- Mawi
- Abdullah Khairul Azzam (Aktor KCB)
Sekarang mari dengar pandangan seniorita 'ayamor' (bak kata En Mun.. Eh macam 'ayam')
((Nama-nama selebriti di atas- contoh saja. Bukan pandangan mereka pun. Harap maklum. Jangan saman SOL..:))
"And the life of this world is nothing but play and amusement" Hidup manusia seperti roda. Kadangkala di atas, kadangkala di bawah. Tidak penting kamu berada di atas ataupun di bawah, yang penting kamu sebenarnya bergolek di mana? Sama ada jalanan itu berlumpur, berduri ataupun kamu bergolek di padang rumput yang indah - Hidup Ini Sederhana Kecil
Lecture On bicara hati, fikir
Bismillah
Semalam, saya buka semula blog persendirian lama yang telah saya tinggalkan. Ada satu artikel yang menarik untuk saya kongsi di sini. Saya yakin ramai yang pernah baca dan fahaminya. Tetapi kita selalu lupa, termasuk saya.
Hati... jadikan ia seluas dunia...
Alkisahnya.. ada seorang guru yang terkenal bijaksana. Pada suatu pagi didatangi seorang pemuda dengan langkah lonalai dan rambut kusut masai..
Pemuda tersebut sepertu dirundung masalah. Tanpa membuang masa, dia mengungkapkan keresahannya : impiannya gagal, karier, cinta dan hidupnya tak pernah berakhir bahagia.
Sang guru mendengar dengan teliti dan saksama. Dia lalu mengambil segenggam garam dan meminta tetamunya itu untuk mengambil segelas air. Dia taburkan garam itu ke dalam gelas, lalu dikacau denga sudu.
"Cuba minum ini, dan katakan bagaimana rasanya?" tanya guru tadi.
"Masin dan pahit, pahit sekali," jawab pemuda itu lalu meludah ke tanah.
Si guru hanya tersenyum. Dia lalu mengajak pemuda berjalan ke tepi telaga di hutan tempat kediamannya. Si guru lalu menaburkan segenggam garam ke dalam telaga. Dengan sebilah kayu, diaduknya air telaga, membuat gelombang dan riak kecil.
Setelah air telaga tenang, ia pun berkata, "Cuba ambil air daripada telaga ini, dan katakan bagaimana rasanya,"
"Segar," jawab pemuda tadi.
"Apakah kamu masih merasa garam di dalam air tersebut?" tanya guru.
"Tidak," jawab pemuda.
Si guru menepuk-nepuk belakang anak muda tersebut lalu mengajaknya duduk bersimpuh di tepi telaga.
"Anak muda, dengarlah! Pahitnya kehidupan seumpama segenggam garam. Jumlah dan rasa pahit itu adalah sama, dan memang tetap akan sama. Tetapi kepahitan yang kita rasakan, sangat bergantung kepada wadah yang kita guna.
Kepahitan itu selalu berasal daripada bagaimana cara kita meletakkan segalanya. Itu semua bergantung pada hati kita. Jadi saat kamu merasakan kepahitan atau kegagalan dalam hidup, ada satu hal yang boleh kamu lakukan.
LAPANGKANLAH DADAMU UNTUK KAMU TERIMA SETIAP KEPAHITAN ITU. LUASKAN CARA PANDANG TERHADAP KEHIDUPAN.
Kamu akan banyak belajar dari keluasan itu.
HATIMU anakku, adalah wadah itu.
BATINMU adalah tempat kamu menampung segalanya.
Jadi jangan jadikan hatimuitu seperti gelas, buatlah hatimu seluas telaga yang mampu merendam setiap kepahitan….
HATI YANG SELUAS DUNIA"
AS LONG AS YOU HAVE FAITH IN ALLAH—DON’T BE SAD
Some people would be pleased with their Lord when the things were easy,
But they would begrudge His decrees when the things became tough,
And ALLAH said about them:
" If good befalls him, he is content therewith ; but if a trial befalls him,he turns back on his face (eg:reverts back to disbelief after embracing Islam), HE LOSES BOTH THIS WORLD ANDTHE HEREAFTER" (22:11)
"Be happy, at peace and joyful and don’t be sad!"
-excerpted frm the book written by Shaykh ‘Aaidh ibn Abdullah al-Qarni—> "Don’t Be Sad"
Wallahua’lam
Lecture On Motivation
Assalamualaikum semua.
Rindu juga dibuatnya. Lama sungguh tidak mencoret di sini. Layout baru yang shantek ni menambah-nambah lagi semangat untuk menulis. (Owh hoho sebenarnya saya adalah seorang yang kurang rajin menulis, sila mengaku :P) Hari ini dapat juga online alhamdulillah. Sempat jalan-jalan sekejap blog fez dengan kilah, wah, rasa ketinggalan banget saya dengan ceritera mereka dan kawan-kawan yang lain. Rindu pula rasa dengan Jordan dan penghuni-penghuninya.
Harini banyak pengalaman ‘berMalaysia’ berlaku. Saya sendiri kurang pasti tajuk apa yang sesuai. Yang pasti. Hari ini memang pasti jadi sejarah dalam hidup – dimarahi 2 kali!
