10:48 AM

Belajarlah untuk memberi harga

Apa itu harga??
Harga itu nilai. ‘Menghargai’ pula bermaksud kita seolah-olah kita memberi ‘nilai’ kepada seseorang. Sesuatu barang yang berharga mempunyai nilai.

Apa pentingnya 'menghargai' seseorang?
Apabila kita menghargai mereka yang berada di sekeliling kita atau dalam erti kata lain kita ‘meletakkan nilai’ yang wajar ke atas mereka, hal ini akan membuatkan mereka rasa dihargai dan rasa diri mereka penting dalam hidup kita. Perkara ini dilihat dapat mewarnai sesebuah perhubungan.

Apa yang perlu kita hargai?
Pertama sekali, kita perlu menghargai nikmat yang kita ada. Segala-gala yang ada di sekeliling kita merupakan nikmat. Semuanya bukan?? Ya, semuanya.. You name it, it will be everything
Nyawa, udara, ilmu, duit, makanan, rumah, laptop, handphone..
Banyaknya nikmat… Tidak terkira rasanya.

Siapa pula yang kita perlu hargai?
Pertama-tamanya tentulah ibu bapa bukan?

Di mana kan ku cari ganti,
Serupa denganmu.

Harga yang diletakkan ke atas ibu bapa tidak lah dapat terkira nilaiannya. Malah jika diganti dengan apa jenis harta sekalipun, sudah tentu tidak sama nilainya dengan kedua ibu bapa kita. 9 bulan ibu membawa kita ke hulu dan ke hilir Ke pasar, ke tempat kerja, ke mana saja kita membebani perut ibu selama 9 bulan itulah. Tidak cukup dengan itu, bila tiba 9 bulan, kita sudah tidak mahu untuk duduk terus dalam rahim ibu. Mula meronta untuk keluar. Kita terpaksa menyakiti ibu. Dinding vagina ibu kita tolak kerana tidak sabar lagi untuk melihat wajah ibu yang mengandungkan kita, wajah abah, wajah dunia.. Oh dunia.. lihatlah aku bakal keluar!!

Oh itu dia abah!!
Abah! I’m here, your new daughter! Cepat iqamah kat telinga saya abah…

Seorang lagi yang perlu kita hargai… Seorang insan yang bernama ayah

Abah, boleh tak bagi duit belanja lebih sikit hari ni??”
“Abah, boleh laa.. Hantarkan **** pegi rumah kawan tu…”
“Abah, datangla sini weekend ni, **** homesick ni..”
“Abah, ikan bilis dah habis, send la parcel.”

Banyak benar permintaan kita untuk seorang insan yang bernama ayah. Namun untuk setiap permintaan cuba kita hitung, permintaan mana yang ayah tidak dapat laksanakan. Kebanyakannya keinginan kita dituruti bukan?? Dari sekecil-kecil permintaan, sehinggalah sebesar-besar permintaan, semua ayah cuba untuk laksanakan. Cuma jika tidak dapat dipenuhi, tentu ada sebab tertentu yang kita tidak nampak mengapa ayah tidak dapat memenuhinya.

::Hargailah ibu bapa::

Siapa lagi yang perlu dihargai??

“Abang, tolong amik **** kat sekolah hari ni…”
“Ko tolong ibu masak hari ni ya. Akak ada hal”
“Adik, tolong amikkan beg akak kat dalam bilik”

Untuk setiap tutur di atas, kita lafazkan pada insan lain di rumah yang perlu dihargai. Tidak dinafikan, boleh kata hari-hari kita bergaduh dengan adik-beradik kita. Tapi sungguh, air dicincang tidakkan putus. (In fact, air hanya putus kalau kita tak bayar bil). Semasa pergaduhan, kita akan rasakan, alangkah baiknya kalau dia tiada di depan mata! Jika di zaman kanak-kanak, gigi menjadi senjata utama. (Lawak pula bila teringat budak-budak kecil). Pantang geram, cari saja betis atau lengan lawan, lantas digigit. Kejam betul macam piranha. :p

Tapi kini, segalanya berubah. Kita semakin belajar bagaimana nak menghargai adik beradik. Hidup kita diwarnai oleh mereka. Tanpa mereka, kita mungkin sunyi bertemankan hanya teddy bear saja di rumah. Teringat satu ketika dahulu, ketika saya bergaduh dengan abang. Saya mengadu pada ibu dan berkata, “Menyampah la abang tu, kalau tak balik asrama lagi baik!”

Ibu lantas bijak memadamkan api kemarahan saya dengan nasihatnya. Kata ibu, “**** ada sorang je abang. Esok kalau abah takde, abang juga yang kena jadi wali masa kahwin nanti.” Saya lalu tersedar. Kata-kata tadi tak sepatutnya saya ucapkan terutamanya bila mengenangkan betapa besarnya tanggungjawab abang terhadap adik-adiknya nanti terutamanya bila ibu bapa sudah tiada.Saya menyesal dan terus menarik kembali apa yang saya katakan sebentar tadi.

Adakah kita menghargai adik beradik kita??


::Hargailah adik beradik::

Siapa lagi??
Cuba lihat sekeliling kita. Siapa yang ada bersama kita sekarang? Siapa yang sedang study di bilik sebelah? Siapa yang sedang menyapu tu? Siapa yang memasak di dapur tu?
Pendek katanya.. Siapa yang menemani kita sekarang? Siapakah dia yang hadir lalu membuatkan diri kita tidak keseorangan?

K.A.W.A.N

Kita selalu kata bahawa kita menghargai ‘mereka’. Pada hal kadang kala secara tidak sedar, kita selalu ‘demand’.

“Kalau lah aku ada kawan yang sangat bijak…”
“Kalaulah dia tak macam tu…”
.. dan bermacam-macam kalau lagi kita biasa ungkapkan.

Ungkapan seperti di atas jelas menunjukkan kita sebenanya ‘demand’. Kita tidak menghargai apa yang ada pada sahabat kita sekarang. Kita ‘deserve’ lebih dari apa yang kita ada. Tidak bolehkah kita cukup bersyukur dan menerima rakan yang kita ada sekarang? Terima kelemahan yang dia ada. Beri tunjuk ajar atau nasihat atau lakukan apa saja sebagai melaksanakan tanggungjawab kita sebagai rakan. Bukankah kita dicipta untuk saling mengenali, tolong-menolong dan melengkapi?

:: Hargailah kawan ::

Lagi , lagi dan lagi??

Hargailah SEMUA yang berada di sekeliling kita. Baik manusia mahupun binatang mahupun segala benda sama ada kita nampak atau tidak. Secara tidak langsung, apabila kita menghargai, ia turut mengajar kita untuk BERSYUKUR.

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya akan aku tambah (nikmat) kepadamu. Tetapi jika kamu mengingkari, maka sesungguhnya azab ku sangat pedih” (Ibrahim:7)


Lightofvictory

8.04pm,14 Mac 08