Sungguh ukhwah itu terlalu indah,
Dalam kesibukan, kadangkala ia pudar,
Kembali ceria pabila kita bersama,
Sahabat, semoga kita berjaya,
Mengharung cabaran di hari muka...
Tanggal 20 Mac 2008, hari Khamis yang lalu, kami (batch 2004) dapat meluangkan masa berehlah bersama. Kami memilih Kota Dekapolis Jerash sebagai destinasi. Meskipun ada antara kami yang telah menjejakkan kaki ke Jerash 4-5 kali, namun manakan sama rehlah pada kali ini apabila kami semua dapat berkumpul bersama. Kami semua seramai 13 orang (kecuali Putri, Alia dan Sumi yang tidak dapat pergi bersama) bertolak pada jam kira-kira 8.00 pagi menaiki bas dari Mujama' Amman dan tiba di Jerash kira-kira 40 minit selepas itu. Kami memilih 'port' untuk berkelah. Jika di Malaysia, pastinya kawasan-kawasan di tepi sungai atau laut menjadi pilihan. Namun jika berada di JOrdan, memadailah bunga-bunga yang sedang mekar di sekeliling yang menjadi penyejuk mata kami yang berkelah di situ.


Banyak juga makanan yang dibawa. Semua orang pegang satu benda/lebih. Lantaklah makcik dan pakcik arab ni nak kata apa.. Antara menu pada pagi itu; nasi lemak, pai, cheese cake, apam gula hangus, karipap, quinchi (correct me plz), pop corn dan air sirap. (ada yang miss x??). Alhamdulillah sungguh mengenyangkan.

Selepas perut diisi, kami meneruskan perjalanan untuk menjelajah Kota Jerash tersebut. Cuaca begitu terik tidak kami hiraukan. Meriah bergambar bersama, kalau boleh setiap saat tidak mahu terlepas untuk diabadikan dalam kamera. Antara shot-shot menarik turut disertakan di sini.

