8:11 PM

Memohon dariNya



Musim peperiksaan semakin hampir. Masa yang ada kurang daripada sebulan. Buku yang menanti setia menagih kasih daripada sang pemilik. Setiap hari yang berlalu bagaikan kilat yang menyambar, sekelip mata hilang dari pandangan. Di sana sini manusia asyik bertanya. Kuharapkan pertanyaan yang bersifat kemanusiaan itu diiringi dengan sekalung doa yang berterusan buat kami. Moga kalian mendapat seperti apa yang kalian doakan untuk kami. Itu janjiNya.

‘Ala kulli hal, syukran kathiran.


Umur terlalu pendek untuk disia-siakan. Masa terlalu laju untuk dikejar.
Ianya pasti akan berlalu. Manusia tidak bisa memintasnya, ianya milik Allah. Apa yang ada sekarang harus dihargai. Menghargainya demi sebuah ketaatan yang berterusan dalam setiap tindakan. Hasilnya, keberkatan dan rahmat dariNya. Hati menjadi tenang kerana sentiasa merasa di dalam pelukan kasihNya. Itulah yang dicari. Ketenangan yang dianugerahkan akan menghasilkan buah yang baik dan kebun yang subur.


Ketahuilah bahawa kebaikan itu ada tiga : ucapan, penglihatan dan diam. Barangsiapa yang ucapannya selain zikir, maka dia telah melakukan sesuatu yang sia-sia. Barangsiapa yang pandangannya bukan untuk mengambil pelajaran, maka sesuangguhnya dia telah lupa. Dan barangsiapa yang diamnya tidak berfikir tentang kebenaran, maka dia telah tenggelam dalam perkara-perkara yang tidak serius.


Manfaatkanlah masa yang ada, kerana tidak setiap waktu memberikan yang terbaik dan setiap yang luput tidak akan berjaya diperolehi kembali.


seringkali kita memohon keselamatanNya
pabila bahaya menimpa diri
tetapi di saat bahaya telah berlalu
kita melupakannya…
saat belayar kita memohon
agar Dia menyelamatkan perahu kita
dan di saat kita kembali ke pantai
kita menderhakaiNya semula…
kita dapat terbang dengan aman dan nyaman
tanpa khuatir akan jatuh
kerana yang memelihara kita dari terjatuh
adalah Allah…

1 silent voices:

Anonymous said...

ssghny jika kamu bsyukur,pasti Kami akan tambah nikmat kpdmu...(ibrahim:7)

bittaufiQ akak!