12:10 AM

Persenyawaan in-vitro: Harapan dalam ujian

Sudah 4 minggu rotation Obstetrik & Ginekologi berlalu. Fatrah 2 minggu di Hospital Badi3ah & 2 minggu di Hospital Ameer Rasyeed (Army) pergi macam angin lalu. Pantas! 4 minggu lagi, OSCE & mini OSCE pertama untuk tahun terakhir akan datang menguji sebelum bersedia menyarung ‘scrub’ & memegang ‘scalpel’ pula untuk rotation seterusnya.

Hari terakhir rotation luar KAUH berakhir di Ameer Rasyeed. Puas. Setakat ni, normal labor, caesarean section, posterior colporraphy, abdominal hysterectomy dan berkali-kali D&C dah tengok. Tinggal transvaginal hysterectomy, myomectomy & anterior colporraphy je yang belum berpeluang tengok untuk melengkapkan – that’s-enough-for-you-checklist bak kata Dr. Basil Obaidat.

Paling puas lagi, bila berpeluang melihat prosedur persenyawaan in-vitro (in-vitro fertilization atau singkatnya IVF)dilakukan. Di hospital ketenteraan ini, kos untuk menjalakan IVF sekitar JD1300; lebih kurang RM6500 satu jumlah yang saya kira ‘mampu’ untuk insan-insan yang memerlukan. Purata ‘pesakit’ yang datang untuk membuat proses – retrieval (proses pengambilan telur dari ovary wanita) kira-kira 10 orang sehari.

Patient akan diberikan local anesthesia dan diletakkan dalam posisi lithotomy. Kemudiannya, setelah prosedur antiseptic dilakukan pada external &internal genitalia, pakar akan mengukur terlebih dahulu ketebalan dinding rahim (endometrium) dengan menggunakan transvaginal ultrasound (TVUS) Ukuran <8>8.5 is excellent. Pengukuran ketebalan dinding rahim tidak berakhir disitu. Ia kemudiannya diklassifikasikan sama ada A atau B. Contoh 12A atau 12B. Kualiti 12A pastinya lebih baik dan insyaAllah akan memberikan keputusan yang mempunyai success rate yang paling tinggi. A atau B dimaknakan sebagai lapisan dinding rahim yang mempunyai 3 lapisan untuk A dan kurang dari itu untuk B.

Setelah ukuran endometrium diambil, langkah seterusnya ialah dengan menyedut telur dari ovary. Bi-valve speculum akan diletakkan pada vagina bagi memudahkan view, kemudian satu alat khas seperti tiub halus-panjang berukuran lebih kurang 40+ cm dimasukkan under TVUS-guidance. Hasil suction dimasukkan dalam lebih kurang 5 tube (vials) dan kemudiannya di hantar ke lab. Jumlah telur yang ada dalam setiap vial bergantung kepada respond pesakit ke atas ubat yang diberikan. Secara purata, jumlah telur adalah 5-7, sesetengah pesakit kurang/lebih dari itu. Selepas prosedur retrieval ini, patient akan melalui sprosedur seterusnya iaitu transfer (memindahkan telur yang telah disenyawakan dengan sperma di dalam lab ke dalam rahim)

Kata doctor, success rate untuk IVF bergantung kepada beberapa faktor seperti kualiti telur, ketebalan endometrium dan wanita itu sendiri. Walaupun serba sedikit detail tentang prosedur tentang IVF ini saya coretkan, perkara yang lebih ingin saya kongsikan adalah wajah ibu-ibu yang setia menanti di bilik menunggu, wajah ibu-ibu apabila dianggil ‘misi’ untuk masuk ke bilik doctor, wajah-wajah ibu di bilik pemulihan (recovery room). Setiap satu penuh dengan harapan. Sesetengahnya bermuka gusar, tidak kurang juga yang ceria tatkala dipanggil nama oleh doctor untuk menjalankan prosedur. Ada juga yang berselawat dan berzikir dengan kuat dari awal nama dipanggil, ketika prosedur sampailah di bilik pemulihan. Tidak berhenti. Ada juga yang seolah terkejut dan macam-macam reaksi lagi. Rata-rata wanita yang ada berumur dalam lingkungan akhir 30-an. Namun ada juga yang berumur semuda 25 tahun.

