9:42 AM

Tag series #1 by (me) ::No secret between us::

Semangat betul simpliciotto (betul ke eja ni??) mewarnai SOL yang kian suram dek kerana ke'busy'an penulis-penulisnya. (Tahun 5 memang sibuk. Siapa berani kata tak sibuk??)

Simpliciotto paksa saya jawab tag ni. Maka dengan rasa paksa dan rela, saya ingin bercerita di sini.

Satu perkara daripada banyak-banyak perkara yang saya pelajari dari ibu bapa saya ialah.. 'no secret between us'.

Dari kecil, serasa saya, saya tidak pernah menyembunyikan masalah, mahupun markah, konflik atau apa saja dari ibu bapa saya. Ibu saya especially. Apa yang berlaku dan apa yang saya hadapi, pasti ibu tahu.

Seingat saya ketika kecil dahulu, memang saya banyak cakap. Dan ibu bapa saya tak jemu melayan. Jika saya berdiam, mereka akan menyedari kelainan saya, dan mereka akan membuatkan saya bercerita juga akhirnya. Oleh itu apabila pulang dari sekolah, pasti saya 'kekeringan tekak' kerana bercerita dengan ibu apa yang berlaku seharian di sekolah. (Meskipun ibu mengajar di sekolah saya). Semua saya ceritakan, bila kena puji dengan cikgu, bila kena marah, bila kena kacau, bila dapat 'surat cinta' dari budak lelaki (haha), bila gaduh dengan kawan-kawan juga. Tapi ibu tak pernah masuk campur. Saya dibiar untuk menyelesaikan sendiri masalah itu tetapi beliau tetap memberi nasihat. Hal ini menyebabkan saya merasakan 'rahsia' saya selamat bersama ibu. Saya teringat salah seorang rakan saya, ibunya datang ke sekolah kerana anaknya mengadu padanya bahawa dia bergaduh dengan rakan sekelas. Oleh itu, saya bersyukur kerana ibu saya tidak mudah melenting begitu. Apabila masuk ke sekolah menengah pula, sekembali dari sekolah, saya pasti menuju ke dapur, di mana ibu ketika pasti sedang menyiapkan makan tengahari. Seperti kebiasaannya, saya akan bercerita dengan ibu apa yang berlaku seharian di sekolah. Ibu merespon dengan baik. Itu yang menyebabkan saya rasa seronok bercerita. Ibu juga rajin bercerita dan jarang menyembunyikan apa-apa perkara daripada saya, melainkan perkara tersebut 'maha secret yang hanya disimpan oleh penyimpan mohor besar raja-raja' (hiperbola sungguh).

Namun apabila masuk ke KISAS, saya rasa sedikit kehilangan. Tiada lagi tempat untuk saya bercerita sepulangnya dari kelas melainkan jika saya menelefonnya. Tetapi jika diikutkan manakan sempat jika setiap hari saya ingin menelefonnya. Namun seingat saya, boleh kata setiap hari juga saya telefon ke rumah. Nasib baik telefon memang bersebelahan dengan dorm saya. Apabila abah dan ibu datang, mereka pasti akan membekalkan duit syiling yang banyak untuk memudahkan saya menelefon.

Apabila tiba di Jordan, walaupun tidak dapat kerap bertelefon, SMS menjadi rangkaian penghubung. Walaupun jauh, ibu pasti dapat mengagak sekiranya ada perkara yang saya sembunyikan dari pengetahuannya. Begitulah tajamnya naluri seorang ibu. Saya cukup terasa jika ibu berkata, ".. dengan ibu pun nak sorok.." Air mata boleh menitis kerana tidak sampai hati. Ya, saya tidak dapat menyembunyikan rahsia daripada ibu saya.

Ibu saya jadi orang pertama yang saya 'consult' ketika saya perlu membuat satu keputusan genting dan besar dalam hidup saya tidak beberapa lama dahulu.

