Showing posts with label uncategorized. Show all posts
Showing posts with label uncategorized. Show all posts
3:39 AM

Alhamdulillah...we did it ^^



Alhamdulillah...thumma alhamdulillah...thumma alhamdulillah

Terima kasih buat semua yang mendoakan kejayaan kami selama ini... moga2 kalian semua akan berjaya juga nanti...

Pesanan dari bapa :

Segala yang baik datang daripadaNya...harus bersyukur...jangan lupa diri


p/s Sekadar entry ringkas kali ni... maafla x sempat nak mengarang lagi, insyaallah akan menyusul kemudian...

10:00 AM

Tahniah dari kami

Bismillah

MBBS (Jordan)
2002-2008 , Class of 2008
Jordan University of Science and Technology


Mabruk 'alaikum!
Saat mendengar berita kejayaan, hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati
Alhamdulillah, Allah melihat segala pengorbanan, usaha serta penat lelah, dan mendengar segala rintihan serta doa yang dipanjatkan





Hanya kepadaNya segala puji-pujian dan kesyukuran


Gelaran doktor yang dipegang, satu amanah sepanjang hayat
Jalankan sebaiknya amanah dari ALLAH ini


Doakan kami yang masih bertatih ini, semoga berjaya penuh cemerlang seperti anda, doktor-doktor kebanggaan kami sekalian









*Buat seorang penulis di SOL, kak muui / Dr Muui.. harapnya lepas dah jadi doktor, jangan berhenti menulis ye. Tahniah! Doakan kami..

4:14 AM

May the best be yours

Bismillah



A story of a long journey





OSCE. OSCE n OSCE exams

MCQs, MCQs n many MCQs

Now it comes to the very final station

One more step to grab the title.......





And one more step to hold the responsibility




for your entire life.....





ALL THE BEST seniors, and sisters!
Our dukturs and dukturahs


Semoga Allah melihat segala usaha kalian, dan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.. Ameen..
Doa kami sentiasa bersama..

Selamat Berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu~

Wallahua'lam

8:11 PM

Memohon dariNya



Musim peperiksaan semakin hampir. Masa yang ada kurang daripada sebulan. Buku yang menanti setia menagih kasih daripada sang pemilik. Setiap hari yang berlalu bagaikan kilat yang menyambar, sekelip mata hilang dari pandangan. Di sana sini manusia asyik bertanya. Kuharapkan pertanyaan yang bersifat kemanusiaan itu diiringi dengan sekalung doa yang berterusan buat kami. Moga kalian mendapat seperti apa yang kalian doakan untuk kami. Itu janjiNya.

‘Ala kulli hal, syukran kathiran.


Umur terlalu pendek untuk disia-siakan. Masa terlalu laju untuk dikejar.
Ianya pasti akan berlalu. Manusia tidak bisa memintasnya, ianya milik Allah. Apa yang ada sekarang harus dihargai. Menghargainya demi sebuah ketaatan yang berterusan dalam setiap tindakan. Hasilnya, keberkatan dan rahmat dariNya. Hati menjadi tenang kerana sentiasa merasa di dalam pelukan kasihNya. Itulah yang dicari. Ketenangan yang dianugerahkan akan menghasilkan buah yang baik dan kebun yang subur.


Ketahuilah bahawa kebaikan itu ada tiga : ucapan, penglihatan dan diam. Barangsiapa yang ucapannya selain zikir, maka dia telah melakukan sesuatu yang sia-sia. Barangsiapa yang pandangannya bukan untuk mengambil pelajaran, maka sesuangguhnya dia telah lupa. Dan barangsiapa yang diamnya tidak berfikir tentang kebenaran, maka dia telah tenggelam dalam perkara-perkara yang tidak serius.


Manfaatkanlah masa yang ada, kerana tidak setiap waktu memberikan yang terbaik dan setiap yang luput tidak akan berjaya diperolehi kembali.


seringkali kita memohon keselamatanNya
pabila bahaya menimpa diri
tetapi di saat bahaya telah berlalu
kita melupakannya…
saat belayar kita memohon
agar Dia menyelamatkan perahu kita
dan di saat kita kembali ke pantai
kita menderhakaiNya semula…
kita dapat terbang dengan aman dan nyaman
tanpa khuatir akan jatuh
kerana yang memelihara kita dari terjatuh
adalah Allah…

7:32 AM

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Bismillah


Sesungguhnya Allah memberi kuasa memerintah kepada sesiapa yang diinginkanNya..

