11:02 PM

Mini Osce plak tuk Pedi Gp B 2009

salam kawan-kawan..

Mini Osce

1. Ventricular Tac, how to manage? If pulseless, dc shock, if not pulseless, amiodarone and lignocaine(ni my ans, according to notes written on slides doc faisal gtesh)
2. Pneumopericardium, manage by? pericardiocenthesis
3. Oral trush, coz by? Candida albicans
4. Vascular ring, what anomaly related to it?
5. Erythema nodosum, what MO coz it? Streptococcus and TB
6. Gravis Mother, give birth to a child, what do u expect his TSH n T4 level.TSH very low, T4 vey high
7. ABG result, interprete it = Mixed Metabolic and respiratory acidosis
8. CBC result = Goes most likely with IDA, what’s ur next intervention? wAllahi dis q very puzzling, hatta doc khasawneh n doc hala pon tak pasti cuz actually ada kepelikan pada result tu snirik, papepun I put check serum ferritin level.
9. Result CSF = gram + cocci, pastu RBC 20(trauma gamaknya), len2 tak brapa ingat. apa next step? Give vanco(ni doc khasawneh punya jawapan). What most probably MO ? S.pneumonia
10. Lateral xray retropharyngeal abcess, hehe ni lagila sampai juling2 tgk pun gambar tu tak bayyin manala plak sign yang doc want, so what the best next investigation? Kalau retropharyngeal abcess, so most probably if would be laryngoscopy.
11. Dah takde soklan dah, tunggu next gp plak ^_^

OSCe(dah tertulis b4 ternampak ishikawa bagi..takpe bagi la jugak top up mana2)

Station 1

Patient 4yo male periorbital swelling since 3 days(lebih kurang ginila soklan dia), take related hx and answer soklan doc… hx of URTI last 2/1 week

Dx – PSGN

What do u want to find in PE? Dun forget scrotal swelling, BP

Investigation? U/A, streptozym, ASOT etc

What u want to find in U/A? Rbc cast jgn lupa etc

What’s ur management ? Fluid n water restriction, lasix, antihypertensive drug

What hypertensive drug u wanna give?

What mechanism increase BP in this pt?

Station 2

Male pt 9 yo came with bruising and rash since 3days kot tak ingat. Take hx n do PE

Most probably ITP, boleh la check apa yang patut

Station 3

4days old newborn, brought by mom bcz of yellowish discoloration since 2 days.

Hx goes wit Breastfeeding jaundice

What d modalities of treatment?

Whats d mechanism in exchange transfusion and phototherapy?

Len2 tak ingt plak..apepun InsyaAllah khair.soklan pedi takde susah sgt..pentingkan yang mana slalu jumpa dalam round..semoga berjaya semua salam

9:22 AM

OSCE Paediatric Group B 2009/2010

Bismillah

Alhamdulillah, selesai sudah part pertama peperiksaan mid term paediatric group B tahun 6 2009/2010

Method- OSCE (Objective Structured Clinical Exam),

Ada 6 stesyen kesemuanya
Tapi 3 stesyen adalah perhentian R&R
Jadi, hanya 3 stesyen sahaja kitorang bersemuka dengan soalan-soalan dan doktor-doktor

Saya bermula dengan stesyen R&R

"You, go inside the rest room"

Alhamdulillah! Memang itulah yang saya harapkan... taknak jadik orang 1st kena soal.

START! terdengar doktor-doktor resident menjerit, memulakan sesi exam OCSE kami.

8 minit berlalu....

MOVE!

Bismillah...

Mari kita lihat apa soalan di stesyen pertama..

