata, ".. dengan ibu pun nak sorok.." Air mata boleh menitis kerana tidak sampai hati. Ya, saya tidak dapat menyembunyikan rahsia daripada ibu saya.
Ibu saya jadi orang pertama yang saya 'consult' ketika saya perlu membuat satu keputusan genting dan besar dalam hidup saya tidak beberapa lama dahulu.
Kini apabila telah dewasa, saya melihat semula kepada sepupu-sepupu saya yang masih kecil. Saya teringat nasihat ibu, "Masa anak tu kecil, biasakan bercakap dengan anak, anggap mereka macam kawan. Biarlah letih pun melayan anak bertanya di dalam kereta sepulang dari kerja, jangan sekali membantutkan percakapan anak-anak. Kerana ibu bapa sebenarnya adalah asas kepada pembelajaran dan kematangan pemikiran anak-anak. Jika dengan ibu bapa pun mereka takut bercakap, pasti di sekolah juga mereka pasif dan takut dengan guru dan rakan-rakan."
Moral of the story : Jadikan anak sebagai rakan. Begitu juga anak-anak, jadikan ibu bapa sebagai rakan. Borderless between us. Ya, inilah pengajaran berharga yang akan saya turunkan kepada anak-anak saya pada masa akan datang. Insyallah."<< (Ini ayat skema soalan ya. Saya hanya menurut perintah :p)
Lecture On tag series
Assalamualaikum
Untuk memeriahkan lagi SOL ni agar sentiasa bernyawa dan ceria ha, meh sini dengar wahai contributor sekalian. Saya nak nak melancarkan satu series yang diberi nama 'Tag series". Berlainan sedikit dengan hal 'tag'-menge'tag' yang memang terkenal dalam alam blogging ni yang kebiasaannya tag orang blog lain kan, yang ni kita tag SEMUA contributor SOL, buleh?
Ok, begini. Satu tag akan diberikan. Tag ni ada yang serius, ada yang kurang. Apa-apa pun setiap perkara dalam hidup kita kan pasti ada pengajaran. Buat masa ni, especially tengah-tengah saya rajin update blog, saya lah yang buat soalan. Akan-akan datang, bila angin bayu lalu, meniupkan udara kemalasan dalam diri saya, orang lain bolehlah sambung pula okeh.
Untuk tag #1 ni,
"Ceritakan satu life lesson yang anda dapat dari ibu@bapa@ibubapa anda yang amat terkesan di hati dan peribadi seterusnya membuatkan anda rasa inilah antara pengajaran berharga yang hendak anda turunkan kepada bakal anak-anak anda pada masa akan datang."
Setiap sorang bagi satu je ok
Reason >> Ibu bapa kita memang banyak kelebihan, tapi banyak juga perkara yang tak mustahil lesson yang kita dapat tu sama dengan orang lain. Contoh, majoriti ibubapa ajar anak menabung, jaga kebersihan kan, kalau semua orang cerita benda yang sama, satu benda je lah yang kita dapat di akhir tag walaupun ceritanya berlainan. So, kita nak banyakkan life lesson untuk kebaikan akan datang (cewah) So, sorang satu ok. kalau rasa cite dia paling best, ape lagi send lah entry awal-awal. tak perlu panjang pun takpe, sampai kacau masa belajar, Kena tulah pulak karang.
Bila nak tulis entry tu, kat title sila tulis : Tag series #1 by (your name)
p.s: Sapa yang ada kelapangan untuk curi masa sket buat benda ni, ahlen. Sapa yang takde kesempatan, it's ok guys.
In life, there is no regrets - just lessons learned
Lecture On tag series


