Pelajar perubatan tak perlu ke luar negara
MELALUI ruangan ini, ingin saya mengutarakan pendapat. Mengapa perlu menghantar pelajar cemerlang STPM atau SPM keluar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sedangkan kita mempunyai universiti tempatan yang dahulunya setaraf Oxford apabila mengeluarkan pelajar perubatan?
Kerajaan membelanjakan banyak duit untuk menaja pelajar perubatan di luar negara. Pada pendapat saya, kerajaan mengalami lebih kerugian daripada keuntungan. Pertama, kos untuk melahirkan pelajar perubatan di luar negara memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk seorang pelajar.
Ditambah lagi kenaikan elaun kepada 28 hingga 84 peratus seperti diumumkan dalam Bajet 2008 dengan kebanyakan pelajar perubatan menerima 84 peratus kenaikan berikutan meningkatnya kos sara hidup pelajar secara keseluruhan.
Kedua, kajian daripada ahli akademik dan juga doktor tempatan mendapati graduan luar negara tidak kompetitif, tidak mesra pada pesakit dan juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan kes klinikal contohnya, ambil darah, pemeriksaan perubatan.
Ini adalah jelas kerana di negara di mana mereka belajar, pelajar perubatan tidak dibenarkan sama sekali untuk menyentuh pesakit, tidak seperti di negara kita.
Ketiga, pelajar perubatan keluar menjadi doktor pelatih dan belum tentu dia akan menjadi pakar apalagi ketua jabatan. Lebih baik menaja pelajar dalam bidang jurusan lain kerana dengan kos yang banyak itu, kita mampu melahirkan lebih banyak jurutera, peguam, akauntan dan mereka ini mungkin akan keluar menjadi ketua eksekutif (CEO) di sesebuah syarikat besar berkaitan kerajaan.
Keempat, graduan luar negara tidak berterima kasih pada kerajaan. Malah, bukan saja menjadi pembangkang di sana dan menghasut pelajar lain di sana, malah ada yang tidak balik ke Malaysia selepas tamat belajar demi mengejar gaji yang lumayan di luar negara.
Sepatutnya kita menghantar pelajar yang berjaya ini ke universiti dalam negara agar kita tidak lagi membazir menghantar pelajar perubatan yang berasakan diri ini terlalu bagus.
Kelima, kita sudah terlalu banyak universiti atau kolej yang melahirkan pelajar perubatan. Kalaulah alasan kerajaan yang kita kekurangan doktor, maka dengan ini kita perlu menghantar pelajar luar negara, jelas sekali ia satu kata-kata yang tidak tepat sedangkan kita mempunyai lebih kurang 15 universiti tempatan awam dan swasta yang melahirkan purata 150 graduan perubatan setahun, bersamaan dengan lebih daripada 2,000 hingga 3,000 doktor setiap tahun.
Adalah lebih baik menaja semua pelajar perubatan yang berada di institusi pengajian tinggi ini kerana kosnya jauh lebih murah iaitu kira-kira RM200,000 dan juga melahirkan doktor yang benar-benar berkualiti.
Barulah selepas ini kita tidak lagi mendengar kes bayi tangan putus dan sebagainya. Ingin saya jelaskan, kita sebenarnya bukan kekurangan doktor cuma doktor yang tidak mahu ke hospital yang jauh dari bandar.
Kita sepatutnya meniru negara jiran Singapura, kerana mereka tidak menaja pelajar perubatan ke luar negara kerana sedar ia tidak akan memberi keuntungan kepada kerajaan dan juga rakyat.
MAHASISWA BIASA,
Fakulti Perubatan,
Universiti Malaya.
So what say you my dear friends? Kitalah pelajar yang dimaksudkan."Pelajar Perubatan Di Luar Negara". Jika kita mengiyakan pendapat 'Mahasiswa Biasa', maka benar dan tepatlah bahawa kita sememangnya menghabiskan dan merugikan duit kerajaan. Jika sebaliknya, kitalah juga yang bakal memberi pulangan yang berbaloi dan menguntungkan kepada kerajaan.
Hmm, kali pertama membaca pandangan Mahasiswa Biasa di atas, terdetik juga rasa,"Dia ni cemburu agaknya dengan pelajar perubatan luar negara.". Tapi apabila difikirkan semula, memang ada benarnya juga pendapat beliau (bukan semua) jika kita sebagai mahasiswa luar negara ini tidak tahu 'sedar diri'.
Pertama: Kerajaan membelanjakan banyak duit untuk membiayai pelajar luar negara??
Hal ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Tetapi kita perlu sedar inilah pelaburan kerajaan dalam bidang pendidikan- iaitu menghantar pelajar ke luar negara dengan harapan dapat berkongsi kepakaran dan kemahiran perubatan luar negara. Jika kerajaan mampu melabur berbilion-billion dalam projek pembangunan Wilayah Iskandar, mampu menaja dan menghantar angkasawan ke luar bumi, dan macam-macam lagi, jadi mengapa pula mahu disekat penghantaran pelajar ke luar negara? Sudah tentu tidak menjadi masalah bukan?