1. Neonatal Jaundice (demam kuning) with bilirubin 22 mg/dL. Take a full history and answer related questions

History amik sebijik macam nota doktor and in this patient, dia adalah anak ketiga dan ada siblings yang pernah kena neonatal jaundice sebelum ni dan buat exchange transfusion. So this is a very important point, sebab having a previous baby with history of exchange transfusion for neonatal jaundice increase the likelihood of another newborn in the family to have an exchange transfusion if the baby develop jaundice in the first few days of life.

soalan 2- mode of treatment: exchange transfusion , another option is phototherapy (not dangerous)

soalan 3- apa mechanism of phototherapy dalam me'reduce'kan demam kuning di baby ni?
isomerization- tukarkan indirect bilirubin yang water insoluble kepada water soluble, so it can be excreted in the urine.

soalan 4- Kalau buat exchange tranfusion, apa yang dia bantu dalam me'reduce' jaundice?
Dia clear up antibody (kalau suspect hemolysis due to ABO / Rh incompatibility)
Dia clear up bilirubin

Habis...


Stesyen lain (selepas satu stesyen R&R)

Budak datang dengan facial swelling 2 days prior to admission. Take relevant history.
- Melalui history, this patient has post-streptococcal glomerulonephritis.

Jadi, pastikan anda faham post streptococcal glomerulonephritis sepenuhnya. Dari sudut history taking, physical examination, investigations, dan management. sebab memang semua itu pun yang doktor tanya.. 8 minit je ye....


Final station

A (lupe berapa umur dia) girl, presented with bruising all over the body, and skin rash 3 days prior to admission. Take relevant history, do physical examination and answer any question (memang pun doktor tanya apa2 je, tak sama dengan kawan2 lain, tapi berkaitan dengan kes ni)

Amik history yang berkaitan berdasarkan differential diagnosis yang di'generate'kan melihat kepada presenting problem si patient, and do physical examination accordingly.

Most likely this patient ada acute postviral idiopathic thrombocytopenic purpura (diagnosis of exclusion- jgn lupa tnya symptoms of leukemia, HSP, any bleeding disorder dan lain-lain disease yang boleh datang dengan bruising dan skin rash)




Rabu ni exam mini OSCE pula...
pukul 2 di Blue Hall KAUH
Doakan...


(Errr.. ade dengar citer orang tak suka blog ni ye.. tak kisah la... janji kitorang tak buat salah)- habislah kontroversi ayat ni

To be continued...

Wallahua'lam

1:05 AM

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu....

Bismillah

Terasa ingin menulis sesuatu.



"AKU HANYALAH SEBUTIR PASIR DI TENGAH PADANG PASIR....."

Pagi ini saya cuba melawat blognya.

Sebak... dan ayat di atas betul-betul meninggalkan kesan dan menyentuh hati saya...

Semua tinggal kenangan...


USTAZ ARMAN

Sebelum beliau tiba di sini tahun 2008 lalu, saya tidak pernah berjumpanya. Saya juga bukan bekas anak muridnya, tetapi ustaz ini saya kenal semasa di tahun satu pengajian perubatan di sini lagi, tahun 2004/2005 dulu. Mesti ada yang berkerut kehairanan.

"Menipulah budak ni, ustaz belum datang lagi bertugas kat sini time tu, ok! Time tu still ada ayahanda sebagai atase pendidikan sebelum ustaz datang menggantikan"

Tak mustahil, kan?

Saya mula mengenali beliau ketika itu, walaupun tidak pernah bersua muka, apatah lagi berbicara.
Tapi saya mengenali beliau melalui peribadi dan kehebatannya sebagi seorang guru yang dicanang-canangkan ahli rumah suatu ketika dulu.

Kami, 2 pelajar SMAPK, berkongsi rumah dengan 2 lagi pelajar dari SMKA Maahad Hamidiah- 2 sekolah yang dikatakan musuh tradisi berzaman, menjadi kawan karib dan membentuk ukhuwwah yang indah di sini.

Mereka, Farah dan Juiliana, sering bercerita tentang ustaz Bahasa Arab kesayangan mereka itu. Ceritera lucunya, peramahnya, dedikasinya, kadang-kadang menjadi santapan telinga kami mendengar. Kadang-kadang berkongsi juga tawa ria apabila terdengar cerita lucu yang dikisahkan.


