12:47 PM

(sambungan) Rakyat Malaysia sopan, tetapi tidak ketika....

Bismillah

Seperti yang tertulis pada tajuknya, entry ini adalah sambungan entry sebelum ini yang saya tinggalkan dengan persoalan.


Oh, tiada kaitan dengan drama bersiri 'Nur Kasih' yang tiada seorang pun mengaku menjadi 'die hard fan' di sini...hehe. maaf ye encik Munir.

Tiada juga kaitannya dengan iklan "Rakyat Malaysia sopan, tetapi tidak ketika memandu"

Bukan juga berkait dengan entry cik kilah tentang etika, akhlak dan kesopanan pelajar-pelajar Malaysia dalam dan luar negara yang ditulisnya sebelum ini.

Tetapi....

Entry ini ada juga kaitan dengan cik kilah- the story keeper n teller... setelah beberapa kali saya di'push' untuk menulis sesuatu tentang doktor kegemaran kami ketika menyempurnakan 'elective course' di Malaysia beberapa bulan lalu. (kilah kena belanja ni)

Buat cik persatuan kedua- YB AinShams, mohon maaf, permintaan anda yang hebat itu tidak dapat saya tunaikan di dalam entry ini. (jangan suruh kita belanja YB pulak)



MORE TO THE EAST

Khamis lepas, selepas kami pulang dari melawat Tuan Presiden yang ditahan dalam wad, saya dan cik persatuan pertama- mantan YB Fez terserempak dengan 2 orang kawan kami yang sekarang sedang menjalani rotation Surgery- Israa, dan Suaad. Bertegur sapa seperti bertahun tak berjumpa. Dalam sembang-sembang kami di depan klinik Paediatric KAUH, saya tertangkap satu perbualan antara Cik Fez dan Israa. Saya tidak pasti bagaimana isu itu timbul pada mulanya, tapi yang saya pasti ia ada kaitan dengan isu hubungan doktor pakar dan doktor-doktor resident (tahap MO/ HO) dan cara mereka dilayan ketika 'ward round' seharian.

Cik Fez membalas,

"You know, in our country, it is much more worst than here. In the ward round, if the specialist did not satisfy with any of the resident's work or there was any mistake in the plan management written by residents, he will just fling the patient's file in front of the doctors and patients". Sooo harsh, and sooo... embarassing

Dan Cik Israa membuat satu kesimpulan,

"It seems like the more you go to the east, the more worser the situation. You see, specialists and doctors in the west, they may not have such experience. Here, in middle east, it is so-so, you may have but not that harsh, but in your country, it is frequent and regular" (hampir begitulah katanya)

We all burst into laughter.




KITA BEGITUKAH NANTI?


Doktor dimarahi di hadapan pesakit. Fail dicampak kalau tak puas hati. Pakar selalu tinggikan suara.

Saya tertanya-tanya sendiri, timbul pula takut dalam hati. Bagaimana keadaannya apabila saya menjadi pakar atau consultant yang cuba memantau doktor-doktor pelatih dan pegawai perubatan melaksanakan kerja? Bukan berangan, belajar pun belum habis ye, tetapi saya cuba untuk meletakkan percaya dalam diri untuk berjaya. Berjaya dari sudut akademik dan profesion yang diceburi, bagaimana pula berjaya dalam mendidik diri dengan sifat terpuji, dalam keadaan saya nanti seorang yang berada pada pangkat yang tinggi? Sombongkah saya agaknya?




Saya mungkin berat sebelah jika hanya menuding jari kepada mereka yang berada di atas, pakar-pakar dan para consultant yang tahu mengherdik dan memarahi doktor-doktor di bawahnya, tanpa saya mengambil kira kemungkinan-kemungkinan mereka terpaksa bertindak demikian- tekanan kerja, bosan dengan kesilapan yang sama diulang oleh HO/MO, sebagai satu cara mengajar, atau memberi peluang doktor-doktor yang masih baru merasai apa yang mereka pernah rasa semasa berada di bawah. Saya kurang pasti.



Tetapi saya juga tidak dapat bersetuju sepenuhnya dengan tindakan seumpama itu, memalukan doktor di depan pesakit, mengherdik dan memarahinya dengan suara tinggi bukanlah cara terbaik membangunkan doktor-doktor yang berkualiti.

Mereka yang selalu dimarahi mungkin akan cuba memandang dari sudut positif, lalu cuba membaiki diri. Lain pula dengan mereka yang akhirnya bertambah-tambah tertekan dengan situasi yang perlu dihadapi hari-hari, maklumlah mungkin sukar untuk bertenang sejenak, dan cuba berfikir positif, andai bebanan kerja seharian melambak-lambak, cuba diselesaikan sesegera dan sebaik mungkin, namun akhirnya, kata-kata marah dan tidak puas hati pakar yang diterima. TERTEKAN!