Tahniah buat semua calon yang berjaya

Andalah pilihan Allah, yang akan menghadapNya untuk disoal segala tanggungjawab ke atas setiap rakyat yang anda wakili

Tunaikan amanah sebaik mungkin, bersihkan niat di hati, pastikan ISLAM tertegak semula di muka bumi. ameen..

(tak sempat nak ulas panjang-panjang, tengah sibuk nak exam. )

ooo .. ye.. saya SOKONG KERAJAAN Selangor!! negeri ayah ? ooo..saya SOKONG KERAJAAN Perak!! negeri mak..? erm.. kalau bandar Maharani saya SOKONG!

7:04 AM

Tuhan, kurniakanlah...... (countdown)

Bismillah
Lagi 2 hari rakyat Malaysia akan mengundi
Mengundi pemimpin yang akan mewakili mereka, mendengar masalah dan membantu mereka, menjaga kepentingan mereka,
namun.... berapa ramai yang memilih pemimpin untuk membimbing mereka supaya jauh dari NERAKA ALLAH?
Sebenarnya berapa ramai PEMIMPIN yang BOLEH MEMBIMBING rakyatnya mentaati Allah dan menjauhi azabNya......?



PEMIMPIN YANG ADIL

Pemimpin yang adil

Sangat dikehendaki

Memakmurkan ummat

Dunia dan akhirat

Tiada keadilan

Negara huru rara

Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil

Sifatnya amanah

Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya

Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa

Kepentingan rakyat lebih utama

Mendengari rintihan dari rakyat-rakyatnya

Kasih sayang terserlah di wajahnya

Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya

Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil

Mengutamakan amanah

Wang rakyat dan negara tidak disalahguna

Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya

RAKYAT DISELUBUNG TAATI ALLAH

Betapa pemimpin di dunia kini

Seringkali mencetus huru rara

Demi memenuhi kepentingan dirinya

Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil

Mengutamakan rakyatnya

Melepaskan mereka dari sengsara

Akhlak yang mulia

Pakaian dirinya

Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang berbudi

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati

TUHAN, KURNIAKANLAH……..



Semoga rakyat Malaysia bijak mengundi
Tuhan, kurniakanlah.....

Wallahua'lam

10:00 AM

Mengundi di bando atok (Muo)

Bismillah..
Tiba-tiba terasa nak coret-coret sikit situasi PRU di bando kelahiran saya Muo Bando Maharani (Muar Bandar Maharani). Tetapi yang pastinya, atok perempuan dan atok lelaki tahun ini mungkin tak dapat keluar membuang undi di kawasannya, kerana kedua-duanya berada di Kajang, di atas kondisi kesihatan mereka yang kurang memuaskan, ibu dan ayah membawa atok tinggal bersama kami. (SyafahumaaLlah)


Berita Asal Di Sini

Kemunculan pusat perdagangan baru tidak memerlukan lagi penduduk ke bandar lain untuk dapatkan keperluan harian

MUAR: Kepesatan pembangunan di kawasan Parlimen Bakri memberi kelebihan kepada penduduknya untuk menikmati pelbagai kemudahan infrastruktur, selain kemunculan pusat perdagangan baru yang menjadi pelengkap kepada pembangunan di pusat bandar Muar.

Pekan Bakri dan pusat perdagangan di Pesta, Jalan Bakri juga mencatatkan pertumbuhan yang membanggakan sehinggakan penduduk tidak perlu lagi ke pusat bandar untuk mendapatkan keperluan harian apabila wujud pelbagai kedai dan pusat jualan di situ.


Kawasan Parlimen Bakri memiliki kemudahan infrastruktur setanding dengan kawasan lain, selain kawasan itu turut menjadi lokasi Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) [My mom pernah kerja jadik cikgu BI kat cni, tapi kejap je, lepas tu cabut lari sambung belajar accountancy- penat kut jadik cikgu..errr..], selain kemudahan pasar raya besar.


Bekas Ahli Parlimen Bakri, Datuk Seri Chua Jui Meng, berkata kawasan itu mencatatkan pelbagai pembangunan hasil daripada bantuan kerajaan pusat dan negeri yang memberikan perhatian bagi memastikan kawasan itu tidak terpinggir, terutama kemudahan infrastruktur.


Katanya, sistem perparitan dan jalan raya di semua kawasan itu juga turut dinaik taraf supaya masyarakat dapat menikmati kemudahan infrastruktur yang terbaik dan setanding kawasan lain.


"Banyak perubahan positif berlaku di Bakri sejak empat tahun lalu, banyak jalan dan sistem perparitan dibaiki dan dinaik taraf hasil bantuan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri untuk kebajikan orang di kawasan Bakri, " katanya.


