9:27 AM

"Akak doakanlah ye.."

Bismillah

"Akak, ada kat situ ke? Kalau dah online nanti buzz saya, ye"

Hmm.. budak ni, mesti ada kerja dia nak bagi, tak pun nak mintak tolong.
Malam itu, saya mem'buzz' sahabat tadi. Berkali-kali
Tiada jawapan...
Mungkin takde apa-apa kot.. takpelah..


Pagi ini, saya cuba sekali lagi untuk mem'buzz' sahabat tadi. Manalah tahu, kalau takde apa-apa pun, boleh jugak chatting sembang-sembang kejap sebelum pergi round pagi ni..


"sori, akk.. semalam tido awal, nak tanya .. akk kenal tak ******* ******"

"macam kenal.. yang ***** tu eh?"

"aah"

(owh, i felt bad about this.. nape dengan dia?)

konon-konon nak tenangkan diri, saya mulalah nak menaip "dia nak datang sini ke..?"
tapi belum sempat nak send...

"saya dapat berita ayah dia meninggal semalam , dalam tido"

I was shocked

"Innalillahi wainnailaihi rajiun"

"Bukan tu je, mak dia baru je meninggal bulan 12 lepas"

I was extremely shocked!

"Adik beradik dia 10 orang"

Now, please don't tell me she is the first in her family. At least please mention that she has a big brother or sister to rely upon!

Tak sempat nak tenangkan diri...

"Dia anak sulung!"

Owh, only Allah knows how extremely shocked I was!!
In a blink of an eye, she lost her parents.. Masya Allah
She is an orphan, at 19 years old... Masya Allah
And she is the mother and the father of her 9 brothers and sisters at home... Masya Allah
All of a sudden!!

Masya Allah
Masya Allah
Masya Allah

What a big, heavy calamity she is facing right now
I have no words to reflect my feeling at that time
I was thinking to see her at the moment, so that i can hug her, share her tears, console her, help her...
BUT I CANT!


Masya Allah
Masya Allah
Masya Allah
Allah Maha Besar, Maha Kuasa atas segalanya...
And I can't imagine how I would be if I were in her shoes

"Akak doakanlah ye"

"Allah Maha Mengetahui, Dia PILIH yang MAMPU je" dalam sedih , saya cuba tenangkan diri.. sekali lagi.

"Aah, memang insan terpilih tu, jauh lagi perjalanan dia dan adik-adik dia, semoga dia kuat, Allah sayang sangat-sangat kat anak-anak yatim"

Saya mengiyakan...


Jauh lagi perjalanan dia dan adik-adiknya...
Bersama siapa mereka selepas ini?
Semoga Allah datangkan bantuan untuk anak-anak yatim yang Allah sayang ini..
Allah lah Penjaga dan Pemelihara mereka



Ya Allah, tiada terlintas di hati kami untuk bersangka buruk denganMu, tetapkan kami dalam bersangka baik denganMu, Kau Maha Mengetahui , Maha Bijaksana dalam segala perancanganMu,

Andai ujian yang Kau turunkan ini untuk menguji kesabaran hamba-hambaMu, kurniakanlah pahala sabar bagi mereka, berilah mereka kekuatan menghadapi ujianMu, sayangilah mereka dengan rahmatMu, kuatkan iman mereka, tetapkan keyakinan mereka terhadap qada dan qadar yang telah Kau tetapkan atas mereka..

Ya Allah, kurniakanlah sifat mukmin sejati pada mereka, beramal soleh dan mendoakan kedua orang tua mereka, agar menjadi amalan berpanjangan buat ibu bapa mereka di alam barzakh sana..

Ya Allah, andai di dunia ini mereka dipisah-pisahkan, dengan zatMu yang Maha Agung, kumpulkan dan satukanlah mereka di akhirat sana di dalam rahmat syurgaMu, biar kebahagiaan abadi bisa mereka kecapi bersama selamanya...


Hidup di dunia tak kekal
Hidup di akhirat tiada penghujungnya
Kebahagiaan di akhirat matlamat utama..



Bersyukurlah, kawan-kawan
Kita masih punya seseorang
Ayah, ibu...
Peluang untuk kita curahkan bakti sebanyak dan sebaik mungkin pada mereka
Sayangi mereka selagi mereka masih dapat kita lihat, kita sentuh, kita peluk, kita cium kerana mereka berhak mendapat yang terbaik daripada anak mereka...
Jangan mudah mengeluh..
Baru berjauhan sedikit , "homesicklaa" (walaupun itu ayat yang sering saya ungkap pada ibu bapa di rumah)
Kita lupa pada mereka yang sudah tiada peluang untuk meluah rasa rindu dan sayang pada orang tua..
Kita lupa pada mereka yang sudah tiada peluang bersua muka dengan ibu bapa mereka selamanya..
Hanya kalungan doa merawat rasa rindu agar mereka bahagia di alam barzakh, dengan seribu satu pengharapan semoga bertemu semula di syurga sana...
Kita lupa untuk bersyukur... ampunkan, Ya Allah...

Dan janganlah Kau bebankan ke atas kami, bebanan dan ujian yang tidak termampu kami tanggung...

Kematian- Satu Pengajaran


"Akak doakanlah ye" masih terngiang-ngiang ayat itu..
Mari semua kita doakan bersama...



Wallahua'lam

** Takziah juga buat almarhumah nenek seoarang sahabat kita yang baru kembali ke rahmatullah..sedekahkan al-Fatihah..