Apabila saya cuba meletakkan diri saya di kasut mereka, pastinya tekanan psikologi yang mereka rasa memuncak terutamanya apabila berada di hospital. Mana tidaknya, bilik untuk prosedur IVF ini bersebelahan sahaja dengan delivery room & wad ibu bersalin. Raungan dan jeritan kesakitan ibu yang melahirkan anak saban hari mampu didengar. Tangisan bayi yang keluar dari alam rahim ke alam dunia, pastinya menambahkan lagi sayu dan harap. Dari mata kasar, mereka insan tabah.

Tapi bila saya teringat pada seorang pesakit wanita yang saya jumpa di klinik dua hari sebelumnya, bakal-bakal ibu IVF insan yang lebih bertuah. Wanita yang berusia 25 tahun ini baru sahaja melangsungkan perkahwinannya kira-kira setahun yang lepas. Dia datang ke klinik untuk follow-up masalah haid & usaha untuk hamil. Beberapa ujian telah dilakukan termasuklah karyotyping dijalankan untuk mencari punca haid yang kurang teratur dan hampir tiada tanpa bantuan ubat. Keputusan ujian – positif. Dia perempuan sejati yang punya karyotype 46XX. Namun, hasil keputusan ujian hormon FSH mendukacitakan. Paras pada ujian awal sekita 20.8 menunjukkan peningkatan ke paras 38.1 di ujian kedua. Progressive increase! Paras FSH yang tinggi menunjukkan, ovary tidak berfungsi menghasilkan telur yang kebiasaannya akan respond terhadap FSH untuk proses kematangan. Kata doctor, wanita ini di-diagnose dengan premature ovarian failure (POF) yang secara akalnya tidak akan memungkinkan dia untuk hamil apatah lagi untuk menimang anak sendiri.

Pada usia 25 tahun, baru setahun mendirikan rumahtangga dan dengan permintaan suami dan dirinya sendiri untuk hamil, di-diagnose dengan POF boleh diibarat seperti mendapat hukuman gantung sampai mati. Apabila diterangkan doctor tentang keputusan ujian dan diagnosis, wajahnya berubah. Apabila ditanya tentang suami, dia jadi lebih gusar, kecewa dan macam-macam lagi mimik muka yang saya sendiri pun tak mampu untuk mentafsir. Kaedah kaunseling yang saya kira agak, ‘simple’ dan mudah buat hati rasa, “Ish..apekah..”

Ujian itu tarbiyah. Bukan mudah. Sukar yang sangat. Namun meyakini dan menghadapinya dengan tabah menjadikan manusia itu hamba yang sedar. Sedar bahawa setiap hamba itu layak diuji dan hasil kesabaran, ketabahan dan redha, balasannya hanya Allah.

1:40 PM

Roadshow Gema Al-Aqsa 2009 (ROQS)


Terkadang kita hamba suasana,
'Pemeriah' di kala kemuncak melanda,
Syukur ada setia, bersedia,
Mengingat di kala 'taufan' reda.

JOM!

5:33 AM

Air Mata Ibu

Bismillah

AIR MATA IBU

Semalam, seingat saya, jika tidak silap, pertama kali saya melihat dia menangis di depan mata. Jelas menggambarkan betapa sayu hatinya terpaksa meninggalkan Jordan, kembali ke tanah
airnya, Mesir. Kami, “anak-anaknya” yang dikenali 5 tahun lalu, terpaksa ditinggalkan.

“Saya mahu awak berada di sini melihat kami mengakhiri pengajian kami nanti….”
Kata-kata itu membuatkannya terhenti seketika dari kata-kata. Matanya dipejam rapat. Pasti, kenangan 5 tahun lalu bersama kami menerjah fikirannya. Dia yang melihat kami membesar dan dewasa di sini. Dia yang mengikuti perkembangan kami, Maliziyat yang dulu bagai ayam dan itik berbicara dengannya, kini boleh berkongsi suka duka.

“Aku sangat berharap, sangat sangat berharap, korang kan anak-anak aku……, tapi macam mana…” Tersekat-sekat, sebak suaranya, merah dan bergenang kelopak airmatanya…. memecahkan apa yang terbuku di dada.

