1:00 PM

Kau Istimewa

Bismillah

Kami menyaksikan bahawa engkau telahpun menyampaikan, menunaikan dan menasihati kami.....

"Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu"- Rasulullah SAW







Ya Rasulullah
Sedih dan pilu mengenangkan
Di saat ummah kehilangan dirimu yang mulia
Kau diberi pilihan untuk kekal di dunia
Namun kau tekad memilih untuk bersama Yang Esa
Dan mereka yang diberi nikmat


Ya Rasulallah
Tiada mungkin kulupakan
Pesananmu yang terakhir buat muslimin dan muslimat
Istiqamah dalam menunaikan solat
Istiqamah dalam menunaikan solat


Pemergianmu amat sukar diterima
Sedang para sahabat sukar untuk menelannya
Inilah hakikat yang kekal
Buat selama-lamanya
Setiap yang hidup pastikan merasai kematian


Kau serahkan segala
Demi Islam yang tercinta
Rela dirimu terkorban dan jua menderita
Jikalau tidak kerana jasa-jasamu
Tiada terpancar nur Islam di hati sanubari
Dikaulah pejuang yang disegani

Walau kini kau tiada
Dirimu tetap dijiwa
Kaulah Rasulallah
Yang agung Ya Habiballah


Pesuruh Allah kekasih Allah
Ya Habiballah
Pesuruh Allah kekasih Allah
Ya Nabiyallah
Pesuruh Allah kekasih Allah
Ya Rasulallah


Jikalau engkau sembah Muhammad
Diakan pergi
Jikalau engkau menyembah Allah
Dia Abadi


"Wahai sekalian manusia, dengarlah kata-kataku ini, sebenarnya aku tidak tahu berkemungkinan aku tidak akan menemui kamu kalian selama-lamanya selepas tahun ini. Sesungguhnya darah kamu dan harta kamu adalah haram ke atas kamu sama seperti haramnya hari kamu ini di bulan kamu ini dan bumi kamu ini.

Ketahuilah bahawa semua perkara mengenai urusan jahiliyyah tertanam di bawah kaki ku ini, darah-darah jahiliyyah adalah tertanam dan darah jahiliyyah yang mula-mula sekali yang ku hapuskan ialah darah Ibn Rabiah bin Al-Harith, kejadiannya terjadi di mana beliau ini dibunuh semasa sedang mengambil susuan dari ibu susuannya Banu Saad, dan riba jahiliyyah juga dihapuskan, dan riba pertama yang ku hapuskan ialah riba Abbas bin Abdul Mutalib malah kesemuanya dihapuskan sama sekali.

Bertaqwalah kamu kepada Allah demi melaksanakan hak kaum wanita, lantaran kamu telah mengambil mereka sebagai isteri dalam bentuk amanah Allah, kamu halal bertiduran dengan mereka melalui sebutan nama Allah, dan kaum wanita pula berkewajipan menjaga supaya tidak seorang pun manusia yang kamu benci dibenarkan masuk ke bilik kamu. Sekiranya mereka berbuat demikian maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak parah, ke atas mereka, kamu kewajipan memberi rezeki dan pakaian dengan baik.


Dan sesungguhnya telah ku tinggalkan pada kamu sesuatu di mana kamu tidak akan sesat selepas ini seandainya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah.


Wahai kalian manusia, sesungguhnya tiada nabi selepas ku ini, dan tiada umat lain selain dari kamu, beringatlah supaya kamu menyembah Tuhan kamu, tunaikanlah fardu sembahyang lima waktu, berpuasalah kamu di bulan Ramadhan, tunaikan wkat harta kamu dengan penuh kerelaan hati, tunaikan haji ke rumah Tuhan kamu, dan taatilah pemerintah-pemeritah kamu nescaya masuklah kamu ke dalam syurga Tuhan kamu.


Kamu semua akan ditanya esok mengenai perihal diriku, maka apa yang nak kamu jawab? Maka kata mereka semua: Kami menyaksikan bahawa engkau telahpun menyampaikan, menunaikan dan menasihati kami".


Dengan mengangkat jari telunjuknya ke arah langit dan berkata ke hadapan orang ramai: Ya Allah Ya Tuhanku, Persaksikanlah. (sebanyak tiga kali.)


Jangan mudah melafaz cinta padanya, sedangkan sunnahnya hanya dipandang sebelah mata
Jangan mudah melafaz rindu padanya, sedangkan tiada kita biasakan selawat ke atas Baginda
Layakkah kita hidup bersama Rasulullah di akhirat nanti........


Wallahua'lam