10:45 AM

Sedihmu sedih kami juga....

Bismillah

Pulang daripada meraikan sambutan ulang tahun seorang sahabat (junior), Farah mendapat panggilan daripada Faezza. Kedengaran tangisan dalam suara di hujung talian. Wajah Farah berkerut. Saya berdebar. Saya membuat muka bertanya tanpa suara. Farah menjawabnya melalui gerak bibir, juga tanpa suara, masih melayan esak sahabat di talian. Saya menangkap apa yang dituturkan Farah. Benarkah....? Terus terbayang wajah Hetty dan ibunya serta merta.. Ya Allah, kuatkan sahabatku ini.....


Maaf, tak dapat tulis panjang-panjang. Tak terbendung air mata mengenangkan sahabat di Malaysia. Hetty, maaf, kami tiada di sisi. Namun doa kami mengiringi.

Saya yakin, ibunya telah pergi dengan meninggalkan zuriat yang soleh solehah yang akan mendoakannya di alam sana. Hetty salah seorang daripadanya, yang akan menyambung pahala yang tidak akan terputus sehingga berjumpa kembali di akhirat nanti. Ameen, Ya RabbalAlamin..


Semoga tempat persinggahan almarhumah ibumu adalah salah satu taman daripada taman-taman syurgaNya.

Doakan Allah merahmatinya, dan memberi kekuatan bagi sahabat kita menghadapinya.

Ingat, Hetty, Allah sangat menyayangimu....


Al-Fatihah