7:09 AM

Coretan tahun baru

Assalamualaikum buat semua yang sekarang pastinya sedang tekun membaca artikel ini.


Apa khabar? Lama rasanya tak menjengah blog ini apatah lagi tampil untuk menyalurkan sesuatu yang bermanfaat buat orang lain. Alam pekerjaan yang baru bermula benar2 mengubah persepsi terhadap kehidupan. Tanggungjawab yang semakin besar dan kesuntukan yang mencabar keimanan terasa seperti ada batu yang sentiasa menggalas di bahu. Moga diberi kekuatan olehNya untuk menghadapi semua ini.

Lantaran kesibukan membuatkan saya terlupa akan perkembangan sekeliling. Selang sehari kejadian barulah saya tahu akan kemangkatan YDP N9. Selang sehari kejadian juga baru saya tahu akan apa yang terjadi di Palestin.


Apa yang berlaku di Palestin benar2 membuatkan saya tergamam. Terus teringat akan seorang rakan yang sedang bekerja di Jerusalem. Pasti kehidupannya lagi sibuk dalam urusan untuk menyelamatkan saudara seagama. Bagaimana untuk menghadapi beribu-ribu pesakit dalam masa yang singkat. Lupakan sejenak mengenai isu sterilization, safety precautions, dsb. Menyelamatkan dan membantu pesakit lebih penting buat masa ini. Moga Allah membalas jasa mereka dalam membantu para pejuang Islam untuk terus bertahan menentang kekejaman Israel laknatullah. Amin.

Hari ini saya menerima seorang pesakit cilik yang baru dilahirkan. Fizikalnya terdapat kecacatan. Complete cleft palate and cleft lip, hypotolerism, low set ears. Radiologically, holoprosencephaly. Suspected Patau syndrome (trisomy 13). Sangat kasihan bila melihat si cilik yang baru melihat dunia terpaksa bersusah payah menghadapi ujian di usia yang terlalu muda. Apatah lagi bila berhadapan dengan ayah dan ibunya. Airmata menjadi saksi kesedihan mereka. Bapanya nampak tenang, tapi dalam hati siapa yang tahu. Semoga mereka tabah dengan ujian ini.


Berhadapan dengan pesakit cilik ada yang seronok dan ada yang sedih. Seronok dapat melihat perkembangan kesihatan mereka dari ke hari. Sedih bagi yang menghidapi penyakit kronik dan complicated. Tetapi dalam banyak2 cabaran, paling menguji adalah sesi blood taking. Kalau orang besar memang senang. Tapi bagi kanak2 memang menguji kesabaran. Kadang2 sampai 2-4 orang mengerjakan seorang bayi. Lebam, kesan cucukan jangan ditanya, memang banyak. Lagi2 bayi. Kasihan memang kasihan, tetapi demi kebaikan mereka, perasaan perlu diketepikan. Tak sampai hati rasanya untuk datang bercakap dengan ibu mereka : "Maaf ye ibu, kita nak ambil bayi untuk nak ambil darah". Entah yang ke berapa kali, si ibu melepaskan dengan berat hati, terpancar dari riak mereka.

"Doktor, anak saya boleh selamat ke? Macamana keadaan dia sekarang"


Tergamam saya. Tak tahu nak cakap apa. Kalau ok dan stabil, takde masalah. Kalau yang tak ok tu, tak sampai hati nak cakap. Setelah belajar daripada senior skill untuk bercakap dan berhadapan dengan ibu bapa pesakit cilik, barulah saya tahu bagaimana. Orang memandang tinggi terhadap seorang yang bergelar doktor. Kepercayaan yang diberikan oleh mereka memang kadang2 tak mampu untuk ditanggung. Kita hanya mencuba yang terbaik, Allah yang menentukan segalanya.

Perjalanan saya baru bermula untuk mengenal kehidupan yang sebenar, berdikari sendiri, merancang masa depan sendiri agar lebih teratur. Namun, siapalah saya untuk hanya memikirkan diri sendiri, kerana kehidupan kita juga untuk orang lain. Moga2 saya dan rakan2 diberi kekuatan.

Sekian coretan ringkas yang dapat dikongsi.



Salam tahun baru Maal Hijrah 1430

Salam tahun baru 2009

Salam
jihad buat para pejuang Islam di bumi Al-Quds

Salam perubahan ^^