Saya tertunduk ke lantai. Sayu…. Tiada apa yang boleh saya bantu.

Keadaan memaksanya untuk meninggalkan bumi Jordan. Allah Maha Penentu segalanya.
Selepas kematian suami tercinta sebelum AidilAdha 2008, kehidupannya susah di sini, tiada sumber kewangan. Malah tiada rumah sendiri untuk didiami. Saya tidak tahu memujuk, hanya memandangnya pilu, menggosok-gosok tangannya, cuba mententeramkan perasaan di lubuk hati seorang ibu yang hanya Allah saja tahu… Sebak di dada menyelubungi….




NOSTALGIA 2004


2004, tahun pertama kami di bumi Jordan ini. Budak-budak hingusan lagi. Kami ketika itu terlalu bergantung pada senior batch pertama yang ketika itu hanya beberapa ketul sahaja. Kak Shood dan rumahnya- Blessing, tempat kami ber’cuti’, lepak hujung minggu atau cuti umum. Rumah mereka rumah ‘mafrusyah’, lengkap semua perabotnya, cantik….

Ramadhan itu, Allah mempertemukan kami dengan seorang yang berpangkat ibu di sini. Setiap malam, kebiasaannya, kami bersama-sama Kak Shood, akan ke masjid berdekatan dengan rumah untuk menunaikan solat Isya dan terawih di sana. Pastinya, kami menjadi tumpuan. Maliziyat..maliziyat… Mungkin sebelum ini tiada pelajar Melayu yang bersolat di situ sebelum ini. Kalau adapun sudah tentu lama dahulu, ketika pelajar Melayu beratus-ratus membanjiri Irbid. Kak Shood juga katanya baru berpindah ke kawasan itu, juga belum pernah ke masjid itu.

Dia, yang kami anggap ibu kami di sini, ialah Ummu Muhammad, isteri Sheikh Ibrahim (Allahyarhamuh), bilal di masjid tersebut. Kami selalu diajak ke rumahnya yang terletak di dalam kawasan perkarangan masjid, tetapi Ramadhan tahun itu hanya sekali sahaja kami memenuhi undangan mereka. Saya kurang pasti, adakah itu kali pertama saya merasa kopi Arab di sini. Pekat, dicampur pelaga lagi… Ermm.. takpe, telan je…



UMMU MUHAMMAD


Ummu Muhammad memang sangat baik. Kami berempat di Raudhatus-Saadah (RS) sentiasa diziarahi. Saya, Aqilah, Farah, dan Juiliana, ahli bayt RS yang dia anggap sebagai anaknya sendiri. Ummu Muhammad bukanlah orang senang macam orang lain. Tapi, hampir setiap kali bertandang ke rumah kami, pasti tangannya tidak kosong untuk menghulur apa yang ada. Selalunya roti Arab besar bersama-sama jeruk zaitun yang sentiasa menjadi buah tangannya kepada kami. Kami terima dengan gembira, walaupun ketika itu, tahun 1, lidah kami masih belum biasa dengan makanan Arab di sini. Kasihan Ummu Muhammad, termengah-mengah dia mendaki tangga memanjat rumah kami RS di tingkat 2 Imarah Al-Jawwad ini.


Ummu Muhammad sangat sukakan keropok ikan. Pernah sekali kami hidangkan keropok ikan, seronok tengok Ummu Muhammad makan . Chips Samak, gelarnya. Selepas itu, andai ada stok keropok ikan di rumah, kami goreng dan hidangkan padanya. Malah pernah kami berikan sebungkus keropok ikan kepadanya, boleh digoreng sendiri di rumahnya nanti.


Setiap kali datang, dia tidak lupa bertanyakan khabar keluarga di Malaysia, kuliah dan pelajaran kami. Tahun satu, Alhamdulillah ok… tapi kami selalu mengadu.. 6 tahun kena belajar… lama….


Ummu Muhammad pula selalu berkata, takpe habis tahun 1 naik tahun 2, lepas tu tahun 3, InsyaAllah cepat je… bisur3ah..bisur3ah..
InsyaAllah 6 tahun tak lama…..


