Batu pun cukup untuk apa??
Untuk main batu seremban, 7 biji batu memang mencukupi.
Untuk melontar jamrah pun, memang guna batu, asalkan cukup.
Tapi untuk melawan tentera yahudi, cukupkah dengan batu?
Topik tentang Palestin sering menjadi buah butir pebualan kami dalam kumpulan se'round' di hospital sementara menunggu kedatangan doktor memandangkan hampir separuh dari ahli kumpulan kami berasal dari Palestin.Malah mereka turut memiliki pasport Israel untuk memudahkan laluan keluar masuk ke luar Israel.
Kebanyakan rakan-rakan dari Palestin yang saya kenal tinggal di Jerusalem. Ada juga yang berasal dari Hebron dan Qalansawa.
Berminat untuk mengetahui pengalaman mereka secara 'live', kerana selama ini kita hanya menonton televisyen, membaca akhbar tentang kekejaman tentera ISrael pada saudara-saudara kita di Palestin, lalu saya pun bertanya kepada salah seorang rakan saya.
Saya: Awak ada pengalaman baling batu pada tentera Israel tak?
Rakan : Mestilah. Saya ingat masa kecil-kecil dahulu, saya dan kawan-kawan baling batu kat askar Israel. Mereka mengawal di merata-rata tempat. Kami baling tanda 'protes'.
Saya : Nasib baik dia tak tembak korang semua.
Rakan : Lepas baling kami lari terus.
Saya ketawa kecil. Dalam hati rasa kasihan sangat. Jika ingin dibandingkan dengan keadaan di Malaysia, batu-batu itu hanyalah diguna untuk membaling anjing hitam yang mengejar. Namun di bumi Palestin, mereka hanya punya batu-batu untuk memprotes. Apalah sangat 'kuasa' yang ada pada batu untuk mengalahkan tentera Israel yang kejam itu.
Pernah satu ketika juga ketika saya berbual dengan mereka tentang 'martial art' yang ada di seluruh dunia.
Rakan : China, Korea semua ada martial-art masing-masing. Di Malaysia ada x 'martial-art' tersendiri?
Saya : Mestilah. Namanya 'silat. Stepnya like lil-bit like a dance. Kami pun praktis taekwondo, kungfu, bla bla...
Rakan : Kholas. Di Palestin kami guna batu saja.(selamba rakan saya menjawab)
Saya terus terdiam. Nak bergenang juga air mata tiba-tiba. Tidak sangka tajuk yang kami bincangkan tadi turut mengingatkannya tentang tanahairnya yang sedang dijajah.
Saya : Ingat, live with dignity or die as martyr!
Rakan : Insyallah kami akan cuba berjuang dengan ilmu dan teknologi yang kami ada.
(Mudah-mudahan kamu berjaya wahai sahabat. Semoga kamu tidak leka dan lupa dengan jawatan dan kemewahan yang kamu bakal depani yang mungkin membuatkan kamu terus berhijrah meninggalkan bumi Palestin itu. Terus mekarkan semangat juangmu!)
Setiap kali mereka melepasi sempadan Jordan-Israel, hati mereka membuak-buak, geram melihat keangkuhan tentera Israel yang berkawal bebas, berlagak dengan bangsa Arab Palestin, bangsa asal di situ.
Semangat rakan-rakan Arab lain yang tinggal di Jordan, Syria mahupun Arab Saudi tidak sekental sahabat-sahabat Palestin. Mungkin kerana mereka di Palestin lebih menyaksikan keangkuhan tentera Israel di tempat mereka. Justeru mereka lebih merasai semangat itu. Rakan-rakan yang berasal dari Jordan masih lagi boleh menerima tolak ansur yang dibuat di antara negara Jordan-Israel. Kata mereka, 'we are brothers'.
"Brothers apa macam tu, buat zalim kat adik beradik." Fikir saya dalam hati. Mereka turut senang mengaku, "Dah dasar kerajaan Jordan yang memang baik dengan Israel dan US, so what can we do??"
Saya perasan riak wajah rakan-rakan Palestin. Saya yakin di sudut hati, mereka memberontak walau apapun tindakan Israel atau US terhadap negara mereka. Walaupun keluarga mereka tinggal di zon selamat seperti di Jerusalem dan sebagainya, rasa tercabar tetap ada selagi tanah Palestin itu masih diduduki Israel.
Al-Aqsa??
Saya : Awak pernah solat di Masjidil-Aqsa?
Rakan : Pernah. Ramadhan 2-3 tahun tahun yang lalu. Saya solat di sana pada Malam
Lailatul-Qadar sehingga 'Jumaat Yatim'. (Dalam hati saya, seronoknya mereka dapat bersolat di tanah suci itu, tanah yang turut disebut namanya dalam Al-Quran)
Saya : Boleh ek masuk solat dalam masjid tu?
Rakan : Boleh. Tapi memang ramai tentera Yahudi berkawal di luar masjid.
(Menurut rakan saya, Jumaat Yatim merupakan hari Jumaat pada minggu Lailatulqadar tersebut. Kalau saya tidak silap faham)
Di sebalik wajah tenang itu, seolah terdengar rintihan hatinya, "Biarkan kami solat di tanah suci itu dengan aman Ya rabb.."
Sampai bila??Saya : Sampai bila Israel nak keluar dari negara kamu?
Rakan : Sehingga ada kesatuan dalam umat Islam, mungkin.
Saya : Ada hikmahnya apa yang berlaku. Saya pernah dengar tazkirah dari seorang
ustaz tentang bumi Palestin. Kata ustaz, sememangnya orang Israel akan
dikumpulkan di bumi Palestin sehingga turunnya Nabi Isa pada akhir zaman
nanti untuk membunuh mereka semua di bumi itu, bagi menyaksikan kemenangan
umat Islam di akhir zaman. So, kita sedang melalui semua itu. Sama-samalah
kita berdoa dan sabar.
Rakan : Insyallah.
Berita terkini dari Palestinkini, Gaza memang telah kehabisan ubat bius @ anesthetics. Justeru, mungkin banyak pembedahan-pembedahan untuk menyelamatkan nyawa dibuat dalam kesakitan yang amat dahsyat ditanggung oleh para pesakit. Masya-allah. Berikan mereka ketabahan dan kekuatan Ya Allah.
Gaza turut diserang lagi.
Lagi? Lagi?
Berikan perhatian pada isu yang tidak pernah 'sejuk' ini. Show, that we are concern about them!
Titipkan doa buat mereka di akhir solat kita. Ingat ! Umat Islam adalah bersaudara. Sekurang-kurangnya ada bukti usaha kita membantu mereka. Do not be ignorant!
Walk in Titiwangsa.
10 hours ago