- Majlis dibuat mengikut sunnah iaitu sekadar tercapai maksud untuk menghebahkan perkahwinan dan melahirkan rasa syukur
- Adat yang diikuti hanya yang selari dengan agama, bukan yang bertentangan dan menyusahkan
- Hidangan dan segala persiapan dibuat sekadarnya, tidak membazir dan berlebih-lebihan
- Kaya dan miskin sama dijemput
- Tetamu diraikan sama rata, tidak membeza-bezakan hidangan
- Hiburan yang diadakan sesuai dengan akhlak dan syariat Islam
Lecture On tazkirah
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Saya suka exam?
Rasanya tidak tepat ayat itu andai saya tujukan buat diri saya. Pernah satu ketika, saya berchatting dengan seorang bekas pelajar syariah. Ketika itu musim peperiksaan universiti makin hampir, lalu saya nyatakan perasaan takut untuk menghadapi peperiksaan. Kakak tersebut dengan selambanya memberitahu dia sangat sukakan peperiksaan. Alangkah terkejutnya saya, ada juga orang jenis macam itu di dunia ini (banyak je orang macam tu, kita je tak perasan sebenarnya)
Kenapa suka exam??!! Pelik tapi benar
Saya pelik, kenapa kakak ni suka peperiksaan? Dia menjelaskan, sewaktu peperiksaan, dia akan rasa lebih berharap kepada Allah sekaligus lebih banyak berdoa kepadaNya. hmm.. betul jugak! cuba kita kalau senang, betapa ramai yang senang leka dan lupa kepada Allah, bila susah baru hendak mencari-cari simpati. Padanlah kakak ni sukakan peperiksaan, agaknnya kalau boleh setiap hari pun nak ada exam, biar hari-hari rasa berharap pada Allah, takut-takut kalau masa senang yang dia ada, dia leka dari mengingati Tuhannya. Point to ponder!
Tapi bagi saya, sudah menjadi lumrah, siapa yang tak gementar menghadapi peperiksaan? Sekolah rendah?? Yang itu jangan cerita, lah, masih kanak2 lagi, tak banyak perasaan pun. Tapi saya masih ingat, ketika ingin menduduki peperiksaan UPSR, memang rasa nervous. Sampaikan bila keluar dewan periksa lepas satu paper, kalau cek jawapan ada salah, menangis kat ayah yang setia menanti di kantin sekolah.. Kalau boleh tak nak ada salah langsung. Sekarang?? Dah salah 10 pun, boleh rilex lagi, takpe ada baki lagi 70 soalan.. Apelah!! Mana lah hilangnya semangat hendakkan kesempurnaan tu.
Tapi itu baru periksa dunia, belum akhirat lagi, kan? Kalau dunia kita pulun study habis-habisan sampai kalau boleh nak full marks, kenapa tak boleh kita pulun habis-habisan untuk dapat full marks kat akhirat nanti..
SUSAH! Memang susah! Kita rasa dah buat banyak kebaikan, tapi kita lupa untuk menghitung amalan-amalan kejahatan yang boleh menolak satu persatu markah amalan kebaikan yang dilakukan. Tanya diri sendiri (banyaknya markah kena tolak..isk3) Jangan nanti bila dah kena tolak markah-markah tu, jadi di bawah garisan selamat pulak untuk lulus. Na3uzubillah!
Exam dan tension
Ini lagi satu isu yang timbul bila tiba peperiksaan. Tertekan, tense, stress, serabut dan macam-macam lagi lah. Normal lah orang yang berperasaan macam tu. Tapi setakat mana tekanan, stress, atau tension yang kita perlu ada supaya ia tidak memakan diri sendiri. Teringat waktu sekolah dulu, waktu peperiksaan lah waktu kritikal 'makhluk-makhluk Allah' yang tuuuut tu nak kacau. Ada yang beritahu, mungkin sebab tense sangat, sampai boleh lupa pada Allah, tu yang 'makhluk' tu senang nak ganggu.
Saya teringat pesanan emak, "Orang Islam tidak boleh cakap tension-tension", lebih kurang macam itulah bunyinya. Akhirnya baru saya sedar, semakin lama saya cuba mengamalkan apa yang dipesan oleh ibu tersayang, ia sedikit sebanyak mempengaruhi psikologi dan minda saya. Jika kita selalu berkata, "tension la (ke tense?) exam", "Tension la nak buat benda ni", " I feel sooo tense today!!",
ia hanya memburukkan keadaan! Benar, nak tau cubalah! Apa yang kita tuturkan mempengaruhi psikologi dan cara minda kita berfikir, kalau dah cakap tension, tension, tension, bila berpuluh-puluh kali cakap memanglah jadi tension, kan? Lagipun apa yang kita cakap tu, kan satu doa, kalau dah doa tension, tension lah yang kita dapat, kan?
Kenapa orang Islam?
Iyalah, kalau setiap kali pun kita cakap "tension-tension", seolah-olah kita seperti tidak redha dengan ujian yang Allah beri..kalau orang bukan Islam tu, biaq pi la, kan?
So THINK POSITIVE!! cuba tenang-tenangkan diri tatkala stress, tension, keserabutan mula ingin menguasai diri! Pesanan untuk diri sendiri yang selalu lupa juga..
Akhir kata selamat berpeperiksaan semua!
Ingat, sudah habis satu ujian dan berjaya, bukan bererti diri sudah berhenti dari diuji..
IT'S A LIFE OF TEST!
"ada yang berjaya berenang ke tepian, sekali lagi ia melayar sampan..."
Wallahua3lam
Lecture On Motivation, tazkirah