Surat terbaru sampai jugak ke tangan akhirnya. Setelah mendapat asakan mesej daripada mak, "dah dapat ke belum?" hehe sori ye mak sebab lambat ambik ^^ miss u.
Hmm, surat dari penulis yang sama (orang yang paling rajin menulis surat) dan tulisan yang tidak pernah berubah. Siapa lagi kalau bukan ayahanda tersayang *wink*. Terharu rasa. Kawan2 pun dah hafal siapa yang selalu bagi surat, dengan gaya bahasa yang bersastera (hikhik)... owh, tak sangka bapakku seorang yang begini. Masa dulu2 kat Malaysia tak pernah dapat surat peribadi macam ni. Tup tup bila first surat diterima pada 2002, hadoi, nak nangis rasa, dengan gaya bahasa yang menyusuk di hati... trimas again ^^
Sebab tu kadang2 kalau difikir, bila berjauhan begini, rasa macam lagi banyak memahami apa yang ibu bapa kita rasa kat Malaysia tu. Segala perasaan diluahkan (tak kiralah dalam apa jua medium). Segala harapan dicurahkan (tak kiralah dalam apa jua medium). Walaupun jauh tapi dekat dihati. Subhanallah...
Bila kita dah besar ni, dah mencapai tahap kematangan yang ibu bapa kita pun percaya untuk berkongsi cerita dan pandangan tentang keluarga, tentang adik-adik, tentang rumah, tentang pelaburan jangka panjang, tentang masa depan etc, rasa seronok menjalar dihati. Dah pandai rupanya kita berfikir. Dah pandai rupanya kita mencari penyelesaian.
"Dah besar rupanya anak aku"
"Dah besar rupanya aku"
Teringat pesanan bapak semasa di airport 5 tahun lalu, masih segar terngiang-ngiang di telinga ;
“Satu je pesanan bapak, jaga nama baik keluarga. Jangan conteng arang di muka mak bapak. Jangan risau pasal mak dengan keluarga. Yang penting belajar”
Aduss, pesanan apakah ini…sangat menyusuk di hati.
“Insyaallah”
Inilah sebuah harapan. Dari dulu sampai sekarang memang inilah harapan sepasang ibu dan ayah. Walau dari ceruk mana pun mereka datang, bangsa mana pun mereka dilahirkan. Alhamdulillah, apa yang dijanji masih mampu ditunaikan sehingga ke saat ini. Kumohon agar ianya berkekalan...
p/s sorila, post kali ni dan sebelum ni agak menusuk (diri sendiri). Homesick agaknya ^^ buat sahabat2, ingatkanlah diri ini selalu agar tidak tersasar... trimas! menunggu komen dari fez ngeh3
Walk in Titiwangsa.
10 hours ago