Di Jordan ini, seingat saya saya tidak pernah berbicara dengannya. Iyalah, kita pun bukan orang-orang rasmi persatuan, bukan juga kenalan lama. Hanya pernah melihatnya beberapa kali dalam majlis rasmi. Tapi saya tetap yakin, dia seorang yang sangat baik hati dan prihatin dengan pelajar di sini. Itu yang saya dengar daripada mereka yang menceritakan.


Semalam, dia telah pergi..
Pergi bersama iman yang dibawa, dan amalan sebagai bekalan. 35 tahun bukanlah satu tempoh yang panjang. 14 tahun bersama isteri bukanlah satu tempoh yang lama. Dijemput pada usia muda, tapi saya yakin banyak amalan dan jasanya.....

Maaf, saya tiada gambarnya untuk dikongsi...


Kepada anak murid beliau, dan mereka yang pernah bersamanya...
Jika benar kita sayangkannya, jika benar kita ingin melihat dia bahagia di sana..
Doakan kesejahteraan dan keamanan dia di alam baru
Amalkan segala ilmu yang berguna yang diturunkan pada kita,
amalkan, turunkan dan ajarkan kepada yang lain...
Itulah yang menjadi penyambung sahamnya yang tidak putus-putus di alam barzakh sana


Menjadi guru....
Mudah untuk disayangi....
Susah untuk dilupakan..
Banyak kenangan..



اِذَا مَاتَ اْلاِنْسَـان اِنـْقـَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : صَدَقَـةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمٍ يـُنـْتـَفَعُ بـِهِ ، أوْوَلـَدٍ صَالحٍ يـَدْعُـوْلَهُ

"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."6 [1]




"Sesiapa yang menganjurkan contoh ikutan yang baik di dalam Islam, ia akan memperolah pahalanya dan pahala orang-orang lain yang selepasnya yang mengamalkannya, tanpa dikurangi pahala tersebut sedikitpun, dan sesiapa yang menganjurkan contoh ikutan yang buruk di dalam Islam, ia akan mendapat dosanya dan dosa orang lain yang mengamalkannya tanpa dikurangi dosa tersebut sedikitpun"


Ustaz,
Semoga tenang di sana
Peringatan buat kita yang masih bernyawa
MATI ITU BILA-BILA SAHAJA
Tolong ingat, dan sediakan bekalan

Allahummaj3alna minassolihiiin...
Ameen...

Wallahua'lam


Al-fatihah.....

5:36 AM

Takutlah.... sikitnya yang masuk syurga

Bismillah

Dah seminggu dah berlalu..

Teringat..
Ketika pulang ke Malaysia bercuti sempena cuti Aidiladha sekaligus cuti semester, terdengar tazkirah dari Astro Oasis, tentang mengapa kita mesti berubah..
Ya, berubah! Untuk menjadi lebih baik dari semalam, menjadi lebih baik daripada kita yang sebelumnya..

Salah satu sebab kita mesti berubah... KITA INGIN MENJADI GOLONGAN YANG SEDIKIT, YANG SANGAT SEDIKIT yang disebut oleh Allah akan diberi ganjaran syurga FIRST INTAKE.... ya, FIRST INTAKE!!! Siapa tak nak??

Perhatikan hadis dan penerangannya di bawah yang saya ambil dari website hamba Allah ini


Allah berfirman dalam hadis qudsi sebagai berikut:

"Allah berfirman pada hari kiamat: "Hai Adam! Bangkitlah, siapkanlah sembilan ratus sembilan puluh sembilan keturunanmu (untuk ditempatkan) dalam neraka dan satu (di antara mereka itu akan ditempatkan dalam syurga)." (Ketika Rasulullah menerimanya kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), baginda menangis tersedu-sedu, demikian para sahabat lainnya turut menangis lalu baginda bersabda: "Angkatlah kepalamu, Demi Allah Yang Menguasai jiwaku. Dibandingkan dengan umat-umat Nabi lain, umatKu hanyalah bagaikan selembar bulu putih (yang terdapat) pada kulit lembu jantan yang berbulu hitam."

(Hadis qudsi riwayat Tabrani didalam kitab al-Kabir dari Abu Darda' r.a.)