Selain itu, Chua berkata, kawasan Bakri juga mempunyai kemudahan hospital kerajaan yang terbaik apabila Hospital Muar [pernah terfikir nak kerja kat cni lepas belajar, sebab dekat dengan atok, senang nak jaga diorang.. (perasan cucu yang prihatin)] dinaik taraf sebagai Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) yang juga menjadi hospital daerah pertama diisytiharkan hospital pakar. [nampaknya takde harapan sangat la nak kerja kat cni kalau setakat houseman lagi.. tunggu jadik MO atau pakar ler..]


Beliau berkata, HPSF adalah hospital kedua terbesar di Johor dan menjadi rujukan kepada penduduk di kawasan utara Johor dan sebahagian Melaka.


Katanya, masyarakat kawasan itu beruntung kerana berpeluang mendapat perkhidmatan di hospital pakar dengan kos yang amat rendah iaitu kira-kira 98 peratus kos adalah ditanggung kerajaan.


"Jika HPSF itu adalah hospital swasta, sudah pasti orang daerah Muar perlu menanggung bayaran kira-kira RM350 juta setahun untuk mendapat perkhidmatan bertaraf hospital pakar, namun kerajaan menyediakan perkhidmatan terbaik dengan hanya mengenakan bayaran terlalu kecil kepada masyarakat," katanya.


Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bentayan, Lau Yew Wee @ Richard Lau, berkata kawasan itu tidak terkecuali daripada menerima limpahan pembangunan apabila projek pembangunan negeri dijalankan, termasuk sistem perparitan dan jalan.


Beliau berkata, projek infrastruktur awam turut dilaksanakan di DUN Bentayan, termasuk membina jeti nelayan di Kampung Bakar Batu, Kampung Bukit Treh dan Parit Beting.


Selain itu katanya, Pusat Pengaduan MCA Bakri yang dipengerusikannya juga memainkan peranan bagi membantu orang ramai menyelesaikan pelbagai masalah.


"Penubuhan pusat pengaduan itu mendapat perhatian orang ramai sehingga mereka yang tinggal di luar daerah juga sanggup datang berjumpa saya bagi membuat aduan mengenai masalah yang mereka hadapi," katanya.


Bekas Adun Sungai Abong, Datuk Dr Haris Salleh, berkata Sungai Abong yang terletak di pinggir pusat bandar Muar berkembang pesat selaras kedudukannya yang berfungsi sebagai bandar satelit.


Katanya, Sungai Abong yang mempunyai banyak taman perumahan termasuk yang dalam pembinaan menyebabkan pelbagai kemudahan infrastruktur disediakan bagi memastikan masyarakat lebih selesa.


"Banyak projek dan kerja menaik taraf jalan raya dan sistem perparitan di kawasan itu dijalankan bagi menampung keperluan penduduk, sekali gus memastikan masyarakat di kawasan berkenaan memiliki kemudahan infrastruktur yang lebih selesa," katanya.


Selain itu katanya, masalah banjir yang sering berlaku di Sungai Abong juga berjaya diatasi apabila Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) menjalankan kerja menaik taraf sistem perparitan di kawasan berkenaan.


Calon Adun Bukit Naning, Datuk Abdullah Md Ali, berkata dalam tempoh tiga tahun lalu, pihaknya berjaya menyelesaikan masalah jalan dan lampu jalan, selain menyediakan kemudahan perpustakaan e-desa, gelanggang badminton, masjid serta surau di DUN berkenaan.


Katanya, walaupun DUN Bukit Naning terletak di kawasan kampung, penduduknya tetap menikmati kemudahan infrastruktur yang terbaik.


"Isu tempatan di DUN Bukit Naning banyak yang sudah diselesaikan menjadikan kawasan itu tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan," katanya.


Katanya, pihaknya juga membangunkan Dataran Naning yang turut dijadikan kompleks sukan dan padang di Batu 18, Jalan Muar-Parit Sulong.


