Sudah 4 minggu rotation Obstetrik & Ginekologi berlalu. Fatrah 2 minggu di Hospital Badi3ah & 2 minggu di Hospital Ameer Rasyeed (Army) pergi macam angin lalu. Pantas! 4 minggu lagi, OSCE & mini OSCE pertama untuk tahun terakhir akan datang menguji sebelum bersedia menyarung ‘scrub’ & memegang ‘scalpel’ pula untuk rotation seterusnya.
Hari terakhir rotation luar KAUH berakhir di Ameer Rasyeed. Puas. Setakat ni, normal labor, caesarean section, posterior colporraphy, abdominal hysterectomy dan berkali-kali D&C dah tengok. Tinggal transvaginal hysterectomy, myomectomy & anterior colporraphy je yang belum berpeluang tengok untuk melengkapkan – that’s-enough-for-you-checklist bak kata Dr. Basil Obaidat.
Paling puas lagi, bila berpeluang melihat prosedur persenyawaan in-vitro (in-vitro fertilization atau singkatnya IVF)dilakukan. Di hospital ketenteraan ini, kos untuk menjalakan IVF sekitar JD1300; lebih kurang RM6500 satu jumlah yang saya kira ‘mampu’ untuk insan-insan yang memerlukan. Purata ‘pesakit’ yang datang untuk membuat proses – retrieval (proses pengambilan telur dari ovary wanita) kira-kira 10 orang sehari.
Patient akan diberikan local anesthesia dan diletakkan dalam posisi lithotomy. Kemudiannya, setelah prosedur antiseptic dilakukan pada external &internal genitalia, pakar akan mengukur terlebih dahulu ketebalan dinding rahim (endometrium) dengan menggunakan transvaginal ultrasound (TVUS) Ukuran <8>8.5 is excellent. Pengukuran ketebalan dinding rahim tidak berakhir disitu. Ia kemudiannya diklassifikasikan sama ada A atau B. Contoh 12A atau 12B. Kualiti 12A pastinya lebih baik dan insyaAllah akan memberikan keputusan yang mempunyai success rate yang paling tinggi. A atau B dimaknakan sebagai lapisan dinding rahim yang mempunyai 3 lapisan untuk A dan kurang dari itu untuk B.
Setelah ukuran endometrium diambil, langkah seterusnya ialah dengan menyedut telur dari ovary. Bi-valve speculum akan diletakkan pada vagina bagi memudahkan view, kemudian satu alat khas seperti tiub halus-panjang berukuran lebih kurang 40+ cm dimasukkan under TVUS-guidance. Hasil suction dimasukkan dalam lebih kurang 5 tube (vials) dan kemudiannya di hantar ke lab. Jumlah telur yang ada dalam setiap vial bergantung kepada respond pesakit ke atas ubat yang diberikan. Secara purata, jumlah telur adalah 5-7, sesetengah pesakit kurang/lebih dari itu. Selepas prosedur retrieval ini, patient akan melalui sprosedur seterusnya iaitu transfer (memindahkan telur yang telah disenyawakan dengan sperma di dalam lab ke dalam rahim)
Kata doctor, success rate untuk IVF bergantung kepada beberapa faktor seperti kualiti telur, ketebalan endometrium dan wanita itu sendiri. Walaupun serba sedikit detail tentang prosedur tentang IVF ini saya coretkan, perkara yang lebih ingin saya kongsikan adalah wajah ibu-ibu yang setia menanti di bilik menunggu, wajah ibu-ibu apabila dianggil ‘misi’ untuk masuk ke bilik doctor, wajah-wajah ibu di bilik pemulihan (recovery room). Setiap satu penuh dengan harapan. Sesetengahnya bermuka gusar, tidak kurang juga yang ceria tatkala dipanggil nama oleh doctor untuk menjalankan prosedur. Ada juga yang berselawat dan berzikir dengan kuat dari awal nama dipanggil, ketika prosedur sampailah di bilik pemulihan. Tidak berhenti. Ada juga yang seolah terkejut dan macam-macam reaksi lagi. Rata-rata wanita yang ada berumur dalam lingkungan akhir 30-an. Namun ada juga yang berumur semuda 25 tahun.
Apabila saya cuba meletakkan diri saya di kasut mereka, pastinya tekanan psikologi yang mereka rasa memuncak terutamanya apabila berada di hospital. Mana tidaknya, bilik untuk prosedur IVF ini bersebelahan sahaja dengan delivery room & wad ibu bersalin. Raungan dan jeritan kesakitan ibu yang melahirkan anak saban hari mampu didengar. Tangisan bayi yang keluar dari alam rahim ke alam dunia, pastinya menambahkan lagi sayu dan harap. Dari mata kasar, mereka insan tabah.
Tapi bila saya teringat pada seorang pesakit wanita yang saya jumpa di klinik dua hari sebelumnya, bakal-bakal ibu IVF insan yang lebih bertuah. Wanita yang berusia 25 tahun ini baru sahaja melangsungkan perkahwinannya kira-kira setahun yang lepas. Dia datang ke klinik untuk follow-up masalah haid & usaha untuk hamil. Beberapa ujian telah dilakukan termasuklah karyotyping dijalankan untuk mencari punca haid yang kurang teratur dan hampir tiada tanpa bantuan ubat. Keputusan ujian – positif. Dia perempuan sejati yang punya karyotype 46XX. Namun, hasil keputusan ujian hormon FSH mendukacitakan. Paras pada ujian awal sekita 20.8 menunjukkan peningkatan ke paras 38.1 di ujian kedua. Progressive increase! Paras FSH yang tinggi menunjukkan, ovary tidak berfungsi menghasilkan telur yang kebiasaannya akan respond terhadap FSH untuk proses kematangan. Kata doctor, wanita ini di-diagnose dengan premature ovarian failure (POF) yang secara akalnya tidak akan memungkinkan dia untuk hamil apatah lagi untuk menimang anak sendiri.
Pada usia 25 tahun, baru setahun mendirikan rumahtangga dan dengan permintaan suami dan dirinya sendiri untuk hamil, di-diagnose dengan POF boleh diibarat seperti mendapat hukuman gantung sampai mati. Apabila diterangkan doctor tentang keputusan ujian dan diagnosis, wajahnya berubah. Apabila ditanya tentang suami, dia jadi lebih gusar, kecewa dan macam-macam lagi mimik muka yang saya sendiri pun tak mampu untuk mentafsir. Kaedah kaunseling yang saya kira agak, ‘simple’ dan mudah buat hati rasa, “Ish..apekah..”
Ujian itu tarbiyah. Bukan mudah. Sukar yang sangat. Namun meyakini dan menghadapinya dengan tabah menjadikan manusia itu hamba yang sedar. Sedar bahawa setiap hamba itu layak diuji dan hasil kesabaran, ketabahan dan redha, balasannya hanya Allah.
Walk in Titiwangsa.
10 hours ago