12:32 PM

....And Your Aim Is Always To Be A Good Doctor




Bismillah..


Minggu ketiga berada di alam klinikal..

Terasa bagai menjalani minggu orientasi yang panjang mengenali alam klinikal dan dunia hospital yang begitu.... (tak pasti nak describe macam mana)


Mungkin terlalu lambat untuk saya catatkan serba sedikit pengalaman berada di tahun 'satu' alam klinikal.. terasa seperti masuk semula tahun satu sekolah rendah, atau tingkatan satu sekolah menengah, di mana semua benda perlu dipelajari dari awal.. Mana taknya .. pandang je senior-senior tahun 5 dan 6 , terasa gerun dan kagum sebab alhamdulillah mereka telah tiba ke tahap mereka sekarang.. tinggal kami yang masih mencari tapak menyesuaikan diri di alam yang serba mencabar ini.


Mungkin juga tidak layak untuk saya bercerita pengalaman pertama ini, memandangkan keadaan sebagai pelajar baru alam klinikal yang masih mentah dan baru serta kurang pengalaman.. tapi sekadar untuk berkongsi..




Minggu pertama hanya lectures yang diperdengarkan. Namun ia cukup untuk menyuntik sedikit sebanyak semangat dalam hati mendengarkan kata-kata dan nasihat pakar-pakar perubatan di dalam dewan. ...and your aim is ALWAYS to be a good doctor.... - kata-kata dR tersebut masih terngiang-ngiang sehingga sekarang dan akan saya semat dalam hati sentiasa..




Menjadi Dr yang baik , saya tahu bukan mudah, maklumlah untuk menjadi pelajar perubatan yang baik juga kita perlu bermujahadah, inikan pula menjadi dR yang baik merawat makhluk Allah yang bergelar manusia.



A GOOD DOCTOR?




Ramai doktor-doktor yang menginterpretasikan perkataan MEDICINE dengan cara mereka sendiri..




MEDICINE IS ALL ABOUT DISCIPLINE

MEDICINE IS ALL ABOUT ATTITUDE

MEDICINE IS ALL ABOUT TAKING HISTORY

MEDICINE IS ALL ABOUT ART




habis tu, mana satu maksud sebenar MEDICINE itu sendiri?

sekadar pendapat daripada pelajar yang masih merangkak, belum pun belajar bertatih dalam bidang yang serba mencabar ini..

Discipline. Attitude, Art dan Taking History adalah antara gabungan yang mantap untuk diadun menjadi inti acuan doktor yang baik. Namun jangan kita lupa doktor bukanlah yang berkuasa menyembuhkan. Yang Maha Penyembuh - Hanya di atas sana.. ALLAHU YASYFI..


A good doctor bukan hanya mengamalkan attitude yang baik dan berdisiplin dalam menjalankan tugas, namun nilai-nilai holistik perlu disertakan supaya tiada timbul rasa hebat dan bermegah dengan kejayaan merawat atau menyembuhkan kerana yang layak berbuat demikian hanya ALLAHU AKBAR. Benarlah kata orang, makin kita mendalami ilmu Tuhan makin kita mengenali kebesaran Yang Maha Agung.
Perlu diingat medicine bukanlah hanya merawat dan menyembuhkan semata, tetapi lebih kepada mengimprove kualiti hidup seseorang. Maka medicine berhubung dengan kehidupan pesakit seluruhnya. Saya dipesan supaya tidak menjadi doktor yang hati batu, anggap peakit seperti barang yang dibaiki apabila rosak. Habis cek, bagi ubat, balik...
Doktor yang baik bukan hanya bersimpati dengan pesakitnya , malah lebih dari itu, ia mengamalkan sikap empati , seolah-olah turut merasai penderitaan yang dialami pesakitnya.
A doctor-patient relationship is an ongoing process... Hubungan doktor dan pesakit bukan berhenti apabila pesakit melangkah keluar dari bilik doktor setelah melaporkan masalah yang dihadapi, tetapi dari situ bermulanya tugas doktor menjalin hubungan yang baik dengan pesakit agar segala maklumat berkaitan dengan penyakitnya dan punca-punca penyakit yang dihadapi dapat diperolehi dengan lengkap dan sempurna, sehinggalah tiba kepada diagnosis yang sebenarnya (ni cerita bab penyakit-penyakit kronik la.. yang demam-demam biasa tu lain cerita..) Rahsia pesakit perlu dijaga, apatah lagi perkara yang mengaibkannya. Bukan sekadar etika dalam perubatan, malah dalam Islam sendiri menyuruh kita agar tidak membuka aib dan rahsia seseorang.
Paling penting a good doctor juga bukan sekadar menjalin hubungan baik dengan pesakit, malah hubungan dengan Tuhan sekalian manusia juga perlu diambil kira. Dari situ lahirnya jawapan mengapa saya ingin menjadi doktor...? berhimpit dengan kesibukan dan bermacam ragam manusia. Kenapa Mahu Menjadi Doktor- saifulislam.com
Your aim is always to be a good doctor.... Perlu bermula dari sekarang! Malah sepatutnya dari awal lagi, ketika hati terdetik untuk memilih kos perubatan sejak di alam persekolahan. BEGIN WITH THE END IN MIND membantu kita menggerakkan dan menumpukan seluruh usaha untuk mencapai matlamat akhir- menjadi doktor terbaik. Kerana jika sejak awal lagi telah kita sematkan matlamat sebegitu, kita tidak akan ambil ringan segala pelajaran yang dipelajari, kita tidak akan belajar sambil lewa dan kurang menumpukan perhatian, malah kita akan lebih bermotivasi dan bersemangat dalam pembelajaran.
Proses menjadi a good doctor juga adalah satu proses berterusan, saya yakin! Islam sendiri telah mengajar kita supaya memperbaiki diri dari sehari ke sehari supaya menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Maka keinginan dan matlamat ingin menjadi doktor yang baik yang menepati ciri-ciri sebenarnya hendaklah sentiasa hidup dalam jiwa seorang doktor yang sebenar, sentiasa ingin memperbaiki kualiti tugas dari sehari ke sehari, bukan hanya sekadar memberi kepuasan hati pesakit, malahan lebih dari itu-mendapat keredhaan Al-Khaliq.
Yang menulis bukanlah yang terbaik untuk memberi pandangan, malah lebih kepada rasa untuk berkongsi perasaan dan pengalaman, dan luahan harapan agar suatu hari nanti saya juga dapat dinilai sebagai doktor yang baik, bukan dari manusia tetapi di sisi Allah yang menilai setiap hambaNya. Wut i write doesn't reflect who i am.. instead the person i wish to be...
Wallahua'lam

2 silent voices:

Anonymous said...

"A doctor-patient relationship is an ongoing process..."

yup youre rite. ade sorg doktor ni ajar kitorang amik no tel patient kat social hx...

tugas merawat bukan sekadar di dalam bilik doktor sahaja, di klinik sahaja, di wad sahaja, di emergency room sahaja, di hospital sahaja...

di mana2 pun, bila2 pun, seorg doktor perlu bersedia setiap masa...

yg penting kita mendoakan kesihatan pesakit kita...

bittaufik buat semua...

Anonymous said...

bilamana tahap ubudiyah terkesan dgn tarbiyah yg diterima,itulah hakikat keilmuwan yang sebenar...wallahu a'lam