Kelak pada hari kiamat, Allah memanggil Nabi Adam untuk memberitahu sesuatu kepadanya. Segeralah menyambut panggilan itu dan bersiap-siap untuk mentaatinya. Allah memerintahkan kepada baginda untuk mengumpulkan anak cucu keturunannya untuk dipilih. Dari setiap 1000 orang, 999 orang dimasukkan ke dalam neraka dan seorang dimasukkan ke syurga. (semoga kita termasuk kepada golongan yang sedikit ini. Amin).



Ramainya orang yang masuk neraka dan sedikit daripadanya yang masuk ke syurga menurut hadis di atas, dapat kita ramalkan dari sekarang dimana ramai antara manusia tertipu dengan kesenangan dunia yang sekejap cuma kerana menurut hawa nafsu dan hidup melanggar ketetapan agama Allah ini. Ramai pula yang sama ada sedar atau tidak, keluar dari garisan yang dibenarkan. Mereka inilah yang dimaksudkan dan termasuk dalam golongan 99.9% itu.




Di antara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka ada yang kekal didalamnya, kerana keingkaran dan kekufurannya. Ada pula di antaranya yang tinggal untuk sementara waktu yang agak lama, sesuai dengan penyelewengan yang telah dilakukannya. Ada pula golongan yang dihukum untuk tinggal di neraka dalam waktu yang pendek sahaja kerana kederhakaan dan kesalahan yang pernah dilakukannya. Setelah habis masa hukumannya, kedua golongan terakhir ini dimasukkan ke dalam syurga.



Allah memerintahkan Nabi Adam untuk mengambil keturunannya yang sedikit itu (0.1%) untuk dibawa dan dimasukkan ke dalam syurga kerana mereka inilah yang benar-benar beriman dan mendapat hidayat, berpendirian tetap, tidak menyeleweng, tegas tidak ragu-ragu dan berjalan betul-betul meniti di atas Sirathal Mustaqim, tidak tegelincir dan tidak melampaui batas.



Kalau kita meneliti lembaran al-Quran, banyak kita dapati perkataan: "Ramai yang sesat……ramai yang fasik" antaranya ialah seperti maksud ayat-ayat al-Quran di bawah:

  1. "…..dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya." (surah Al-Maaidah-66)
  2. "…..sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi." (Surah Al-Maaidah-32)
  3. "Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!" (Surah Yunus-92)
  4. "Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya." (Surah Ar-Ruum-8)
  5. "Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah;" (surah Al-An'aam-116)


Ketika Nabi saw. mendengar sedikitnya orang-orang yang masuk syurga, baginda merasa sedih, lalu menangis. Para sahabat merasa khuatir dan takut kalau-kalau termasuk golongan yang masuk neraka, sehingga mereka pun turut menangis juga.



Menyaksikan betapa sedihnya para sahabat menangis, Nabi saw berkeinginan untuk menghibur mereka dan menyampaikan khabar gembira yang telah dikurniakan dan disampaikan Allah kepada umat baginda. Baginda menyampaikan berita yang menegaskan bahawa ramai di antara umat Muhammad yang mendapat taufik dan hidayat Allah serta berjalan di atas landasanNya.

Sehelai bulu berwarna putih pada kulit lembu hitam itu memang sedikit. Umat Nabi Muhammad saw. itu memang sedikit jika dibandingkan dengan umat-umat yang sesat dan menyeleweng. Selain jumlahnya yang sedikit, umat Nabi Muhammad saw. adalah sebaik-baik umat menurut al-Quran. Sewajibnyalah kita sebagi umat yang baik, berusaha sekuat tenaga untuk sentiasa dapat mempertahankan kedudukan yang mulia ini.



