6:15 PM

SKIPPING ^^

Membelek-belek kembali majalah lama yang bersarang di almari antik pagi ini membuatkan saya tergelak sendirian. Mana taknya, membaca semula isi kandungan majalah Anis keluaran Disember 2006 mengingatkan saya kepada entry saya yang pertama. Tidak menyangka banyak komen yang diterima. Hmm, nampaknya kisah yang dipaparkan bukan sekadar cerita dongengan seperti kisah puteri buluh betung yang berkahwin dengan anak raja. Inilah realiti sebenar kehidupan.
'Kahwin Biar Berkat', itulah yang difokuskan dalam Anis Disember 2006. Bukan niat untuk menjadi inducer or anything, tapi apa yang digariskan didalam fokus tersebut sangat berguna. Saya sekadar me'rephrase'kan kembali apa yang tercatat. Mintak izin ye sidang editor Anis, ilmu perlu dikongsi bersama ^^.
SUNNAH IKUTAN
"Dan tidaklah Kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan" (Al-Hajj:78)
Sewaktu sahabat baginda, Abdul Rahman bin Auf melangsungkan perkahwinan, Nabi SAW menyuruhnya mengadakan walimah walau sekadar menyembelih seekor kambing. Nabi suruh yang paling mudah padahal kita maklum Abdul Rahman bin Auf terkenal sebagai seorang ahli perniagaan yang kaya-raya. Nabi SAW sendiri pernah mengadakan walimah sekadarnya selepas menikahi Safiyah dalam perjalanan pulang dari peperangan Khaibar tanpa menunggu sampai di Madinah. Jelas, walimah yang disunnahkan Nabi SAW ini tidak perlu menunggu segalanya cukup lengkap dan serba rapi. Memadai ringkas asaltercapai tujuan asal iaitu;
1) Mewar-warkan perkahwinan
2) Melahirkan rasa syukur
MENCARI BERKAT
Sekali seumur hidup. Inilah alasan yang selalu digunakan oleh masyarakat kita dalam merancang sebuah walimah yang indah, meriah, malah kalau boleh mewah. Tapi, alasan 'sekali seumur hidup' juga wajib digunapakai dalam merancang sebuah walimah yang berkat. Kerana, kesan kepada penganjuran walimah ini bukanlah tertumpu pada hari langsungnya perkahwinan, namun ianya mempengaruhi kehidupan pasangan selepas berkahwin hingga ke anak cucu. Maka, merancang kenduri yang berkat adalah lebih utama, kerana jika yang dicari adalah keberkatan, ia akan memberi natijah yang baik pada perkahwinan serta akan memelihara kelangsungan rumah tangga yang baru dibina.
Bagaimana mencari keberkatan?
  1. Majlis dibuat mengikut sunnah iaitu sekadar tercapai maksud untuk menghebahkan perkahwinan dan melahirkan rasa syukur
  2. Adat yang diikuti hanya yang selari dengan agama, bukan yang bertentangan dan menyusahkan
  3. Hidangan dan segala persiapan dibuat sekadarnya, tidak membazir dan berlebih-lebihan
  4. Kaya dan miskin sama dijemput
  5. Tetamu diraikan sama rata, tidak membeza-bezakan hidangan
  6. Hiburan yang diadakan sesuai dengan akhlak dan syariat Islam
Sabda Nabi SAW; maksudnya:
"Makanan yang paling buruk adalah makanan dalam walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya sahaja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang" (riwayat Muslim dan Baihaqi)
*End of Anis Disember 2006*
So, tajuk ni kira dah 'melompat lebih tinggi' dari perbincangan para komentator. Dah kira skip ni. But still ade connection sebab bila dah dapat jalan keluar dalam perbincangan tu, bolehla masuk stage ni...^^

19 silent voices:

ishikawa said...

kontroversi lagi ke entry kali ni kak?

"But still ade connection sebab bila dah dapat jalan keluar dalam perbincangan tu, bolehla masuk stage ni...^^"

maksudnya, kalau tak dapat jugak jalan keluar dlm perbincangan sebelum ni, tak boleh la masuk stage ni ye...? *wink*

Anonymous said...

hahahaha....

"But still ade connection sebab bila dah dapat jalan keluar dalam perbincangan tu, bolehla masuk stage ni...^^"

maksudnya, kalau tak dapat jugak jalan keluar dlm perbincangan sebelum ni, tak boleh la masuk stage ni ye...?

sekadar memberi pandangan, bukan xboleh masuk stage tuh kalau xlepas lg. boleh masuk. untuk menambah ilmu sebagai persediaan di masa hadapan dan juga memberi nasihat kepada yang memerlukan....


p/s: masih menanti undangan walimah daripada penulis-penulis blog nie.....

Fez said...

bila terbaca ayat ni, "alasan 'sekali seumur hidup' "
tiba2 saya teringat dialog abah dan ibu suatu petang di rumah
Abah: Nanti kalau korang kahwin, xyah buat khemah2. abah nak jamu org kat surau je.
Ibu: Ish abah ni! Sampai ati. Sekali seumur hidup. Sian diorang.
Saya: Aah la. Abah ni..(hihi)
(Abah gelak je, tp saya tahu abah bergurau)

Bukan lah nak buat yg grand2. tp betul juga klu dah sekali seumur hidup, biarlah jadi kenangan kan. lain dr yang lain. xla mcm makan moreh je.
Ingatlah firman Allah: Sesungguhnya orang yg membazir itu saudara syaitan.(17:27)

Anonymous said...

