6:47 PM

Pengalaman mendewasakan kita

Assalamualaikum wbt...

Lama rasanya saya meninggalkan blog ni tanpa sebarang utusan. Kali terakhir adalah pada kira-kira 3 bulan yang lalu. Fuh, lamanya. Cik moderator pun dah bising haritu...minta maaf ye cik, klu ada payment bolehla konsisten :p




Apa khabar semua rakan2? Baik yang telah ditinggalkan di bumi Jordan, yang baru bertemu semula di bumi Malaysia atau yang sentiasa bersama saya, kalian tetap di hati. Pejam celik, sudah dua bulan saya menetap di kampung halaman. Satu tempoh yang agak lama berbanding cuti2 sebelum ini. Cuti kali ini sudah tentunya berbeza dengan cuti2 lepas, kali ini saya sudah tidak perlu menyediakan keperluan untuk di bawa balik ke Jordan, tidak perlu bersusah payah ke KLIA untuk terbang balik ke negara perantauan...tetapi cuti kali ini adalah fatrah untuk saya menebus balik hutang2 saya dengan keluarga yang tidak tertunai sebelum ini. Fatrah untuk cuba tidak menyusahkan mereka lagi walaupun dari segi kewangan tetap menyusahkan (duit claim xdapat lg!).
Saya memang merindukan saat ini, disamping fatrah untuk bertemu dengan kenalan2 lama yang sudah lama terpisah, menghubungkan kembali jambatan silaturrahim yang telah terbina sejak dahulukala.

Pengalaman menjadi seorang pemegang ijazah telah merubah persepsi saya terhadap kehidupan. Banyak perkara yang datang dan banyak yang perlu dipelajari. Banyak yang difikirkan dan banyak juga yang perlu ditangani dengan sendiri. Rasanya seperti bebas berterbangan di udara tetapi terlalu banyak ujian2 udara yang perlu dihadapi, hujan, petir, angin kuat, panas dan seumpamanya.

Menjadi seorang kawan kepada ibu bapa menjadikan saya lebih beringat dan faham tentang kehidupan. Cerita, celoteh, nasihat, kritikan, teguran setiap hari menjadi matapelajaran yang paling berguna. Pabila kedua ibu bapa telah meletakkan kepercayaan kepada kita, percayalah wahai anak bahawa kamu sudah besar dan perlu berdikari.

"Esok pegi Putrajaya hantar nenek sekali kat Klang ye. Masuk highway kat Jalan Kebun tu pastu amik highway ni, masuk tu etc. Ikut je signboard. Bapak tunggu kat sana nanti"

Bagai itik melepaskan anaknya, memberi kepercayaan penuh, walaupun baru first time keluar sendiri sejauh ini.

"Boleh x?"

"Boleh kot. Lia cuba"

Alhamdulillah dengan keberanian yang ada, saya gagahkan jua walau pada awalnya khuatir tetap ada. Bukan ape, takut sesat je. Bila halangan berjaya dilepasi, maka bertambah kepercayan mereka dan kepercayaan kita terhadap diri sendiri juga bertambah. Pengalaman sesat memang banyak, (betul x Tiqah?), tapi dengan sesatlah kita belajar pengalaman baru. Itu satu contoh.


Seronok berkonvoi


Contoh lain adalah pabila mak mentaklifkan urusan rumah kepada saya. Yang pasti dia nak semuanya setel. Rumah, makan, pakai, pasar, bil, bank, kereta, hantar/amik adik. Wah, ni lebih dari bibik ni ^^ nampak macam banyak je tapi sebenarnya xdelah susah keje2 ni. Mula2 xbiasa, lama2 biasalah.

Matapelajaran kehidupan ini sungguh bermakna buat saya dan saya amat menghargainya. Tidak memerlukan silibus dan sentiasa berubah mengikut keadaan. Yang penting kita kena pandai adaptasi, jangan stereotaip. Pengalaman harini takkan sama dengan hari2 lain.


terima kasih buat pakcik yang bukak pin tu masjid :p


sawah padi dan anak2 yang menghayati kemerdekaan


p/s Buat Faezza, Hetty, Qilah, Dayah dan Hajar yang sempat bertanang ke rumah. Thanks, akhirnya sampai jugak ke Tg Karang. Ada rezeki datanglah lagi.

"Pengalaman mendewasakan kita"