Hadis qudsi di atas diriwayatkan pula oleh Bukhari dalam sahihnya lebih panjang dan luas dari Abu Sa'id al-Khudri r.a. Rasulullah saw. bersabda:


"Allah berfirman pada hari kiamat: "Wahai Adam!" Adam menyahutnya: "Kami sambut panggilanMu wahai Tuhan kami dan demi kebahagiaan yang Engkau curahkan kepada kami." Lalu baginda dipanggil lagi dengan satu panggilan: "Sesungguhnya Allah memerintahkan kepadamu untuk memisahkan rombongan keturunanmu untuk untuk dihantar ke dalam neraka." Adam bertanya: "Apakah yang dimaksudkan dengan rombongan ke neraka itu?" Allah menjelaskan: "Ambil dari tiap-tiap seribu, 999 orang." Ketika dilaksanakan perintah itu (terjadilah berbagai peristiwa) seperti orang yang sedang hamil, gugur kandungannya, anak-anak kecil serta merta beruban dan kelihatan orang-orang seakan-akan mabuk tapi sebenarnya mereka tidak mabuk, (hanyalah) gambaran seksaan Allah yang sangat dahsyat (ketika itu). Orang-orang (yang hadir mendengar pada waktu itu) merasa ngeri sehingga berubah pucat warna muka mereka.

Lalu Nabi saw. menerangkan: "Diambil dari Ya'juj dan Ma'juj 999 dan dari kamu 1. kalau kamu dibandingkan dengan orang yang sangat ramai itu, ibarat sehelai bulu berwarna hitam yang terdapat pada seekor lembu jantan yang berwarna putih. Sesungguhnya aku mengharapkan agar kamu menempati satu perempat penghuni syurga." Lalu kami semuanya bertakbir tanda gembira. Kemudian baginda menyambung lagi: "Menempati satu pertiga penghuni syurga." Lalu kami bertakbir lagi tanda gembira. Kemudian baginda menyambung lagi: "Menempati separuh penghuni syurga." Maka kami pun bertakbir lagi."


(Hadis riwayat al-Bukhari)


Demikian bunyi hadis itu, semoga kita termasuk golongan yang separuh itu. Amin.

Gambaran seksaan Allah pada hari kiamat seperti yang disebut dalam hadis di atas, seolah-olah sebagai isyarat kepada dua ayat yang disebutkan Allah Surah Al-Haj, seperti berikut:


"Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungkannya; dan engkau akan melihat manusia mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amat berat mengerikan."


(Surah Al-Haj-1,2)



Takutlah... sikitnya yang masuk syurga Allah

Haraplah... kitalah yang akan tergolong di dalamnya- rahmat Allah selamanya


TAQWA

TAQWA

TAQWA


Mungkin kita tak perasan, kita masih belum punya ia

Mungkin juga kita tak kisah, wujudkah ia dalam setiap perbuatan dan tingkah laku seharian


"Takpelah.. lepas kena seksa boleh gak, kan masuk syurga??"


HATI-HATI!!!

Siapa yang pernah menuturkan kata-kata ini, ketahuilah yang kita tidak tahu betapa hebatnya azab Allah di akhirat nanti

HATI-HATI!!!

Takut-takut anda termasuk dalam golongan orang yang sombong, tidak takut kepada Allah dan azabnya, seolah anda mampu menanggung seksa di neraka.. hati-hati...



"Aku ni tak baik... takde harapanlah..."


Golongan yang putus harap hanyalah iblis, syaitan dan pengikutnya. Saya yakin kita bukan antaranya..


Berdoalah, agar kita dipermudahkan jalan ke syurga

Berdoalah, walau seburuk mana pun tingkah laku kita, setinggi mana pun dosa dan noda kita

Di sana masih ada ruang untuk kembali

Masih ada peluang untuk bertaubat

Masih ada masa untuk berubah

Jangan menyerah!



Ingat! Kita hanya hamba. Hamba tanpa ada nilai pengharapan pada tuannya, sombong! Makhluk tanpa pernah mengharap kepada Penciptanya, bongkak!


"mereka yang malu untuk memohon kepada Allah selalu adalah di antara yang tertipu dengan muslihat syaitan dan itu adalah bibit-bibit kufur.... "



Mahu menjadi yang 99.9% atau mahu terpilih menjadi golongan yang hanya 0.1% ? Anda pilih....

Semoga bijak!


Wallahua'lam