Satu pagi di wad pembedahan kanak-kanak,
"Assalamualaikum, sobahulkher Umm Salma. Keif halik?"
"Ya Hala, sobahunnur. Alhamdulillah meni7"
Kabaran pagi dijawab dengan ceria oleh Umm Salma, ibu kepada Salma (nama pun Umm Salma, ulang-ulang pula saya). Salma telah 3 hari bermastautin di Hospital Rahmah setelah menjalani pembedahan membuang Cystic Hygroma.
Borak-borak lagi dengan Umm Salma, mula dengan khabaran pagi, tidur malam tadi nyenyak ke etc. Sambung lagi, dia tanya tentang study, tentang kehidupan di Jordan, kenapa datang sini, belajar kat sini.. (huhu anda pun dapat agak perbualan biasa ni) sambung lagi tentang Malaysia. Macam biasa, mesti mereka akan cakap,
"Malizia bijannin! Jamil jiddan. Pokok banyak kaler hijau. Aku tengok kat TV haritu"
"Alhamdulillah :)"
Orang Arab macam biasa lah, kebanyakan yang kita jumpa nanti tanya semula macamana hidup di Jordan. Jordan hilu? Ayyu ahla, Urdun wa la Malizia? (Mana lagi best, Jordan ke Malaysia?)
Dulu-dulu masa muda remaja, selalu jawab. Jordan pun cantik, ada Petra, Wadi Rum, empat musim etc..etc. Kira, orang dah puji negara kita, takkan nak cakap negara mereka kurang menarik, kurang sopan pula. Walaupun tidak seindah mana pada pandangan kita, mesti ada
tempat-tempat menarik, kelebihan-kelebihan yang ada bukan? Jadi sebelum berikan jawapan-jawapan yang mengatakan pastinya Malaysia lebih best, lebih enak jika didahulukan dengan kata-kata Jordan juga cantik, ada itu dan ini.
Ataupun, boleh juga katakan pastinya Malizia lebih ahla sebab ada ibu dan ayah. Nampak lebih meruntun jiwa. Suara hati si perantau ilmu eceh. Walaupun hakikatnya kalau tanya Malizi, tentu Malizia ahla sebab memang lebih cantik dan best lagi Jordan. Hujan emas di negeri orang, lebih baik di negeri sendiri. Apatah lagi kalau negeri orang kurang emas? :P Lepas tu, silalah promote negara sendiri untuk kemajuan ekonomi. Ajaklah mereka datang ke Malaysia. Jangan terkejut kalau orang Arab terkejut Malaysia tiada winter, summer, spring, fall. Itu perkara biasa. Mereka memang selalu terkejut (kebanyakan orangyang saya pernah berbual) bila kita katakan Malaysia hanya ada satu musim.
Setelah agak lama berborak, saya minta izin untuk ambil diri dulu. Takut tak sedar doktor dah datang. Keluar saja dari bilik, kawan satu round tersenyum bila nampak saya.
"Apa kau buat tadi?" soalnya
"Saja tengok patient semalam. Kenapa dengan ko ni?" Ujar saya.
Dalam fikiran, mungkin banyak perbualan saya yang dia dengar tadi. Mesti ada yang kelakar dengan beberapa perkataan yang kurang sesuai digunakan atau tatabahasa yang kurang sesuai? Atau dia kagum agaknya boleh pula saya berborak lama dengan ibu-ibu pesakit? Huhu..nampak macam bagus dan lancar je kan. Janganlah tertipu, saya tidak sehebat mana dalam berbahasa Arab.
Then, satu thumbs up dia bagi.
Aha! Good sign lah tu :)
"Kau tahu tak Shahrazat, aku dengan dia (sayalah tu) satu group dari tahun 4 (tahun pertama klinikal). Dulu, kalau dia jumpa patient lagi lama. Mahu dekat satu jam! Sekarang ni makin sekejap. Dulu dia lagi 'hebat!"
Di ikuti dengan gelak jahat.
Cess, kureng!
- - - - - - - - - - -
Untuk adik-adik yang baru masuk klinikal, biarpun bahasa arab kita tak sekaya mana, jangan rasa malu dan takut-takut untuk berlatih dan berjumpa patient. Walaupun dengan vocabulary yang sangat minimal, gunakan sepenuhnya dan berusahalah untuk tambah saban hari. Round dengan kawan Arab yang lain untuk ambil history daripada patient juga membantu, tapi
pastikan mereka tidak terlalu laju sampai membiarkan kita termangu-mangu. Yes, be an observer on how they ask the patient. Tapi bukan selamanya. Banyakkan praktis sendiri. Kalau budak Arab satu hari mereka ambil satu history, we as non-native speakers should take more than that. And please remember, never fails to put a smile on your face.
Jangan kecil hati kalau patient cakap tak faham apa yang kita cakap. Kitakan ayam, merekakan itik. Ketidak-fahaman itu sudah dijangka bukan? Tapi sebab kita bukan the real ayam-itik species, maka ia tidak akan berpanjangan.
Don't give up, after hardship will always come ease, insyaAllah. Banyakkan berdoa, moga dilancarkan lidah, mampu memahami dan memahamkan orang dalam perbualan.
“Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari ibadah kepada-ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina“
Al-Mu'min : 60