Allah tahu bagaimana perjalanan kami, seperti baru semalam kami bercerita padanya, kini kami mahu berkongsi kegembiraan meraikan tahun 6 dan majlis graduasi kami bersamanya nanti. Tapi Allah Maha Penentu segalanya….



2008


Kuasa Allah. Ahli bayt RS perlu keluar dari rumah, tuan rumah ingin menyewakan rumah itu untuk anaknya yang baru berkahwin. Saya yang ketika itu berada di Malaysia cuti semester terpaksa menukar tarikh tiket pulang ke Jordan untuk menguruskan urusan pindah rumah yang dilakukan dengan tergesa-gesa. Tiada lagi RS, rumah Ummu Muhammad berjumpa anak-anak angkatnya. Kami terpaksa berpecah…


Zulhijjah 1429, sedang dalam perjalanan ke kelas tafaquh, saya menerima SMS, Sheikh Ibrahim telah meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirajiun. Liver disease, portal hypertension dan esophageal varices, saya kurang pasti benarkah itu puncanya. Saya hanya terdengar sahaja. Allah menguji hambaNya denagn pelbagai cara. AidilAdha tahun itu, kami menziarahi dia dan keluarganya. Semua berwajah sugul, sayu, berhari raya tanpa orang penting dalam hidup.


Masih terbayang, di rumah itulah, bagai baru semalam kami mengambil gambar mereka sekeluarga bersama-sama ketika AidilFitri tahun sebelumnya. Semuanya ceria. Kini, hanya kenangan dan nostalgia peneman hidup. Tiada lagi Sheikh Ibrahim bersama senyuman ceria dalam ramah dan imannya. Semoga Allah merahmatinya di alam sana.



SEMALAM


Semalam, pertemuan kami setelah lebih 7 bulan tidak bersua muka. Ummu Muhammad teringin sangat berjumpa kami sebelum bertolak ke Mesir. Betapa dia sangat merindui kami, dan mencari kami dari satu Imarah ke satu Imarah di kawasan kami bertanyakan jika ada pelajar Maliziyat yang tinggal di situ. Tapi tiada hasil. Tersalah Imarah yang pastinya. Allah mendengar doanya. Juiliana yang berada dalam rotation ONG di Hospital Badiah terserempak dengan Ummu Muhammad yang sedang menemani menantunya yang baru bersalin anak perempuan. MasyaAllah…


Selepas itu, pertemuan diatur. Tetapi Rabu malam Khamis itu, saya dan Farah tidak mampu menghadirkan diri. On-Call di KAUH yang asalnya sepatutnya tamat dalam pukul 6 atau 8, terlewat hingga pukul 9 malam.


“Ummu Muhammad dah balik, dia kirim salam kat korang,dia balik hujung minggu ni”, Juiliana memberitahu dalam telefon.


Sedih. “Nak jumpa dia….”


“Takpe, insyaAllah sempat jumpa sebelum dia balik nanti” pujuk Juiliana.


Semalam, saya lega. Wajahnya sempat kami tatap sebelum pemergiannya ke Mesir hari ini. Pemergian yang entah akan ada pertemuan sekali lagi atau tidak di dunia ini.


“Tak mengapa, kalaupun bukan di dunia ni pertemuan kita nanti, aku harap Allah pertemukan kita di syurga nanti….” Penuh harapan kata-katanya.


Penuh harapan juga, saya mengaminkan doanya.. amin ya rabbal ‘alamin….


Di sudut hati, saya mengharapkan kemudahan urusannya selepas ini.



Wallahua’lam

6:50 AM

Tips untuk menang dalam MEKAR

Saat ini pelajar Malaysia di Jordan sedang sibuk dengan persiapan masing-masing untuk memeriahkan MEKAR yang bakal bermula esok. Beramai-ramai akan berkumpul esok di Mafraq. Pelbagai pertandingan disediakan sebelum kita sama-sama menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan MPPM kali ke-9.