Calon Pilihan Raya Umum Ke-12


P145 Bakri (55,483)
Melayu: 43.35% Cina: 54.37% India: 2.138% Lain: 0.15%
1. Tay Puay Chuan
2. Er Teck Hwa
2004: Datuk Seri Chua Jui Meng Majoriti 19,059

N12 Bentayan (21,624)
Melayu: 23.45% Cina: 74.448% India: 1.998% Lain: 0.11%
1. Lee Ching Yong
2. Gwee Tong Hiang
2004: Lau Yew Wee Majoriti 428

N13 Sungai Abong (20,104)
Melayu: 52.86% Cina: 43.98% India: 2.99% Lain: 0.17%
1. Kamaruddin Suratman
2. Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh <-- haaa? ni ayah kawan satu kelas kat sekolah dulu.. bertanding pakcik, jangan tak bertanding.. hehe
2004: Datuk Dr Haris Salleh Majoriti 6,057

N14 Bukit Naning (13,710)
Melayu: 59.59% Cina: 39.25% India: 0.998% Lain: 0.18%
2. Alias@Elies Shamsir
2004: Datuk Abdullah Ali Majoriti 6,334


Kaum kerabat saya di Muar, boleh dikatakan berdarah biru pekat jugak kot. Ape pun semoga bijak mengundi nanti...


Wallahua'alam

9:12 PM

Tautan Hati


Buat hati-hati yang saling bertaut keranaNya…

Bertemu cinta dalam halaqoh,
Hidup lebih terarah,
Menyulam tautan hati kerana Allah,
Terpaterilah ikatan akidah’


Gugusan kata-kata ini dipetik daripada sebuah novel terbaru Fatimah Syarha Mohd Noordin, ‘TAUTAN HATI’. Walaupun nama watak-watak seperti cerpen-cerpennya sebelum ini dikekalkan, namun misinya tetap satu, ‘Dakwah ilallah’. Pasti kita masih ingat lagi kepada Asiah Yusra, seorang gadis yang mendambakan dirinya kepada jalan dakwah yang penuh liku. Kali ini menghadapi cabaran yang lebih hebat daripada mad’u-mad’unya dan berhadapan dengan sahabat-sahabat yang tersungkur daripada jalan dakwah. Mujur kaedah-kaedah liciknya dalam berdakwah menjadi benteng dan kekuatan buatnya. Mungkin ramai yang menanam cita-cita untuk menjadi sepertinya, tetapi bisakah? Terlalu ideal dirasakan peribadinya. Namun masih boleh dicapai oleh akal yang satu jika benar-benar mahukannya.

Terima kasih buat adik-adik junior especially Atiqah, Azleen, dan Radin yang mencadangkan novel ini. Tak sia-sia akak melepak kat bilik awak haritu. Mula-mula ingat nak baca kat Jordan je bila awak kata nak bawak novel tu nanti, tapi tengah syok berjalan kat satu kedai buku ni, terus ternampak dan beli. Agak gelihati jugalah bila dapat tahu pihak muslimin yang mencadangkan novel ni. Nak suruh menjadi wanita seideal Asiah Yusra agaknya. Mengharapkan kasih insan secekal Khadijah, sepintar Aisyah, biarlah peribadi sekental Abu Bakar, sekuat Umar dahulu dibina (sekadar selingan). Buat Fez, mesti tak sabar kan nak baca novel ni? Nantikan kepulanganku… ^_^

Actually, tahniah buat semua krew School of Life especially cik bos kita, t_ara sebab sudi menerima famto menjadi salah seorang pekerja sebagai penulis tak tetap (sebab ikut mood). Tapi gaji cukup bulan jangan lupa ye, (ChicKing ^_^). Moga dengan adanya ramai contributors a.k.a. penulis bersama, blog ini akan sentiasa ceria hidup dan bermanfaat buat semua, insyaAllah. Dan semoga warna-warni pengalaman yang berbeza, pemikiran yang berbeza, kisah suka duka yang berbeza, teguran yang berbeza daripada orang-orang yang berbeza boleh mematangkan diri masing-masing.

‘Semua yang Allah bagi adalah kebaikan belaka sama ada reward ataupun punishment. Reward untuk disyukuri, punishment untuk kita memperbaiki diri. Semua itu merupakan peluang pahala bagi kita jika kita menghadapinya dengan tabah…’

11:58 AM

Catatan Pertama- Ekspressikan dirimu

HOW ARE YOU FEELING TODAY?




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum WBT.

Anda gembira?
Sedih?
Sunyi?
Marah?
Riang ria?

Ekspressikan dirimu...



Macam iklan dalam televisyen pula. Bagaimana cara anda mengekspressikan segala perasaan dalam diri?
Ada orang lebih selesa mengekspressikan dirinya melalui lagu-lagu atau musik yang mereka dengari dan mainkan. Ada orang lebih suka mengekspressikan perasaan melalui tingkah laku yang ada kala boleh menggembirakan atau menyakitkan hati orang lain. Ada pula yang lebih gemar bermain dengan kata-kata melalui tulisan dan catatan. Segala pengalaman, ilmu dan perasaan terasa bermakna jika dikongsi bersama.


