"Abah, you sweat a lot lah lately. Pergi buat medical check-up kat spital?"
Dalam cuak-cuak kuku, (maksudnya macam suam-suam kuku) aku memulakan perbualan dengan abah petang tu dalam kereta depan kedai-kedai runcit sementara tunggu mak amik barang kat Cosway (tang mak amik barang kat Cosway ni fiction, tak ingat kat depan kedai mana sebenarnya) Cuak sikit nak cakap dengan abah bab-bab serius ni, macam bendahara nak menghadap sultan. Kena tertib gitu. Lagi-lagi mak dah
"Eh, mana ada (ma tu ditekan-tekan sket bunyinya). Sape cakap abah peluh. Biasa lah orang kuat, cergas. Memanglah peluh."
Haha kerek sungguh bunyinya. Boleh tahan.
"Mana ada abah bangun buang air malam-malam. Malam tido je lah."
"Mak yang kata ada. Takkan tak pernah langsung?"
Abah diam. Lama jugak. Aik, silap cakap atau tersalah intonasi ke. Tak sedap hati pulak aku dibuatnya. Bila dapat lecture dari anak sendiri memang tak semudah yang disangka untuk kes aku lah. Atau lebih tepat lagi, bukan senang nak lecture ibu bapa sendiri berbanding patient kat hospital.
Tik..tok..tik..tok..
Masa terus-terus berlalu.
"Selalu kalau orang peluh banyak ni kenapa?"
Tiba-tiba abah memecah suasana. Yeah! jarumku sudah masyuk. Serba salah juga nak cakap as dalam case macam abah, umur 50+, ada darah tinggi, agak overweight, cepat dahaga tapi suka minum air gas pulak tu lagi, excessive sweating lately, cepat penat. Em, diabetes? Dah la abah ni takut hospital. Nak cakap ke, dah lama pendam ni. Kali ni nak buat parental counseling bleh? Lantas dengan agak kejam, aku pun cakap,
"Macam-macam boleh. Selalunya diabetes, heart problem..."
Sengaja aku tekankan macam-macam tu.
Abah diam lagi. Aih.. niat di hati bukan nak menakutkan abah. Tapi sebab memang ikutkan nak 'paksa' abah pergi juga medical check-up. Dah
Perbualan terhenti di situ. Instict kata macam agak hampeh jugaklah sesi counseling kali ni. Tak jaga psychology patient sungguh. Lagi rasa nak menakut-nakutkan ditambah unsur-unsur paksaan.
KESEDARAN
Memang kita sedia maklum, tahap kesedaran masyarakat di negara-negara membangun terhadap kesihatan memang jauh kedepan. Search sahaja di internet, banyak patient information centre/page yang kedapatan. Sampaikan kita boleh tengok perbezaan dalam medical-based series sendiri seperti House, ER, Grey's Anatomy yang lagak mereka terkadang mengalahkan ahli perubatan! Lakonan mereka nampak hidup dan bernyawa. Macam real doctors, real patients. Mereka lebih berminat untuk ambil tahu dan bertindak jika ada yang tidak kena baik pada diri mereka mahupun ahli keluarga. Untuk bersikap denial, itu mungkin cerita lama.
Namun, tidaklah dinafikan, ramai juga masyarakat Malaysia yang sebegitu. Tetapi, masih
"Ish, tak nak lah. Bukan ada ape pun"
"Alaa, kalau nak mati, bila-bila pun boleh mati."
"Lebih baik tak tahu dari tahu. Takut!"
DENIAL
Kenapa kita takut? Mungkin sebab kita rasa lebih tenang hidup tanpa tahu yang sebenarnya kita punya penyakit dalam badan. Tak perlu risau sebab kalau sah-sah tahu memang ada penyakit ni macam nak cakap dah nak mati pula. Betul tak? Isu mentaliti lah tu.
Tapi, bagi saya sendiri, sebenarnya kita tahu bila kita rasa kurang selesa kalau ada tanda-tanda yang luar dari biasa. Lagi-lagi kalau dah meningkat usianya. Kalau dulu, kita tak selalu buang air sangat, tapi lately kalau asyik keluar masuk tandas selang setengah jam, sapa yang larat? Kalau dulu, kita mampu jalan jauh berbatu-batu, tapi tiba-tiba nak naik tangga yang setingkat pun dah rasa semput, nak tak nak mesti terdetik jugak kat hati. Tapi selalunya kita cakap apa?
"Ah, biasalah dah tua-tua sikit. Memanglah. Takde apa-apa lah."
Bunyinya lebih kepada ayat penyedap hati dan telinga. Senang, habis cerita. Tak nak tipu pun, aging process is one big thing. That's nature. Tapi yang kita nak cakap kat sini mainly hal yang agak tiba-tiba. Yang kalau kita tengok rakan sebaya kita takde lah seseksa macam tu.
THE POWER OF KNOWLEDGE AND EDUCATION
Teknologi memang membuka mata dan minda. Syukur! Tanpa teknologi langkah kita pasti agak terbatas. Mana nak tengok sendiri kepakaran orang dan kemajuan orang lain kalau tak ada ribu riban dalam poket. Nak-nak, dengar ajelah kalau ada antara saudara atau kawan-kawan yang melancong balik bercerita. Tapi, alhamdulillah dengan kemajuan internet masa kini, macam negara kita boleh 'pergi' dan 'tengok' sendiri. Hanya dengan hujug jari. Untung kan?
Point paling penting - mendidik masyarakat dengan ilmu kesihatan secara lebih agresif. Mendidik di luar hospital dan klinik. Mendidik masyarakat agar tidak takut dengan doktor dan perawat. Mendidik masyarakat dengan ilmu pencegahan. Mendidik masyarakat dengan kesedaran kerana kebanyakan penyakit yang biasa tetapi kronik sepanjang hayat seperti hypertension dan diabetes mellitus adalah penyakit yang mampu dielak dengan kesungguhan dan tabiat. Dan mendidik masyarakat dengan kesedaran merawat sebelum parah. Seek for help. Kebanyakan penyakit yang biasa bersifat reversible pada peringkat awal. Macam terlajak perahu boleh diundur. Tetapi, jika kita lengah dan berdolak-dalik, ia jadi macam terlajak kata yang buruk padahnya!
Itulah dia. Nak cerita. Susah tak susah, besar tak besar tanggungjawab. Bak kata junia,
"Lepas ni kita kena buat macam rancangan The Doctors kat Malaysia pula"
"sengih*
Betul tu!
“Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.”
(Hadis Riwayat Ahmad)