Di sini saya ingin berkongsi tips-tips untuk 'menang' dengan mekar dalam MEKAR esok sebelum sempat keputusan diumumkan Photobucket

"MENANG" SEBELUM MENANG ATAU KALAH

Tipsnya sangat mudah iaitu PERTAMA : mengubah aim bertanding esok bukan untuk bertanding tapi untuk menyampaikan mesej-mesej kebaikan demi Allah swt. Kita tak perlu ubah last minute apa-apa persiapan pun kerana sudah pasti setiap kumpulan yang bertanding esok, baik dalam nasyid, pentomen atau apa-apa sahaja akan menitik beratkan bahagian isi persembahan. Isi yang dipilih sudah tentu mengandungi mesej-mesej yang baik dan berguna(diambil kira dalam pemarkahan). Tambahan pula, ramai yang akan menjadi pendengar dan penonton, samada hadir untuk berhibur atau untuk mengutip pengajaran. Jadi, jika target utama kita diniatkan untuk menyampaikan mesej kebaikan maka kita dikira telah berjaya sebaik sahaja selesai persembahan. Itu kan menang namanya. Kita menang sebab kita dah berjaya mencapai matlamat kita dalam persembahan tadi.

Ada pun jika matlamat kita sekadar untuk meraih tempat pertama atau kedua maka rugilah usaha kita. Kita telah mengecilkan skop kemenangan yang sebenar. Sebaiknya, segala kepenatan dan masa yang dikorbankan untuk berlatih disalurkan ke arah dakwah kepadaNya, meski dalam keadaan kita mengalunkan nasyid nan merdu atau melakonkan gaya bisu dalam pentomen.

Tips yang KEDUA : Meringankan salam & memaniskan senyuman. Ambillah peluang keemasan untuk mengeratkan silaturahim esok bersama-sama sahabat serantau Jordan. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan. Inilah sebab kedua untuk kita menang dalam MEKAR esok kerana salah satu objektif MEKAR ialah mengumpulkan ahli MPPM untuk mengeratkan silaturahim.

KITA SEMUA JUARA

Jadinya, yang tidak menjadi peserta secara langsung pun boleh jadi pemenang esok. Semoga tips-tips ini bermanfaat untuk dipraktikkan esok. Jom, sama-sama jadi juara.

Buat yang berjaya dalam pertandingan pula, semoga anugerah kelebihan yang Allah berikan itu disyukuri dan dimanfaatkan ke arah perkara yang mendatangkan keredhaan Pemberi Kelebihan iaitu, Allah Taala. Bak kata Abu Faris, kelebihan itu adalah pinjaman daripada Allah swt. Boleh jadi yang dah cekap menyanyi pun boleh hilang suara atau terlupa lirik masa bertanding nanti.

Buat Abu Faris yang tersayang & sekalian sahabat-sahabat yang bakal memeriahkan MEKAR..moga penat lelah antum berlatih akan membuahkan sebuah persembahan yang berisi kemanisan kebaikan & taqwa kepadaNya.

Ya Allah, mekar suburkanlah MEKAR esok dengan redha & rahmatMu..Ameen

Jelaskan matlamat...Tuluskan niat~
sabishi


8:10 PM

hakikat nikmat & nikmat hakiki

"Kebahagiaan"
"Kebijaksanaan"
"Kekayaan"
"Kesenangan"

Inilah antara perkara yang kita fahami sebagai nikmat di atas muka bumi Allah ini. Manakala kekurangan, kemiskinan & kesusahan dilabelkan sebagai cabaran atau kesakitan menjalani kehidupan sebagai khalifahNya.

HAKIKAT NIKMAT
Namun, hakikat nikmat di dunia ini adalah sebagai ujian semata-mata kerana inilah tujuan penghidupan kita di atas muka bumi ini, sebagaimana yang diterangkan oleh ar-Rahman dalam surah al-Kahfi, ayat 7:
"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya."

Nikmat yang paling indah, iaitu nikmat kasih sayang sesama manusia, baik antara ibu & anak atau suami & isteri, disuburkan Allah swt ke dalam jiwa hambaNya untuk menguji adakah rasa kasih itu boleh mengatasi rasa cinta kepadaNya? adakah rasa kasih itu bakal menjadi punca kita mengenepikan aturan syariat yang ditetapkanNya, Pemilik cinta agung? Juga sebagai ujian bagaimana kita mengucapkan syukur kepada Pemberi cinta, kerana tanpa izin Allah, Pemilik & Pemberi cinta, kita tak akan dapat merasai nikmat ini. Ar-Rahiim pernah mengingatkan hambaNya dalam surah Al-Munafiquun, ayat 9:
"Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu & anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang yang merugi."

