Bismillah..
Muhasabah Ramadhan
Hari raya hari kemenangan,
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan,
Di lipatan seni mehnah Ilahi,
Ada maksud murni yang lebih hakiki...
Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga,
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda,
Pada hati bersih di solat tarawih,
Apakah semuanya telah dimiliki...
Puasa mengajar erti ketabahan,
Menghadap ujian berlandaskan iman,
Puasa perisai yang sangat maknawi,
Penyingkap hijab antara hamba dengan Illahi...
Puasa sempurna menahan rohani dan rasa,
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota,
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga,
Lalu di manakah puasa kita,
Adakah masih di tahap lama...
Lalu muhasabah di hujung Ramadhan,
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh,
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh,
Bersembilu dosa duri angkara...
Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih,
Terasakah kita hamba Illahi,
Yang hanya mampu mengukir tadbir,
Sedangkan padaNya segala takdir...
Bagi pihak pelajar-pelajar S.Of.L, kami ingin memohon jutaan kemaafan (sepatutnya minta maaf dari awal Ramadhan lagi) segala salah silap sengaja mahupun tidak. Selamat Hari Raya semua, maaf zahir batin.
(Sedih dan terkejut menyambut hari raya yang tak disangka-sangka!)
Apa agaknya nasib makcik tua dan anak-anak kecilnya yang sedang mengemis di depan 'hotel' Hijazi tadi?
Nasib makcik bersama bayinya di depan kedai runcit?
Nasib ramai lagi mereka yang mengemis menagih simpati di jalanan...
Apakah erti kata 'kullu 'am wa antum bi khair bagi mereka?'
Bagaimana pula nasib saudara-saudara kita di PALESTIN, IRAQ, dan bumi-bumi yang sedang bergolak?
Kita menangis kerana tidak dapat beraya bersama ibu bapa dan keluarga tercinta, kerana diri berada jauh di rantau orang,
Mereka menangis kerana kehilangan ibu bapa dan keluarga tercinta, walaupun berada di tanah air sendiri...
Siapakah yang lebih beruntung?
SYUKUR
SYUKUR
SYUKUR
Benarlah! Ramadhan dan Syawal mengajar erti sabar dan syukur, bagi mereka yang ingin mempelajarinya. Lain pula bagi mereka yang tidak mahu memahami maksud sebenar Ilahi di sebalik mehnah yang diberi, bagi mereka ia hanya satu tuntutan yang jika tidak dikerjakan, dosalah balasannya, paling teruk mereka yang mengerjakannya demi menjaga nama takut dilihat dan dikeji orang yang dia tidak berpuasa!
Berapa banyak sedekah yang sudah dihulurkan?
Berapa banyak malam yang dimeriahkan dengan zikir dan tahajud- pada malam-malam terakhir sahajakah?
Berapa banyak 'improvement' dalam akhlak yang berjaya dicapai?
Berjayakah menahan lidah dan lisan daripada berkata dusta dan memburuk-burukkan orang lain?
Berjayakah khatam al-quran di bulan Ramadhan?
Berjayakah kita menjadi tetamu Allah pada malam Lailatul-Qadarnya?
Muhasabah..
Muhasabah..
Muhasabah..
Semakin kita 'memuhasabah' diri, semakin kita menangisi Ramadhan yang berlalu pergi, dan benar-benar berharap dan menanti Ramadhan akan kembali lagi. Dan kita berazam biarlah Ramadhan yang akan datang itu lebih baik dari yang sebelumnya. Tapi semakin kita mengharap, semakin kita gerun dan takut, andai Ramadhan ini yang terakhir yang kita lalui, maka di mana lagi ruang untuk memperbaiki diri khusus di bulan Ramadhan penuh barakah dengan limpah RahmatNya ini?
Maaf Zahir Batin sekali lagi. Anda sendiri muhasabah dan cuba nilai prestasi Ramadhan 1428 ini. Daripada 100% markah penuh, di mana kita agaknya..??
....Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh....?
Wallahua'lam
Kerja yg tak habis.
8 hours ago
4 silent voices:
awat plak buleh promote blog kat ihya' ramadhan. ini dah kes salah guna ni.
taqabbalallahu minna wa minkum
silap letak komen plak. patutnye utk artikel kat bawah. gomenasai
sebenarnya En.saifuddin,saya mletakkan nama blog utk mengelakkan berlaku plagiat dalam artikel ihya' ramadhan.
(plagiat:mencedok kata-kata, idea, dsb drpd orang lain dan menggunakannya sbg karyanya sendiri, menjiplak-kamus dewan) Maka saya masukkan sumber artikel ialah dari blog ini.
Thanks for reading =)
taqabbal Allah minna wa minkum
ilmu itu sifatnya seperti air, perlu dialirkan setiap masa...
Post a Comment