3:28 AM

Dia yang ku kenal

Hati saya terusik melihatkan seorang kanak-kanak lelaki ligat mengayun tangan menolak kerusi rodanya di wad kanak-kanak pagi itu. Dalam usia semuda itu, dia sudah pandai berdikari ke sana ke mari tanpa mengharap simpati orang lain.

23 Sept 2007
Hari itu merupakan hari pertama 'rotation' kumpulan kami di wad kanak-kanak. Yang nyatanya, rotation minggu ini lebih menarik dari rotation surgery pada minggu sebelumnya. Setelah selesai sesi 'round' bersama doktor, saya mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar wad sambil melihat bayi-bayi arab yang comel memandangkan hari masih awal untuk kami pulang. Sangat rugi rasanya jika kami tidak menggunakan masa tersebut untuk mengasah bakat 'berbahasa arab'.
Dari jauh kelihatan seorang budak yang leka bermain dengan kerusi rodanya. Saya menghampirinya.
Saya: Assalamualaikum.. Fi majal, mumkin ehki maak?
Hazim: Mu musykilah..

Saya tidak menyangka dia begitu ramah dan melayan setiap persoalan kami tanpa jemu. Dia tidak dapat berjalan seperti kanak-kanak normal. Kaki kanannya bersimen. Malah kedua-dua kakinya kelihatan 'flaccid'. Saya duduk di hadapannya lalu bertanyakan apa sebab kakinya bersimen sebegitu.

Hazim : Aku jatuh dari tingkat 2 dengan kerusi roda.

Sedikit terkejut saya mendengarnya. Pelik juga, belum patah kaki dah pakai kerusi roda?? Katanya lagi, dia ada masalah dengan 'urination'. Tambahan lagi, semasa kecil dahulu dia pernah melalui beberapa pembedahan berikutan 'meningomyelocele' sejak lahir lagi. Kami terus berborak. Ada juga bicaranya tidak dapat saya fahami. Namun dia tidak jemu berusaha memahamkan kami. Ternyata, kemahiran bahasa arab kami masih tumpul.

24 September 2007
Seawal 8 pagi, saya telah menunggu doktor yang akan membawa kami 'round' pagi itu. Dari jauh kelihatan Hazim dengan kerusi rodanya mengintai dari celah dinding. Saya tidak menyedarinya sehinggalah Qelah memberitahu.."Tu kawan hang mai.." Saya lihat, rupa-rupanya Hazim di sebalik dinding tersebut tersenyum ke arah kami. Saya memanggilnya. Dia datang tersenyum. Pada pagi itu, saya membawa susu coklat Hamoudeh untuk diberi padanya. Melihatkan badannya yang kurus, kurang sesuai dengan umurnya, saya terfikir, dia mungkin seorang budak yang sangat aktif dan tidak menghiraukan waktu makan.
Saya: Ni aku bawakan kau susu. Minum tau.
Hazim: Terima kasih! Nanti aku haus aku minum. Sekarang pagi lagi.

Saya sempat berbual dengannya lagi. Dia seorang kanak-kanak yang aktif, berusia 9 tahun, 5th grade dan berasal dari Ibbin, Ajlun. Saya bertanya, kenapa datang ke KAUH? Kenapa tidak di hosp lain? Katanya, mak aku kata doktor di Kauh bagus-bagus. Saya berkata dalam hati, "Hospital mahal memanglah..." Dia sangat ramah, gembira melayan kami, sobaya malizi ni. Dia terkejut melihat 'name tag' kami. Besar matanya sambil berkata, "Kullu nur??" memandangkan nama-nama kami semua bermula dengan 'nur'.

Saya memegang hujung jarinya. Plaster of Paris yang menyimen kakinya saya ketuk. Teringat kenangan kaki saya yang pernah bersimen satu ketika dahulu.
Saya: Dulu kaki aku pun pernah patah macam ni. Cuba kau gerakkan hujung-hujung jari ni. Tengok kaki kau
ni dah bengkak. Sebabnya kau tak gerak-gerakkan. Cepat gerakkan.