Begitu juga nikmat kebijaksanaan. Adakah hadirnya kelebihan ini akan membawa kita lebih jauh daripada Al-'Alim(Maha Bijaksana)? kerana rasa riak & lupa bahawa cerdik itu adalah dengan izinNya. Begitu juga halnya dengan nikmat yang lain, semuanya sebagai ujian.

Justeru, sebaiknya segala nikmat yang dikurniakan Ar-Razzaq(Maha Pemberi Rezeki) kepada kita, dipandang sebagai modal untuk kita beramal di dunia ini.

Rasa sayang yang dicampakkan dalam hati, dijadikan wasilah kita mengikatkan silaturahim & pemudah cara kita berdakwah, saling menasihati untuk hidup bahagia di dunia & akhirat. Kebijaksanaan yang dizinkan ke atas kita disalurkan sebagai sumbangan kepada agama & negara untuk mencapai kemajuan yang seimbang duniawi & ukhrawi. Limpahan rezeki kekayaan disucikan dengan zakat & infak di jalanNya.

NIKMAT HAKIKI
Nikmat yang hakiki tersedia di akhirat sana bagi mereka yang berjaya menghadapi hakikat nikmat dunia yang menguji ini. Di sana nanti, segala nikmat yang dikurniakan bersifat nikmat yang sebenarnya, untuk dirasai sepuas hati & dinikmati tanpa rasa ragu atau bimbang.

Inilah janji Al-Khaliq(Maha Pencipta) yang dinukilkan dalam surah Al-Qashash, ayat 60-61:
"Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi & perhiasannya, sedang apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik & lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?(60) Maka apakah orang yang kami janjikan suatu janji yang baik(syurga) lalu ia memperolehnya sama dengan orang yang Kami berikan kepadanya kenikmatan hidup duniawi, kemudian pada hari Kiamat termasuk golongan yang diseret (ke dalam neraka)? (61)"

"Apa saja" yang disebut dalam ayat ini bermaksud nikmat dunia seperti pangkat, kekayaan dan lain-lain. "Kenikmatan hidup duniawi" dalam ayat 61 bermaksud orang yang diberi nikmat dunia tetapi tidak menggunakannya untuk mencari kebahagiaan hidup di akhirat, maka dia akan diseret ke neraka.

Semoga kita mensyukuri nikmat dunia yang Allah kurniakan & nikmat-nikmat itu menjadi wasilah kita mendekatkan diri kepada Allah swt.

Ya Allah redhailah setiap nikmat yang Engkau limpahkan kepada kami...ameen.

Jelaskan matlamat...Tuluskan niat~

sabishi

1:54 PM

Tak perlu byk ,biar sikit tp sinergilah yang utama!




Amaran awal : Mungkin artikel ini agak sukar difahami melainkan yang melaluinya sahaja.


Seminggu sebelum itu saya diberitahu tentang hal itu. Agak terkejut malah buntu memikirkan apa yang boleh dibuat sekiranya ianya benar2 terjadi. Saya menyampaikan hal itu kepada rakan-rakan. Semua kaget. Ada yang menjegilkan mata, tak kurang juga yang ternganga mulutnya. Ape kita nak buat???

Apa yang boleh kita buat??Aduiii..


Teringat cerita laskar pelangi, lagu temanya memang sangat memberi semangat..

6 tahun yang mereka lalui, banyak pahit yang ditelan, tapi saat-saat manis juga banyak, menjadi pelangi yang mewarnai hari-hari perit yang dilalui.

Mimpi adalah kunci,

Untuk kita menaklukan dunia,

Berlarilah tanpa lelah,

Sampai engkau meraihnya…

Laskar pelangi…

Takkan terikat waktu..

Bebaskan mimpimu di angkasa,

Warnai bintang di jiwa..


Terasa begitu juga hidup di sini, 6 tahun sudah makin hampir. Tiap satu dari kami punya watak berbeza, pemikiran juga berbeza, persepsi tentang hidup juga tak mesti sama, tapi bila tiba satu masa kita perlukan sinergi, maka saat itu semua yang ada turut membantu.

