Bismillah
Memimpin, Dipimpin, Terpimpin
Itulah temanya. AGM 2005. Masih segar dalam minda, saya masih di tahun 1 ketika itu. Menjadi bendahari jawatankuasa pelaksana AGM 2005, bersama Senior Anhar sebagai pengarah, dan kak Norhidayah Othman- yang ketika itu Ketua Helwi, sebagai timbalannya.
Ringkas. Tapi bagi saya ada maksud yang mendalam. Tema itu merujuk kepada ahli PERMAI seluruhnya, bukan hanya kepada saf kepimpinan, dan bukan hanya kepada ahli kebanyakan. Tetapi semuanya, harus sedar, dan mampu untuk memimpin, semuanya dari atas sampai bawah harus sedar dan boleh untuk dipimpin, barulah natijah untuk menjadi ummah yang terpimpin terlaksana.
Pemimpin- pastinya tidak dapat melepaskan diri daripada  tanggungjawab, dan tiap-tiap pemimpin tidak dapat melepaskan tugasnya  terhadap masyarakat. Semuanya akan ditanya oleh Allah apakah  tanggungjawab itu dapat dilaksanakan dengan baik atau tidak.
Tetapi ramai pemimpin hari ini, lupa di samping memimpin, dia leka dengan peranannya untuk pada masa yang sama dipimpin, ditegur mana yang salah, dibetulkan mana yang silap, dibawa bincang setiap keputusan yang dibuat. Dipimpin dengan tarbiyah melaksanakan amanah Allah agar setiap langkahnya tidak tersasar dari tujuan membawa Islam dalam kepimpinannnya.
Ramai juga ahli dan rakyat jelata hari ini alpa dan tidak peduli peranan diri yang diciptakan sebagai pemimpin, walaupun untuk diri sendiri. Untuk menjadi terpimpin, diri perlu mampu memimpin dan boleh untuk dipimpin...
SIAPA MEREKA
Sejarah Rasulullah SAW dan para sahabat telah  membuktikan, tiada pemimpin yang bisa hidup senang dan tenteram dengan  bebanan tanggungjawab yang dipikul. Kita dihamparkan oleh ulama silam  yang membentangkan tentang penderitaan dan  kesusahan yang dilalui oleh orang yang bergelar pemimpin.
Abdullah  Ibnu Jarrah, dilantik sebagai Gabenor di sebuah wilayah taklukan Islam.  Hartanya hanyalah sebilah pedang untuk berjihad, sebutir mangkuk buat  menjamah makanan dan sebuah bejana air untuk berwudhu.
Khalid  Al Walid, pakar perancang ketenteraan Islam. Kehebatan dan  kebijaksanaannya telah menyelamatkan batallion tentera Islam daripada di kalahkan  di Perang Yarmuk. Namun apabila jawatannya dilucutkan, dia masih mampu  melafazkan “ Khalid Al Walid mulia bukan kerana pangkat darjah  kebesaran, Khalid Al Walid mulia kerana Islam”.
Saidina Umar Al  Farouq, sewaktu menjadi khalifah. Siang harinya sibuk mengurus siasah  kenegaraan. Malam harinya disibukkan dengan tugas menjaga kebajikan  rakyat. Pernah suatu malam, ketika Umar yang menyamar sebagai orang  kebanyakan. Berjalan melalui lorong-lorong di Kota Madinah. Umar telah  bertemu dengan seorang ibu tua yang merebus batu. Di samping ibu tua,  anak-anak kecil yang menangis kelaparan.
Umar bertanya “ Untuk apakah  batu ini direbus ?”
“Anak-anak ku kelaparan. Tiada makanan  hendak ku berikan. Ku harap dengan merebus batu ini, anak-anak ku akan  keletihan menanti batu yang tak mungkin bertukar jadi makanan. Agar  dengan keletihan itu, mereka akan tidur dalam kelaparan sehingga  keesokan hari. Agar dapat ku usahakan tulang yang empat kerat ini  mencari rezeki buat mereka.” , jawab si ibu tua tanpa menyedari, lelaki  tempat diadukan masalahnya adalah Amirul Mukminin, Umar Al Farouq.
Dengan  linangan air mata, Umar Al Farouq bergegas ke gudang perbendaharaan  negara. Dipecahkan kunci perbendaharaan dan dipikulnya seguni gandum.  Datang seorang sahabat menawarkan diri kepada Umar Al Farouq Amirul  Mukminin untuk memikul guni gandum tersebut.
Jawab Umar “Andai  kau ingin memikul guni gandum ini untuk ku, maka bersedialah engkau  memikul dosa-dosa ku di akhirat kerana kelalaian ku menjaga kebajikan  rakyat .” Kata-kata Umar telah menghentikan hajat sahabat tadi untuk  membantu.
Setelah menyatakan tujuannya kepada penjaga gudang,  Umar bergegas kembali ke tempat si ibu tua dengan linangan air mata  sambil memikul guni gandum di belakangnya. Umar sendiri memasakkan  makanan buat ibu tua sekeluarga. Umar juga yang melayan dan menyuapkan  makanan kepada anak-anak yang kelaparan. Umar juga yang mendodoikan  anak-anak si ibu tua hingga mereka tidur lena. Dalam kekenyangan. Dalam  ketenangan. Dalam kegembiraan…….
Lantas Umar berlalu. Sebelum  pergi, Umar berpesan kepada si ibu tua yang masih belum mengenali bahwa  lelaki di hadapannya adalah Amirul Mukminin “ Wahai ibu. Doakanlah diri  ku agar dosa-dosa ku diampuni Allah”.
Mampukah kita menjadi pemimpin seperti mereka..?
TAHNIAH DAN TAKZIAH
Tahniah diucapkan kepada saf kepimpinan baru PERMAI yang baru dilantik hasil undian percaya ahli PERMAI yang mahukan pemimpin berwibawa.
Sehingga saat ini, saya pernah bernaung di bawah 6 orang Presiden dan 6 orang Ketua Helwi
2004/2005- Ust Akmal dan Kak Dayah
2005/2006- Ust Nahar dan Zayyani
2006/2007- Ust Ismat dan Faezza
2007/2008- Ust Rahmat dan Ahiasah
2008/2009- Ust Faiz dan Fatihah
2009/2010- Naqeb dan Fathiyah
2010/2011- Ust Zaid dan Farhanah
Mampukah barisan kepimpinan tahun ini melakukan banyak lagi perubahan untuk masyarakat PERMAI yang semakin bertambah ahlinya, dan semakin beraneka ragamnya.
Amanah ini, mampu membawa kamu ke syurga, atau sebaliknya.. anda pilih...
Sepotong kata-kata jawapan yang telah dinyatakan  oleh Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz  ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat  islam dengan katanya,
" Sesungguhnya Allah telah menjadikan  para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul  kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang  lemah, pembantu kepada yang dizalimi.
Dialah yang melaksanakan hak-hak  Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya  kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya  kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia  bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga  harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara  jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan  orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar  mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga  anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak  mereka dan menjaga kaum tua mereka."
SHARING IS CARING
Sangat suka artikel ini.. mahu share bersama anda yang pernah, sedang atau akan menjadi pemimpin..
LEADERSHIP IN ISLAM, Read on...
ALL THE BEST!!
Wallahua'lam
7:42 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 silent voices:
Post a Comment