Bismillah
HARI INI
Hari ini 28 Mei. Selesai sudah satu lagi peperiksaan- orthopedic pagi tadi mencukupkan kesemuanya 6 papers yang telah kami hadapi sehingga hari ini. Masih berbaki 5 yang tinggal. Alhamdulillah 3ala kulli hal, serahkan natijahnya pada yang Maha Pemurah, Maha Pemberi. Kita hanya usaha dan mampu berdoa. Hanya Dia yang memudahkan segalanya…..
Hari ini 28 Mei. Selamat hari tua setahun lagi buat diri, Alhamdulillah. Semalam (27 Mei), kami menerima berita mengejut perginya seorang kakak senior IKIP yang pernah bersama-sama kami di sini. Meningitis, kata mereka yang menyampaikan berita. Innalillah wainna ilaihi rajiun. Dia telah pergi bersama amalan untuk dipersembahkan padaTuhan. Aku pula hari ini masih lagi diberi masa tambahan, ditambah umur usia, diberi peluang oleh Yang Maha Pemurah, untuk bernafas dalam jiwa hamba…. Ya, seorang hamba.. moga saya tidak lupa status itu selamanya. InsyaAllah
SAYA DAN 23 TAHUN
23 tahun. Bukan tempoh yang singkat. Dan hari ini Allah izinkan lagi saya menyambung lagi usia saya yang berbaki entah sampai bila, hanya dalam rahsiaNya. Saya hanya mengharapkan keberkatan. Keberkatan usia yang entah pendek atau panjang jangka masanya. Keberkatan.. agar peluang untuk saya menyambung hidup lagi tidak membawa kerugian pada negara, tidak memberi kesusahan pada masyarakat, tidak menimpa beban pada keluarga, tidak menimbul benci pada mereka yang saya sayangi, dan paling penting tidak membuat fitnah pada agama, dan tidak menempah murka Allah.
Ya, itu amanah usia. Mana mungkin kita berguna, andai usia yang Allah kurniakan kita sia-siakan dengan perangai, tingkah laku dan perbuatan yang hanya mendatangkan fitnah pada agama, memburukkan imej Islam yang kita bawa yang hanya membawa kemurkaanNya semata. Islam agama yang indah, Islam mengajar setiap aspek dalam kehidupan dengan tatacara yang cukup sempurna,baik dan tiada celanya, dan itulah yang seharusnya kita perjuangkan selagi diberi nikmat usia, selagi hidup sebagai hambaNya. Usia yang panjang bukan sentiasa membawa kebaikan andai amanahnya tidak kita tunaikan dan nikmatnya tidak kita syukuri dengan amalan baik di sisi Tuhan.
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN
Sekadar satu perkongsian di hari lahir ini, peringatan untuk diri yang pelupa.
Memetik satu hadis Rasulullah SAW:
Daripada Mu'az ibn Jabal r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka.
Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan
Allah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.
Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan?
Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat madamkan dosa seumpama air memadamkan api dan sembahyang seorang lelaki di tengah malam.
Kemudian Baginda membaca ayat al-Qur'an yang bererti: (Tulang tulang
rusuk mereka telah renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan takut dan penuh harapan dan mereka membelanjkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan yang mereka telahlakukan)- As-Sajadah
Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah!
Baginda bersabda: Tunggak amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad.
Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah!
Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! Aku
berkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya?
Baginda bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya – (atau Baginda bersabda - dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka) kecuali kerana hasil tanaman
lidah-lidah mereka.
Hadis riwayat Tirmidzi- hasan sahih
Mungkin aku terlupa,
Sesungguhnya sesuatu perkara itu mudah hanya bagi orang yang Allah mudahkan ke atasnya, agar ia berusaha dan beramal hingga berjaya memasuki syurga, terhindar dari neraka.
Atau mungkin juga aku tidak ingat ketika Rasulullah SAW bersabda :
“Beramallah kamu, maka sesungguhnya akan dipermudahkan kepada apa yang telah dijadikan baginya”
Dan ayat Allah:
“Maka adapun orang yang member dan berbakti dan mengakui dengan kebaikan, maka Kami kan permudahkan dia ke jalan yang mudah. ” Al-Lail
Pernahkah pula aku amalkan, sedangkan Rasulullah SAW sendiri pernah memohon kemudahan dalam doanya :
“Dan tunjukkan aku dan mudahkanlah petunjuk itu untuk bagiku”
Juga permohonan Ibn Umar dalam doa :
“Ya Allah, Mudahkanlah aku bagi kemudahan, dan jauhkan aku dari kepayahan”
HARAPAN SELAMANYA
Syurga… bagi mereka yang Allah mudahkan jalan ke sana
Ya Allah, bantulah dan mudahkanlah jalan kami menempa redha dan syurgaMu
Dalam ibadah dan amalan,
Mudahkan kami ke mandapat rahmat dan syurgaMu Ya Allah
Agar kami bahagia merasai apa itu ikhlas dan ibadah yang sempurna, tenang dalam jiwa
Dalam belajar dan mengajar
Dalam pergaulan sesama insan
Dalam ukhuwwah dan persahabatan
Dalam percakapan dan pertuturan
Dalam berakhlak, tingkah laku dan berpakaian
Dalam hidup dan nafas kami setiap saat,
Mudahkan jalan kami ke syurgaMu
Supaya hanya Engkau yang Kami sembah,
Hanya agamaMu yang kami perjuangkan, yang kami ikut dan kami pelihara,
Hanya hukumMu yang kami angkat selamanya.
Di saat ini , tiada lain yang aku inginkan... hanya itu...
Mudahkan aku jalan ke syurgaMu, mudahkan mereka di sekelilingku yang aku sayangi, dan mereka di sisiMu yang KauCintai....
Selamat hari lahir , semoga Allah iringi kekuatan dan kesabaran menempuhi dunia yang semakin huru hara, hilang bagaikan tidak bertuhan.
(Mengharapkan hari ini tidak akan berakhir... tapi mustahil...)*sigh*
p/s- terima kasih yang mendoakan dan mengucapkan selamat. Untuk anda saya tujukan lagu "Dengan Nafasmu" dari Ungu. Thanx Tiqah. Semoga setiap nafas kita dalam rahmatNya. Mari bersama tunaikan amanah usia kita.... ameeen
Wallahua'lam
Dengan Nafasmu- Ungu
Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku
Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU
[**]
Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam do’aku
[***]
Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris do’a ku untuk-Mu
(kalau nak dengar, cari sendiri...)