muui to tiara
untuk masuk stage ni kne cukup syarat but untuk memikirkan tentang stage ni xsalah. lg bgus buat preparation awal ^^

muui to koala
yup..youre rite! ilmu ni kne smua org ada dan faham. biar bila dh kne kat btg hidung sendiri boleh handle dengan baik n penuh keberkatan

"p/s: masih menanti undangan walimah daripada penulis-penulis blog nie....."

owh, tang ni xyah tggu pn xpe, nanti susahkan hidup pulak. dun wori, nnt dia datang sendiri...

muui to fez
ayah awk tu cam ayah akakla. dulu2 ade dia kata buat majlis doa selamat je n buat 'ambeng' (sejenis makanan org jawa >> sedap) then setel... hehe
sgt simple but bila bncg ngan mak, takkan xnak jemput kwn2 ayah yang seantero malaysia nih

Anonymous said...

org jawa ni mmg sefikrah kot kak..hehe

ishikawa said...

eh, ayah kita pun orang jawa jugak, rasanya dia tak pernah pun cakap macam tu..? lain kapal kut =P

Anonymous said...

knduri kawin cm moreh??tak mo ke??


bru ingt nk mkn mihun goreng je...huahuahua..kesian la dtg knduri kita..=D

Anonymous said...

owh adakah nie blog yang ditulis oleh pelajar persatuan Jawa seJordan? Ataukah seantero dunia? hahahaha...

paperpun jawa cool. tapi JAWI (jawa + mawi) amat bosan. biarpun xmampu nak ckp jawa, boleh makan makanan jawa pun kire ok aper?

esih bab tu mmg kena tunggu. sebab angin2 sepoi ada membisikan sesuatu. berkata bukan tanpa apa-apa. heh...

Anonymous said...

kalau moreh makan mee jawa takpe. tapi kalau moreh makan biskut cicah air teh cmne?? huhu...

Anonymous said...

oho~ masing2 ngaku jawa
meh sini jawab soklan kalau betul2 jawa

soalan 1
apa maksud perkataan berikut:-
1.cawek
2.sego
3.sendok
4.iros
5.batok
6.tuwong

-tak aci tengok kamus jawa
-tak aci search kat internet
-klu: semua benda tu ada kat dapur. dengan makna lain, klu tak dapat jawab maknanya tak penah tolong masak kat dapur. dgn kata lain jugak, tak bleh buat rewang lagi...hihi

soalan 2 (jawab sekiranya berjaya menjawab semua soalan di atas)
nyatakan lima jenis makanan tradisional orang jawa.

- tak aci tempe
- tak aci yg ada perkataan 'jawa' kat hujung. cth mee jawa, asam jawa, kampung jawa dsb.
- kalau tak dapat jawab semua, maknanya tak penah masak makanan jawa. dgn makna lain, tak penah tolong kat dapur. dgn makna lain jgk, tak bleh buat rewang lagi...keke

Anonymous said...

iki wong jowo arek jawab
seng tondo ? kui maknone aku orak penah kerungu + agak e jowo kito orak podo (memang sah jawa nih ^^)

soalan 1
1.cawek = ?
2.sego = nasi
3.sendok = senduk = centong (tapi kalau endok = telur)
4.iros = senduk
5.batok = tempurung/dahi
6.tuwong = ?

soalan 2
1.pecel
2.jangan lombok
3.kolang-kaling
4.iwak pari jangan santen
5.jangan bilis

haaa kan temenan aku iki wong jowo ^^

faham ke layskar jawa? ojo pandang aku sebeloh moto wae

Anonymous said...

oh mengapa entry ini menjadi inducer untuk jawa2 sekalian...

wahai adik2ku, jangan bertengkar, jawa pun ada banyak versi...

jawa ke, melayu ke, banjar ke, bugis ke, mamak ke, bidayuh ke, orang asli ke, orang hulu ke, semua sama je di mata Allah, yang penting TAQWA...

iyo opo orak?

Anonymous said...

alhamdulillah...egek wong jowo totok jugo kene.. aah la kot jowo kito orak podo

kolang-kaling kui aku orak penah kerungu. hehe. yang memang selalu dengar, pecel sebab mak selalu masak (malas nak taip jawa).

sendok kui maknone sudu kalau ngomongne wong jowo seng johor. aku orak rheti la opo ngomongne seng lain2.

yang lain, apsal senyap je? tengok komen kemain lagi semangat ngaku jawa. hihi. orak iseng ngomong kok. aku pun rheti sitik2 wae

Anonymous said...

tak paham la orang2 jawa ni.cerita nya lain kesudahnya lain..???

jalan keluar perbincangan apa ye?lampi pulak..

ishikawa said...

maaflah semua, bak kata kak muui, post ini sekadar tazkirah untuk kita terikat dengan sunnah Rasulullah hatta sehingga bab perkahwinan yang ramai orang biasa2 terlepas pandang..
jadi sebarang perbincangan berkenaan ke'jawa'an, bolehlah diabaikan, kerana amatlah tidak berkaitan (minta maaf banyak2, bukan marah tapi menegur- termasuklah kepada diri sendiri).

harap lepas ni sesiapa nak tinggalkan komen, tinggalkan yang berkaitan biar semua pelajar di sini mendapat manfaat sebaiknya...

-terima kasih-

Anonymous said...

lalala...*tak dengar*

Anonymous said...

Though the barbell squat provides a greater number of stimulation to the physique as a whole because of into
the involvement of a larger amount of muscle, a leg press equipment will supply higher growth stimulation for the musculature of your hips and thighs.


my web blog; small dumbbell set

Anonymous said...

Treadmills use a variety of capabilities and characteristics.



My page :: similar internet page

Anonymous said...

They're able to also be used by folks of all backgrounds, ages, and fitness ranges.

Feel free to visit my web page: Website URL