7:29 PM

Jom siapkan 'jigsaw puzzle' !


"Friendship forever"
"Ukhuwah Fillah abadan abada"

Inilah antara ayat-ayat yang kita sering guna untuk menggambarkan penghargaan kita kepada sebuah persahabatan.


Persahabatan membawa makna yang istimewa dalam diri seseorang kerana ia salah satu cara manusia memenuhi keperluan jiwa untuk saling kasih mengasihi serta rasa diperlukan dan memerlukan. Bahkan persahabatan juga membuka ruang untuk kita menempa keredhaan Allah swt, contohnya bila kita menginginkan yang terbaik kepada seorang sahabat sebagaimana kita harapkan perkara yang sama untuk berla
ku kepada diri kita. Pesan Rasulullah saw;

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. "
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Penghayatan erti sebuah persahabatan
bertambah apabila kita semakin faham ke mana harus dibawa persahabatan ini? Adakah sekadar santapan jiwa seorang khalifah di bumi Allah yang bernoktahkan kehidupan dunia? Mampukah ukhuwah yang dijalin ini menjadi pemberat mizan kebaikan di akhirat kelak? Hakikatnya ialah ukhuwah yang dihubungkan atas dasar kasih & cinta kepada Allah akan membawa saudara yang bersahabat tadi menikmati ganjaran Ilahi, seperti janji Allah dalam hadis qudsiNya;

و عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله :"إنّ الله تعالى يقول يوم القيامة: أين المتحابون بجلالي؟ اليوم أظلّهم في ظلّي يوم لا ظلّ إلا ظلّي" رواه مسلم
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Allah swt akan berfirman pada hari qiamat,"Di mana orang yang berkasih sayang dengan keagunganKu (kerana Allah yang Maha Agung)? hari ni akan Aku naungi mereka di bawah naunganKu pada hari tiada naungan selain naunganKu." Riwayat Muslim

Inilah persahabatan ideal, yang menjadi matlamat ukhuwah yang kita bina. Persahabatan ini boleh diibaratkan seperti sebuah
jigs
aw puzzle.


Setiap hari kita melakukan kebaikan-kebaikan yang dapat mengeratkan lagi tautan hati untuk melengkapkan erti persahabatan yang diimpikan, seperti meletakkan cebisan jigsaw puzzle pada tempatnya untuk melengkapkan sebuah gambar. Kali ini gambar yang ingin kita siapkan adalah gambaran ukhuwah kerana Allah dan cebisan jigsaw puzzle pula adalah usaha & kebaikan yang kita lakukan saban hari untuk tujuan ini. Setiap cebisan jigsaw puzzle(usaha) harus kena pada tempatnya, jika tidak gambar yang siap nanti akan kelihatan kurang sempurna. Biar sekecil atau sebesar mana sekali pun cebisan itu, ia tidak boleh dipandang ringan kerana semuanya penting untuk melengkapkan gambar (persahabatan) tadi.
Antara cebisan yang penting adalah niat ikhlas kerana Allah, pemaaf & baik sangka. Ini adalah cebisan yang kita mudah jumpa tempat letaknya dalam jigsaw puzzle persahabatan kita.

Satu cebisan penting yang kebanyakan kita sering abaikan adalah kesanggupan menegur kesilapan kawan. Jigsaw puzzle yang tiada cebisan ini akan nampak cacatnya. Memang tidak dinafikan sering kali susah untuk kita temui tempat letak cebisan tadi dan risau kalau cebisan itu mencacatkan seluruh gambar (persahabatan) yang kita usahakan dari awal. Inilah cabaran untuk menyiapkan jigsaw puzzle kita ! Ini jugalah cebisan penting yang menjadi penentu keindahan & keunikan gambar kita, bahkan ia pelengkap kejayaan jigsaw puzzle ini, seperti yang dinukilkan dalam surah Ali-Imran, ayat 104:
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh(berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."

Rasulullah juga pernah mengingatkan kita keperluan cebisan ini dalam hadis riwayat Imam Muslim;
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. Hadis riwayat al-lmam Muslim.

"nasihat untuk umat Islam seluruhnya"
bermaksud membimbing ke arah kebaikan dunia & akhirat.

Tegurlah dari hati yang kasih & ikhlas kerana kata-kata yang lahirnya dari hati maka jatuhnya di hati. Bijaklah dalam memilih waktu & gaya menegur.

Menegur itu bukan mudah & manusia hanya sanggup bersusah payah demi sesuatu yang dikasihinya.

Ditegur itu adalah tanda disayangi.
Buktilah sayang kita kepada seorang sahabat dengan kesudian menegur kesilapannya. Ini mungkin satu-satunya pengorbanan kita yang terbesar.

Terima kasih kepada semua sahabat yang sedia membimbing & menegur diri ini menjadi seorang yang lebih baik. Moga manisnya ukhuwah ini terus terasa di akhirat sana, ameen.


Jelaskan Matlamat...Tuluskan Niat






2 silent voices:

Anonymous said...

'Menegur itu bukan mudah & manusia hanya sanggup bersusah payah demi sesuatu yang dikasihinya'

besar makna ayat kat atas ni.
tapi, di sini perlu juga peranan orang yang ditegur, supaya faham, sahabatnya sedang ingin melengkapkan sebuah 'jigsaw puzzle' ukhuwwah kerana Allah, bukan sengaja mencacatkannya..

tapi, betul jugak, wasilah dan gaya pun penting, iyalah, kalau kita nak lengkapkan jigsaw puzzle, perlu juga lihat bentuknya supaya sepadan, dan warna supaya padan dengan keseluruhan jigsaw puzzle tersebut... kan..kan..kan? barulah indah dan sempurna....

comelnye jigsaw puzzle saye..

Anonymous said...

great tazkirah.. jzkk :)