Kini apabila telah dewasa, saya melihat semula kepada sepupu-sepupu saya yang masih kecil. Saya teringat nasihat ibu, "Masa anak tu kecil, biasakan bercakap dengan anak, anggap mereka macam kawan. Biarlah letih pun melayan anak bertanya di dalam kereta sepulang dari kerja, jangan sekali membantutkan percakapan anak-anak. Kerana ibu bapa sebenarnya adalah asas kepada pembelajaran dan kematangan pemikiran anak-anak. Jika dengan ibu bapa pun mereka takut bercakap, pasti di sekolah juga mereka pasif dan takut dengan guru dan rakan-rakan."

Moral of the story : Jadikan anak sebagai rakan. Begitu juga anak-anak, jadikan ibu bapa sebagai rakan. Borderless between us. Ya, inilah pengajaran berharga yang akan saya turunkan kepada anak-anak saya pada masa akan datang. Insyallah."<< (Ini ayat skema soalan ya. Saya hanya menurut perintah :p)

7:39 AM

Tag series #1 : Life lesson

Assalamualaikum


Untuk memeriahkan lagi SOL ni agar sentiasa bernyawa dan ceria ha, meh sini dengar wahai contributor sekalian. Saya nak nak melancarkan satu series yang diberi nama 'Tag series".
Berlainan sedikit dengan hal 'tag'-menge'tag' yang memang terkenal dalam alam blogging ni yang kebiasaannya tag orang blog
lain kan, yang ni kita tag SEMUA contributor SOL, buleh?

Ok, begini. Satu tag akan diberikan. Tag ni ada yang serius, ada yang kurang. Apa-apa pun setiap perkara dalam hidup kita kan pasti ada pengajaran. Buat masa ni, especially tengah-tengah saya rajin update blog, saya lah yang
buat soalan. Akan-akan datang, bila angin bayu lalu, meniupkan udara kemalasan dalam diri saya, orang lain bolehlah sambung pula okeh.


Untuk tag #1 ni,


"Ceritakan satu life lesson yang anda dapat dari ibu@bapa@ibubapa anda yang amat terkesan di hati dan peribadi seterusnya membuatkan anda rasa inilah antara pengajaran berharga yang hendak anda turunkan kepada bakal anak-anak anda pada masa akan datang."






Setiap sorang bagi satu je ok
Reason >> Ibu bapa kita memang banyak kelebihan, tapi banyak juga perkara yang tak mustahil lesson yang kita dapat tu sama dengan orang lain. Contoh, majoriti ibubapa ajar anak menabung, jaga kebersihan kan, kalau semua orang cerita benda yang sama, satu benda je lah yang kita dapat di akhir tag walaupun ceritanya berlainan. So, kita nak banyakkan life lesson untuk kebaikan akan datang (cewah) So, sorang satu ok. kalau rasa cite dia paling best, ape lagi send lah entry awal-awal. tak perlu panjang pun takpe, sampai kacau masa belajar, Kena tulah pulak karang.


Bila nak tulis entry tu, kat title sila tulis : Tag series #1 by (your name)


p.s: Sapa yang ada kelapangan untuk curi masa sket buat benda ni, ahlen. Sapa yang takde kesempatan, it's ok guys.

In life, there is no regrets - just lessons learned

7:36 AM

1 tahun 4 bulan


Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik, kejap sungguh masa berlalu, dari kanak-kanak riang bawa beg galas belakang yang bila jalan tak kisah orang hinggalah ke beg tangan yang bermacam-macam design.(Tapi tak smua yang pandai pakai handbag :) Pemukiman di ardu kinanah ni dalam diam tak diam hanya tinggal lagi 1 tahun 4 bulan je insyaAllah (sama-sama kita doa sungguh-sungguh keh!)

Lepas-lepas ni bila masing-masing dah kerja, ada life sendiri, yang balik kampung, yang migrate ke negeri/negara lain ke, blog ni tak tahu macamana nanti wallahu'alam. Tapi harapnya, andai ada masa, bolehlah kita sama-sama coret-coret kisah masing-masing. Macam Dr. Muui kita buat (kan kak? ;) barulah namanya School of Life. Sampai ke besar insyaAllah kita tetap bersama walaupun hanya di alam maya.