Mungkin betullah kata-kata orang- pesanan daripada seorang doktor buat graduan sekolah perubatan- KELUAR MULUT BUAYA, MASUK MULUT HARIMAU (ada beza ke...?)

Akhirnya siapa yang akan menjadi DOKTOR yang SUKA MENJADI DOKTOR... dan BENAR-BENAR ENJOY DENGAN KERJANYA? (saya nak angkat tangan, tapi takut...takut dengan realiti yang bakal saya hadapi)





REALITI HARI INI


Itu realiti hari ini. Saya yakin ia tidaklah hanya berlaku di dalam hospital atau pusat-pusat perubatan yang di dalamnya ada doktor-doktor pakar, dan doktor-doktor 'permulaan'. Tetapi realitinya, sesiapa yang Allah beri rezeki lebih untuk berada di atas tangga yang tinggi daripada orang di sekelilingnya, mereka senang lupa diri. Menteri-menteri, YB-YB, CEO, Pengurus Syarikat malah mungkin mereka yang bergelar Pengetua dan Guru Besar.


Itu ujian Allah. Ujian nikmat namanya. Ramai juga yang tersungkur apabila dibentangkan nikmat sebegitu rupa. Mungkin rasa diri dah hebatdan pandai semua, terlupa siapa yang beri nikmat kehebatan dalam dirinya. Mungkin rasa diri sudah punya segala, terlupa Yang Maha Kaya berhak menariknya bila-bila masa. Apa yang pasti saya tidak mahu tergolong dalam golongan ini.




ARROGANT DOCTOR

Sombong? Rasa diri hebat?
Tak kemana kita kalau Allah dah tarik semuanya.

Saya teringat kisah Cik Kilah tentang watak seorang doktor dalam novel medik yang dihadiahkan oleh ibunya setahun lepas.

Doktor ini bukan sebarang doktor. Doktor pakar bedah yang sangat hebat. Tapi, itulah... sikapnya yang arrogant, sombong dengan pencapaian membuatkannya senang memandang rendah pada orang lain dan memarahi sesiapa yang dia tidak puas hati.

Sampailah hari tuanya... ketika nikmat yang banyak itu Allah tarik semua. Doktor hebat ini disahkan menghidap Alzheimer- penyakit nyanyuk yang beransur-ansur progressionnya disebabkan otak yang semakin mengecut (brain atrophy).

Allah tunjukkan bahawa dia tidak punya siapa.. Sikapnya yang dahulu suka memarahi orang, sombong dan rasa diri hebat menyebabkan ramai yang menyimpan perasaan kurang senang dan membencinya. Akhirnya, dalam keadaan nyanyuk sebegitu dia dibiarkan keseorangan....

Ambillah pengajaran...

Mengherdik, memarahi, memalukan orang di hadapan khalayak bukanlah sikap yang baik untuk dicontohi. Bukankah Nabi SAW pernah bersabda :


“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling mulia akhlaknya” [HR Ahmad]


“Tidak ada sesuatu yang paling berat timbangan orang Mukmin di akhirat nanti daripada akhlak yang mulia” [HR Tirmidzi]





DOKTOR KOW


Apa kaitan doktor ni dalam entry kali ini? Tunggu sehingga habis cerita.
(Kalaulah dia tahu yang kami menulis tentang dia)

Dia doktor kegemaran kami. Walaupun hanya 2 minggu berada dalam posting Internal Medicine di wad medikal wanita Hospital Kajang, namun sudah cukup untuk kami mengagumi doktor pakar muda itu. (Slack dia bukan Islam je... ).

Banyak kisah kami tentang dia. Ada yang telah diceritakan oleh Cik Kilah -the story keeper dalam entry-entrynya sebelum ini. Kali ini biar saya pula bercerita.... 1 story per entry.

Seperti biasa, lebih kurang jam 9 - 9.30 pagi kami akan mengikut ward round yang diketuai oleh Doktor Pakar Perubatan Klinikal- Dr Kow Kiet Siong bersama-sama doktor-doktor lain dan jururawat-jururawat yang bertugas di wad perempuan. Hari itu kami bermula di 'Acute Cubicle'- Cubicle yang menempatkan pesakit-pesakit untuk jagaan rapi- seperti ICU.