Tak tahu tanya!
Jam menunjukkan hampir pukul 10 pagi. Selesai round di dewan bersalin seawal jam 8.00 pagi, saya dan Kamilah mengambil keputusan untuk lepak di perpustakaan hospital memandangkan kesemua pesakit yang ada hanya akan diperiksa pukul 12.30 petang nanti (mereka masih di awal active phase of labor). Dengan semangat untuk menyusun beberapa perkara penting menggunakan computer yang ada di situ, usai menulis nama di meja, saya terus meluru ke computer no.1. External hardrive dikeluarkan, tangan pantas bersedia untuk memasukkan usb ke dalam hub, belum sempat selesai, tiba-tiba satu suara lelaki menyergah.
“Eh, kau dah tulis nama belum?! Siapa benarkan kau gunakan komputer?” Soalnya lantang. Saya kira, waktu itu suaranya cukup untuk membuatkan pengguna-pengguna lain memandang ke arah ‘crime scene’.
Saya menoleh. Alamak pakcik garang ni. Saya memang agak cuak dengan pakcik seorang ni. Jumpa baru sekali, tapi auranya..
“Dah pakcik. Saya dah tulis tadi.” Saya menjawab. Suara perlahan rasa tertahan-tahan. Kecut!
“Bila masa kau tulis? Kat mana kau tulis? Student tak boleh guna computer ni. Suka-suka dia saja nak guna!” pertanyaan yang diselangi ngomelan buat budak hingusan lagi picisan.
Garu juga saya dibuatnya. Sudah seminggu saya berkampung dalam perpustakaan ni. Dan sudah seminggu jugalah komputer-komputer di sini saya guna. Kenapa tiba-tiba tidak boleh? Cuak lah juga saya masa tu. Lantas angkat punggung mengekori pakcik ke meja.
”Kau tengok ni, mana ada kau tulis!” Jarinya ditunjukkan ke satu buku log.
“Saya dah tulis pakcik, kat sini.” Jari saya pula menunjuk ke kertas di sebelah buku log.
“Ini apa, cuba kau baca betul-betul. Kau boleh baca kan. Tengok ni, ni”
Oh, rupa-rupanya kertas yang saya selalu tulis itu, kertas nama penggunaan perpustakaan oleh pelajar. Buku log yang ditunjukkan pula khusus jika ingin menggunakan komputer. Baru tahu!
“Minta maaf banyak-banyak pakcik” ujar saya akur. Silap saya tidak tahu. Selama seminggu yang sudah, tidak pernah saya ditegur meminta saya menuliskan nama di log buku. Silap saya ‘assume’ apabila nama sudah dituliskan di penggunaan perpustakaan, maka semua kemudahan boleh digunakan.
“Lain kali tak tahu tanya, bukan ikut suka hati kau saja.”
“Minta maaf pak cik” berkali-kali ucapan maaf dilafazkan. Aduh, malunya.
“Kau orang Melayu kan? Jangan jadi kurang ajar kat sini. Lain kali tak tahu tanya lah! Ni tidak, ikut suka hati dia saja!” Berulang-ulang kali pak cik ni ‘membasuh’ saya. Ikut perkiraan saya yang memang sedang dalam ‘defensive mode’ ketika itu, lamanya bebelan pakcik itu melebihi kesilapan yang saya lakukan. Biar berulangkali ucapan maaf diucapkan, sedikitpun tidak mampu menghentikan ‘panahan-panahan’ berbisa pak cik itu. Makin lama dan panjang pula. Paling membuatkan saya tersirap, perkataan ‘kurang ajar’ yang diulang-ulang.
Pedih!
Ini tempat orang tiada waktu rehat!
Kira-kira pukul 1 lebih, kami naik semula ke dewan bersalin selepas selesai mengekori ‘seniorita harapan’ round sebentar di tingkat 2. Memandangkan waktu zohor telah masuk, kami menuju dahulu ke bilik rehat staf a.k.a bilik solat yang terletak di bahagian belakang dewan bersalin. Ketika sedang bersiap-siap untuk solat, seorang S/N (staff nurse) masuk. ‘Laju’ sungguh menuturkan kata. Mula-mula cari hanger, kemudian rungut atas sempitnya bilik. Bilik rehat itu memang tidak besar. Ditambah lagi dengan staf-staf yang sedang baring berehat/taking nap (memang bilik rehat). Satu-satu di’omel’nya, tidak berhenti. Jelas kedengaran memenuhi ruang sempit itu. Terlampau jelas barangkali. Saya pula kurang khusyu’, terdengar di telinga omelan S/N tersebut berselang-selang seli dengan bacaan solat yang cuba difokuskan. Astaghfirullah…
“Ni lagi satu, pergi lah sembahyang kat tempat lain. Siapa yang bagi dia sembahyang kat sini? Bilik ni untuk orang-orang kerja bilik bersalin je. Kita-kita yang kerja takde waktu rehat, sembahyang lah kat sini. Dia yang ada rehat tu pergi lah sembahyang tempat lain. Tu ada surau kat luar tu. Sembahyang lah kat situ. Vada..vada…vada..”