Blogging telah menjadi antara trend yang amat popular pada masa kini untuk mereka yang ingin berkongsi sesuatu dalam hidup bersama-sama orang lain. Ada yang berblog untuk memberi tarbiyah, tazkirah dan peringatan, ada yang berblog untuk menulis catatan kehidupan, ada juga yang meng'highlight'kan isu-isu semasa dalam dan luar negara, tidak kurang pula blog yang berunsur kritikan atau 'hentaman'.


Sebagai pengenalan, blog ini mungkin boleh dikategorikan sebagai blog rojak (harap-harap sedap la), campuran unsur-unsur tazkirah dan peringatan, catatan pengalaman, suka duka dalam perjalanan kehidupan (mungkin bahan ini yang akan mendominasi resepi blog rojak kami), isu-isu semasa, tak kurang juga kritikan-kritikan (insyaAllah yang membina la ye, itupun kalau ada).


-::SCHOOL OF LIFE::-

Kita semua berada dalam satu sistem pentarbiyahan dan pendidikan secara tidak langsung sejak perpindahan dari alam rahim ke alam dunia. Seperti dalam sistem persekolahan biasa yang kita lalui, peperiksaan dan ujian menjadi kayu ukur kemajuan dalam diri.


Begitu juga alam dunia yang telah Allah jadikan bukan sebagai suatu yang sia-sia. Sekolah kehidupan mengajar kita menjadi seorang yang lebih tabah dengan pelbagai dugaan yang mendatang, seorang yang lebih bersyukur dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan, seorang yang lebih patuh pada arahan dengan pelbagai hukuman yang dimaktubkan, dan seorang
yang lebih bersedia menghadapi hari muka dengan pelbagai bekalan yang disimpan hasil dari ajaran-ajaran yang diajar dari sekolah ini.


Namun, perlu diingat, tidak semua yang berjaya keluar dan grad dari sekolah ini dengan jayanya. Ada yang sejak awal lagi sudah tidak tahan dengan ujian dan peraturan yang telah ditetapkan, lantas seperti pelajar yang sombong, tidak mahu mendengar apa yang diajar dalam sekolah kehidupan, dan melanggar segala arahan. Na3uzubillah.
Ada pula yang tersunngkur di tengah jalan, tidak kurang juga yang gagal walau hanya setapak lagi untuk melangkah keluar dari sekolah kehidupan ini.


Lalu siapakah yang berjaya sebagai pelajar cemerlang keluar dari sekolah ini menuju alam yang abadi?
Di manakah kedudukan kita sebagai pelajar di sekolah ini? tafakur sejenak, tanyakan iman.





Di harap, segala yang terhidang dalam blog rojak ini menjadi santapan yang berkhasiat buat sesiapa yang sudi menjamah isinya. Andai ada bahan yang terkurang atau terlebih yang memusnahkan khasiat atau nikmat, segala cadangan dan kritikan tambahan atau pengurangan segala bahan dalam blog ini amat-amat dialu-alukan.


Wallahua3lam.



It's A Life Of Test

Hey Brother
Won't You Listen To Me
You're My Brother So Listen Carefully

This Life That We're Living
Wasn't Made For Nothing
Life Is A Test From Allah The Almighty

There Are Many Times
When Allah Will Test You
To See If You Will Obey Or Betray

This Life Is A Life Of Test
Need Patience For Success
So Is Your Iman Strong Enough
Or Would You Fail Just Like The Rest

Obey For Allah's Love
Betray Be Sorry For Yourself
When You're Standing Helpless There
In Front of Allah The Almighty

Life Is A Life Of Test...Believe It
You Must Strengthen Your Faith...Hey Brother
And Don't You Fail Like Others

Hey Brother
What's There For You To Say
It's Up To You If You Want To Believe Me

Allah Created Us
Give Us Everything
So Be Grateful And Don't Betray

Laugh At Me If You Wish
Say I'm Crazy If You Want
You'll Bite You Your Fingers One day
When You Find Out The Truth

Believe Me Or Do Not
It's A Change For You To Choose
Just Don't You Cry One Day
When It's Already Too Late

You Would Be Sorry
If You Choose To Betray
There Is No One There To Help You

If You'd Follow Allah's Way
You'd Be Safe In Paradise
If You'd Listen To Me
I Could Lay My Mind To Rest

You'd Then Be Happy
There Is No Need To Worry
You Would Live Forever Happy

You Would Be Happy
If You Just Follow Allah's Way







-Catatan Pertama@School of life-