Sungguh ukhwah itu terlalu indah,
Dalam kesibukan, kadangkala ia pudar,
Kembali ceria pabila kita bersama,
Sahabat, semoga kita berjaya,
Mengharung cabaran di hari muka...
Tanggal 20 Mac 2008, hari Khamis yang lalu, kami (batch 2004) dapat meluangkan masa berehlah bersama. Kami memilih Kota Dekapolis Jerash sebagai destinasi. Meskipun ada antara kami yang telah menjejakkan kaki ke Jerash 4-5 kali, namun manakan sama rehlah pada kali ini apabila kami semua dapat berkumpul bersama. Kami semua seramai 13 orang (kecuali Putri, Alia dan Sumi yang tidak dapat pergi bersama) bertolak pada jam kira-kira 8.00 pagi menaiki bas dari Mujama' Amman dan tiba di Jerash kira-kira 40 minit selepas itu. Kami memilih 'port' untuk berkelah. Jika di Malaysia, pastinya kawasan-kawasan di tepi sungai atau laut menjadi pilihan. Namun jika berada di JOrdan, memadailah bunga-bunga yang sedang mekar di sekeliling yang menjadi penyejuk mata kami yang berkelah di situ.


Banyak juga makanan yang dibawa. Semua orang pegang satu benda/lebih. Lantaklah makcik dan pakcik arab ni nak kata apa.. Antara menu pada pagi itu; nasi lemak, pai, cheese cake, apam gula hangus, karipap, quinchi (correct me plz), pop corn dan air sirap. (ada yang miss x??). Alhamdulillah sungguh mengenyangkan.

Selepas perut diisi, kami meneruskan perjalanan untuk menjelajah Kota Jerash tersebut. Cuaca begitu terik tidak kami hiraukan. Meriah bergambar bersama, kalau boleh setiap saat tidak mahu terlepas untuk diabadikan dalam kamera. Antara shot-shot menarik turut disertakan di sini.


6 silent voices:
wah berkelah rupanya. baguslah melihat keindahan ciptaan-Nya sambil memikirkan kebesaran-Nya.
nak tanya. ada tak amek gambar kawasan yang banyak bunga dan menarik. nak guna untuk buat portal PERMAI. kalau ada nanti bgtau ek. syukran.
bestnye rehlah x ajak akak hehe... akak pun bru je berehlah kat tmpt sama gak 2 mggu lpas. bestnye rehlah ngan dak batch arab ni, dpt free je masuk..tp kali ni bunga lg banyak yeh.. syok ah
sesekali mencari kedamaian memang best^^
best!!!
kak muui.. tym akk pergi takde quinchi ***** . hihi
sedap !! nanti bolehlah tempah kat dier..
kher..
gmbr bunga ada. tp xtahulah berkenan ke tidak utk dimuatkan dlm portal permai tu. boleh sertakan emel kat sini. insyallah akan dihantar.
kak muui..
yg plg istimewa kali ni adalah makanannya y byk dan sedap.. nyum nyum.
bleh mail kat krool9903@gmail.com.
owh yeke. xper.... nak tengok dlu. kalau berkenan kita boleh ubah2 skit. bleh guna photoshop. thnx in advance....
Post a Comment