12:38 PM

Kalau betul-betul nak, kejar sampai dapat

Bismillah

Today I learned something valuable.
I left home for the bus to Queen Rahmah Teaching Hospital (Paediatrics Hospital) earlier than the day before. (almost everyday my housemate (except one) and I nearly late for our daily morning report at the hospital hall- but we have never been late =) just a bit rush- tachycardia, tachypnea, bla..bla..bla..).

Usually, it takes about 10 minutes duration from our house to the hospital by bus. Today we decided to catch the 'earlier bus' (not the earliest ..hehe... datang awal boleh baca-baca buku sikit...)




Tunggu sekejap...

Then came the first bus
Nope! That bus was not on the way to our hospital

Tak pe tunggu lagi..

The second bus
No, no, no.. again it was not the bus

(Sejukla pulak hari ni.. Apela, sejuk salah, panas salah.. manusia tak gheti nak bersyukur)



I couldn't remember how many busses had passed by, but today we did not wait too long until we saw the bus written Mustasyfa Badi'ah appeared.

"Haa, Jui.. jom. Tu Mustasyfa Badi'ah" sambil melambai-lambaikan tangan kat bas tu.

The bus stopped in the middle of the road, because of some traffic jam.

"Cepat, cepat,cepat" sambil berjalan dengan lajunya ke arah bas yang berhenti tengah-tengah jalan tu. Pintu bas terbuka untuk menurunkan beberapa penumpangnya.



Tapi...
Pap! (The door shut)
Aik! Pakcik bas ni tak nampak kitorang ke? Saya dah berdiri betul-betul depan pintu bas.

"Bukakla..bukakla.." (in Malay language.. tau je diorang tak paham, bukannya dengar pun)

Tunggu.. dan tunggu.. tapi tak bukak-bukak pon
The other vehicles have started to move.. and the bus had moved off too!!

Haaaa??!!
Nape dia tak bukak pintu?! Nape dia tinggalkan kita??!! Dia tak nampak kita ke??!!
We were in the middle of the road.. with vehicles moving at our lefts and rights. Alhamdulillah, tak kene langgor.



Pergilah tepi jalan semula..

"Jui, time Jui pandang pakcik bas tu dia kate boleh masuk, kan? Nape pakcik tu takmo bukak pintu?"

"Kite bukan tengok pakcik dreber tu, pakcik sebelah dia yang suruh masuk"

Pakcik sebelah dia.. Loorrh, penumpang je le.


I looked back at the bus that had left us behind.
Eiiyy geramnya!
Rasa macam nak kejar je.
Geramla.. Dah keluar awal-awal pagi ni.. Alang-alang baik kejar, mana tau dapat ke..

"Jui, jom kejar!"
"Nak kejar ke?"
"Jomla",better we moved faster before the bus got too far from us.

Dengan tangan memegang buku dan lab coat, saya bersungguh-sungguh berlari-lari anak mengejar bas tersebut. Tak kesahla.. janji nak sampai cepat. Alhamdulillah, bas tak bergerak laju sangat selepas itu.

The bus stopped for another traffic light, and another three passengers were dropped off.



Cepat-cepat!
Sampai depan pintu..
Nak masuk, nak masuk..

Ade tempat ke..?
Eh, ade..
"Haaa.. korang pergi duduk kongsi kerusi dengan banat tu"


A lady who shared her chair with Jui told her, the bus driver couldn't do anything when we first wanted to get in, as there was no empty seat at that time. Luckily (Thank God), three passengers were dropped off with two of them were females, so we were taking their places (not an empty but a 'shared seat' of course)

Oooo.. macam tu ke..
Alhamdulillah, Allah mudahkan.. kalau takde orang turun , walaupun dapat kejar bas tu, still tak dapat naik jugak
Sampai jugak ke hospital dengan hati lega.. awal pulak hari ni..
ingat tadi nak je kecik hati dengan pakcik bas ni.. sori~

But I learned something today..
I was reminded actually..


NAK SERIBU DAYA, kan?

Kalau kita rasa sesuatu tu amat-amat penting, kita mesti buat apa sahaja untuk mendapatkannya





Betul-betul nak lulus peperiksaan, so.. KEJAR SAMPAI DAPAT!
Lulus Alhamdulillah, tapi takkan setakat lulus je.. perlu ada cita-cita untuk majukan diri lagi
Betul-betul nak cemerlang dalam peperiksaan, so.. KEJAR SAMPAI DAPAT!
Buatlah apa sahaja caranya dengan cara yang dibenarkan dan diredhai Allah, yang penting kita tahu aim dan target kita... dan usaha yang perlu digandakan untuk mengejar kejayaan sampai dapat!




Itu baru dunia.. macam mana dengan akhirat?


Betul-betul nak berjaya di akhirat, so... KEJAR SAMPAI DAPAT!


Masalahnya sekarang, semua orang nak berjaya di akhirat, tapi tak semua berkejar untuk mendapatkannya. Ada yang jalan lenggang kangkung lagi (sayakah?). Ada yang tak gerak langsung. Ada pulak yang terus jalan undur ke belakang (aaii.. macam tak nak berjaya je..?)


Pelik, pelik, pelik


Bila tanya orang Islam yang tak pakai tudung, mesti semuanya percaya adanya syurga, adanya neraka, dan mesti semuanya nakkan kejayaan di akhirat nanti. Tapi, kenapa tak berusaha mengejarnya? Yang bercouple? Sama saja jawapan.



Mengejar kejayaan di akhirat, bukanlah dengan cara mengamalkan segala yang Allah suruh semata-mata. Mengejar kejayaan di akhirat itu perlulah juga menggunakan 'pengangkutan' meninggalkan larangannya, dan inilah yang paling sukar untuk dilakukan, kerana tidak ramai yang mampu 'membeli kenderaan' yang mahal ini.




Tinggalkan kemungkaran, SUSAH..
Sebab nafsu bermaharajalela dalam diri.
Tapi kalau tak usaha, memang tak dapat.
Kalau tidak bersungguh-sungguh dan malas nak kejar kejayaan di akhirat, dalam erti kata lain sebenarnya kita tak nak berjaya di sana, sebab buat sambil lewa saja.. Betulke? Tepuk dada tanya iman

Jujurlah dengan Allah. Andai harapan untuk berjaya itu kita letakkan di atas lisan, zahirkanlah dengan perbuatan.

Orang yang nak syurga Allah, akan berusaha bersungguh-sungguh buat segala yang Allah suka. Yang tak nak syurga?(walaupun pada lisannya nak) akan berusaha mencari alasan, alasan, dan alasan, seolah-olah ada yang membenarkan kemungkaran yang dilakukannya.. (padahal sudah terang lagi bersuluh Allah tak suka)
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, kan?





ITTAQULLAH


Do whatever makes Allah loves you. He judges not the victory you've achieved, but how much effort you've made.

Kalau betul-betul nak, kejar sampai dapat!



Wallahua'lam

5 silent voices:

Anonymous said...

weeiii, sape wei atas ni??

ishikawa said...

ntah le..

kHer said...

itu adalah spam bot.

kwn sekolah said...

haha..
anyway, yes you're rite..
everyday is a lesson to be learned
so keep on thinking and evaluating what you have done everyday..
That will make your life soo meaningful and not boring with the same routine each single day..
and that makes an important distinction between those who think, and those who not!

Anonymous said...

huhu, sian korang pg2 dah ber'jogging'an. tp bagus jugak ek. kt lak rase terkena, janji2 tp x buat2 lg. aiyaa.. (nnt lah eh ishikawa entry tu,kom myk prob laa lately sedey...T_T