Kedua : Graduan luar negara tidak kompetitif dan sebagainya
Kita tidak boleh me'mukul-sama-rata'kan semua pelajar luar negara adalah bersifat sebegini. Tidak dinafikan pelajar perubatan di Malaysia berpeluang lebih besar untuk melakukan latihan klinikal seperti mengambil darah pesakit kerana nisbah pelajar:pesakit yang kecil berbanding di luar negara. Namun itu bukan menjadi alasan untuk pelajar di luar negara 'tidak mahir' melakukan kerja-kerja tersebut. Walaupun tidak diajar secara langsung teknik-teknik mengambil darah, namun kita masih boleh melakukan latihan-latihan tersebut secara persendirian, minta bantuan dari jururawat di hospital, ataupun pergi saja ke Markaz Sihi. Di sana, sehari, lebih 40 pesakit datang untuk menjalani ujian darah. Lagi pula, kita boleh menggunakan masa cuti semester untuk melakukan praktikal-praktikal tersebut di hospital di Malaysia.
Tidak mesra pesakit?
Benarkah? Mungkin kerana pelajar di luar negara sudah terbiasa menggunakan bahasa asing untuk 'mengambil history', maka agak tergeliatkah lidah untuk bertutur mesra dalam bahasa ibunda? Saya merasakan pernyataan ini tidak benar. Malahan kelebihan pelajar perubatan luar negara bertutur dalam bahasa asing ini merupakan satu bonus. Malaysia didatangi oleh ramai pelancong-pelancong luar terutamanya dari negara-negara Arab. Tidak semua orang Arab mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. Maka dengan adanya doktor-doktor lepasan negara Arab seperti Jordan dan Mesir ini yang bekerja di hospital-hospital besar, bukankah ia memudahkan pesakit-pesakit tersebut?
Ketiga : Adakah semua doktor yang dikeluarkan perlu menjadi ketua jabatan?
Jika semua doktor menjadi ketua jabatan, maka berlakukan pertindihan tugas yang amat dahsyat.(Adakah semua doktor melakukan tugas pentadbiran, dalam masa yang sama perlu merawat pesakit?) Apa yang penting dan utama bagi seorang graduan perubatan perubatan adalah kemahiran dan kebolehan membantu pesakit. Tidak timbullah soal boleh atau tidak menjadi ketua jabatan. Even pelajar lepasan dalam negara sekalipun, perlu bermula dari bawah, housemanship > MO > Pakar. Sesiapa saja sama ada lepasan dalam negara atau luar negara, dia boleh menjadi ketua jabatan jika telah layak.
Kursus-kursus lain tidaklah sekritikal kursus perubatan. Namun tidak harus dikesampingkan.
Keempat : Kita tidak berterima kasih kepada kerajaan?
Tidak sepatutnya timbul soal ini. Kita ditaja oleh kerajaan, dan kita juga turut akan berbakti dan bekerja di hospital kerajaan apabila telah grad nanti. Masih tidak cukupkah? Adakah kesetiaan kepada kerajaan perlu diukur dengan mengangkat sepanduk mengatakan "Kami menyokong kerajaan!"? Dan apa pula buktinya yang mengatakan pelajar luar negara secara keseluruhannya menentang kerajaan? Kalau ia benar, mengapa masih ada Kelab Umno cawangan luar negara kalau benar kita semua menentang kerajaan? Tuduhan ini terlalu umum.
Kelima : Terlalu banyak universiti perubatan?
Malaysia memang memiliki banyak universiti perubatan namun kita perlu ingat, 'demand' juga tinggi. Jika Malaysia telah berjaya menangani masalah kekurangan doktor, maka mengapa mereka yang bergelar 'houseman' masih lagi berkerja teruk dan hampir 'gila' ?(turut merujuk kepada kes doktor wanita yang hampir membunuh diri di Hosp di Kedah satu ketika dulu). Jadi Malaysia perlu memiliki lebih ramai doktor supaya dapat memudahkan pesakit.
'Mahasiswa Biasa' sepatutnya lebih perlu bersyukur kerana adanya kawan-kawan yang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana satu masa nanti kita akan dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran di samping saling membantu.
So..Marilah kita membuktikan kepada semua orang, bahawa penghantaran kita ke sini, tidaklah merugikan duit kerajaan. Gunakan semua peluang yang ada. Untung rasanya belajar di JUST & KAUH. Setiap hari kita belajar dengan doktor yang bertaraf 'consultant'. Bukan doktor biasa, malah doktor pakar...Doktor yang 'journal-journal' tulisan mereka telah dijadikan bahan rujukan di seluruh dunia, kepakaran mereka juga diiktiraf oleh dunia. Setiap hari juga kita bertemu dengan pesakit yang mempunyai 1001 masalah. Setiap hari... Bekan 2 kali seminggu, bukan seminggu sekali. Beruntung bukan??
Bersyukurlah for being here. Wallahua3lam.
Walk in Titiwangsa.
10 hours ago