Aduh..siapa lagi yang tengah sembahyang waktu tu. Saya dan kawan saya tu sahaja. Panjang juga ‘kami’ kena walaupun ini bukanlah kali pertama kami solat di situ. Usai sahaja solat, cepat-cepat saya keluar meninggalkan kawasan larangan itu.
Panas hati?
Insiden-insiden yang berlaku hari ini memang membuatkan hati saya menggerutu. Kenapa perlu cakap marah-marah, kasar-kasar dan panjang? Kenapa itu ini?. Namun belum sempat ia pergi lebih jauh, tiba-tiba teringat perbualan dengan mak beberapa hari lalu. Cabaran waktu bekerja di Malaysia, boleh kata majoriti ma’ruf keadaannya. Seingat saya, sampai ada yang pernah mengatakan orang Malaysia secara amnya percaya pada kuasa ‘garang’, ‘tidak bagi muka’, ‘seniority’ dan macam-macam lagi dalam mendidik seseorang. Mungkin bukan semua, tetapi secara kasarnya begitulah saya kira mungkin kerana masyarakat Melayu khusunya sejak dahulu lagi telah didasari prinsip beradab. “Aku lebih dahulu makan garam.” Pernah dengar bukan?
Kata emak, dalam keadaan begitu, diamkan sahaja. Itu kuncinya. Tidak perlu dilayan baik secara lahiriah mahupun batiniah. Jika rasa hendak marah juga, beristighfar banyak-banyak. Paling penting jangan sesekali di lawan. Api sama api api tidak akan menjadi ais! (Huhu apekah peribahasa ini) (Habit 1 : Be Proactive – Stephen Covey)
Teringat juga pada artikel yang pernah dibaca, dalam keadaan macam itu, tekan butang pause kejap, cuba ingat mungkin kita sendiri juga pernah buat pada orang. Termarah, kurang sabar. Lebih-lebih lagi ketika ‘angin-angin sepoi datang bertiup’. Mesti terus hilang rasa nak marah.
Lantas istighfar diucapkan. Astaghfirullah..astaghfirullah… Bukan mudah untuk rasa menggerutu itu hilang. Minda pula cuba diaktifkan – just learn your lessons well. Be positive! Jangan dilayan, ia akan berlalu.
Satu, dua..tik tok tik tok…Alhamdulillah, tenang dan hilang.
Syukur!
It's perfectly normal!
Pernah saya merasakan apabila ada perasaan marah itu menunjukkan hati tidak bersih. Seolah-olah rasa, kotornya aku ni. Kenapalah perlu rasa marah. Mengapa tidak cool saja. Namun hakikatnya, perasaan marah adalah satu hak. Hak manusia normal. So to be angry is perfectly normal! Sama seperti perasaan sedih, cemburu, terharu. Ia adalah salah satu bentuk respon semulajadi tubuh terhadap sesuatu keadaan. Samalah halnya ketika immuniti diaktifkan jika terhadap kuman yag menyerang.
Menjadi raja
Apa yang penting terhadap perasaan marah adalah cara kita mengawalnya. Kebanyakan orang, malahan saya sendiri mengakui, silapnya saya pada kawalan terhadap perasaan itu. Peribahasa Melayu yang mengatakan ‘Diam tidak bererti kalah’ memang benar. Malah diam dalam keadaan tegang atau apa jua keadaan sebenarnya bererti kemenangan! Menang dalam mengawal diri daripada bersikap responsif dan reaktif terhadap situasi yang berlaku. Menang kerana kita tidak dikawal suasana kerana suasana itu boleh jadi terlampau pelbagai. Bukankah itu menunjukkan kita adalah raja dan situasi itu hamba. Orang kata, dapat memecahkan barang atau memaki hamun orang itu satu kepuasan. Terasa berbaloi walaupun lebam-lebam tangan dan pecah barang. Tetapi sampai bila mahu jadi hamba situasi?
P.s : Marah dan marah-marah? Berbeza kan :) Mudah-mudahan semakin hari semakin baik… bukan mudah untuk berubah, marilah berdikit-dikit.
Lecture On Motivation
::E-card ini khas untuk Hetty a.k.a chef batch terhebat..Tengok tu, kek coklat.. hehe::
********************
Happy Birthday to our Kak Long, Hetty Ayuni Sulaiman, yang ke-24. May Allah bless you, shower you with happiness and glory. We love you !!! (wek..wek..hehe)
Last but not least, buat pengetahuan umum, Hetty sekarang sedang menjalani elektif di Hospital Seremban. Maka sesiapa yang menghantar sms birthday menggunakan nombor Jordan, wallahualam dia menerima atau tidak..
Ada teka-teki untuk entri kali ini.. Siapakah orang pertama yang mengucapkan 'Happy Birthday' untuknya pada tahun ini?? Jawab jangan tak jawab...:)
::Birthday Hetty tetap disambut di sini walaupun tanpa kehadirannya di Papa John, semalam.. Haha::
Lecture On diary
Bismillah
Yang Remah Temeh
Ingat lagi lagu ini...?
|
Lecture On fikir