Tak kira banyak atau sikit, yang penting tiap satu cuba memainkan peranan.


Dakwah jangan beridealistik, tapi biarlah realistik


Bukan senang untuk memahamkan orang tentang pegangan kita. Bukan juga satu yang mudah untuk bertahan dengan pegangan yang ada. Inilah namanya uslub dakwah. Biarlah kita terpaksa berpura-pura menyukir senyuman, biarlah diri keluh kesah memikirkan kesan yang bakal menimpa, biar juga hati kurang selesa dengan situasi yang ada, tetapi kerana merasakan mereka juga orang baik-baik yang mungkin kurang dari satu sudut. Moga-moga yang kurang itu akan dilengkapkan

bila tiba masanya..dengan bantuan kita semua..

Malah kita juga bukanlah orang yang sempurna, dengan membantu orang lain, moga-moga Allah menyempurnakan apa yang kurang pada diri kita.

Aduhai, sekiranya dakwah itu semudah itu…

Aduhai, sekiranya menjadikan diri kita dihormati dan disayangi semudah itu...

Bukankah dakwah itu baik kiranya ia bermula dengan hubungan yang baik sesama manusia?

Berbaik yang bukanlah sampai menggadai pegangan...

Berbaik kerana kita semua berharap agar mereka akan faham satu hari nanti..

malah kita juga tidak tahu apakah nasib kita saat tibanya sakaratulmaut, apa yang ada hari ini tak mungkin menjanjikan yang terbaik di hujung nanti..

Tidak pantas untuk kita merasakan diri kita cukup bagus, lalu memandang orang lain dengan pandangan yang mereka bersalah..kerana ukuran yang semoleknya itu terletak di tangan Allah jua..


Menjadi dai’e bukan mudah, syariat tetap digenggam,
mad’u tidak melarikan diri..


Bila pulang ke msia, kita punya tugas lebih besar..bukankah berdakwah pada mat-mat rempit itu tidakkan sama dengan berdakwah pada golongan professional?

Inilah uslub dakwah yang diajarkan Baginda! Bil Hikmah wal mau’izotil hasanah, wajaadilhum billati hiya ahsan!

Saya bangga dengan mereka..walaupun mungkin terpaksa, tetap juga mengukir senyuman dan tertawa…senyum yang bukan tandanya setuju, tapi memikirkan uslub dakwah itu perlu berealistik..tidak sampai menggadai pengangan..ikatan perlu dibina dahulu, yang pahit untuk ditegur itu kan menyusul sedikit demi sedikit..dengan cuba bertahan dengan pengangan kita, menjadikan diri kita contoh pada yang lain, moga-moga hubungan yang baik akan membuatkan mereka faham satu hari nanti..

Saya tabik pada mereka.. sanggup melakukan apa sahaja..hatta ditarik dan dipaksa semahunya..kaki dan badan tetap dikeraskan demi menjaga pegangan yang ada..

Saya kagum dengan mereka..walau terpaksa dan malu bukan kepalang, tetapi tetap sanggup melakukannya..hanya kerana ingin menyelamatkan sebahagian yang lain..

Usaha-usaha belakang tabir juga walaupun tidak diketahui umum, Allah sahaja yang bisa membalasnya..


Inilah namanya sinergi!..kita memang memerlukan tenaga semua, bersinergilah dalam berdakwah!

Terima kasih semua kawan-kawan..Moga usaha kalian mendapat tempat disisiNya!! ^_^

7:45 AM

Doakan kami

Bismillah

Sebenarnya, dah lama niat nak posting entry baru.. tapi tak berkesempatan. Ni pun ambil sekejap peluang selepas kemas-kemas sikit teratak Teduh Dulu yang sudah berpindah ke lokasi baru, menumpang internet di rumah jiran yang berdekatan.



KAMI

Dalam blog School Of Life ini, ada yang sudah bergelar doktor dan sudah bertugas lebih kurang setengah tahun di Hospital Teluk Intan. Dr. Muui, nama samaran tetapi semua pun tahu siapa empunya diri. Ada juga yang baru tamat pengajian, baru bergelar graduan, menyandang gelaran doktor- Dr. Shema dan Dr. Hidayati, daripada nama sahaja sudah nyata siapa orangnya. Ada yang masih di tahun dua, adik teardrop yang masih jauh perjalanannya- kalau dah tau siapa empunya diri, buat-buat taktau, senyap suda...simpan dalam hati.