Saja nak post gambar KAUH, buatnya akan datang, tetiba rindu doktor-doktor, boleh tengok balik kat blog ni. Xde muka doktor, hospital pun jadilah. Tetiba datang satu idea, buat contributor-contributor SOL, jom kita amik gambar setiap hospital yang kita round and post kat sini? (Tag untuk semua ^_~ !)

Ok, start dengan KAUH dulu. KAUH ni nama jolokan, budak Melayu yang bagi. Kalau sebut KAUH kat budak Arab, maunya muka konpius yang kita nampak. batch-batch yang terawal MEP Jordan yang guna nama KAUH ni. Ringkas dan padat, senang nak sebut. Kalau orang Arab, selalu panggil Mustasyfa Malik Abdullah (KAUH yang ditranslate ke dalam bahasa arab. Lebih dekat sebutannya dengan lidah mereka)

KAUH atau nama sebenarnya King Abdullah University Hospital ni merupakan hospital utama untuk kami yang study di JUST (Jordan University of Science & Technology --> Kalau sebut JUST budak Arab tak konpius sebab diorang pun sebut sama)

Apa yang menarik KAUH ni?

Kalau as patient, biasalah, as tertier hospital, biasanya kes-kes yang berat di refer ke sini. Doktor hebat-hebat. Selalu kluar TV, yang tulis jornal lain. Makanan yang dihidang pun memang nampak sedap sangat, buah-buahannya antara yang mahal saya kira kalau kita banding harganya kat pasar. Yogurt dan brand air susu pun sama.

Kalau as student especially clinical student, kafe staff yang selalu kami serbu. Selain harganya yang memang murah berbanding kafe satu lagi di tingkat atas, makanannya juga sedap. Masa tahun 4 dulu, kalau nak masuk selalu buat muka bajet confident. Alhamdulillah, jarang sangkut dengan pakcik guard huhu. Sebab tahun lepas restricted to 6th year student sahaja selain staff. Tapi tahun ni, nampaknya asal kita pelajar klinikal insyaAllah takde masalah nak lepas. Kafe tingkat lagi satu yang terletak di tingkat 1 terbuka kepada orang awam. Tapi harga makanannya agak berganda jugalah mahalnya. Kadang terfikir, kesiannya ahli keluarga pesakit yang datang berziarah kalau nak beli makanan buat alas perut. Terpaksa berbelanja lebih dari sepatutnya kalau nak banding dengan makanan yang sampai yang jual kat luar.

Ok cite pasal belajar pula. Round di KAUH selalunya lebih kecut perut. Secara general, KAUH lebih strict dari segi masa, kedatangan mahupun evaluation ketika round. Maklumlah kan, kita memang student dia.

Satu perkara yang saya suka sangat dengan hospital-hospital di sini adalah alunan ayat-ayat suci al-qur'an yang lazim dipasang menjadi halwa telinga baik pesakit mahupun staf. Boleh kata, bacaan al-qur'an mudah untuk kita dengar di mana-mana - dalam wad, klinik, farmasi. Tenang. Suanana di Malaysia wallahu'alam. Tapi hospital yang pernah saya pergi, seingatnya, belum pernah dengar atau belum lagi menjadi satu kebiasaan. Andailah, budaya ni belum ada di Malaysia, jom buat nak bila balik nanti. Mudah-mudahan, kurang marah-marah masa kerja, kurang jerit tengking staf paling tidak pun sebab hormat dengan bacaan yang diperdengar. Yang sakit juga, moga-moga lebih dekat dengan pencipta. Yang bukan Islam juga, apa salahnya dengar, kalau terbuka hatinya macam sirah Umar, sapa tahu kan?

Ok, untuk sahabat-sahabat sebatch yang lain, mari kita kuatkan usaha. Jom jadikan baki pengajian yang ada, tahun terbaik dalam hidup kita di sini. Jangan lupa doakan kejayaan bersama ya. Bagi sahabat-sahabat yang lain juga, kakak-kakak, abang-abang (?) adik-adik, rakan-rakan sama juga. Moga kita beroleh kejayaan yang paling cemerlang buat kepuasan diri, buat negara dan ummah seluruhnya.

Yallah bye!