Assalamualaikum semua, apa kabar? Harapnya dalam keadaan yang sihat-sihat sahaja. Beberapa hari kebelakangan ini, saya ada beberapa kerja lain yang perlu didahulukan, kejap ada di rumah kejap tiada. Jadinya, hari ini baru punya masa untuk mengepos adab yang seterusnya. Apa nilainya sepucuk surat di sisi Ibnu Mubarak? Baca hingga akhir jika anda ingin tahu ^_^
Adab 3
Sebelum berangkat hendaklah meminta diri dari sahabat-sahabat yang masih menetap yakni tidak mengikutnya bermusafir, juga keluarga dan siapa sahaja yang perlu.
Orang yang meminta diri hendaklah mengucapkan kepada ereka yang tinggal dengan ucapan :-
“Saya serahkan kepada Allah, agama dan amanat saudara, dan penutup amalan saudara”*
(Asal dari hadith, diriwayatkan oleh Tirmidzi)
Setelah itu iikuti dengan berdoa, iaitu :-
“Mudah-mudahan engkau dibekali ketakwaan oleh Allah dan Allah mengampuni dosamu dan menunjukkan kebaikan kepadamu di mana sahaja engkau berada”*
Selanjutnya orang yang hendak bermusafir hendaklah bersolat 2 rakaat sunat istikharah sebelum berangkat. Apabila ia sudah melangkah pintu rumah hendak keluar, hendaklah ia mengucapkan :
“ Dengan nama Allah, saya bertawakal kepada Allah. Tiada daya kekuatan meainkan pertolongan Allah. Ya Tuhan! Saya mohon perlindungan daripadamu kalau saya sesat atau disesatkan, menjadi hina atau dihinakan, menzalimi atau dizalimi, menjadi bodoh atau diperbodoh”.*
Sewaktu menaiki kenderaaan hendaklah diucapkan:-
“ Maha suci Zat yang telah menundukkan kenderaan ini untuk kami dan kami tidak kuasa menundukkannya sendiri. Kepadanya kita akan dikembalikan”. – ( Surah Az-Zukhruf : 13-14)
* Lafaz akan bahasa arab akan disertakan kemudian, InsyaAllah
Adab 4
Hendaklah mempunyai belas kasihan pada binatang yang digunakannya sewaktu bermusafir untuk menarik keretanya atau lain-lain. Jangan sekali-kali binatang dibebani dengan sesuatu yang tidak termampu olehnya dan jangan dipukul kepalanya sebab kedua perkara itu sangat dilanrang oleh agama.
Disunatkan agar sekali-kali ia turun dari kenderaan untuk merehatkannya, agar orang yang menyewa kenderaan itu menjadi gembira apabila mengetahui kenderaannya direhatkan. Selain itu, tentunya ia sendiri memerlukan istirehat agar anggota-anggota tubuhnya tidak terlalu penat kerana lama duduk di atas kenderaan.
Sementara itu hendaklah seseorang itu tidak memebawa sesuatu yang tidak termasuk dalam perjanjian ketika perjanjian sewa menyewa dibuat, sekalipun benda itu ringan, kerana benda yang sedikit itu akan menjadi banyak akhirnya. Pernah terjadi pada suatu ketika ada seseorang berkata kepada Ibnu Mubarak yang sedang berada di ata kenderaannya yang disewanya, supaya Ibnu Mubarak membawa sepucuk surat kepada salah seorang sahabatnya.
Tetapi Ibnu Mubarak, kerana ketaqwaannya keada Allah, tidak segera menerima permintaan orang tadi. Ia berkata kepadanya, “Baiklah, tetapi terlebih dahulu saya akan meminta izin daripada orang yang menyewa kenderaan kepadaku, sebab tadi, saya tidak berjanji untuk membawa surat ini. “ Jadi Ibnu Mubarak tidak bertindak melulu, ia melakukan sedemikian bukan kerana angkuh atau tidak suka member pertolongan kepada rakannya, tetapi ia melakukan sedemikian kerana perkara itu tidak termasuk di dalam perjanjian yang dibuatnya.
Cubalah perhatikan, betapa indahnya ucapan-ucapan yang keluar dari mulut kaum ahli fekah itu. Sebenarnya perkara itu tentu akan diizinkan, sebab sepucuk surat ringan dan tidak membebankan, tetapi ia menolak kerana kewarakannya.
hasil penulisan As-Sheikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi,
bab 17, m/s 591-594
-wAllahu a’lam-
Walk in Titiwangsa.
10 hours ago