assalamualaikum adik2 n kawan2 d tahun 5,
Bismillah
Saya ada hal penting, dan saya memerlukan jawapan kepada persoalan saya dengan segera, tak bersabar, maka...
saya : BUZZ !!! (kuat bunyinya)
Tunggu... dia dah tertidur mungkin.. takpe tunggu lagi
*** is typing a message
*** : tau x.. kalau orang buzz kan, rasa macam orang tu kata, "woi"..
***: terkejut maaa....
saya : (ketawa dan minta maaf)
Hmm... pengajaran- jangan buzzing kalau orang tak suka.. Bagilah salam.. ahsan.
Terima kasih atas peringatan.... sob3..
Lecture On diary
Bismillah
Hari ini 7 Januari. Entry pertama 2010 dalam blog kami. Seperti tidak menyambut tahun baru pula.. Ada entry yang masih pending berkenaan program Way Towards Future 2010 yang masih belum diselesaikan.
20042010
Bila teringat semula, saya tersenyum sendirian. Kali pertama menerima kad pelajar, no bermula dengan 2004 diikuti dengan 2010. (200420102**) Saya betul-betul menyangka 8 nombor pertama dalam kad pelajar adalah tahun bermula dan tahun akhir pengajian. Excited dan semangat sendiri, sehinggalah ada sahabat yang memberitahu no 2010 itu adalah no kod kursus perubatan di universiti kami. Laa... perasan rupanya. Tapi saya tetap menganggap no 20042010 seolah-olah menyokong kami yang yang bakal menamatkan pengajian Jun 2010 nanti, insyaAllah.
Jika enam tahun lalu, ketika baru melangkah ke tahun satu sekolah perubatan di sini, saya merasakan tahun 2010 sangat lama untuk dinanti. 6 tahun penantian.. Terfikir juga kadang-kadang, sempat ke ye sampai ke tahun itu? Bagaimana pula kami di tahun akhir?
2010
Bukan tidak percaya. Pejam celik pejam celik, hampir 6 tahun kami di sini berhempas pulas. Bukan semudah yang disangka. Saya yakin semua sahabat saya sepenuh hati merafa'kan kesyukuran sehingga mampu berada di tahap ini. Semuanya dengan bantuan Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Pemberi segalanya.
Saya yakin, setiap langkah yang bertapak dalam hidup saya, jatuh bangun saya, kegembiraan mengecap kejayaan, semuanya atas rahmat Allah Yang Maha Mengetahui segalanya. Apalah ada dengan saya yang ilmunya hanya seperti setitis air jika dibandingkan dengan ilmu Allah yang selautan malah lebih lagi luasnya, tiada batasan.
Jika tidak percaya, buktikan yang anda sekarang bukan sedang duduk di atas bumi ciptaanNya, meneguk setiap rahmat dan nikmatNya hatta nikmat kejayaan menjadi seorang yang bijaksana.
Buktikan yang anda dapat memahami ilmuNya tanpa izinNya.
Buktikan, andai anda rasa tiada kaitan kita diperingatkan untuk sentiasa mengaitkan bidang yang kita ceburi, kejayaan yang diperolehi, kebijaksanaan yang dimiliki, dan pengalaman seharian serta motivasi- dengan rahmat dan kasih sayangNya.
Saya tak mampu dan tidak mahu berfikir untuk berada di luar rahmat Allah.
Ikutlah anda bagaimana, jika anda mampu buktikan apa yang saya utarakan, hiduplah dalam keadaan bagaimana sahaja yang anda suka.
PERCAYA DAN BERJAYA- Percaya untuk berjaya
Menarik rakaman video temuramah MHI tentang hijrah ini. Ustaz Hasrizal sebagai tetamu jemputan membawa contoh yang sangat berpatutan dan sangat berkesan. Kejayaan menawan kota Constantinople pada tahun 1453M oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya DIMULAKAN DENGAN RASA PERCAYA yang tertanam dalam diri orang mukmin ketika Rasulullah SAW menjanjikan kejatuhan kota Contanstinople itu ke atas tangan umat Islam lebih 800 tahun sebelum ianya menjadi realiti. 800 tahun! 'BERJAYA' yang dimulakan dengan 'PERCAYA'
Umat Islam ketika itu percaya sebelum melihat kejayaan tersebut, dan mereka bekerja untuk melihat apa yang mereka percaya. Walaupun dalam tempoh 800 tahun !
Percaya untuk berjaya, satu cara kita bersangka baik denganNya yang Maha Penentu Segala.
Saya nasihatkan anda tonton rakaman temuramah tersebut, percaya untuk berjaya dan berubah untuk menjadi manusia yang HEBAT, kerana syurga tempat manusia biasa yang berusaha luar biasa. Ingat, sebab saya selalu terlupa.......
2010
Tahun graduasi saya dan kawan-kawan yang akan tamat Jun ini. Saya yakin ramai yang tidak mahu berhenti setakat gelaran doktor yang dimiliki. Doakan saya pergi lebih jauh lagi, moga-moga niat demi ummat dan agama yang dicintai. InsyaAllah
Doakan, class of 2010! Doa seseorang untuk saudaranya pasti dikabulkan, dan semoga anda mendapat sama seperti yang anda doakan untuk kami, malah lebih lagi.. ameeen
All the best , semua!
Wallahua'lam
Lecture On diary, fikir, Motivation