Bakinya... kami... sempliciotto, MaUt, Fez, niksifu, dan ishikawa yang baru tamat tahun 5 perubatan awal Jun lalu. Kini , baru bersama melangkah ke tahun akhir, selangkah lagi sebelum Bachelor Degree in Medicine and Surgery kami tamatkan di sini... InsyaAllah




TAHUN AKHIR

Hari ini genap lima hari kami memulakan sesi pengajian tahun akhir kuliah perubatan JUST ini. Ada yang diletakkan dalam rotation Peadiatric, ada yang memilih ONG sebagai posting pertama, tetapi majoriti kami memilih Surgery sebagai pemula rotation kami. Kenapa? Semua pun tahu jawapannya, paling tidak sudah pasti dapat mengagak sebabnya.


Dari dulu saya memang terlalu looking forward saat-saat menjadi senior tahun 6, selepas seorang-seorang senior sebelum kami yang telah lepas menyandang gelaran doktor perubatan. Apa perasaannya berada dalam tahun 6? Seronok? Besar lagi debaran dan cabarannya saya kira. Saya masih belum merasai sepenuhnya perasaan berada di tahun 6, malah kadang-kadang seperti terlupa kami sudah di tahun akhir pengajian.


Sudah seminggu kami memulakan sesi round di hospital. Saya bersama dua orang lagi sahabat diletakkan di department Neurosurgery, yang ke'hilangan' banyak doktor-doktor pakarnya... bercuti barangkali- musim panaslah katakan. Kami hanya berkesempatan bersama doktor pakar NeuroSurgeon pada hari Selasa sahaja. Hari-hari lain, walaupun telah tertulis jadual pakar NeuroSurgeon yang akan mengadakan sesi bedside teaching bersama kami, kami hanya berpeluang bersama MO2 mereka sahaja ( di sini mereka dipaggil resident/doktor muqim). Ape nak buat, dah rezeki kitorang.....


Saya kira saya lambat menghidupkan enjin belajar tahun ini. Material tahun 4 belum habis diulangkaji, material tahun 5 dan 6 masih belum habis di'review', saya bagai hilang arah dan punca. Ya Allah, banyaknye kena cover study! Mujurlah minggu pertama kami, department Neurosurgery yang 'expectation'nya kurang berbanding General Surgery atau Urology yang merupakan antara major part dalam rotation surgery ini. Kami hanya diingatkan, at least we should know the basic thing in NeuroSurgery. Glascow Coma Scale, Subarachnoid Hemorrhage and it's management, Low Back Pain and Sciatica and how to read the MRI to confirm the diagnosis, Head and Brain Injury, dan sedikit tentang Brain tumor dan spinal tumor, yang tidak disentuh langsung oleh doktor ketika seminggu round bersama mereka.


Sahabat-sahabat di rotation yang lain saya kurang mendengar cerita mereka. Seronok juga berkumpul-kumpul selepas ini, berkongsi pengalaman yang dialami dalam permulaan tahun akhir kami.

Setahun sahaja lagi........



DOAKAN KAMI

Jun 2010

16 orang lagi doktor Melayu graduan JUST bakal dilahirkan. Kami mengharapkan doa kalian, dan semoga usaha kami dinilai Tuhan. Maafkan segala salah silap yang pernah dilakukan, dosa antara manusia yang tidak dimaafkan juga boleh menjadi hijab doa kami dimaqbulkan. Doakan kami......


Buat sahabat-sahabat seperjuangan... KEJAR PELANGIMU, JANGAN MENYERAH !



MIMPI YANG INDAH

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang


Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
Pasti berganti kebahagiaan


Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti



Setahun je lagi... Jom , kawan-kawan...!!

Wallahua'lam

p/s: tahniah buat pasangan Aiman dan Asma yang selamat menerima cahaya mata awal minggu ini. Nanti kitorang nak datang lawat kitorang bgtau eh.. sori ak sempat minggu ni... sibuk...