Bismillah..
Semalam, 15 Mei , tiada siapa mampu melupakan, genap 60 tahun Nakbah Palestin, malapetaka yang melanda. Seluruh umat merasai kesakitannya.
Apa sebenarnya yang berlaku sebelum, semasa dan selepas 15 Mei tersebut? Hajat di hati ingin menukilkan hasil kajian Dr. Tareq M. Suwaidan dalam bukunya Palestine- Yesterday, Today and Tomorrow ke dalam blog ini, tetapi memandangkan masa yang semakin suntuk untuk diperuntukkan gara-gara peperiksaan yang semakin hampir, saya tangguhkan dahulu.
Di sini hanya catatan 'salin tampalan' (copy paste) dari penulis-penulis blog prihatin....
15 Mei - Blog untuk Palestin
http://mudin001.com/
Sudah menjadi kebiasaan, setiap hari mesti membelek buku. Sebenarnya pada masa ini aku sedang membaca kumpulan cerpen Nyanyian Anak-anak Lembah oleh Wan Yusoff Hassan. Tapi hari ini, aku ketepikan dulu buku itu dan mula membaca Dari Beirut ke Jerusalem oleh Dr Ang Swee Chai.
Saja aku memilih tarikh hari ini untuk mula membaca buku yang telah sekian lama meninggalkan rasa bersalah dalam diri. Harapnya dalam kembara aku bersama buku ini nanti, dapat memberikan jawapan kepada banyak persoalan di minda dan jiwa. Sekurang-kurangnya biarlah dapat menimbulkan keinsafan dalam diri seorang manusia dan mendekatkan aku kepada Yang Maha Pencipta, sebagaimana penulis menemui erti agama dan Tuhan di Sabra dan Shatila.
Jadi, sempena Blog About Palestine Day hari ini, aku nukilkan kembali di sini, kata-kata Dr Ang Swee Chai dalam prakata buku ini:
Saya masih ingat bagaimana saya mula-mula tiba di Sabra dan Shatila sebagai seorang pentaksub Kristian fundamentalis yang berprasangka dan megah. Saya mempercayai kebaikan negara-negara ‘Kristian’ Barat dan kebenaran negara Israel. Saya menyangka saya arif tentang kitab Injil dan Tuhan berada di pihak KAMI.
Cerita kegemaran saya dalam Old Testament pada masa itu adalah bagaimana Joshua menawan Jericho dan kisah David dan Goliath. Saya bergembira dengan kemenangan tentera Israel. Seperti rakan-rakan Kristian yang lain, saya merayakan ‘kejayaan agung’ tentera Israel dalam Perang Enam hari pada 1967, sekali gus tertawannya Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Saya menunggu-nunggu hari penubuhan negara Israel sebagai saat untuk diraikan.
Namun pada pagi itu, di Sabra dan Shatila, Tuhan telah mencabut rasa megah yang menebal di hati saya. Saya disuakan dengan jasad-jasad yang bergelimpangan di lorong-lorong kecil di situ. Melalui mereka saya menemui erti agama dan Tuhan. Dosa bukan lagi urusan minda dan intelek. Dalam masa beberapa detik sahaja, dosa kebencian, pembunuhan, militerisme, ketamakan, amarah dan kekejaman telah diterjemahkan ke dalam jasad-jasad remuk mangsa.
Kehendak Tuhan sentiasa adil dan mereka yang melakukan jenayah mesti dihukum. Kita semua adalah sama di hadapan Tuhan, Hakim dan Pengampun kita. Saya sebenarnya turut bersalah seperti mereka yang melakukan pembunuhan beramai-ramai itu.
Bagi sesetengah orang, jenayah peperangan adalah dosa yang dilakukan oleh orang lain; dan itulah hakikatnya. Tetapi pada pagi itu, di tengah-tengah bahang matahari Beirut, saya mengerti - rakyat Palestin dibunuh kerana, secara kolektif, kita membenarkannya berlaku.
