3:46 PM

Infantile syabab

Bismillah


Pejam celik pejam celik, rupanya dah nak habis dah rotation terakhir untuk tahun 5 ni (apa dah bulan mei? makin tua la saya...isk2). Minggu depan kami akan menduduki peperiksaan 'SPM' sekali lagi.. 11 subjek berderetan.. Apa yang pasti ia bukanlah semudah SPM yang pernah dilalui (SPM dulu tak habis baca buku, alhamdulillah dapat semua A, medic kalau dah habis baca buku pun, belum tentu boleh score A..huuu). Tolong doakaaaaaan..... mohon dengan sangat..




Family Medicine..

Rotation terakhir saya bersama puan Niksifu serta seorang lagi teman untuk tahun 5 ini. Cik Semplit, Cik Fez, Cik Maut, dan cik2 yang lain sudah pun merasai pengalaman rotation ini sebelum kami.



Apa yang anda terfikir bila disebut Family Medicine?


Frankly, my first impression bila disebut Family Doctor... ialah doktor-doktor yang kerja di pusat-pusat kesihatan, yang pesakitnya, alahaaaaiii... orang2 yang demam, batuk, selsema, sakit perut dan sebagainya... small matter... (Isk2..)



Tapi bila dah terjun sendiri dalam rotation ni, tabik spring sangat2 dengan Family Medicine Specialists. They are doctors among doctors... cecece. Nak tau kenapa? Nantilah cerita panjang lagi kalau ada masa..




(Infantile syabab.. bukan tu ke tajuk entry ni.. ?)


Macam mana pulak dah dipanggil syabab (remaja lelaki), tapi masih infantile? Pelik2. Tapi itulah pandangan dan komentar tentang syabab masa kini oleh seorang doktor perempuan, Pakar Perubatan Keluarga di Pusat Kesihatan JUST beberapa hari lalu.



Dr. Karina, cantik namanya, secantik dan selembut peribadi dan pesonanya. Bukan keturunan Jordan mahupun tanah Arab. Dilahirkan di Ukraine dan membesar di sana. Dianugerahkan akal yang pintar dan cerdik, kerana berjaya memasuki universiti , kuliah perubatan ketika masih berumur 16 tahun. YA, 16 TAHUN! Teman-teman satu group melopong terkejut..


"Kenapa kau doktor?"

"Ya3ni..."

"Mesti doktor sangat pandai, kan?"

"Alhamdulillah.."


Lebih kurang begitulah perbualannya.

Lebih menakjubkan beliau berkahwin ketika tahun 2 pengajian perubatan, sewaktu umurnya masih 17. Muda, kan..? Dan saat itu jugalah dia memeluk agama Islam dengan bimbingan suaminya, orang Jordan yang juga masih muda danmasih menuntut dalam kuliah perubatan yang sama.


Dipendekkan cerita, apabila ditanya... macam mana doktor boleh tergerak hati nak pilih suami doktor dan nak kahwin awal.., beliau memberi pandangan.

"Lelaki dulu tak sama macam lelaki sekarang.. tengoklah syabab-syabab kat jamiah.. INFANTILE, kan?

Saya pilih suami saya, sebab saya yakin dia mampu bagi komitmen, betul-betul dan bersungguh-sungguh dalam relationship dan paling penting sebab AGAMA dia...Ini yang paling penting..


Tapi syabab-syabab sekarang bila ada relationship dengan partner (couple la tuh), diorang sebenarnya just nak suka-suka je.. tak fikir masa depan, tak fikir mak ayah dan keluarga, tak fikir jauh... tak matang..... haaaiii ghalat, sah? (ini salah, kan?). Dalam Islam pun tak ajar relationship main kawan-kawan, couple2 laki perempuan, betul tak...? Atau awak nak berkahwin dengan lelaki-lelaki infantile macam tu...? " Panjang lebar doktor menerangkan.


Saya menggeleng. Tak mahulah! Saya juga menggangguk mengiyakan pendiriannya bahawa hubungan yang tidak halal antara lelaki dan perempuan adalah tidak dibenarkan dalam Islam. Di sudut hati, saya mengagumi doktor muslimah ini, yang baru 11 tahun memeluk Islam, tapi kuat agamanya berbanding mereka yang sejak lahir lagi bergelar Muslim. Tentu suaminya seorang yang kuat agama dan pandai mendidik dan mengasuh isterinya untuk menjadi muslimah solehah. Tahniah doktor.....


Doktor juga memberi pendapatnya tentang hijab dalam Islam untuk wanita, pendapatnya tentang kahwin awal bagi perempuan dan macam-macam lagi pendapat peribadi. Doktor memang best! Treat kitorang macam kawan-kawan je... Semoga doktor laaaaaagi best time exam oral Family Medicine kami nanti ... ameeen


Saya tak rasa ramai syabab-syabab yang sedar diri mereka masih membawa ciri-ciri infantile. Oooh.. akhawat juga. Tapi kenapa doktor menekankan syabab di sini?


Doktor melahirkan rasa terkilannya dengan peribadi remaja lelaki zaman kini, sebab merekalah golongan yang Allah jadikan secara fitrahnya untuk menjadi ketua. Takkanlah golongan yang infantile ini yang mahu mengetuai rumahtangga, mendidik isteri dan anak-anak dengan sempurna? Umur semakin meningkat, tapi kematangatangan fikiran masih ditakuk lama. Apatah lagi kalau nilai-nilai agama dipinggir, diketepikan. Hidup hanya ingin bersuka-suka.. bercouple, hang out, dan bergembira...macam baby dan kanak-kanak lah.. mana ada fikir benda serius, semua buat untuk suka-suka, ikut kepala sendiri.. janji happy. Bezanya infantile syabab ni, kalau sakit, tak bolehlah masuk wad paediatric.


Malu, kan...? Mereka yang baru setahun jagung dalam Islam mempunyai sensitiviti yang tinggi dalam agama. Kita yang dah lama ni, dah tak nampak dah halal haram hukum Islam, benar atau salah sesuatu perbuatan itu mengikut landasan syariat.


"Elee.. ikut trend la.. budaya sekarang, bukan ke semua orang ade couple.. kawan-kawan laki perempuan, hang out sama-sama.. mana ada rasa janggal... semua orang pun nampak biasa.. "


Sape cakap tu?


Kalaulah Rasulullah masih hidup ... kalaulah para sahabat masih ada ... kalaulah khilafah masih berkuasa lagi... mungkin kita akan nampak budaya bercouple tanpa tujuan dan berjalan laki perempuan sebagai satu yang amat menjelikkan.


Bila agaknya......




Wallahua'lam