Saya lihat mukanya seolah berusaha melakukan sesuatu. Tetapi pelik, kenapa tak bergerak? Kaki yang tidak bersimen pun begitu. Nampak lemah. Akhirnya saya sendiri memegang hujung jari kakinya dan menggerak-gerakkannya. Dia senyum.

Lama juga kami berbual, akhirnya kawan Hazim memanggilnya, mengajak dia bermain di tempat lain. Hazim bergerak meninggalkan kami.

26 September 2007
Hari ini setiap orang dikehendaki menyiapkan report 'History Taking and Physical Examination'. Kami diagihkan kepada kumpulan kecil. Pada mulanya kumpulan saya disuruh untuk mengambil 'history' dari seorang bayi kecil. Malangnya kondisinya pada pagi itu tidak mengizinkan. Lalu doktor menyuruh kami mengambil case Hazim. Saya berasa gembira. Saya bergegas ke biliknya namun terlihat dia masih lagi tidur, dipeluk ibunya. Kumpulan kami meninggalkan bilik tersebut sambil berharap Hazim akan bangun segera.
Lebih kurang jam 9 pagi, kelihatan Hazim dari jauh dengn kerusi rodanya datang ke kaunter jururawat. Saya melihat saja dari jauh. "Biarlah dia dulu, baru bangun tidur agaknya." Rupa-rupanya Hazim meminta beberapa keping diapers dari jururawat bertugas. Baru aku tahu, rupanya dia memakai 'pampers' dan tidak dapat membuang air kecil secara normal.

Tidak berapa lama kemudian, kami masuk ke biliknya dan bertemu dengan ibunya yang juga ramah seperti anaknya itu. Alhamdulillah kami dibantu oleh Khalil dan Muhammad yang banyak menterjemah perkataan ibunya yang tidak kami fahami. Lebih mudah lagi, senior Fird (thn 6) turut mengambil case yang sama. Senior membantu kami yang turut melakukan physical exam terhadap Hazim. Maklumkan budak baru belajar, banyak yang tidak tahu. Buat percussion pun dengar bunyinya semua sama..

Selepas mengambil history Hazim, baru saya tahu cerita sebenar. Hazim lumpuh sejak lahir. Dia tidak dapat berjalan. 'Lower limb paralysis' turut mengakibatkan dia tidak berupaya mengawal 'bladder muscle' or 'atonic bladder', menyebabkan urine stagnation seterusnya recurrent Urinary Tract Infection. Doktor mendapati banyak bakteria E.Coli dlm urine analysisnya.

Agak terkesima apabila saya mengetahui Hazim sebenarnya lumpuh. Patutlah dia jatuh dengan kerusi roda. Patutlah dia tidak memberi reaksi apa-apa ketika saya menyuruhnya menggerakkan kakinya. Kesian Hazim. Kecil-kecil lagi sudah diuji begitu. Bagaimana agaknya nasibnya bila menginjak dewasa? Bila ibu bapanya sudah tiada lagi..Siapa yang bakal menjaganya?? Semoga Allah terus beri kekuatan padan Hazim dan keluarganya.

27 September 2007
Hari terakhir 'rotation' di wad kanak-kanak. Pagi itu kami berkumpul di kaunter sambil melengkapkan history masing-masing. Hazim datang ke arah kami. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam. Dia tidak pernah kelihatan sakit. Sentiasa kelihatan sihat dan bertenaga. Saya memandangnya sayu. Hari terakhir saya di wad ini untuk kali ini. Jika dia keluar hujung minggu ni, bermakna, bila lagi saya dapat bertemu dengannya. Hanya doa yang boleh saya kirimkan untuk kesejahteraannya.
"Ya Allah kau kasihanilah dia. Permudahkan segala urusannya. Amin.

Kenangan mengenali seorang kanak-kanak cekal yang bernama Hazim tidak mungkin saya lupakan. Dia banyak membuatkan saya rasa bersyukur, betapa nikmatnya saya dilahirkan sebagai insan yang sihat dan sempurna..
Thank you Allah..


Lightofvictory
2.45pm
27 Sept 07