Itulah pengakuan dari seorang yang menggelarkan dirinya sebagai ‘rakan’ kepada rakyat Palestin. Penulis tidak menggunakan istilah ’saudara’ seperti yang kita (orang-orang beragama Islam) selalu gunakan. Persoalannya, benarkah kita saudara mereka? Apakah buktinya kita saudara mereka? Kalau penulis yang benar-benar berjasa itu pun hanya menggelarkan dirinya sebagai rakan, layakkah kita untuk menggelarkan diri kita sebagai rakan mereka, apatah lagi saudara?
Aku hanya mampu menjawab untuk diriku sendiri. Tidak layak adalah jawapannya. Kalian? Lu pikirlah sendiri, kata Nabil si Raja Lawak.
Dibawah ini adalah tulisan-tulisan lain tentang Palestin yang aku jumpa hari ini (setakat 11:00 PM, 15 Mei 2008). Kalau kalian juga ada menulis tentang Palestin, sila tinggalkan URLnya di bahagian entri ini. Terima kasih.
- Remembering Nakba Day (The catastrophy) of 1948
- Palestin
- Palestin: Di Mana Kita?
- PALESTIN YANG TERUS DITANGISI
- Sempena Nakbah Palestin: Salahuddin perlu diteladani
- Palestine Day: Remembering An-Nakba (The Catastrophe) of 1948
- Nakbah Palestin
- Catatan untuk Palestine
- Tentang Palestin?
- Palestin: Kisah Sedih dan Duka
- “NAKBA”
- something about palestine
- Untukmu Palestin
- Give peace a chance in Palestine
- 60 Tahun Nakbah Palestin
- Nakba: 60 Tahun Malapetaka!
Mengapa... tangisan itu masih terdengar lagi..
Adakah tiada siapa peduli...
Wallahua'lam
7 silent voices:
Ada kemusykilan sikit. Apsal tahun lepas macam tak popular Nakbah-nakbah ni? Padahal tau je bulan Mei ni tarikh pengisytiharan negara haram tu. Takkan tunggu sampai 60 tahun kot baru nak 'celebrate'?
"Nakbah genap 60 tahun kesedihan"
"60 tahun umat Islam telah gagal"
Ingat ni jubli emas jubli intan ke apa? Apsal tahun lepas takde pulak "Nakbah 59 tahun kegagalan umat Islam". Seolahnya macam sambutan hari keraian pulak nak tunggu genap-genap ni.
Bukan tuju kat penulis blog ni ye. Tuju kat masyarakat Muslim keseluruhannya.
Sebelum ni kan ada Al Quds day
haah, walaupun setiap tahun ada hari peringatan al-quds day, tapi tak ramai yang prihatin tentang tragedi hitam umat Islam ini. Nombor genap barangkali lebih membuka mata mereka.. tak tau la..
takpelah, yang penting semua orang sedar, kan? dan fikirkan cara untuk banntu, bantu dan terus membantu...
do we have to wait for another 40 more years to make it complete 100 years of 'The Nakba' ?
'tidak akan beriman seseorang itu selagi mana ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri'
*lagi takut kalau tak rasa apa-apa baca cerita kisah Palestin ni.. cukupkah imanku....?
Sebab tidak ada yang memulakan. Yang ada, walaupun sedar, tapi sedar sendiri. :)
Mungkin dah berlaku pertambahan kesedaran. Me myself tahu 15th May tu, tapi baru tahun ni tahu it was called as Nakbah Day.
SO looking from the bright side, alhamdulillah makin ramai yang sedar dan nak menulis pasal ni. Aite?
Tak semua orang menulis sebab da 60 years.. :)
Mari mendoakan lebih ramai yang sedar dan celik mata hati, paling penting, make an action..inshaAllah..
wallahu'alam
wassalam
erm, tertarik dengan quote buku Dari Beirut ke Jerusalem...Dr Chai.
Mesti best kan buku itu?
err..
tu kene tanya pada si pembaca buku tu la..
boleh dihubungi di sini
http://mudin001.com/
saya hanya copy paste artikel die je. minta maaf..
Post a Comment