Sampai kepada seorang pesakit COPD, doktor pakar tersebut melihat fail peribadi pesakit. Terkeluar satu helai kertas halus dan panjang- Arterial Blood Gas Result.

Dr. Kow : What is this?
(Dia menyuakan kertas kepada saya)

Alamak, gelabah la pulak.. dub3.

Saya tak pasti sama ada saya melihat kepada bacaan pH-nya atau tidak, tetapi saya memang tak dapat 'recall' bacaannya

Saya : Respiratory Acidosis, doctor
(saya melihat kepada bacaan PaCO2 yang tinggi)


Dia mengambil kembali kertas result itu dan menelitinya.

Dr. Kow : This is a mixed respiratory acidosis and metabolic alkalosis (atau dalam kata lainnya- respiratory acidosis compensated by metabolic alkalosis)

Dia membetulkan jawapan saya. Saya mengangguk, hormat. Tetapi dalam hati saya rasa kurang senang. Jika saya tidak silap nilai PaCO2 memang melebihi paras normal, tetapi nilai [HCO3] masih dalam lingkungan normal (pada pandangan saya), atau mungkin saya yang masih keliru dengan ABG data Interpretation yang telah saya pelajari? Saya berfikir sejenak, sementara menunggu doktor menerangkan sesuatu kepada house officers yang ada, saya merangka soalan untuk diajukan.

Doktor mula menapak langkah ke katil pesakit seterusnya.

Saya : Excuse me, doctor. How did you interprate this to be a mixed respiratory acidosis and metabolic alkalosis?

Saya memulakan pertanyaan

Dr. Kow : You check the PaCO2, it should be higher than normal, and the value of [HCO3] is also higher than normal

Saya : But doctor.... the value of [HCO3] in this case, doesn't it fall within normal?

Doktor MO di situ cuba memeriksa semula normal range untuk [HCO3] yang tertulis di dalam kertas keputusan ujian yang lain.

Dr. Kow : Owh, yes. It is within normal range. So, yes it is respiratory acidosis.

Doktor melihat kembali kertas keputusan ujian tersebut, dan dalam keadaan tidak disangka-sangka dia menuturkan

"Sorry for my mistake".

Saya mengangguk.

*sigh*

SORRY FOR MY MISTAKE.
Memang seorang yang rendah diri.

Bukan mudah untuk seorang Pakar Perubatan meminta maaf atas kesalahan. Berada dalam keadaan betul atau salah, dia perlu mengakui kebenaran. Bila saya fikir kembali, doktor yang bertaraf pakar tersebut boleh sahaja memilih untuk tidak meminta maaf, sebaliknya dia boleh memanipulasi interpretation yang ada. contohnya..

"Yes, it is respiratory acidosis, but the level of [HC03], though it falls within normal range, it is increasing, meaning there is a compensatory mechanism is working. It would turn to be respiratory acidosis and metabolic alkalosis sooner as the compensation takes place"

Dia boleh sahaja menyusun ayat sebegitu, supaya anak muridnya ini faham mengapa jawapan anak murid ini yang sepatutnya betul pada awalnya boleh disalahkan atau dimanipulasikan.

Dia bukan doktor pakar tipikal. Kesalahan plan management yang dibuat oleh house officers tidak dibalas dengan tengkingan atau makian seperti "Is this what you learned in your medical school??" atau "useless houseman!!". Tetapi dia menegur mengikut caranya. Mengajar apa yang mereka lupa, membetulkan apa yang mereka salah. Caranya memang masuk dengan doktor-doktor yang ada di situ. Hasilnya, saya lihat, tiada seorang pun house officers yang rasa tertekan bekerja di wad tersebut. Mungkin ketika ramai pesakit, itu menambahkan beban, namun tanpa makian dan maki hamun, tekanan mungkin berkurangan.

Agak-agak boleh tak semua doktor pakar pun berperangai macam tu....?
Lebih-lebih lagi mereka yang BERAGAMA ISLAM dan mengaku HAMBA TUHAN



MEDICINE IS ALL ABOUT ATTITUDE


Doktor bukan dipandang hebat hanya dengan ilmunya, bukan dipandang gah hanya dengan kot putihnya, bukan dipandang tinggi hanya dengan jawatannya, tetapi apa yang lebih daripada itu, doktor dipandang mulia kerana akhlak, etika dan jiwanya yang BERSIFAT MANUSIA.... dan seorang HAMBA walau setinggi mana pencapaiannya.


Maaf, jika tajuk tidak sesuai dengan isu yang saya timbulkan
Saya hanya cuba mengingatkan diri, supaya jangan lupa diri apabila diberi peluang 'berada di atas' nanti....


Wallahua'lam