7:53 AM

Jangan ponteng!

Gejala ponteng semakin berleluasa.

Wartawan : Miss AN.Jell

Irbid, 23 Jan - Gejala ponteng telah dikenalpasti semakin berleluasa berlaku di kalangan pelajar Malaysia di Irbid. Menurut sumber yang boleh dipercayai, ada sesetengah pelajar sudah mula memberanikan diri untuk ponteng dari menghadiri round dan lecture sama ada di hospital mahupun di universiti.

Mari kita lihat pandangan mereka yang ditemuramah tentang gejala yang MEMALUKAN ini...

Rugi bagi mereka yang tidak ke kelas...
Mereka terlepas dari mendengar perkara penting atau perkara common yang disebut oleh doktor. Biasanya apa yang disebut oleh doktor dalam round itulah perkara common dan seharusnya di tahap pelajar perubatan, kita perlu tahu.
- Fara Fauzana

Rugi bagi mereka yang tidak ke kelas...
Sekiranya doktor menanda 'ghiab' pada kehadiran. Kita biasanya mengharapkan markah evaluation untuk membantu markah peperiksaan OSCE. Semasa peperiksaan, macam-macam boleh terjadi, mungkin kita diuji Allah dengan masalah kesihatan, kebuntuan, kesusahan yang boleh memberi kesan kepada pencapaian di dalam peperiksaan. Ketika itu, markah bonus mana yang kita harapkan lagi untuk membantu? Bagi mereka yang cemerlang dalam round, tidak pernah ponteng, markah evaluation pastinya melegakan. Barulah WORLD!
- Mawi


Rugi bagi mereka yang tidak ke kelas...
Kurang pahala menuntut ilmu mereka pada hari itu. Pernah dengar 'ada orang pergi ke kelas untuk mendapat keberkatan'? Ada yang sinis gelak apabila disebut alasan seperti itu.

Jika anda mempercayai bahawa kejayaan anda adalah disebabkan usaha anda menghafal dan mengulangkaji, anda tahu silap, kan?
Allah melihat usaha kita, bukan natijah. Allah tahu kita bersusah payah untuk menuntut ilmu. Allah tahu kita sedang berjuang menghadapi kemalasan, kesejukan, kepenatan.
Allah nampak kita berusaha sedaya upaya untuk menghormati 'murabbi' kita dengan menghadirkan diri ke kelas. Di situlah letaknya keberkatan. Mudah-mudah dengan kesusahan yang kita hadapi sebelum ini, Allah akan memudahkan jalan kita pada hari akan datang di saat tiada siapa yang mampu membantu.
- Abdullah Khairul Azzam (Aktor KCB)


Sekarang mari dengar pandangan seniorita 'ayamor' (bak kata En Mun.. Eh macam 'ayam')
Pernah dengar kata-kata sahabat Nabi SAW, Abu Ad-Darda'?
"Kalau aku menemukan satu ayat dalam Al-Qur'an dan tidak ada orang yang bisa menerangkannya kepadaku, kecuali seorang yang tinggal di tempat yang sangat jauh sekali, aku akan turut dia".

Lihat kesungguhan Abu Darda dalam menuntut ilmu.
Kemudian lihat diri kita.
Ada apa dengan diri kita??

Lupa adab menuntut ilmu??
Salah satunya, menghormati guru dan tidak menyakiti hati mereka.

Ada doktor yang bertepuk tangan gembira apabila nama pelajar dipanggil, namun mereka tidak hadir??
Ya, mungkin ada. Namun jauh di sudut hati mereka, jika tidak besarpun, pasti ada sekelumit rasa tidak senang dengan tindakan pelajar yang ponteng.

Jaga imej kita...
Sehingga kini, pelajar Malaysia terkenal dengan sikap yang baik dan tidak menimbulkan masalah. Masih ada beberapa nama senior kita yang diingati oleh doktor kerana kecemerlangan sakhsiah dan pelajaran mereka. Justeru saya kira, kadang-kala doktor memukul rata markah evaluation untuk pelajar Malaysia. Majoritinya mendapat markah yang baik.
Namun 3-4 tahun lagi, sekiranya masalah PONTENG ini berleluasa, imej baik yang selama ini ditunjukkan oleh para senior mesti semakin pupus. Jadilah kita seperti pelajar klinikal tipikal di JUST. Kadang datang, kadang tidak, datang lecture pun tuliskan kehadiran untuk kawan, datang round pun dalam keadaan tak bersedia.

Fikir-fikirkanlah.
Ingatkan diri anda, ingatkan rakan-rakan anda!

((Nama-nama selebriti di atas- contoh saja. Bukan pandangan mereka pun. Harap maklum. Jangan saman SOL..:))