Pernah tak tengok iklan Dubai Cares di saluran Dubai One?
Dubai Cares
Seperti namanya, Dubai Cares merupakan satu kempen kebajikan yang menumpu kepada penekanan terhadap pendidikan kanak-kanak miskin dalam usaha meruntuhkan tembok kemiskinan. Hal ini, jelas tercatat dalam ucapan Perdana Menteri UAE mereka iaitu,
"If we want to champion prosperity and progress, we cannot ignore poverty. We should therefore emphasize the role of education as the most powerful weapon in breaking the vicious circle of poverty"
Mesej sebegini bukanlah suatu yang baru, malah sejak dahulu lagi sudah banyak negara menjalankan kempen yang seumpama dengannya, paling kurang di tanah air sendiri. Namun, apa yang membuatkan kempen ini begitu menarik perhatian saya adalah - iklannya. Iklan yang satu ini memang cukup istimewa. Cara dan gaya persembahannya lain dari kebiasaan. Mesejnya jelas dan mampu untuk menarik perhatian dan menjentik hati-hati yang melihatnya walaupun hanya dengan sekali pandang.
Dubai yang mewah
Di antara negara di semenanjung Arab mahupun yang sewaktu dengannya, Dubai memang lebih kehadapan. Pembangunannya pesat. Gaya hidup rakyatnya rata-rata moden dan mewah. Mungkin taraf hidup dan pembangunan boleh dikatakan seiring atau lebih lagi berbanding Malaysia. Maklumlah, negara minyak. Jadi, atas dasar kemewahan yang melimpah ruah inilah, lahir idea bernas membandingkan cara rakyat Dubai membelanjakan wang mereka dengan nilai harga yang serupa dengan keperluan yang boleh diperoleh penduduk-penduduk miskin. Beberapa petikan daripada intipati iklan :
Luxury car - Dh475,000 = Build a school for 500 students
Handbag Dh500 = Lunch for 67 student for entire year
Cds - Dh50 = Book supplies for a student for 1 year
Berteraskan 'Hope for A Million Child' sebagai moto penggerak, kempen yang di'mastermind kan oleh Perdana Menteri UAE, Shaikh Mohammad Bin Rashid Al Maktoum ini telah berjaya mengumpul dana lebih Dh250 million yang melebihi target asal (Dh 200 million) hanya dalam tempoh kurang 6 minggu. Syabas!
(Sumbangan adalah dalam bentuk wang ringgit yang dikumpul melalui beberapa cara - SMS, bank-in & online)
Infaq & ihsan
Infaq & ihsan
Saranan menginfaqkan harta dan berlaku ihsan terhadap manusia merupakan antara ibadah & akhlak terbesar yang diajarkan oleh Islam. Begitu banyak hadith-hadith sahih yang menyebutkan tentang hal ini sekaligus menunjukkan betapa berkehendaknya Islam agar ummatnya memiliki sifat mulia ini. Antara hadith yang menyebut tentang hal ini,
Tanya sahabat: Ya rasulullah! orang-orang yang mempunyai harta (kaya) telah mendapat pahala (lebih banyak). Mereka bersembahyang sebagaimana kami bersembahyang dan mereka berpuasa sepertimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan-kelebihan harta mereka. Jawab rasulullah s.a.w.: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu suatu untuk kamu bersedekah? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan menyuruh dengan makruf itu sedekah dan melarang dari mungkar itu sedekah dan pada kemaluan kamu itu pun sedekah. Tanya sahabat: Ya rasulullah! Adakah salah seorang kami yang menggunakan syahwatnya dan adalah baginya pahala pada perbuatan itu? Jawab baginda: Apakah pendapat kamu kalau digunakannya pada jalan yang haram, adakah dosa atasnya? Maka demikian pula apabila ia menggunakan syahwatnya pada yang halal adalah pahala baginya.(HR Muslim)
Dari Abi Ya'la Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berihsan ( menyempurnakan sesuatu dengan baik ) terhadap semua pekara. Seandainya kamu membunuh, maka bunuhlah secara sempurna, dan apabila menyembelih maka elukkanlah penyembelihan. Hendaklah sesaorang kamu menajamkan mata pisaunya dan merehatkan penyembelihannya.(Hadith ke-17 Matan Arba3in)
Keberkatan & kepuasan sepanjang hayatCemburunya hati melihat golongan-golongan berada mampu menyumbang dengan nilai wang yang lebih besar. besar sungguh sumbangan mereka terhadap pendidikan kanak-kanak miskin, yang dengan niat yang betul dengan izin & pemeliharaan Allah, kemudiannya kanak-kanak itu mendapat pendidikan yang sempurna, membesar menjadi ahli masyarakat yang mampu memberi pula kepada kemajuan dan pembangunan ummah. Benarlah, kepuasan dan ganjaran itu tidak akan putus, malahan terus bersambung dari generasi ke generasi.Mudah-mudahan, suatu hari nanti kita juga mampu begitu, memberi dengan banyak seperti pemurahnya Abdul rahman bin Auf supaya lebih ramai lagi masyarakat yang kurang mampu dapat menikmati hidup yang lebih sempurna. Yang paling penting, semestinya latihan untuk mem'beri' perlu dilatih, dipupuk dari saat ini - ketika diri masih golongan biasa-biasa kerana takut-takut jika ditunggu apabila harta sudah menimbun depan mata - tangan rasa berat, hati rasa sesak bila diminta menghulur infaq akhirnya sifat ihsan jauh tergadai dek kerana cintakan dunia. Nauzubillah!
Apa lagi ditunggu?
Further reading:
http://archive.gulfnews.com/indepth/dubaicares/
http://www.dubaicares.ae/eng/default.asp